Monday, May 31, 2010

My Sweetheart Smells Like Intensive

Jeng2. Sekali lagi aku diberi tugasan oleh Project Alpha. Muhahaha. Tajuk kali ni ialah my sweetheart smells like dot dot dot. Wau!!. Agak mencabar kali nie tajuk dia. Tapi tak pe aku akan cuba. Seperti yang korang tengok dekat tajuk entry diatas. My sweetheart mestilah berbau Intensive. Hahaha. Kenapa. Nanti barulah  ramai berani nak dekat. Kalau busuk korang pun tak nak dekat kan. Lagi satu aku memang guna product nie. Hihihi. Serius tak tipu. Aku memang pakai. Aku pilih label intensive sebab bau dia yang unik berbanding 4 haruman yang lain. Bagi hidung aku lah. So kalau couple pakai bau yang sama kan romantik!! (Uwek!!!)

Apa yang uniknya pasal produk nie ialah ciri2nya yang sangat special berbanding produk deoderant lain2 di pasaran. Antaranya ialah dengan adanya Anti-Whitening Formula yang terdapat dalam product nie. Apa guna formula nie?? Bukan sebarang formula ye. Benda nie akan mencegah daripada berlakunya white stain dekat baju kita. Selalunya dekat bahagian bawah lengan baju kita lah. Tempat kita dok gonyoh deoderant nie. Kalau pakai product dari Adidas Action 3 nie gerenti white stain tu dah tak de dah. So tak lah rosak baju Prada korang tu. Hehehe. Baju aku pun selamat.

Lagi satu ciri-ciri yang menarik ialah 0% alcohol. Bagus2!! Sangat sesuai kalau nak dibawa sembahyang. *wink*.

Produk nie jugak ada kesan new dry max system. Maksud dia macam nie. Kalau korang beli yang jenis deodorant yang jenis spray cepat lah kering semburan deodorant tu. Yang jenis gonyoh2 tu pun cepat kering. Jangan risau. Nanti tak payah lah korang nak buat kibas2 ayam atau chicken dance semata2 nak bagi kering.

Yang paling penting sekali ialah fungsi 24 jam perlindungan daripada peluh. Bagi yang aktif bersukan sangat2 lah sesuai. Dah tak payah nak kepit2 kan tangan korang semata2  tak nak bagi orang nampak. Bila dah tak da peluh makin tinggi lah keyakinan korang nak main. Kan kan??

So inilah antara pilihan haruman deodorant Adidas Action 3. Tada

Bahagian atas tu untuk perempuan dan yang bawah untuk lelaki. Beli jangan tak beli.

Dah penat aku bercerita nie. Jom kita jamu mata pulak tengok video2 nie. :). Aku tengok mulut Azwan Ali tu joreng betul. Nyiahahaha..








 Project Alpha is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.

Sunday, May 30, 2010

My Top 4 Lagu Rossa

Seriously malam hari sabtu adalah malam yang paling bosan antara semua malam. Maksud aku dari sudut siaran TV. BOSAN~~~~~~~~~. Tak da cerita yang menarik pun nak tengok. Bagi yang ada astro aku tak tau lah. Mesti ada cerita best kut. Dah siaran pun berlambak2. Rumah kat TV aku ni ada lah dalam 6 channel. So sangat lah limited pilihannya. T T 

Tengah dok jemu relaks depan TV tiba2 ternampak lah tweet nie.



A'ah!!! Malam ni Rossa buat konsert kat Bukit Jalil!! (Pura2 terkejut padahal bukan boleh pergi pun). Dalam hati memang nak pergi kalau ada peluang. Sebab banyak jugak lagu minah nie yang sedap. Honestly aku bukan lah penggemar muzik tempatan mahupun muzik indon. Hanya segelintir je aku dengar. So entry nie adalah spesel tribute untuk akak Rossa kita nie. (Macam dia dah mati je buat mcm nie) Muahahaha. 

Aku baca kat satu laman web yang cakap konsert nie berlangsung selama 2 jam. (Kalau aku dah pancit!!). Diiringi dengan 14 penari dan 30 pemuzik okestra!! Wah!! Ni memang grand!!  Tiket2 yang ditawarkan antara RM58, RM98, RM148, RM248 dan RM348. Kalau aku lah betul2 nak pergi aku rasa aku beli tiket harga antara RM58 or RM98 ( Ko nampak bayang je lah oi!!). 


Gaun aku boleh terbang!!


So sekarang aku nak senaraikan Top 4 hit song daripada Rossa yang aku suka. (4 je!! kata banyak). Kita mulakan dengan tangga keempat. Jeng2~~~

#4 Hey Ladies
Wakaka. Aku pun boleh pelik sebab suka lagu nie. At least aku mengaku kan. Tak lah hipokrit kata tak suka padahal dalam hati siap hafal lirik lagi tu. Mula2 biasa je aku dengar lagu nie. Ok lah genre pop. Lepas dh dengar kat radio ulang2 terus aku pun terpysho suka lagu nie. Korang perasan tak masa dengar lagu nie ada suara sayup2 kat belakang membebel ntah apa2. Nak je aku hempuk suara tu. Haha. Gedik semacam. Yang nie antara suara2 gedik yang aku dapat tangkap.

"Hancur Hancur"
"Busuk sih"


#3 Terlalu Cinta
Lagi nie kurang popular sikit. Tapi aku suka. Sebab macam sedih meratap tak hingat dunia. Tambah pulak dengan iringan bunyi piano. Wah!! Melayang sekejap!! Wakakaka. Suka lirik nie

"Tuhan. Maafkan diri ini. Yang tak pernah bisa menjauh dari angan tentangnya"

Sape yang tengah hot 'bencinta' memang lah sangat2 sesuai. Aku suka sebab macam suci je cakap macam tu. Hahaha. Angan tak boleh blah.


#2 Ayat-Ayat Cinta
Siapa yang tak pernah dengar lagu nie. Memang lah kesian. Sebab dulu masa cerita ayat2 cinta tengah hot. Semua radio asyik pasang lagu ni je. TV pun sama. Aku yang tak tahu apa2 terus tau. Movie dia pun aku tengok masa time raya dulu. Agak menarik lah. Tambah lagi masa part2 yang agak terkesan dekat hati pasang pulak lagu nie. Last2 terus terpsycho sekali. Wakaka. Suka part nie

'Maaf bila ku tak sempurna. Cinta ini tak mungkin ku jaga'

Amik ko!! Memang gramatis betul ayat. Hahaha. Ermm baru perasan kenapa ak suka part maaf2 nie???


