Sunday, May 23, 2010

Sudah Tiba Masanya

Yeah!! Besok hari Ahad!! So apa aktiviti korang? Tengok movie ke? Dah lama kut ak tak tengok movie. Sampai movie yang latest pun ak tak tahu apa. T T Or mesti ada yang keluar makan2 dengan orang yang teristimewa or dengan besties. Seronoknya!! Dah lama ak tak buat perkara2 yang tak berfaedah ni. Hehehe. Tapi ak dah ada planning apa yang ak nak buat esok. Mega project nie!! Tada~~~. Kemas rumah!!


Mesti korang tengah gelak berdekah2 kan. Tak baik oo. Ni niat yang murni nie. Patut sokong ak lah. Hahaha. 
Ak dah makin rimas dah sebab rumah ak macam dah agak kelam kabut sikit. So esok(hari ni!!) ak nak bangun awal2 nak mulakan operasi suci nie. <<< Boleh percaya ke?? 

Bak kata Martha Stewart "Kita harus lah menjaga rumah kita seumpama kita menjaga diri kita sendiri'. (Padahal ak yang reka sendiri ayat tu. Kesian Martha tak pasal2 ak sebut nama dia. =P)

"Marilah kita mengemas rumah",Kata Martha Stewart. Mak aih!! Banyaknya periuk. Nak buat kenduri apa??

Aktiviti2 yang menarik yang akan ak lakukan esok adalah seperti mengelap, menenyeh, mengibas, menonyoh, menyapu, mengemop, menggosok.. (banyaknya meng-). So ak harap korang support lah ak dalam usaha untuk memakmurkan rumah ak nie. Jangan sampai buat page kat Facebook sudah. Nanti bukak FB tiba2 keluar page "Kami Mampu Mencapai 1,000,000 Orang Dalam Usaha Menyokong WZulhilmi Mengemas Rumah". Hahaha. Tak pasal2 jadi celebrity pulak. Ok2 ak dah nak tido nie. Esok nak bangun awal nie. Kita tengok bagaimana hasilnya esok!! :)

P/S : Korang pun kemas lah rumah sekali sekala. Dapat pahala. Wakakaka.(Tiba2 jadi sopan).  Korang tengok!! Anjing nie pun boleh sapu halaman rumah. Malu pulak ak sebagai manusia tengok. =P. (Nasib baik bukan itik yang sapu)



4 comments:

Oong-ong said...

esok keje..hehe

Anonymous said...

anjing tu kaut taik dia sendiri
memanglah rajin
muahahhaaa

star said...

haha dh berjaya ke ops kemas???

-Incek Fik- said...

Hahaha.. lawak giler gambaq anjing tue~