Instagram

Monday, June 3, 2013

PERFUME Special: Kedudukan Carta Magic of Love Dan Lain-Lain

Dah lama rasanya tahan nak taip pasal PERFUME tapi selalunya masa nak taip tu mesti gap antara entry berkaitan PERFUME denagn entry lain sungguh dekat. Seolah-olah blog ni dah jadi Daily PERFUME instead of berkaitan WZulhilmi. Jadi sebab tu lah asyik bertangguh-tangguh saja nak menaipnya. Last-last amik ko dah bulan June. Bulan May ada 8 entry saja. Macam mana nak jadi tokoh blogger yang terkenal ni?

Jadi sebagaimana korang tahu daripada entry PERFUME Special. Single 'Magic of Love' telah dilancarkan pada 22hb Mei yang lepas sekali dengan DVD tour mereka. Maknanya Double Release! Double lah peratus  peluang duit untuk pokai. Liciknya mereka memerah duit fans.

Maka ayuh kita melihat bagaimana prestasi single 'Magic of Love' di carta Oricon. Carta Oricon ni carta paling penting di Jepun macam Amerika dengan Billboard 100, Jepun dengan Oricon Chart nya. Mengerti?


Nombor Tiga. Nombor TIGA!! *gunung berapi meletus*. Tak tau lah apa taste penduduk Jepun ni lebih suka Sayonara Whatever - AKB48 dengan Tegomass - dengan tajuk apa mende ntah aku tak peduli pun. Selalunya kalau dapat nombor 2 boleh terima lagi. Ni nombor tiga kan? Memang mengundang mulut puaka lah.

*bertenang*

Sementara itu DVD Perfume 1st World Tour telah mendapat kedudukan...


Nombor 1. Flawless!! Seperti yang telah dijangka! PERFUME yang terkenal dengan persembahan yang mantap mestilah konsert mereka berbaloi dibeli bukan? Kesalahan penduduk Jepun yang telah membeli single AKB48 dan Tegomass telah dimaafkan.

Ayuh! Kembali refresh single-single yang telah dikeluarkan PERFUME pada Era ini.







#4 Magic of Love - 22/5/2013


Now I'm ready for full album! Bring it on!!

Thursday, May 30, 2013

Shodate #n-th

Senanya nak cerita pasal PERFUME. Tapi tahankan diri dulu bagi laluan dekat entry biasa-biasa dulu na. Macam biasa topik pertama nak cerita ialah pasal poll dekat entry ni. Dimana aku berasa sangat gusar kenapa result perlu sampai 3 benda nak seri? Come on guys! Aku dah bagi kebebasan hakiki untuk vote berjuta-juta kali. Keep on voting your favs. Kalau masih lagi seri lagi gamaknya kena 'Cat cilot at at' ler lepas ni.

Dan esok adalah hari terakhir berkerja sementara di Butik *tuuut*. Banyak perkara dan pengalaman yang dapat dikutip. Tapi aku tak akan story benda tu dalam entri ni lagi. Tunggu the right moment.

Ok that's it for now. Ringkas bukan? Dasar pemalas. 

Saturday, May 18, 2013

Rambling #13

Sejak dari dulu lagi aku selalu berangan akan ada lah mana-mana syarikat penerbitan yang akan contact aku dan memberi perkhabaran gembira yang aku akan terima beberapa buah novel/manuskrip percuma  daripada mereka untuk dibaca dan dibuat review secara jujur dekat blog ni. Selalu sangat berharap sampai bila nak buka email kadang-kadang terselit harapan adalah email berkaitan perkara tersebut. Walaupun kedengaran agak mustahil kan. Haha. Tapi memang tak boleh elak mesti berharap jugak.

Yelah tengok blog pun blog picisan, traffic pun tak tinggi mana, ada ke yang nak hantar? Buat rugi kedepa jugak kan? Tapi yang aku selalu aim PTS lah. LOL! Sebab aku tengok banyak sangat tajuk mereka yang interesting nak dibaca. Baaaaanyaaaaak! Aku kadang-kadang naik geram juga bila dok tengok-tengok buku dekat Popular banyak sangat bukan kemain. Mingguni aim 5 tajuk nak beli minggu depan muncul lagi 3. Aku dah jadi bingung. Padahal 5 sebelum tu tak beli lagi. Lagi-lagi yang hard cover pulak kan. Perghh! My favourite type of book weh. Tapi al-maklum lah budget pun terhad jadi mampu tenung saja lah.

Lepas tu berangan tu tak stop disitu saja. Siap berangan lagi kalau syarikat-syarikat penerbitan ni bermurah hati bagi beberapa copies novel dekat aku untuk diberi kepada readers blog ni. Tak kiralah sama ada dalam bentuk contest ataupun lucky draw aku memang nak bagi dekat korang. Hahaha. Orang kata sama-sama untung kan.

Lepas tu tak terhad kepada buku sahaja malah kalau ada voucher makanan pun ok. Kalau dapat lebih memang aku kasi. Konon-konon nak jadi Oprah kan. Tapi tu lah nak tu memang nak tapi disebabkan point aku bagi tahu terdahulu memang rasa macam berat benda-benda ni nak terjadi. *depressed*

Tapi tak mustahil bukan? Semoga suatu hari tercapai juga impian ini dan bersama-samalah kita menikmati voucher makanan dan buku-buku percuma tersebut. Kah kah.

P/s: Jangan lupa untuk mengundi ya poll dekat sidebar tu? Undi sampai lobam. Sebab aku tengok result dia makin sengit!! 
 
back to top