Tempat pertama ialah.. Bunyi kentut gendang please!!!Tada~~


#1 Pudar
Nyiahahaha. Lagu nie memang lagu yang paling aku suka. sebab lagu ni lah yang mengenalkan aku dengan akak comel Rossa. Lagu simple tapi music dia memang rancak. Best2!! Lagi satu lagu nie mengingatkan aku masa aku kat high school!! Rindunya zaman sekolah!!! Hari2 boleh sembang2 dlm kelas. =P Siap sampai kena tegur cikgu kat depan sebab sembang kuat sangat. Last2 kena jawab soalan kat depan. Soalan matematik tambahan ye!! Cirit aku menjawab.

P/S : Internet tengah slow2 pun sempat gak buat entry nie. Kikiki. Kalau korang perasan, sekarang nie aku tengah belajar gelak baru. Nak dengar? Nyiahahahaha. (Gelak tamak + gelak puntianak) =P


Saturday, May 29, 2010

Slow Betul!!

Uwaaa!!! Semalam ak baru sedar yang Broadband aku dah sampai limit dia!! So line dia sangat lah slow. Sampai kalau nak masak maggi pun sempat kalau nak tunggu loading page. Terbantut hasrat murni aku nak berblogwalking dekat semua page2 korang. Aku singgah mana yang dapat je lah ye. Jangan pulak korang merajuk bila aku tak pergi blog korang. Bukan tak mahu tapi braodband aku nie tak bagi!!! T T .

Yang lagi lawak bila aku nak pergi blog korang. Header korang pun tak muncul!! Keluar tulisan je. Segala jenis gambar cantik2 korang tu tak dapat lah aku tatap kerana line tak dapat nak load. Nak tak nak aku kena tunggu 1hari bulan 6 ni baru broadband aku elok balik. Lagi 2 HARI!!! Lama tu.. T T

Lagi bertambah malang bila Footer blog aku dah hilang!!! Nak repair balik alahai line pun dah buat masalah. Sedih bila blog dah cacat!! Geramji!! Geramji!!! Sabor aje lah.

Tapi hari ni seronok jugak bila follower dah mencecah 51 orang Starholic!!!! Weeee!! Thanks everyone!! Nanti rajin2 lah comment. Biar sampai jam kotak comment tu. ><



Ok lah ak pun dah naik muak tengok line ni punya lah slow. Baik aku pergi melantak. Nyiahahaha

P/S : Pasaraya Billion baru bukak kat Ayer Tawar. Memang hangat giler lah customer datang!! PENUH!!!(Orang kata) Bila pulak aku nak pergi terjah. =P


Friday, May 28, 2010

Bila Aku Pulak Shopping

Sori guys!! Lambat giler lah aku update blog hari ni. Bukan apa. Line slow gila lah. Nak buka blog pun loading lambat sangat. Padahal bukan lah berat sangat blog aku nie. Aku dah check berat terbaru blog aku yang dah dimodified nie pun baru 59.97KB. Alahai!! Kan mantop tu. Sama macam tuan dia. So salah line  aku lah yang lambat bukan blog aku. Kalau siapa2 nak check blog korang berat ke tak korang boleh klik dekat  sini

Entry ni ak bukan nak cerita pasal berat blog ye. No no no. Aku nak cerita pasal apa yang aku akan pakai kalau tiba2 kawan aku ajak keluar. Maksud keluar kat sini adalah macam tengok wayang ke main bowling ke bukan pergi majlis Red Carpet Grammy ye. Nyiahahahaha. Lepas tu aku anggap satu Internet nie adalah shopping mall Billion yang banyak kedai. Let's get started!!

Ok first stop nak kena beli baju ni. So aku nak pergi laman web Butik Topman!!. Amboi!! Demand betul!! Wakaka. Tak pergi pun Cheetah ke, Tom's Blue ke. Nak buat macam mana aku dah tak nampak butik tu!! (Padahal taip je!!!).  Ok setelah survey satu kedai aku pilih baju nie!! ~Tada~

Klik untuk tumbesaran melampau

Ok!! Mari kita tengok harganya

Blue Striped Polo T-shirt = 18 Pound, so jumlah dalam RM jadi. Jeng2. RM87!!!! Terkojut sekejap. Ok! Takpa2. Murah je tu. Jom kita tengok seluar jeans pulak.

Sekali lagi aku berlari ke arah Butik Levi's Jeans dengan penuh ghairah. Muahahaha. Selak punya selak. Akhirnya ak pilih yang ini!!


Klik untuk tumbesaran melampau


Tada!! Aku pilih Skinny Jeans 511. Amik kau.Sekali code ak hafal. Amik pulak yang skinny pulak tu. Hahaha. Memang tak sedar diri. Lepas dah tanya akak kaunter. Ini harganya!! USD 49.50, So kalau dalam RM.. (Sambil tekan calculator).. Jadi RM163!! Dah setel untuk seluar!! Jom pegi tengok kasut!! 

So agak rambang mata lah jugak pilih kasut nie. Sebab dalam Butik NIKE nie (Sengaja menekan perkataan Nike). Banyak juga yang menarik hati. Tapi ak nak something yang lain daripada yang lain. So aku amik nie. Hahaha. Memang pelik. Tapi aku suka. 

 Klik untuk tumbesaran melampau


Harga dia ialah USD64.90. So tukar punya tukar. Dalam RM214!! Ok2. Agak tamak jugak shopping aku kali nie. Semua branded. Tapi dah setel ke belum? Belum!!! Kita tertinggal jam tangan!! Jom pergi Butik Swatch!! (Lagi tak hingat dunia!! Mewah sesangat!!)

Klik untuk tumbesaran melampau


Aku amik jam tangan putih nie. Murah je. Harga dia USD115. So dalam RM jadi RM378. Wah!! Memang sangat murah!!! Kepala dah pening dah.

So last stop adalah cari belt pulak!! Hihihi. Jom ke Quiksilver!! (Astaga!!! Budak nie memang melampau shopping nya.)

Klik untuk tumbesaran melampau


Wah!! ada diskaun!! Dari USD24 ke USD8. This is my lucky day!! (lucky lah sangat). Ok selepas ditukar harganya jadi RM29!! Hehe.

Ok lepas dah penat shopping jom kira total kesemuanya. Ka ching!!

Blue Striped Polo T-shirt = RM87
Levi's Skinny Jeans 511 = RM163
Nike Shoes = RM214
Swatch = RM378
Quiksilver Belt = RM29

TOTAL = RM871     WHAT!!!!!!!!!!!!!!!

