Saturday, February 26, 2011

Sesi Melawat Chocolate Fair! Ok, Ok Book & Chocolate Fair (Edisi Coklat Sahaja Buku Tak Dak)

Minggu ni memang busy betul. Dengan test berderet2. ASSignments tak bersiap2. Langsung tak boleh nak taip apa2 entry. Kalau next week usah lah cerita. Derita dia 2 kali ganda this week!! Gila annoying. Memang rasa nak pura2 demam konon2 dapat lah skip test ke hapa. *hasutan syaiton*. Tapi anyway aku sempat pergi ke "Book & CHOCOLATE fair" Jumaat lepas. Tu pun pergi last day. ~Sigh~ Nasib baik sempat pergi kalau tidak memang aku goreng2 buku2 teks dengan tepung adabi lepas tu makan. Kecewa punya pasal.

And somehow I managed to capture dozen of pictures! Hooray! And take a note ya. Aku akan terus cerita pasal coklat tak mau cerita pasal buku eventhough nama pesta ada kait tulis buku. Gambar gerai buku pun tak selera nak ambik weh dah hari2 mengadap benda tuh. So lets skip the book part. Anggap je nama tu just hiasan je untuk bagi lepas tandatangan Dekan buat benda ni. Nanti kalau letak Chocalate Fair saja kang nampak sangat tak seimbang agak menuju ke arah "Menjadi Mahasiswa Berobesiti" instead of "Walaupun Saya Mahasiswa Obes Namun Saya Berilmu". Now I got it. Licik betul. LOL!

So lets start with..

Coklat berwarna-warni versi gila girlish aku tengok. And don't ask me me why some of the chocolate is missing!
Hurmm. Macam mana agaknya rasa dia ek? Ke "indah khabar dari rupa" Nak beli tak mampu. Nak rasa tak de tester. 
Sebab dah lawa sangat tak sayang ke nak makan. For me I will!  *muka rakus* Ni macam mahal sikit. Kalau korang pewaris hotel ke anak CEO ke boleh lah beli kut. Dalam 40 hinggit. Maybe kalau taraf2 student atau rakyat kebanyakkan boleh beli coklat dekat gambar lepas nih.
See! 10 hinggit je. Memang boleh beli. Tapi design.... T___T. Melainkan jikalau anda adalah seorang kanak2 berusia bawah 7 tahun sah2 memang happy gila dapat. 
Selain coklat, ada jugak benda lain jual macam..

Muffins! 

Cupcakes!

Candies and Toys!! Ok gambar ni nampak sangat tangan dah start menggeletar tengok coklat kiri dan kanan.

So lepas dah stalking melawat semua gerai we've all decided (kongsi 5-6 orang) beli satu set coklat yang 4 cucuk 10 hinggit. Amik je mana2 ingredients yang korang nak lepas tu dia akan salut benda tu dengan coklat. Perghhhh! Tak ke merembes air liur mendengarnya! 

Ok aku, I means kami pilih 2 cucuk marshmallow
Dan 2 cucuk buah-buahan. P/s: Kecik gila! Hummph!

Ada jugak yang macam burger2 mini ni. Tapi kitaorang tak amik.
Lepas dah pilih semua benda bagai. Kakak tu amik benda tu dan akan salut coklat kelilingi dengan guna benda nih!

Air terjun coklat apa kebenda ntah nama dia. Aku pun tak tau. Menggoda bukan? Buktinya ko tengok je lah mata budak2 pompuan tuh. Hahaha. I know you want one bucket right! 
Dan tada.. Jadilah Sate Coklat!!

Drooling!!
Dan bila dah rasa. Astaga! Rasa macam baru je jumpa salah satu syurga dunia. Especially Marshmallow dengan Coklat. Memang serasi betul rasa dia. Rasa nak beli 30 batang lagi! T____T Siyes is sooo damn delicious!! So agak2 lah kan siapa readers aku yang taukeh coklat (ada ke?). Tolong lah beri kan saya kupon diskaun!! Or paling koman sponsor coklat fondue selama sebulan? 

