Friday, May 21, 2010

Update: Apabila Manusia Hilang Perikemanusiaan

Seperti yang korang maklum, entry sebelum nie ak ada ceritakan pasal seekor harimau yang telah di"perbodoh- bodohkan" dekat A'Famosa Melaka. Kalau siapa2 yang belum baca entry tu lagi korang boleh klik dekat sini  


Korang tau tak isu ini dah pun menarik perhatian masyarakat setelah hal ini disebarkan melalui laman sosial Facebook dan Twitter. Sejurus selepas tu satu fan page telah ditubuhkan di Facebook yang dikenali sebagai  "Stop Animal Abuse At A'Famosa". Tujuannya tak lain tak bukan adalah untuk membantah penderaan harimau yang berlaku di A'Famosa ni. Bagus betul diorang nie kan?. Efficient betul. Terus buat page. Setakat nie yang ak tengok seramai 623 orang telah menyertai page ini. Dan ak yakin bilangan ahli page ni akan semakin bertambah. So kalau siapa2 nak usha2 atau nak join page nie boleh klik kat sini


Ak dapat tahu yang page nie dah hantar satu email sebagai tanda tidak puas terhadap layanan yang telah pihak A'Famosa berikan kepada harimau tu. So pihak management dekat sana dah pun reply balik email tersebut dekat page nie.  Ni antara isi2 email yang diorang hantar:



"Dear DewGem,

Warmest Greetings From A'Famosa Resort

We're referring to your e-mail on regards of the video shared on www.youtube.com

We would like make things clear that we never druged any of the animal for entertainment sake. The tiger shown in the video was just merely lazy and it's was their nature to do so. We pratice a standard level in handling the animals.

However, rest assure that we had stop the photography session with the tigers due to the public & management concern of the tigers welfare. We appreciated your feedback which had been forwarded to management for their action to be taken.

Thank You.
Eric Ong."



'Lazy' ko kata Encik Eric???!!. Ko ingat ak buta ke? Dekat video tu terang2 lah harimau tu macam kena suntik sesuatu. Lemah semacam je. Ak nak tanya pendapat korang lah kan. Kalau korang tgh ber'malas-malasan' kat rumah lepas tu tiba ada orang asyik tolak2 kepala korang. Korang rasa marah ke happy? Mesti lah marah kan?? Tapi dalam kes nie ak tgk harimau ni tak de reaksi apa2 pun. Nampak sangat lah ada something wrong dekat situ.


Lagi satu korang tengok ayat nie. "We practice a standard level in handling the animals'.  Ya ke?? Yang lelaki dalam video tu asyik tolak2 kepala harimau tu dikira sebagai 'standard level' lah ye? Kalau macam tu lah kan macam mana lah agaknya nasib haiwan yang lain dekat sana. Ntah2 lagi teruk kut. Ish2. Memang nak kena adu hal ni dekat program Aduan Rakyat dekat TV3. Biar kena terjah sikit. Baru kita dapat tau hal yang sebenar.


By the way ejaan untuk 'pratice' tu betul ke Mr. Eric??. Bukan ke sepatutnya 'practice'????. (Geram sangat sampai ejaan orang tu pun ak nak serang. =P) 


P/S : Sorry ak agak emosional akhir2 nie. Hihihi. Tapi thanks tu you all reader!! Sebab korang sanggup luangkan masa nk baca semua benda nie. :) 







3 comments:

star said...

lazy konon!ingat public ni buta 2 "tak cerdik" ke?emel tu aku rasa dhantar nak tutup kes je.Sape2 yg ade g a famosa baru2 ni cite ckit,betul ke dah takde???

Anonymous said...

walopon aku takot rimo
tapi aku kesian kot tgk orang buat cmtu kat rimo
sobb sobb ;((

WZulhilmi said...

@star
Diorg ingat kita nie bodoh?? Alasan mmg tak munasabah..

@Si kenit
Tau x pe.. Manusia bila dh tamak mcm tu lah rupanya.. :(