Pitam sekejap!! Bapak banyak!! Tu baru sekali keluar je!! Hahaha. Tak jadi keluar lah. Cancel!!. Lain kali nak pergi Kedai Yang Yang je. T T.

P/S = Nak bagi tau yang lelaki memang tak banyak shopping. Tapi kalau sekali beli memang kalah harga perempuan 3 kali shopping. Sebab barang2 lelaki tersangat lah mahal!! Sedih!! T T


Thursday, May 27, 2010

Celebrities Who Stink

Korang tau tak. Hari ni ak nak bagi tau kat korang bukan kita je yang ada masalah kebersihan nie. Artis pun ada problem nie. Serius!! Walaupun diorang tu ada duit berjuta2. Tapi still tak boleh nk uruskan kebersihan sendiri. Mungkin busy sangat kut. Ni antara artis yang ak rasa agak stinky lah.. Tada~~

Robert Pattinson!!

Ye!! Mamat yang berlakon dalam filem twilight tu. Korang tgk dalam movie. Memang lah dia smart je. Tapi in realiti. Agak stinky lah jugak. Dia sendiri pernah mengaku dia nie tak suka jaga kebersihan sangat. 

Tengok tu. Rambut pun dah style messy2.

Gambar tu ok lagi. Cuba tengok yang kedua pulak.

Alahai! Messynya. Sempat mandi ke nie?

Amik kau!! Memang selekeh. Kalau bahagian atas pun dah tak terjaga, mesti bahagian lain pun tak sama. Tak percaya? Korang semua cuba tengok gambar kat bawah nie :



Tengok!! Nie mesti kes tak pakai deodorant nie!! Tu lah busy sangat nak keluar promosi filem sampai tak sempat nak pakai. Meh sini ak cadangkan kat Robert ni pakai benda nie.. Jeng2




Haaa. Mesti dah tak berpeluh dah kalau pakai deodorant Adidas nie. Lepas ni banyak lah orang nak dekat dengan Robert nie. Makin laku semua movie dia. Korang pun boleh try jugak benda nie. Lagi2 yang suka bersukan. Memang sesuai.

Jom kita layan video2 nie. Lepas dah mengumpat si Robert tu. Berdosa pulak ak rasa. Hihihihi









Project Alpha is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.

Wednesday, May 26, 2010

Bye Bye Justin Bieber

Cadangnya hari nie nak buat satu entry je. Memandang kan still tgh busy nak menaik tarafkan blog nie. Tiba2 tengah cari materials yang sesuai jumpe lah pula satu perkara nie. Pasal Justin Bieber. Siapa yang still tak kenal dgn budak nie mmg lh korang nie nak kena. Hari2 kut ada je berita pasal mamat nie. Lagi2 dikalangan kanak2 perempuan. Memang gila fanatik!! Sebut nama Justin Bieber pun jerit histeria macam dapat emas.

My name is Bieber. Justin Bieber (Sebut dalam nada James Bond)

Yang kelakarnya!! Ada satu  website nie dah cipta satu perisian khas yang namanya dipanggil "Shaved Bieber" untuk Mozilla Firefox untuk banned semua perkara yang berkaitan dengan Justin Bieber. Serius!! Kalau korang dah install perisian tu. Semua perkataan seperti Justin Bieber, Bieber akan di censored!! Gambar Justin pun akan di censored!!. Bapak kejam!!.Hahaha. Perisian nie mmg sesuai lah sangat2 bagi orang yang elergi bila nampak perkataan Justin Bieber dengan gambar dia tu. Kalau korang nak lebih faham lagi. Korang boleh tengok video nie. BTW lagu dlm video nie memang kelakar.







KELAKAR!! Hampir nak terkeluar air masa ak tengah minum bila dengar lagu version Baby nie. Ayat tak boleh blah. Dah suara macam chipmunks. Sengaja nak perli Justin Bieber!! Wakakaka. Lagi2 bila lirik first2 dia sebut "My name is Mickey. Mickey Mouse." Hahahaha. Lagi satu part " I hate puberty 3X". Lepas tu diikuti suara jerit gedik. Memang kelakar. Adui!! Macam2.

Kalau siapa2 yang berminat nak install boleh klik kat sini

P/S : Ak tak benci mamat nie. Tapi kesian jugak kat dia. Hahaha.

Thanks Galaxie for the tips

Sudah - Sudah Lah Tu

Dengan busy2 renovate blog nie pun ak sempat lagi nak post entry baru. Tu namanya blogger yang berdedikasi lagi bersemangat waja.Wakakaka <<< (Mata ak pun boleh naik juling tengok statement ak sendiri).  Hari ni tiba2 pulak ak rasa macam nak bagi pendapat ak sendiri tentang gosip2 yang sering menimpa golongan2 artis nie termasuklah ak.

Bukan apa. Ak dah nak naik muntah dah baca gosip2 mengarut tak tentu pasal nie. Kadang2 sampai tajuk pun tak masuk akal. Bukan lah dekat sini ak nak backing up kata artis tu semua baik2 belaka. Ak just menyatakan pendapat ak je. Lagipun this is my blog. So what!!!. I don't care what other people say. Semua orang ada pendapat sendiri. Termasuk lah jugak ak.

So apa yang ak cuba nak bagitau kat korang ialah jangan lah percaya BULAT2 apa ditulis dekat newspaper or dekat mana2 media lain. Melainkan kalau ada bukti kukuh dari sumber yang sahih then baru boleh kita percaya. Tapi kalau setakat "berita" yang ditulis dengan beberapa perenggan. Lepas tu letak pulak gambar pun tak de kaitan dgn berita tu. Alah!! ak pun boleh agak benda nie tak betul. 

Ak bagi contoh lah. Tajuk berita  "Artis A Makan Nasi Tak Basuh Tangan". Lepas tu letak lah gambar artis tu tengah posing gedik dekat dinding. Like what!!!. Berita apa nie!! Tunjuk lah bukti oi.. Letak lah gambar artis tu tak basuh tangan  ke, baru lah ak percaya. Yang nie just nak bagi melariskan jualan atau nak menaikkan traffic pembaca je. Padahal benda tu entah betul entah tidak main bubuh je lepas dengar dari  mana2 ntah. Lagi yang tak boleh blah kalau di highlight kan perkataan "Tak Basuh" dengan warna merah. Nenek yang rabun pun boleh nampak terus perkataan tu.  