P/s : Hah! Coklat air terjun tu nama dia Chocolate Fondue! Baru teringat. LOL!

Sunday, February 20, 2011

Aku Dah Buat Public Announcement Di Dalam Kelas Bahawasanya "I've Got A Blog!" T___T

Seperti yang korang tahu. Aku tak suka Impromptu Speech. Siyes ibarat dilahirkan sebagai musuh utama sejak dari kecil lagi. Lagi2 bila kena cakap dalam fully english. Lagi lah macam berdebar nak bersalin anak pertama. Tapi yang peliknya kata tak suka, tapi subjek elektif english amik Oral Communication. Apa kes? Padahal ada lagi subjek lain boleh amik macam writing ke, career research ke. Dasar kemelayuan betul ko nih. Ok, ok sebenarnya there are 2 main reasons why I choose this subject despite macam benci tapi sayang gila kat Oral nih.

1. No Final Exam >>> Hell Yes!
2. Ikut Kawan >>> Dasar kemalayuan lagi!

Jadi seperti biasa bila dah nama pun kelas ORAL maka jatuhlah hukuman wajib ada individual Impromptu speech. Every week at least 2-3 orang secara random kena lah cakap kat depan dengan tajuk berbeza. Maka bermula ritual WZulhilmi setiap kali kelas english iaitu berdoa didalam hati supaya tak terpilih sambil buat muka innocent gila tak hingat konon2 tak nak kena aim dengan lecturer. (Padahal last2 kena jugak)

So malam sebelum kelas siap buat annoucement kat Twitter


Bak kata orang kita kena sebut something macam 44 kali baru benda tu terjadi. So kena lah sebut banyak2 kali. Eh tak khurafat ke buat macam gini? Ampun!! LOL!

Aku rasa maybe tak cukup 44 kut maybe 43 kali ke hapa. Aku terpilih! Wahahahaha!!  Tu lah percaya lagi benda2 44 bagai tu. Terus dapat bala. Mula2 dapat topic "Your Ambition". Disebabkan ambition aku yang sebenar nak jadi Kpop Star/Pop star *gelak guling-guling*. Maka agak memalukan kalau nak exposed dekat orang ramai. So I've decided to ask lecturer to change the topic. Perghhhh! Demand sungguh. Nasib baik lecturer sempoi kalau tak dapat jelingan maut satu!

So dapat lah tajuk "hobby". Wahahaha. Tajuk kanak2 riang. Konon2 bila dengar dalam hati sebut "This should be easy!". Lepas dah berdiri kat depan terus start

*Baca dengan nada tak confident* 

"Assalamualaikum and good morning to all. Today I will talk about my hobby. My hobby is ~~~~~~~~"

Nampak tak simbol ~~~~~~~~ tu. Tu bukan ombak laut ke hapa. Tu maknanya LONG PAUSE! Maknanya boleh plak tiba2 blur kat depan lepas tu emosi bercampur baur dengan perasaan bergolak dalam hati kata "Eh hobi aku apa?????" = =" Masa time tengah bergolak2 tu boleh pulak aku tengok muka student2 depan aku. Terus bukan lagi bergolak jadi bergoncang macam ko tengah nak dapat result MUET melalui SMS.  Terus buat spekulasi sendiri berdasarkan daripada muka2 budak2 tu .

Chinese 1  : Humphh! Typical Malay. Can't Speak English!
Malay 1    : Udah udah udah. Blur lah tu *sambil mata terjegil*
Chinese 2  : Booooring~~~~~ *menguap*
Chinese 3  : He's must be stupid! Just plain stupid. Easy topic ma!!

Terus cakap "my hobby is blogging. I love blogging"  Perghh! mulut. Stapler kang. As all of you know. Blog aku nih siyes tak pernah bagitau dekat orang except several close friends ataupun buat annoucement bermegah2an dekat FB ke hapa buat status "check out my blog here" lepas tu bagi link. No! Aku lebih prefer anonymous maksud aku orang yang aku tak jumpa in my daily life baca blog ni. Lebih bebas betul tak? Tak rasa restricted nak menulis.

