Apa yang ak buat cuti2 semester nie? Tak kan 24 jam blogging memanjang. Aktiviti yang tak lain dan tak bukan adalah menonton kotak bodoh!!!. Tak paham? Kotak bodoh a.k.a Television. Hahahaha. Kan TV tu bentuknya macam kotak kan. Lagi satu mana lah TV nie ada otak nak fikir. So ak assumed TV ni bodoh je lah (Memang suka hati ak je). So ini adalah antara rancangan2 yang ak duk buang masa tengok dan follow. Wajib lah tengok tiap2 minggu.
1. NCIS, Isnin 8TV 9.30PM
Korang jgn gedik mulut tu nak sebut N Cis!!! Hahaha. Sebut betul2 N.C.I.S. Satu2 hurufnya. Dulu pun ak selalu sebut mcm tu =P . NCIS tu singkatan untuk Naval Criminal Investigation Service. Fuh!! Panjang nak sebut tu. Kalau nak serbu rumah orang tak sempat nk habiskan ayat tu dah kena tembak. Kalau dah sebut investigation. Tentulah konsep dia ala siasat2. Diorang ni satu team akan siasat kalau ada kes kematian yang mencurigakan. Tapi diorang akan siasat kes yang berkaitan dengan U.S Navy dengan Marine je. Kalau kerja cikgu ke, bomba ke, doktor ke. Diorang tak amik. Biar lah reput mayat tu kat situ. =P
2. Criminal Minds, Isnin 8TV 10.30PM
Yang nie pulak cerita lebih kurang mcm NCIS siasat2. Tapi lain pulak konsepnya. Diorang satu team selalunya akan cari penjenayah yang agak creepy nie sampai lah ke lubang cacing. Creepy disini bermaksud macam penjenayah tu suka potong2 mayat(Ingat tauhu apa!!), rogol tak tentu hala, bunuh sini bunuh sana or lebih senang penjenayah yg extreme lah. Kalau setakat curi chewing gum kat Seven Eleven. Diorang tak handle ye. Suka watak perempuan berisi yang rambut blonde tu. Suka buat lawak creepy.
3. GLEE, Selasa NTV7 8.30 PM
Cerita ni pulak ala2 High School Musical(HSM). Tapi lagi best lah. HSM tu ala2 Disney je. Budak2 sesuai lah tgk. Selalunya diorang ni akan cover balik lagu2 yang popular sekarang. Macam dari Beyonce "Single Ladies', Duffy 'Mercy' dan lagu2 popular yg lain. Memang kelakar cerita nie. Cerita nie lebih kurang pasal diorang nak hidupkan balik kelab GLEE (kelab nyanyi + gedik2 menari) yang agak tak popular and dipandang hina kat sekolah tu. Selau kena buli dengan Kelab Cheerleader (Gedik) dengan Kelab Rugby (Macho). So cara2 nak dipandang tinggi oleh group2 ni semua adalah dengan memenangi pertandingan kebangsaan. Memang best.
4. Ghost Whisperer, Selasa 8TV 9.30PM
Korang tengok innocent je ye perempuan kat atas tu. Jangan tak tau dia nie boleh nampak hantu. Segala pocong, puntianak pun dia nampak. Ye2 ak tau kat America mana ada pocong tu semua. Hihihi. So Melinda (Watak utama) ni tugasnya akan membantu hantu yang berkeliaran kat dunia yang asyik kacau orang tak tentu pasal supaya boleh meneruskan perjalannya ke neraka syurga. Murni kan niat dia nie. (Murni lagi Minyak Sawit Seri Murni). Last laki pun mati padan muka. Hahaha *Gelak jahat*. Tiba2 satu episod yang lain laki dia hidup balik!! Wah!! Magic!!
5. Desperate Housewives, Selasa 8TV 10.30PM
Cerita nie pasal 6 surirumah "normal" yang selalunya macam2 jenis alkisah pasal hidup diaorang ni . Ada yang berebut laki. Ada yang ada affair. Ada yang ada family problem. Memang macam2 lah. Siap boleh gosip2 lagi sesama jiran. Hihihi. So sape yang kuat gosip memang sesuai lah tengok cerita nie.( Ak tak!!). Kelakar pun kelakar cerita nie. Memang best. Hihihi.
6, Nenek Kebaya, Isnin - Khamis TV3 7.30PM
Gelak gelak!!. Mesti korang gelak kan ak kan. Drama2 kat atas punya lah hebat. Semua english. Last2 tengok Nenek Kebaya. =P Ak pun tak tau macam mana ak boleh pulak tertengok cerita ne. =P Mula2 tengok macam gitu2 je. Last2 boleh tersangkut. Nak kata best sangat tak lah. Ok je. Cerita nie pasal nenek tua ambil alih badan perempuan muda sebab nak balas dendam dekat orang yang pernah bunuh keluarga nenek nie dulu. Nenek tua tu datang dari zaman dulu2 masa TV tak de lagi ke zaman sekarang nak bunuh semua cicit2 pembunuh keluarga nenek tu dulu. Korang mesti dah pening kan?? Ak pun dah pening. Haha. BM melalut!!
P/S: Ak nie gila Tv jugak rupa2nya. Hahaha. Nie belum habis lagi nie, Ada lagi beberapa show yang tak tunjuk lagi. Next entry ak mention kan. OK
5 comments:
ensem lk tgk jethro tuh hehehe...
@star
apa lagi. Mulakan langkah lah. Hihihi
mcm best ke nenek kebayan.eh kebaya =p
semua tuh l0lly xtenGok :P
nenek kebaya aku tgk dulu tak penah missed kau
memang terbaekkk
thumbs up! =p
Post a Comment