Lagi contoh yang ak nak bagi. Yang ni dari Ratu Kontroversi sendiri iaitu Cik Britney Spears. Bagi ak tak de lah apa2 yang kontroversi pun. Biasa je. Ak pilih tajuk satu berita yang pasal Brit nie. "Jamie Demands Britney Wear a Bra". Huh!!! Apa Bra2 nie?? Tajuk pun tak boleh blah. Kalau korang nak tau si Jamie ni adalah ayah kepada Brit nie. Ni antara artikel yand ditulis

Jamie is taking the order so seriously he has even threatened to fire one of Britney's security guards who has let her be photographed bra-less several times in recent weeks."


KELAKAR!!! Ak baca pun tau tak betul. Dah tak da berita lain ke nak tulis?? Tak paham ak. Lepas tu boleh pulak ramai yang percaya pasal benda nie!! Terkejut ak!! Serius!! Sebab  nampak lah sangat kita sekarang hanya dengar dari satu pihak je. Kita tak dengar lagi apa pulak kata pihak Brit lagi. Lepas beberapa hari keluar berita lain yang bertajuk "Jamie Laughs Off Bra Rumors". Antara yang ditulis


"Sources close to the family tell us there is no such rule in place, nor has there even been any thought of one."  They're told Jamie feels he can't make a 28-year-old woman wear a bra if she doesn't want to.




Sekarang berita pertama tu dah bercanggah dengan yang kedua. Lagi2 lepas tu website official britney telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi berkaitan hal nie dengan melabelkan berita nie dibawah kategori Bu**$hi*. Tapi malangnya berita pasal nie tak digembar gemburkan sgt sebab tak cukup "panas" berbanding dengan berita yang pertama. So orang yang tak tahu pasal berita kedua nie akan assume berita yang pertama tu betul. Lagi2 terus sebarkan dekat jiran2 tetangga masing2. Padan lah boleh gila si brit nie.



Itu baru satu contoh. Banyak lah lagi contoh2 lain pasal artis lain. Macam " Is Lady GaGa a Man" atau "Is Miley Cyrus Pregnant?".Adui!! Mcam2. Kalau ada bukti tak pe jugak. Nie just artikel je. Dah2. Cukup pasal2 berita merepek nie. Banyak lagi berita lain yang boleh difokuskan dan semestinya berkaitan dengan karier mereka. 



Terjadi jugak rumors2 nie kat ak. Maklumlah artis kan. =P Pernah keluar satu gosip pasal ak ader secret admire kat tempat ak study. And secret admire tu hadiahkan ak coklat dgn bunga. What the heck!! Apa nie?? (Buat muka innocent). Kelakar pulak bila ak pikir balik. Tapi tak pe lah tu maknanya ak ni popular gak. Wakakaka.


P/S : Ak tak salah kan media seratus peratus. Sebab ak pikir kalau tak da sambutan yang menggalakan pasal sesuatu berita tu. Mestinya media tak akan keluar berita2 pasal tu. So sekarang benda nie berbalik kepada kita sendiri iaitu sebagai pembaca.

Tuesday, May 25, 2010

Dipersembahkan Ice Cream Dan Slurpee Farmville!!

Bagi sapa2 yang tak tau Farmville tu apa. Sila tanam kepala anda sekarang dekat mana2 lubang. Meh sini ak jelaskan. Secara ringkasnya, Farmville(FV) nie adalah satu game yang korang boleh main dekat Facebook(FB). Siapa yang tak tau FB tu apa memang nak kena ketuk. Setakat nie seramai 75,469,379 active users yang main game nie dekat FB. Bapak banyak!!. 

So macam mana nak mainnya? Senang je. Korang just guna mouse je. Tak payah guna benda2 lain. Keyboard? Joystick?. Korang boleh buang semua tu masa main game nie. Apa yang korang perlu lakukan adalah : 

1. Tanam
2. Tuai
3. Jual
Ulang sekali lagi..

1. Tanam 
2. Tuai
3. Jual
Sekali lagi cik kiah oi

1. Tanam
2. Tuai
3. Jual
Lagi sekali!!

Dah2.. ak dah tak larat dah nak taip. Game nie unlimited. Sampai korang dah ada cucu cicit pun tak habis. Game nie betul2 dah jadi kegilaan ramai sekarang. Dekat wall FB ak tu penuh post pasal game ni. Atas kepopularitian tahap gaban yang company FV nie iaitu Zynga terima. So diorang dah bekerjasama dengan 7 Eleven nak buat edisi khas "Farmville Slurpee". Alamak ak dh terbayang taik lembu dalam Slurpee tu. =O

~Tada~ Colourful gile.. Eh ada babi telinga panjang!!

Ak tak tau samada promosi ni akan dibuat Malaysia atau tidak. Rasanya tak kut. Tengok lah macam mana. Tapi ak rasa gambar tu kena edit lah sikit sebab ada piggy dalam tu. Trauma orang Islam nk minum Slurpee tu. Haha. Selain tu FV jugak nak buat ice-cream diorang sendiri. Still akan dijual di 7 Eleven gak.

Amik kau!! Siap perasa Vanilla sekali.


Sekali lagi ak terbayang sesuatu yang tak senonoh dalam ice-cream tu. Kalau dalam vanilla tu ada bintik hitam?? Macam mana?? Ok2!! Lupakan!!. Korang cuba tengok moto dia. "Scoop Earn Play". Huh?? Apa tu?? Tak paham!!. Ok2 ak mengaku. Dulu ak jugak agak obses dengan FV nie. Kalau buka FB je benda ni lah yang pertama sekali ak bukak. Sekarang nie ak dah tak main dah. Sebab dah makin merepek dan agak membuang masa.

Bayangkan lah. Korang kena klik untuk tanam, tuai, gembur tanah dekat tapak tanaman tu. Maknanya kalau korang ada 60 petak tanaman. Then darab tiga. So jumlah 180 klik. Kalau sebulan 5580 klik!! Ok ak give up sekarang!! 

Cakap pasal FV nie. Jom tgk ladang ak. Ak pun nk check jugak. Dah beberapa bulan ak tak main.


Ni ladang ak. Tengok!! Tanaman semua dah mati. Sebab tak kutip. Oops!!
Klik untuk tumbesaran melampau


Ni pulak haiwan2 belaan ak. Ada kuda, itik, ayam, angsa, kambing dll. Piggy tak de ye. Ak dah haramkan dalam ladang ak. Klik untuk tumbesaran melampau.


Yang ni semua harta pusaka ak. Macam2 jenis rumah ada. Sebut je. Semua lot tanah di sini adalah kepunyaan ak. Malangnya di alam cyber je. Klik untuk tumbesaran melampau.


Tapi yang pasti zaman FV dah berlalu dalam hidup ak. Bye2. Bagi yang still main tu. Teruskan lah usaha menjadi peladang yang berjaya.