So yet again aku dah buat official annoucement dekat depan kelas kata ada blog. Dasar mulut tempayan! LOL! I prefer panic ok.  =P. Lagi2 aku tau several of the student adalah pembaca tegar blog (tapi diorg tak de blog. baca je). This will be a mess!

So that's it! Aku dah redho dengan ketentuan ilahi (LOL!) maybe it is time this blog need more exposure and be known to the public. Tak leh sembunyi2 dah. Tapi tapi! It's doesn't mean I will restricted writing my entry just because my surrounding people read this blog. No way man! Lagi dasyat aku tulis ada lah. Macam "Si A gaduh dengan Si B. Siapa yang salah? atau "Si T ada hubungan sulit dengan Si C tapi Si M kekasih dia tak tau! Gila hot!!" atau "5 sebab aku benci Si J berserta contoh" Wakakakakah.

Yang pasti more traffic means more satisfaction and money too! *mata duitan* Padahal bukan ramai pun baca. T___T. So have a great weekends guys and blues Monday too!


Wednesday, February 16, 2011

Lawatan Ilmiah Bersama Keluarga Ke Fun-Fair. LOL!

Cerita ni berlaku masa cuti CNY hari tu. Tapi memandangkan waktu tu tengah datang meroyan tak nak update blog secara aktif. So I decided to postponed this post. Konon2 nak tunggu lah masa yang sesuai kan post. Mana tau tup tap pang!! lepas published entry follower jadi 200!!! *For God sake! Puh-Lease!*. 

So masa cuti hari tu we all family buat lah makan2 secara berjemaah dekat satu restoran ni. Nama restoran tu pulak aku tak ingat. Tapi memang tak komersil langsung lah nama dia so otak ni susah sikit nak tangkap. And I bet kalau aku dapat sebut betul pun korang baca sambil lalu je kan?

Actually aku nak cerita pasal makan2 ni. Tapi boleh pulak aku lupak nak transfer gambar2 from my sister's camera kepada laptop aku nih. Aku tangkap gambar baik punya weh! Konon nak buat entry makanan paling dasyat dan epik yang pernah aku buat setakat nih. Ada lah dalam 10-15 keping amik. Every dish got their own picture. Wah! Tapi malangnya Tuhan dah tahu aku akan bertindak riak dengan membuat entry sebegini rupa. So terus buat aku lupa nak ambil. Padan muka!

But then have no worries!! Aku ada plan B punya. After majlis sesi beramah mesra bersama keluarga selesai kitaorang terus straight pergi Fun Fair. Tehee~~. Jangan kata buang tebiat ye. Sebab ada ramai anak2 sedara aku yang perlu dipuaskan nafsu2 mereka untuk bermain. Really? After like makan besar? Aku budget budak2 ni masa main Merry Go around sorang2 muntah putih. T___T (padahal dalam hati ko memang nak pergi kan)

ALERT : Remember guys! This is just a low class type of Fun Fair. So jauh2kan lah pemikiran korang tentang Space Shoot ke Dragon Train ke hapa ke macam kat Genting tuh.

Yet again kalau tak de lampu bling2 memang bukan Fun-Fair . Tu orang panggil tanah perkuburan.

Masuk2 je macam wah!!! Ferris Wheel.  *mata bersinar*

Tapi bila tengok side view dia. Aiyooo! This is the most scary and dangerous thing I have seen! Nampak tak lubang2 dekat setiap gerabak, HUGE!!! And also kalau ada mana2 couple yang macam nak romantik2 ke nak naik benda alah ni sambil makan aiskrim kon bersama2. Lupakan lah. Nanti ice cream ntah kemana kon ntah kemana. This thing move very fast weh!
And also mesti lah ada Merry Go Around versi Kanak2 Vitagen. 

Disebabkan mostly anak2 sedara aku still underage. Diorang kena lah main yang macam game yang poyoo gila. LOL. See!  Cuba kira dah berapa orang naik benda nih. Satu kepala 2 token. 1 token 2 hinggit. Perghh! Untung kemain!



