Thursday, May 30, 2013

Shodate #n-th

Senanya nak cerita pasal PERFUME. Tapi tahankan diri dulu bagi laluan dekat entry biasa-biasa dulu na. Macam biasa topik pertama nak cerita ialah pasal poll dekat entry ni. Dimana aku berasa sangat gusar kenapa result perlu sampai 3 benda nak seri? Come on guys! Aku dah bagi kebebasan hakiki untuk vote berjuta-juta kali. Keep on voting your favs. Kalau masih lagi seri lagi gamaknya kena 'Cat cilot at at' ler lepas ni.

Dan esok adalah hari terakhir berkerja sementara di Butik *tuuut*. Banyak perkara dan pengalaman yang dapat dikutip. Tapi aku tak akan story benda tu dalam entri ni lagi. Tunggu the right moment.

Ok that's it for now. Ringkas bukan? Dasar pemalas. 

Saturday, May 18, 2013

Rambling #13

Sejak dari dulu lagi aku selalu berangan akan ada lah mana-mana syarikat penerbitan yang akan contact aku dan memberi perkhabaran gembira yang aku akan terima beberapa buah novel/manuskrip percuma  daripada mereka untuk dibaca dan dibuat review secara jujur dekat blog ni. Selalu sangat berharap sampai bila nak buka email kadang-kadang terselit harapan adalah email berkaitan perkara tersebut. Walaupun kedengaran agak mustahil kan. Haha. Tapi memang tak boleh elak mesti berharap jugak.

Yelah tengok blog pun blog picisan, traffic pun tak tinggi mana, ada ke yang nak hantar? Buat rugi kedepa jugak kan? Tapi yang aku selalu aim PTS lah. LOL! Sebab aku tengok banyak sangat tajuk mereka yang interesting nak dibaca. Baaaaanyaaaaak! Aku kadang-kadang naik geram juga bila dok tengok-tengok buku dekat Popular banyak sangat bukan kemain. Mingguni aim 5 tajuk nak beli minggu depan muncul lagi 3. Aku dah jadi bingung. Padahal 5 sebelum tu tak beli lagi. Lagi-lagi yang hard cover pulak kan. Perghh! My favourite type of book weh. Tapi al-maklum lah budget pun terhad jadi mampu tenung saja lah.

Lepas tu berangan tu tak stop disitu saja. Siap berangan lagi kalau syarikat-syarikat penerbitan ni bermurah hati bagi beberapa copies novel dekat aku untuk diberi kepada readers blog ni. Tak kiralah sama ada dalam bentuk contest ataupun lucky draw aku memang nak bagi dekat korang. Hahaha. Orang kata sama-sama untung kan.

Lepas tu tak terhad kepada buku sahaja malah kalau ada voucher makanan pun ok. Kalau dapat lebih memang aku kasi. Konon-konon nak jadi Oprah kan. Tapi tu lah nak tu memang nak tapi disebabkan point aku bagi tahu terdahulu memang rasa macam berat benda-benda ni nak terjadi. *depressed*

Tapi tak mustahil bukan? Semoga suatu hari tercapai juga impian ini dan bersama-samalah kita menikmati voucher makanan dan buku-buku percuma tersebut. Kah kah.

P/s: Jangan lupa untuk mengundi ya poll dekat sidebar tu? Undi sampai lobam. Sebab aku tengok result dia makin sengit!! 

Thursday, May 16, 2013

Hak Anda Telah Dikembalikan

So here is a quick update. Disebabkan rasanya dah lama tak ada entry yang ada berunsurkan undi-undi ni, so this time around aku nak buat satu. So here we go.

Jadi setelah berdozen-dozen kali hak anda sebagai pembaca telah dicabuli dengan WZ sering meletakkan ayat 'Peduli apa aku' atau 'Blog aku, peduli lah nak tulis apa' dalam setiap entry kebelakangan ini. Maka kali ini beta ehem! aku memberi satu peluang keemasan untuk anda semua untuk menentukan halatuju satu entry yang akan dipublish pada masa hadapan. WOW! Peluang ini adalah rare habaq hang!

VOTE SEKARANG!