P/S : Ermmm. Still was2 dengan Slurpee dengan ice-cream FV. Bukan apa namanya pun agak keladangan untuk diletak pada Slurpee. Haha =P


Monday, May 24, 2010

Banyaknya!!!

Hari ni tiba2 ak dikejutkan dengan kemunculan  LIMA tag!! ye 5 tag!!

MySpace

Nie semua adalah angkara pemberian daripada Si Kenit. Terima kasih lah banyak2 ye. Ak bagi ko satu tag ko balas kat ak LIMA tag!! Terduduk ak sekejap. =P. Baik ak buat sekarang. Nanti kumpul lama2 tak pasal2 10 tag jadi. Mau cirit ak nak menaipnya.


TAG #1

Arahan :  Guna Huruf Pertama Anda. (Alamak!!)

What is your name?
Zul

A four letter
Zuma

A boy name
Zulkifli

A girl name
Zamzaiza

An accupation
Zoo keeper

A colour
Zinnwaldite ( A light dull pink colour similar to Salmon). Amik ko!! Haha . inagt ak tak dapt jawab soalan ni


Something u'll wear
Zip


A type of food
Zinger Burger

Something found in bathroom
Zombie!!!


A place
Zimbabwe


A reason for being late
Zzzzzzz


Something u'd shout
Zasss!!! (Gaya Melodi)


A movie title
Zorro


Something u'd drink
Zukini Juice. =P


A musical group
ZE:A (Korean Group)


Animal
Zirafah!! (Tiba2 guna BM)


Fruit
Zucchini(timun jepun) bukan Bikini ye






TAG #2


5 nama samaran kamu : Wan, Zul, Hilmi, Mi, Cute.. Wakakakaka

5 tarikh penting dlm hidup kamu

21/5
27/1
1/9
25/12
31/8

5 perkara yang kamu buat semalam

Tidur
Makan
Blogging
Tengok TV
Minum

5 perkara yang buat kamu gembira

Muzik
Makanan yang lazat dan berminyak
Lawak sengal
Cerita lawak
Shopping!!

5 drama/filem  kegemaran kamu

GLEE
Criminal Minds
One Piece
Desperate Housewives
Ugly Betty

5 hobi kamu

Baca
Nyanyi
Blogging
Makan
Tidur

5 org yang kamu syg/suka

Daddy (gedik panggil mcm tu)
Sis
Besties
~Lalalalala~
Follower

5 tempat percutian kamu

Jepun
New York
Holland
France
Korea

5 sebab kamu jawab soalan ni

Suka
Minat
Hobi
Banyak masa lapang (Yelah tu)
Gedik

State five things about urself

Unik
Cute (Wakakakakaka)
Simple
Extraordinary
Best



TAG #3


Apa yang bermain difikiran anda sekarang : GLEE!!

Apa nama samaran korang : Zul

Berikan 3 orang yang anda sayang : Dad, Sis, Besties

Panggilan utk si Dia : ~Lalalalala~ Soalan apa nie? =P

Hadiah yang korang impikan dari seseorang yang istimewa : Persefahaman

Blog mana korang selalu visit and yang boleh ak follow jugak : Honestly ak selalu pegi blog ak sendiri. Hihihi





TAG #4


3 names in your message inbox : Amuk!, Sham, Jijah

Your main ringtone : Lady Gaga - Telephone

What u did at 12 last night : Buat entry

Who was the last person you went out with? where? : Tak ingat!! dah lama tak kluar.. T T

The colour of T-shirt you're wearing right now : Biru muda *wink*

The last thing you did : Makan murtabak

3 of your everyday fovourite items: LG Lollipop, Sony MP3, Lappy

The colour of your bedroom : White

How much money in your wallet right now? : I'm using MasterCard. =P

How's life? : So far so good!!

Your fovourite song : Britney Spears - Gimme more

What will you do next weekend : Bersantai di dalam rumah

When was the last time you see your dad? : Baru kejap tadi

Where is he now? : Tido

Who is the last person that talked to you last night? : Nobody.. :"(

The last surprise you got : My ****** are great!!

Last thing you borrowed from your friend : None

Who is your bf/gf/husband/wife : ~Lalalalala~

What do you feel right now : Ponat menaip semua tag nie. Haaaa!!

Wanna share with who? : Everyone of course!!

Who know your secret? : Besties

They keep your secret: Yup!!

What do you order at Mc'D ? : Fries!!

The last time you feel sad : Sad is bad.



TAG #5


Arahan : Using only one titles  from one artist, cleverly answer these question. You can't use the band i used. Try not to repeat the song title.

Hehehe.. Best tag nie


Pick Your Artist : Miss Britney Spears!!

Are you a male or female : Boys

Describe yourself : Stronger

How do you feel : Crazy

Describe where you currently live : Blur

What's your occupation : Womanizer =P

If you could go anywhere, where would you go : Heaven on Earth

Your favorite form of transportation : Mannequin =P

Your best friend is : Lucky

You and your best friends are : Hot as ice

What's the weather like : Outrageous

If  your life was a TV show, what would it be called : Overprotected

What is life to you : Oops!! I did it again

You current relationship : Perfect lover

Your fear : Circus

What is the best advice you have to give : Why Should I Be Sad

Thought for the day :  Baby... Baby One More Time

How would i like to die : Toxic

My soul's present condition : Anticipating

My motto : Me Against The Music

Amik kau!! akhirnya siap jugak.. Fuh!!. Dah tak da hutang dah!! Lalalala

Sunday, May 23, 2010

Sudah Tiba Masanya

Yeah!! Besok hari Ahad!! So apa aktiviti korang? Tengok movie ke? Dah lama kut ak tak tengok movie. Sampai movie yang latest pun ak tak tahu apa. T T Or mesti ada yang keluar makan2 dengan orang yang teristimewa or dengan besties. Seronoknya!! Dah lama ak tak buat perkara2 yang tak berfaedah ni. Hehehe. Tapi ak dah ada planning apa yang ak nak buat esok. Mega project nie!! Tada~~~. Kemas rumah!!


Mesti korang tengah gelak berdekah2 kan. Tak baik oo. Ni niat yang murni nie. Patut sokong ak lah. Hahaha. 
Ak dah makin rimas dah sebab rumah ak macam dah agak kelam kabut sikit. So esok(hari ni!!) ak nak bangun awal2 nak mulakan operasi suci nie. <<< Boleh percaya ke?? 

Bak kata Martha Stewart "Kita harus lah menjaga rumah kita seumpama kita menjaga diri kita sendiri'. (Padahal ak yang reka sendiri ayat tu. Kesian Martha tak pasal2 ak sebut nama dia. =P)

"Marilah kita mengemas rumah",Kata Martha Stewart. Mak aih!! Banyaknya periuk. Nak buat kenduri apa??