Lepas dah main game cawan berisi kanak2 tuh. Budak2 ni  nak main train pulak! Jeles aku. =P Tapi korang perasan tak macam ada kelibat manusia berbadan bukan separti seorang kanak2 duduk dekat belakang train tu. Kanak2 obes ke apa? And I made a special GIF just to explain about this.  

Wow! memang alasan yang kukuh lagi waja nak naik benda ni. "Saya nak teman anak, bahaya tau!" Thanks makcik for the tips. I will try after this. Definitely!

Btw inilah minah rempit termuda di Malaysia. Hahahaha..

Lepas tu giliran kitaorang pulak yang remaja2 (cewah! budget muda) ni lah pulak nak main. So we choose basically memang ada satu je pun game yang extreme sikit. Iaitu game kerusi pusing2.

Ok lah not bad.

Dan last sekali our family decided nak naik train ke rumah hantu!!! Wahahahaha. But believe me we're really make a big mistake that nite. Tak scary langsung dowh!!!


Patutnya dari gambar2 amatur ni dah  sah2 tunjuk petanda awal rumah hantu ni loser gila. Pfff.~~ Hantu pun 2 ekor je. Siyes tak scary langsung. My brother siap mintak nombor ekor lagi.  Lawak!. Hantu tu pun siap geleng2 kepala kata tak de. And I bet hantu tu Indian boy. Hahaha

But overall its really a fun nite!! Memang best sekali sekali kalau dapat kumpul satu family ramai2 buat satu aktiviti bersama2 isn't it? 

P/s: Korang tak perasan ke gila banyak gambar aku tempek kali ni. Boleh masuk Starstruck's Book of Record!

Tuesday, February 15, 2011

Lady Gaga Dah Ada Pesaing Dah Sekarang! LOL!

Ehem! ehem! Mula2 ingatkan hari ni macam "Eh! Ko kena study hari ni sebab dah nak exam minggu depan. Esok pulak cuti! So it is a perfect time to burns the midnight oil!" Last2 end up mengadap laptop usha application kat AppsStore. Dasar kemelayuan! Btw aku cari yang free2 je lah, yang berbayo aku tak de lah pulak mampu nak beli. Gila ko nak bayar guna US dollar. Lain lah kalau your father owns a hotel!

Selalunya aku cari yang games je lah kan. Tapi hari ni tiba2 aku teringat satu impian aku masa high school dulu. Sampai sekarang tak tercapai2. Sebenarnya aku teringin gila nak main piano!! Piano yang sebenar ya!! Bukan yang beli kat pasar malam yang ko boleh dapat macam2 kaler lepas tu ada pulak beberapa butang tambahan berupa kepala haiwan. Kalau picit keluar lah segala bunyi haiwan2 dekat zoo. Gila annoying.

Dan first time aku tengok piano secara live ialah masa jalan2 dekat supermarket terjumpa dekat satu kedai music ni. Perghhhh! Terbentang (ingat carpet?) sebuah piano, I mean Grand Piano warna hitam dekat situ. Bagai Pucuk Dicita Ulam Mendatang apa lagi! Tekan2 lah keyboard dia macam jakon sekampung. Bila tertoleh dekat price tag dia! o.0....... Kalau ko bukan anak menteri, socialist, datuk, tan sri, ceo, ataupun cucu Hilton! Jangan harap lah ko nak beli. Boleh buat modal beli kereta!

Tapi tu dulu lah. Sekarang kan dah moden. Tak perlu itu semua *sambil mengerakkan jari telunjuk*. Ko download apps aje lah!! Wahahahahahaha! and I found one that suitable enough and most important it is F>R>E>E! And voila! you got yourself a piano!!

Bila install terus macam rakus "eh, eh nak belajo lagu apa?" Terus terdetik. Hah! Telephone!! Aku tak tau aku ni kena mandrem ke dengan Mister Gaga ke hapa. Kalau benda kait2 pasal lagu mesti ingat lagu ni. Selalu sangat. Remember with this entry? Marilah Hilangkan Rasa Kebosanan Dengan BerKaraoke. Ni pun Telephone gak. (btw his her new single is sucks!) 