Jadi peti undian akan dibuka sehingga akhir bulan ini. Sebab nanti kalau buka seminggu takut-takut syok sendiri *krik krik krik* lepas tu senyap-senyap delete entry ni umpama macam tak pernah wujud. Daaaaan! paling penting sekali undian adalah unlimited. Undilah sampai lobam. Ayuh! Laksanakan tanggungjawab anda terhadap blog ini. Saya sudahi dengan ucapan terima kasih.

Tuesday, May 14, 2013

Rambling #12 Ringkasan Untuk Minggu Lepas

Hai! 

Tiada apa-apa yang menarik yang terjadi dalam kehidupan aku dalam minggu lepas so memang tak ada stok nak buat update entry. Tapi kalau ada pun selalunya mesti terbantut since ini pun laptop pinjam. Laptop sendiri pulak dah hantar bengkel untuk diperbaiki. (Wow! laptop ada tayar ke hantar bengkel). Kalau dah nama pun pinjam mestilah beradap sopan bukan? Tak boleh nak conquer laptop tu 24 jam. Plus my nieces begitu obsess watching Ultraman using this laptop and I was like bukan dah tengok ke episode ni? Kenapa tengok ulang-ulang kali? Hurmm.. 

Jadi ini adalah ringkasan untuk minggu lepas:

Whoever following me on Instagram, aku ada postkan gambar untuk hasil Projek Botani yang terbengkalai. Tada~~

\

Cili padi pertama hasil tangan WZ akhirnya tumbuh. Oh! Selepas ini pastinya muncul ladang cili! LOL!
Amboi, baru tumbuh sebiji cili kecoh sekampung.

Next adalah percubaan pertama WZ memakan takoyaki di hometown nya. Yang paling terakhir gamaknya last year masa study dulu. Jadi bila dah teringin walaupun duit tak berapa banyak sangat tutup sebelah mata sajalah. Demi perut.


Yang ni beli dekat Minus 1. Which is another stall yang jual ice blended tapi ada juga jual benda lain macam takoyaki, frozen ice, ice cream, crepe, *nanges*

And it was ok. I was hoping the taste will be like super delicious sampaikan kalau ada 5 ringgit dalam poket sama ada ko nak bayar duit minyak atau beli Takoyaki ko akan pilih untuk beli takoyaki. Tapi walaupun rasa dia macam tu kalau bagi free boleh saja. Muahaha.

Dan akhir sekali aku berjaya membeli rak buku yang baru.. So cheap lah I tell you. RM10 boleh dapat 3 tingkat. Ini adalah mustahil. Dulu masa dia jual awal-awal around RM15-20. Sekarang ni agaknya clearance stock maybe. Ah! Kena beli lagi satu ni.

Mini library here I come!
See aku dah kabo dah tak interesting mana. Tak de ah nak tunjuk pegi photo shoot ke, majlis award ke, concert ke.

P/s: I don't know why on Earth gambar cili tu senget padahal aku dah betulkan siap-siap before uploadkan dia. Dasar blogger dengki ke apa?

Monday, May 6, 2013

Aku dan PRU13 (Tajuk macam novel kemain)

Patutnya malam tadi publish entry ni tapi disebabkan anxious sangat result PRU lambat keluar tiba-tiba jadi malas lantas terus masuk beradu. Jadi semalam macam biasa lah semua twitpic/instagram/newsfeed wajib memasing letak gambar jari telunjuk yang dah ditanda dakwat sambil ada caption yang kliche 'Saya sudah menunaikan tanggungjawab, anda bila lagi?'. 

Beach pelis, kau orang belum melihat jari aku lagi.

Macam inai versi urbannak pergi menikah! Tapi ni pun pudar sebab lepas  habis tu lekas-lekas gonyoh denagn Axion.  
Ini adalah pengalaman pertama aku membuang undi disebabkan 5 tahun yang lepas aku masih lagi remaja. Jadi saya dengar ada orang tu sampai pukul 8 dah keluar vote, wow kemain semangat dia *jeling-jeling*. But since aku kena pergi kerja bukak kedai dulu lepas tu buat semua preparation baru boleh keluar jadi dalam tengah hari boleh keluar.