Aktiviti2 yang menarik yang akan ak lakukan esok adalah seperti mengelap, menenyeh, mengibas, menonyoh, menyapu, mengemop, menggosok.. (banyaknya meng-). So ak harap korang support lah ak dalam usaha untuk memakmurkan rumah ak nie. Jangan sampai buat page kat Facebook sudah. Nanti bukak FB tiba2 keluar page "Kami Mampu Mencapai 1,000,000 Orang Dalam Usaha Menyokong WZulhilmi Mengemas Rumah". Hahaha. Tak pasal2 jadi celebrity pulak. Ok2 ak dah nak tido nie. Esok nak bangun awal nie. Kita tengok bagaimana hasilnya esok!! :)

P/S : Korang pun kemas lah rumah sekali sekala. Dapat pahala. Wakakaka.(Tiba2 jadi sopan).  Korang tengok!! Anjing nie pun boleh sapu halaman rumah. Malu pulak ak sebagai manusia tengok. =P. (Nasib baik bukan itik yang sapu)



Saturday, May 22, 2010

Apa Yang Aku Nak Untuk Birthday??

Semalam telah berlaku satu hari istimewa dalam hidup ak. It is my birthday!! Hahaha. Dan soalan yang selalu semua orang akan tanya ialah "Tak buat party ke??". "Tak buat majlis makan2 ke?". For me dah lama dah ak tak sambut birthday ak nie. Dulu masa kecik2 pernah lah. Tapi bila dah meningkat dewasa ak rasa semua tu tak perlu dan dah tak penting dah.

Ingat lagi dulu masa nak sambut birthday mesti terbayang2 apa lah hadiah yang orang akan bagi kat kita. Terutamnya ak, selalu berangan yang ak akan dapat sebuah kotak cantik yang dibalut dengan pembalut hadiah yang berwarna warni. Dulu ak selalu fikir jugak kalau dapat kotak yang makin kecik, maka makin bernilai lah hadiah yang ak akan terima. Ye lah kalau besar dapat lah hadiah macam teddy bear lah dan yang sewaktu dengannya. Ak tak nk yang tu!! Nak lain.



Anatara hadiah yang ak selalu berangan2 dapat

1. Red PSP


2. iPhone 4G





3. iPad



4. Monster Beat Earphone



5. Sony VAIO Gold


Korang tengok semua hadiah ak. Demand betul!!.Siap bagi detail lagi nak warna apa semua. Haha.  Mau pokai lah sapa yang nk kawan dengan ak. Hihihi. Tapi setelah apa yang ak katakan tadi. Apabila semakin dewasa ak akhirnya faham bahawa hadiah yang paling ak idam2 kan sebenarnya sedang berada di depan mata ak  sendiri. Ak je yg buta tak nampak. Tu lh sebab cermin mata tak ganti lagi. Korang rasa apa dia? TV palsma? Baju? Mp3? Kasut Nike?. Jeng2. Hadiah tu ialah


My beloved family and friends~~ Ak tak akan mintak hadiah yang lain lagi. Love you all so much!!



P/S : Hadiah2 yang kat atas tu ak kena kumpul duit sendiri lah jawabnya~~~~ :'(

Friday, May 21, 2010

Update: Apabila Manusia Hilang Perikemanusiaan

Seperti yang korang maklum, entry sebelum nie ak ada ceritakan pasal seekor harimau yang telah di"perbodoh- bodohkan" dekat A'Famosa Melaka. Kalau siapa2 yang belum baca entry tu lagi korang boleh klik dekat sini  


Korang tau tak isu ini dah pun menarik perhatian masyarakat setelah hal ini disebarkan melalui laman sosial Facebook dan Twitter. Sejurus selepas tu satu fan page telah ditubuhkan di Facebook yang dikenali sebagai  "Stop Animal Abuse At A'Famosa". Tujuannya tak lain tak bukan adalah untuk membantah penderaan harimau yang berlaku di A'Famosa ni. Bagus betul diorang nie kan?. Efficient betul. Terus buat page. Setakat nie yang ak tengok seramai 623 orang telah menyertai page ini. Dan ak yakin bilangan ahli page ni akan semakin bertambah. So kalau siapa2 nak usha2 atau nak join page nie boleh klik kat sini


Ak dapat tahu yang page nie dah hantar satu email sebagai tanda tidak puas terhadap layanan yang telah pihak A'Famosa berikan kepada harimau tu. So pihak management dekat sana dah pun reply balik email tersebut dekat page nie.  Ni antara isi2 email yang diorang hantar:



"Dear DewGem,

Warmest Greetings From A'Famosa Resort

We're referring to your e-mail on regards of the video shared on www.youtube.com

We would like make things clear that we never druged any of the animal for entertainment sake. The tiger shown in the video was just merely lazy and it's was their nature to do so. We pratice a standard level in handling the animals.

However, rest assure that we had stop the photography session with the tigers due to the public & management concern of the tigers welfare. We appreciated your feedback which had been forwarded to management for their action to be taken.

Thank You.
Eric Ong."



'Lazy' ko kata Encik Eric???!!. Ko ingat ak buta ke? Dekat video tu terang2 lah harimau tu macam kena suntik sesuatu. Lemah semacam je. Ak nak tanya pendapat korang lah kan. Kalau korang tgh ber'malas-malasan' kat rumah lepas tu tiba ada orang asyik tolak2 kepala korang. Korang rasa marah ke happy? Mesti lah marah kan?? Tapi dalam kes nie ak tgk harimau ni tak de reaksi apa2 pun. Nampak sangat lah ada something wrong dekat situ.


Lagi satu korang tengok ayat nie. "We practice a standard level in handling the animals'.  Ya ke?? Yang lelaki dalam video tu asyik tolak2 kepala harimau tu dikira sebagai 'standard level' lah ye? Kalau macam tu lah kan macam mana lah agaknya nasib haiwan yang lain dekat sana. Ntah2 lagi teruk kut. Ish2. Memang nak kena adu hal ni dekat program Aduan Rakyat dekat TV3. Biar kena terjah sikit. Baru kita dapat tau hal yang sebenar.