So after like hours mengulangkaji pelajaran (youtubing)! Tambahan pulak jari beso nak mampus asyik2 tertekan dua key sekali gus. Tapi berkat kesabaran dan semangat juang yang tinggi. Finally dapat jugak mahir sikit. Walaupun bila dengar balik macam, astaga disaster movie! 

video
Tekan play je lah! 33 saat je pun. Tak luak bandwith korang!

So macam mana? Boleh wakil negeri tak?? Keh keh keh.. See ya!

Saturday, February 12, 2011

Malaysian YouTubers Are Awesome!!

Wahahahahaha! Now it is confirm that I'm not updating this blog like for a week! New record for me then! Yikes! =S LOL! Bukan tak sengaja nak update weh. Tapi memang sengaja pun tak nak update. Bukan apa siyes aku dah bosan dengan cara penulisan aku yang semakin hari semakin macam terpaksa aje. Bila tengok  entry2 lepas macam "Eh ko tulis apa ni sengal?". So I end up taking a break for a while. Kunun2 nak cari inspirasi lah kan. Kui Kui!  

Tapi takpe2 tinggalkan semua tu sebab aku bet tak de sapa pun nak tahu proses2 penyedutan sumber2 inspirasi supaya mempunyai semangat yang kental untuk menaip entry kembali. Maka let's straight to the point. Basically dalam minggu ni aku ada "stalk" some of the Malaysian YouTubers nih. Ingat lagi kalau dulu2 Youtube(YT) ni aku selalu guna kalau nak tengok Music Video artis je ataupun cari certain tutorial berguna macam How to tie a Necktie Ehem! and etc. Tapi sekarang penggunaan YT nih dah macam makin berkembang kat Malaysia. I mean people using YT as a medium to express their art or something related with that macam buat Vblog ke hapa lebih kurang macam tu. 

Sebagai contoh lah kan. Youtubers pertama yang aku kenal adalah Cikgu Shida. = =". Kalau siapa2 tak tahu sila lah check kat Youtube sekarang. You're missing a lot! Dia ni dah masuk paper dengan TV weh! Tapi bagi aku she's funny (Video untuk "Kalau Berpacaran" je) but not actually my favourite Youtubers. Tapi kalau tengok banyak2 kali memang rasa nak hempuk kepala kat laptop. 

Tapi sebenarnya ada banyak lagi Youtubers I mean Malaysian Youtubers yang lagi best kat luar sana yang  need to be exposed selain daripada Cikgu Shida!! 

Jadi aku compilekan 3 Youtubers yang aku kenal setakat ni. Sebab aku pun baru je berjinak2 untuk menjerumuskan diri nak tengok benda2 nih. So agak limited lah pengetahuan am aku tentang this Vbolg thingy nih. Kalau korang ada nak tambah2 ke sila lah merajinkan diri dengan menjatuhkan comment kat bawah.

so kita mulakan dengan....

1. IniAnwarHadi
Basically mamat ni and I bet he is much younger than me buat video in fully English. Siyes! Kalau korang tengok perghhhh! English gila laju cakap macam machinegun punya peluru keluar. Plup plup plup plup *sebut laju2* Lepas tu siap Qalqalah, haraakat semua cukup. Cakap pun gila fluent gila.Tiba2 terasa sangat kerdil kalau nak dibandingkan dengan dia. Ni kalau impromptu speech kat depan terus gagap macam ada emas nak keluar mulut. T_____T *emosi*

Mostly walaupun video2 dia ni lawak tapi still ada mesej berguna dalam dia. so sangat sesuai untuk tatapan umum.

And this are some of my favourites!


Video ni dalam BM. Dia cerita pasal penggunan perkataan "eww" dikalangan rakyat malaysia yang semakin berleluasa sekarang. LOL!


Yang ni pulak cerita pasal lagu Negaraku. Siyes part beg psycho tu lawak!!