Ingatkan masa tu mesti ramai yang akan keluar pergi mengundi tapi rupa-rupanya masuk je saluran tu terus giliran aku. Tak sampai 5 minit pun. Memang takde orang!. Alhamdullilah, jadi sempat lah aku balik ke rumah makan mee goreng lepas tu sambung balik kerja. LOL!

Oh did i tell you yang masa acik tu sapu dakwat tu I was like cringing kesakitan. Macam kena bubuh cuka sebab time tu jari aku luka. Tak tau lah sekarang ni fasa metamorphosis ke mende semua kulit nak bertukar yang baru. Sebab tu dalam gambar tu jari macam hodoh benar. Sepatutnya tak macam tu. Sepatutnya dia macam mulus dan flawless *pang* (kena tampar).

Disebabkan masa aku taip ni kita dah tahu siapa dah menang PRU13, yang menang sila tepati manifesto anda, yang kalah sila cuba lagi. Tak perlu demi politik lagi-lagiyang seagama semua gelabah lemak kecoh memaki antara satu sama lain, masam muka semua. Apa yang dah terjadi dah terjadi, tak boleh nak rewind balik (kecuali ada miracle). Yang penting usahakan lebih sekarang untuk masa depan yang lebih baik.

Jadi bertemu lagi 5 tahun akan datang untuk PRU14. 

Saturday, May 4, 2013

Rambling #11 Tomb Raider 2013 (Edisi I Need This in My Life)

Sejak diumumkan oleh Crystal Dynamics akhir tahun 2011 yang lepas lagi yang akan ada game terbaru Tomb Raider yang akan keluar. I was beaming with happiness. Walaupun game Tomb Raider tidak lagi sepopular sama seperti gamenya yang pertama 'Tomb Raider I' dan game sequelnya seterusnya itu hanya dikeji berdasarkan oversized boops Lara Croft. -___________- I just don't care. I just love playing this game. 

Dan berita pertama yang keluar dari Crystal Dynamics ialah mereka akan reboot balik game ini. Ini bermakna mereka tidak akan menyambung balik story background untuk 8 game Tomb Raider yang terdahulu dan akan buat completely new direction but still maintaining Lara identity. And I was worried. Damn worried.

Adakah masih akan ada scene menembak menggunakan dual-pistol? Adakah masih akan ada gua/tinggalan yang perlu diexplore? Adakah akan masih ada big battle scene dengan makhluk-makhluk mistik?

Sejak daripada hari tu aku senyap-senyap mengikuti berita perkembangan game ini. Dan secara rasminya game ini akan dikeluarkan March 2013. *krik krik krik* Lama gila woi! Dah lah baca berita tu 2011 macam tu. Tapi takpelah mereka menjanjikan kualiti yang terbaik maka aku pun mainlah Tomb Raider:Underworld dan Anniversary secara berulang kali sambil menunggu masa itu tiba.


Then voila! poster official keluar dan jangka waktu game itu dikatakan ialah semasa Lara baru mula-mula berjinak dengan dunia archeologi. Still budak mentah hingusan macam tu. Dan aku tak tau lah berapa banyak kali tengok trailer game lepas  macam "Oh man! Release it now!"

Siap buat perancangan lagi nanti bulan Mac tu akan siap-siap beli desktop yang spec bapak gila mantap takde nak lagging-lagging kalau main. Lepas tu simpan duit nak beli yang versi game ori punya. Sembangat tak? Ye aku tahu agak semangat disitu.

*Mei 2013*

"Tomb Raiderreceived much acclaim from critics, who praised the graphics, the gameplay, Camilla Luddington's performance as Lara and Lara's characterization and development with many critics agreeing that the game is a solid and much needed reboot of the franchise." - Wikipedia

And here I am using laptop pinjam. Kais pagi makan pagi. Lepas tu pergi ke kedai game dan hanya memandang dari luar kotak kaca. 


~sigh~ So close yet so far. Dan hanya mampu balik ke rumah dan melayari YouTube dengan menonton orang lain bermain game tersebut.


It was UH-MAZING!!! Visually, control settings almost perfect!! *meratap tepi dinding*

On the side note aku tak sedaraku tengok video ni full 30 minit complete dengan 720 definition. And I was like T_____________________T

bandwidth broadband aku.