By the way ejaan untuk 'pratice' tu betul ke Mr. Eric??. Bukan ke sepatutnya 'practice'????. (Geram sangat sampai ejaan orang tu pun ak nak serang. =P) 


P/S : Sorry ak agak emosional akhir2 nie. Hihihi. Tapi thanks tu you all reader!! Sebab korang sanggup luangkan masa nk baca semua benda nie. :) 







Thursday, May 20, 2010

Bila Manusia Hilang Perikemanusiaan

Bila manusia dah mula fikir keuntungan. Semua faktor2 lain dah tak ambil kisah dah. Tolak tepi bulat2. Kenapa ak cakap mcm tu?. Korang tengok je lah gambar nie. Haiwan yang tak berdosa digunakan untuk mendapatkan keuntungan semata-mata.







Tak ke kejam tu!!! Lagi best korang tau benda ni terjadi kat mana?? Our lovely place A'Famosa. Yup!! Tempat pelancongan yang terkenal di Malaysia yang 'kaya' dengan "adat budaya" yang pelbagai. Tak sangka pulak ak salah satu "budaya" yang diamalkan kat sana macam nie rupanya. Hebat, hebat!!

So siapa yang still tak jelas dengan gambar2 kat atas tu. Meh sini ak jelaskan. Staff kat sana suntik (atau sumbat mungkin) dadah kat harimau tu supaya harimau tu berada dalam keadaan separuh sedar. So senang lah diorang nk buat projek. Lepas tu diorang letak harimau tu kat pintu utama A'Famosa untuk sesi tangkap gambar. Senang kata sebagai Tourist Attraction lah. So siapa2 nak tangkap gambar kena bayar lah. Dan ak agak mesti bayaran yang dikenakan mesti mahal. Duit tu nak buat apa ek?

By the way, gambar2 kat atas tu ak amik dekat satu video. Kalau korang nak tau gambaran lebih jelas lagi apa "lelaki" tu buat dekat haiwan tak berdosa ni, korang boleh tengok sendiri video tu kat bawah nie.



Memang ak nak ketuk2 je lelaki tu. Macam budget terror lah boleh pegang harimau. Yang lagi ak nak ketuk orang2 atasan kat sana. Macam mana lah boleh luluskan projek nie. (- -")

Ak buat entry ni bukannya bermakna ak bantah kalau nak tangkap gambar dengan haiwan. Kalau nak tangkap tak pe. Tapi perlukah melibatkan dadah? Atau baringkan harimau macam tu kat depan orang ramai? Atau tolak2 kepala harimau tu semata2 nak dapatkan pose yang menarik?. Nak treat haiwan pun kena lah ada etikanya. Tak de main hentam macam tu je.

Kalau kita gantikan harimau tu dengan manusia macam mana pulak ye??

P/S :  Tak terkejut kenapa harimau selalu menyerang manusia sekarang.

Repetan Hari Ini

 Khamis


*Entry ini berkaitan tentang apa yang ak pelajari, ketahui, dan buat untuk hari ini.




1. Sesi mengemas rumah secara besar-besaran telah berlaku setelah anak2 kucing bermain dengan seekor ular lidi yang sudah separuh mati

2. Telah tahu gambaran yang akan berlaku apabila botol tin Ridsect terbakar. Hasilnya sungguh menakjubkan.

3. Nisbah kadar kekenyangan bagi makanan berikut adalah sama.:

     Dua bungkus nasi himpit + kuah kacang =  sepinggan nasi + telur + ikan + sayur

4. Pada pukul 2 hingga 4 petang memang sesuai untuk memasak telur rebus tanpa menggunakan api gas. Letak sahaja di luar rumah. Dan biarkan untuk beberapa jam untuk hasil yang lebih baik.

5. Kera sangat takut dengan lelaki. Manakala perempuan tidak.


Penangan Kotak Bodoh (Part 1)

Apa yang ak buat cuti2 semester nie? Tak kan 24 jam blogging memanjang. Aktiviti yang tak lain dan tak bukan adalah menonton kotak bodoh!!!. Tak paham? Kotak bodoh a.k.a Television. Hahahaha. Kan TV tu bentuknya macam kotak kan. Lagi satu mana lah TV nie ada otak nak fikir. So ak assumed TV ni bodoh je lah (Memang suka hati ak je). So ini adalah antara rancangan2 yang ak duk buang masa tengok dan follow. Wajib lah tengok tiap2 minggu. 

1.  NCIS,  Isnin 8TV 9.30PM



Korang jgn gedik mulut tu nak sebut N Cis!!! Hahaha. Sebut betul2 N.C.I.S. Satu2 hurufnya. Dulu pun ak selalu sebut mcm tu =P . NCIS tu singkatan untuk Naval Criminal Investigation Service. Fuh!! Panjang nak sebut tu. Kalau nak serbu rumah orang tak sempat nk habiskan ayat tu dah kena tembak. Kalau dah sebut investigation. Tentulah konsep dia ala siasat2. Diorang ni satu team akan siasat kalau ada kes kematian yang mencurigakan. Tapi diorang akan siasat kes yang berkaitan dengan U.S Navy dengan Marine je. Kalau kerja cikgu ke, bomba ke, doktor ke. Diorang tak amik. Biar lah reput mayat tu kat situ. =P

2. Criminal Minds, Isnin 8TV 10.30PM


Yang nie pulak cerita lebih kurang mcm NCIS siasat2. Tapi lain pulak konsepnya. Diorang satu team selalunya akan cari penjenayah yang agak creepy nie sampai lah ke lubang cacing. Creepy disini bermaksud macam penjenayah tu suka potong2 mayat(Ingat tauhu apa!!), rogol tak tentu hala, bunuh sini bunuh sana or lebih senang penjenayah yg extreme lah. Kalau setakat curi chewing gum kat Seven Eleven. Diorang tak handle ye. Suka watak perempuan berisi yang rambut blonde tu. Suka buat lawak creepy. 

3. GLEE, Selasa NTV7 8.30 PM



Cerita ni pulak ala2 High School Musical(HSM). Tapi lagi best lah. HSM tu ala2 Disney je. Budak2 sesuai lah tgk. Selalunya diorang ni akan cover balik lagu2 yang popular sekarang. Macam dari Beyonce "Single Ladies', Duffy 'Mercy' dan lagu2 popular yg lain. Memang kelakar cerita nie. Cerita nie lebih kurang pasal diorang nak hidupkan balik kelab GLEE (kelab nyanyi + gedik2 menari) yang agak tak popular and dipandang hina kat sekolah tu. Selau kena buli dengan Kelab Cheerleader (Gedik) dengan Kelab Rugby (Macho). So cara2 nak dipandang tinggi oleh group2 ni semua adalah dengan memenangi pertandingan kebangsaan. Memang best.