Sebenarnya banyak lagi video2 dia yang best. Korang boleh lah klik kat SINI untuk scroll lebih banyak video dari dia. FYI, aku dah khatam semua video2 dia. Tengok! Banyak betul masa aku ni kan? Kalau suruh membaca 3 minit dah lelap.

2.  Maria Elena
Yang ni mesti girls kat luar sana especially yang suka ikut trend shawl through blog kenal minah ni. And btw  I bet she is younger than me. sigh! Blogger nowadays. So young right! Blog dia ni pulak popular dowh! Followers pun beribu!! Agaknya dia pernah tak datang tak blog ni? Kalau datang pun haish mau dia gelak sambil menyepetkan mata tengok content blog ni. T___T. Tapi in case if Cik Maria Elena datang blog ni (konon lah konon) tolong lah hulur2kan sebuah dua komen. *owh! I wish!*

Btw aku baru tau rupa2nya dia pun rajin jugak buat video2 kat Youtube ni. Ceh! Apsal tak habaq! terus stalk. And yet again she looks soo cool in her video. Siyes dia cakap macam dengan anak2 kucing je. Langsung tak de gabra ke apa. Cakap pun lancar. English pulak aigooooo fluent! And mostly her videos is in English!

Video ni cerita pasal PMS. Siyes memang menjiwai watak betul! LMAO! Aku suka sindrom PMS no 5!

And she also makes some parody of Cikgu Shida!


Now eat that Cik Shida! LOL!

Dan sekali lagi boleh lah klik kat SINI untuk browse the full set of her videos.

And last but not least

3. Afiq Says
Yang ni mula2 tengok. Eh! Apsal tajuk2 video semua macam l*c*h. Tapi rupa2nya memang lawak betul video2 dia nih. Aku tahu dia ni pun pasal AnwarHadi ehem! ehem! ehem! suruh aku tengok. Cewah! budget bangga lah AnwarHadi balas tweet ko. Lepas tu nak canang satu kampung. Wakahakah. Kalau AnwarHadi baca entry ni (konon lagi konon). Boleh lah follow my blog or Twitter. Aku pun lawak jugak apa orangnya! (Owh! Puh-lease!)

Ok2 back to AfiqSays. This is my far most favourite video from him!

Tajuk dia pun lawak gila! Teh Bersama Datin Sally Dan Miss J. Wakahahah. Aku rasa aku dah ulang kut 7-8 kali. Still gak lawak. You got yourself a big clap from me. Memang sama betul gaya dengan suara dia macam datin. And mind of my language. Miss J, you totally looks like a horny B*tch! =P

Dan seperti biasa kalau nak tengok senarai video penuh boleh klik SINI. REMINDER: Most of his video content have a lot of ehem! ehem! stuff. So be prepared ya. But yet still worth a look.

So thats it. 3 Youtubers yang aku kenal setakat ni. So kalau korang minat mana2 boleh lah subscribe diorang ni. Ke, korang tak ada account YouTube? Booooo! =P

Saturday, February 5, 2011

Hello! Hello! (Sambil Lambai Tangan)

Bukan niat untuk membiarkan blog terbiar terbungkang macam tu tanpa sebarang update. Tapi time cuti2 ni banyak pula benda nak buat. So masa untuk menaip sangat lah terbatas. Ni pun sempat lah curi2 masa nak taip. Kalau tidak mau tido terus. Penat weh! T__T

But have no worries, I will be back with a lotsa juicy stories to tell! So sebelum tu aku nak tunjuk something lah kat korang kan. Ye lah. Agak biadap kalau tak tunjuk something yang berbaloi setelah hampir seminggu menghilangkan diri. Kang mula lah komplen. "We need more pictures please!" dan disambung dengan beberapa komen berunsur negatif.

So tada!!!

Kotak KFC?? Apakah intinya??? Apa maksud semua ini?

Sila basah lenjunkan bibir anda dengan amilase!! Perghhh!! 

Don't get it??

Ini bermakna aku dah rasa produk KFC yang terbaru iaitu KFC Fish Donuts! Ke ke ke



So have a good weekends!!