Friday, May 3, 2013

PERFUME Special: Full Audio 'Magic of Love' Tersebar

Sepatutnya nak cerita pasal Projek Botani. Ala.. projek beriya konon nak jadi Botanist sekejap disebabkan  time tu menganggur lepas tiba-tiba ditinggalkan begitu sahaja tanpa pengawasan sebab dapat tawaran kerja sementara. Sebenarnya ada something nak tunjuk *kekening*. Tapi disebabkan dah malam rasa dah terlambat pula nak ambil gambar. Jadi aku cerita lain kali sahajalah kalau dah dapat tangkap gambar versi waktu siang.

Sekarang yang penting nak bercerita pasal dan tak bukan 'Group Paling Sensasi dan Legend' PERFUME! Lantak kome lah kata jemu ke apa. Peduli apa. Kalau update benda lain pun bukan ada orang peduli bukan?

Jadi selepas minggu lepas dunia WZ dikejutkan dengan Cover 'Magic of Love', Isnin lepas dikejutkan lagi dengan full audio versi kualiti murahan yang dirakam melalui rancangan radio PERFUME yang bernama 'LOCKS' telah diuploadkan ke Internet. *gelek Shakira*


Walaupun telinga ni memang tak biasa dengar mp3 yang versi low quality  kadang-kadang jatuh hukum haram mendengarnya sebab tak boleh dengar clear details music beats semua tapi disebab PERFUME takpela, dengarkan saja!

Ahhhhhhh~! lagu yang sesuai untuk menyambut summer. Oh! *pakai topi ke sawah* Tidak cukup itu lagi,  PERFUME dengan bermurah hatinya menyiarkan teaser 16 saat untuk PV 'MOL'!



FYI, selain daripada menjadi lagu untuk iklan gula-gula 'Pure Gummy' which is tiada logo Halal padanya lantas jatuh hukum haram kalau berasa ragu-ragu terhadap kandungan bahannya.


Secara su;lit dan halus rupa-rupanya ada motip rekaan design costume depa dekat covers ingle tu! Peratikan betul-betul costume yang dipakai oleh  A-Chan, Nocchi dan Kashiyuka.



WHERE CAN I GET THIS COVERS!!!!!? 

Kah kah kah! Padahal handphone pun still guna keypad berangan nak beli cover smartphone. Blah lah!

Wednesday, May 1, 2013

Rambling #10 Ekspresi Seni

Amboi tajuk.

Ok, ingat dulu lagi semasa masih lagi dalam uni life hari-hari pasti stress fikir macam mana nak menyiapkan FYP (Final Year Project) sampai kadang-kadang kadar menu bertambah secara tidak sedar. Tu belum lagi masuk kalau tiba-tiba mental breakdown result tak menjadi seperti apa yang dikehendaki terus keluar lab pergi cafe order makanan banyak-banyak. lol!

Selain daripada mengunyah, cara lain untuk menghilangkan stress adalah dengan menangkap gambar sehari sekali lepas tu post dekat Tumblr dengan caption yang pelbagai (biasanya berunsur emo dulu but who cares). Tapi sebelum tu guna platform Instagram. Tapi masa tu Instagram tak mainstream lagi. Jarang-jarang orang guna. Senang cerita aku orang terawal yang melopori apps Instagram tu ecewah. Kah kah. Tapi lepas tu account tu tak boleh guna dah. Stress.

Sebab Instagram ni hanya boleh upload gambar through smartphone/tablet semua bila ko dah takde benda-benda tu semua terus hilang kebolehan nak upload gambar secara hipokrit (asalnya hodoh lepas tu guna filter lawa tertiba). Jadi Tumblr adalah solusi untuk masalah tersebut. Tapi macam biasa lah 'HANGAT-HANGAT TAHI AYAM'. Buat beriya memula lepas tu bila happy semua tinggal terus! -_-

Maka sekarang ni nak try hidupkan balik Tumblr tu dengan mencuba aktiviti satu hari upload satu gambar macam more like appreciating the life lah. Tapi takde lah komited gila. Tak mau nanti dia jadi lebih kepada burden instead of buat dengan rela hati. 

Jadi boleh lah melawat ke Tumblr saya dengan mengklik icon gambar dibawah.