4. Ghost Whisperer, Selasa 8TV 9.30PM


Korang tengok innocent je ye perempuan kat atas tu. Jangan tak tau dia nie boleh nampak hantu. Segala pocong, puntianak pun dia nampak. Ye2 ak tau kat America mana ada pocong tu semua. Hihihi. So Melinda (Watak utama) ni tugasnya akan membantu hantu yang berkeliaran kat dunia yang asyik kacau orang tak tentu pasal supaya boleh meneruskan perjalannya ke neraka syurga. Murni kan niat dia nie. (Murni lagi Minyak Sawit Seri Murni). Last laki pun mati padan muka. Hahaha *Gelak jahat*. Tiba2 satu episod yang lain laki dia hidup balik!! Wah!! Magic!!


5. Desperate Housewives, Selasa 8TV 10.30PM



Cerita nie pasal 6 surirumah "normal" yang selalunya macam2 jenis alkisah pasal hidup diaorang ni . Ada yang berebut laki. Ada yang ada affair. Ada yang  ada family problem. Memang macam2 lah. Siap boleh gosip2 lagi sesama jiran. Hihihi. So sape yang kuat gosip memang sesuai lah tengok cerita nie.( Ak tak!!). Kelakar pun kelakar cerita nie. Memang best. Hihihi. 


6, Nenek Kebaya, Isnin - Khamis TV3 7.30PM


Gelak gelak!!. Mesti korang gelak kan ak kan. Drama2 kat atas punya lah hebat. Semua english. Last2 tengok Nenek Kebaya. =P Ak pun tak tau macam mana ak boleh pulak tertengok cerita ne. =P Mula2 tengok macam gitu2 je. Last2 boleh tersangkut. Nak kata best sangat tak lah. Ok je. Cerita nie pasal nenek tua ambil alih badan perempuan muda sebab nak balas dendam dekat orang yang pernah bunuh keluarga nenek nie dulu. Nenek tua tu datang dari zaman dulu2 masa TV tak de lagi ke zaman sekarang nak bunuh semua cicit2 pembunuh keluarga nenek tu dulu. Korang mesti dah pening kan?? Ak pun dah pening. Haha. BM melalut!!

P/S: Ak nie gila Tv jugak rupa2nya. Hahaha. Nie belum habis lagi nie, Ada lagi beberapa show yang tak tunjuk lagi. Next entry ak mention kan. OK

Wednesday, May 19, 2010

Jalan- Jalan Ke .... Market (Part 2)

Kalau siapa yang tak baca lagi entry Jalan-Jalan Ke.... Market (Part 1). Korang boleh klik kat sini Kalau korang ingat lagi tempat terakhir ak pergi adalah di maggi corner. Lepas dah sumbat maggi tom yam tu dalam troli. Baru je nak pergi ke next stop.

Tiba2 ak terjumpa satu makhluk berambut kerinting sedang menolak troli ke arah kaunter sambil mulut terkumat kamit seperti sedang membaca jampi serapah. Ok2 ayat tadi terlebih imiginasi. Nie ayat yang lebih tepat. Tiba2 ak terjumpa seorang makcik chinese berambut kerinting sedang menolak troli ke arah kaunter sambil mulut dia memaki2 anak2 dia supaya behave sikit kat market. Korang tau tak auntie tu punya mulut alahai bising giler boleh dengar satu market. Pot pet pot pet. Non stop.

Ak yang nk pilih barang ni pun hilang konsentrasi. So tolak lah troli nie nak pegi department lain jauh2 sikit. Konon2 nk lari lah dari suara auntie tu. Akhirnya ak sampai dekat section....


Biskut2 dan roti. Tgk kotak London Swiss Roll tu. Mcm2 perisa. Tapi ak tak beli tu pun. Ak beli satu kotak Loller perisa Strawberry. Teringat pulak Erra Fazira kejap. Sebab dia kan duta London Swiss Roll nie. Masa nk pilih2 tu terdengar sayup2 suara auntie tu. Sabar je lah. Sekali lagi staff kat situ pandang ak semacam sebab ak tangkap gambar kotak biskut. Elooo!! Buat lah kerja awak tu. Bukan saya nk mencuri pun. Hish2.

Tinggalkan cerita auntie dan staff tu, sekarang kita ke section..




Breakfast cereal!! Hahaha. =P Tapi dah lama kut ak tak makan benda2 alah nie. So ak pun amik lah Snow Flakes satu kotak. Nampak tak tiba2 hilang satu kotak kat dalm gambar tu. Itu kerja ak lah tu. Hihihi

Move on to the next section. Ak terus ke...




Bahagian makanan di dalam tin!! Yang nie bahagian laici2. So ak skodeng2 lah mana yang best. Tapi ak nak laici yang dalam dia ada nenas. Baru best. Kalau laici saja tak mau lah. Ak boleh order kat kedai.

So lepas dah puas beli makanan kering. Ak pun menuju lah ke bahagian freezer!!.  Dengan perasaan tamak haloba. Ak pun godek2 lah semua jenis makanan sejuk nie dgn rakus nya. Sampai terlupa nak tengok tag harga. Korang tau lah makanan kat sini mahal2 belaka. Nuget bodoh macam tu pun dah RM10 ++.





Finally ak amik satu bungkus Hush Brown dengan satu bungkus Nuget Alphabet. Wakakaka. Yang Nugget Alphabet tu nuget dia bentuk huruf tu. Ada A, B, C, Z, W  banyak lagi lah. Tujuan ak beli nugget tu  adalah supaya masa nak makan boleh lah belajar huruf. =P

Jeng2 inilah hasil shopping ak kali ini..


Kalau korang nampak ada barang yang ak tak pernah sebut. Korang buat2 tak nampak je lah ye. Lalala. So sekarang menuju ke kaunter bayar semua harta pusaka ak nie.

"Semuanya 70 ringgit 80 sen je encik!!"

Amik kau. Mahal nak mampus. Padahal benda2 simple je. Hihihi. Tapi ak dah agak dah harga dia macam tu. So tak de lah terkejut beruk sangat.

Belum habis lagi!! Sebelum nak balik tu sempat singgah ke..


KFC!!! Hahaha. Tamak haloba sungguh kau nie. Cadang nak beli twister. Tapi dah habis!! Kena tunggu next season pulak. T T . Last2 beli lah satu set ayam black pepper. Sebab perasa Hot and Spicy tak de!! Hampa sekejap ak. Lepas dah bayar semua ak pun balik lah ke rumah tercinta. Ye lah!! Tak sabar nak makan semua nie. Hahaha

P/S :  Nie semua baru shopping makanan dekat supermarket kecik. Bayangkan kalau ak pergi hypermarket. Berapa troli agaknya?. Belum campur lagi baju2 semua. Wah!!! $$$$$$$