Wednesday, June 30, 2010

Gagagagaga!!!

Lalalala~~~

Korang mesti dah dengar pasal berita Lady Gaga jatuh dekat airport kan? Agak lambat pulak aku nak cerita pasal hal ni. Bila aku tengok balik gambar dia dengan teliti. Baru lah aku perasan yang kasut dia tu lah punca dia jatuh.

 Tengok!!! bapak tebal kasut!! Ni kalau terajang orang ni mau bisu terus.

Seriously bila aku tengok bahagian bawah dah macam fashion rockstar+catwoman. Tapi bila tengok bahagian atas dah macam style hippies  pun ada. Tak paham!!! T T

Saat Gaga rebah ke tanah sehingga nak tercium lantai. Handphone mesti retak ooi!!

Tengok!! Kan siapa dah malu. Diri sendiri jugak. Tapi aku tau Gaga mesti tak kisah pasal hal2 ni. Korang keji lah dia macam mana pun. Gerenti dia tak rasa apa2. Makin tinggi kasut dia pakai lepas ni adalah aku rasa.

Tapi sebenarnya bukan gambar2 diatas tu yang aku nak tunjuk kat korang. Tapi sebenarnya gambar kat bawah ni. Tiba2 terjumpa gambar ni. Kelakar betul!!. Aku rasa ni lah sebab sebenar Gaga jatuh macam tu. Hahaha.This picture really make my day. 

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v


 Bow to the Real Princess of Pop. Wakakaka.

P/s : Gravity always wins.

Tuesday, June 29, 2010

My Heart Will Go On (Duh!!)

Lalalala~~

Masuk hari ni genap 2 hari aku rasa macam something wrong. Aku pun tak tau apa yang something wrong. Tapi yang pastinya macam aku rasa macam tawar hati nak update blog. 


Bapak sedih intro aku taip. Hahaha. Korang jangan salah paham pulak wei! Aku bukan nak berenti blogging. Tak terpikir pun. Just korang tau lah setiap orang ada time mood dia up and down. And now it's my turn pulak dapat mood tak best.. ~SIGH~. Korang pun tau kan sejak akhir2 nie aku asyik buat entry berkaitan makanan je. Aku pun dah naik muak. Apatah lagi korang. Sekarang aku nak bual2 kosong dengan korang. OK?  ^.^v  << Baru belajar buat sign ni!!


Yang paling dasyat sekali bila sekarang ni makin kerap pulak aku dengar lagu2 Celine Dion. Ya!! Celine Dion. Artis yang paling kurang aku dengar dalam senarai music playlist aku. Memang aku dah buang tebiat betul. Tapi suara dia sedap oo!! Kalau aku nyanyi dengan dia. Macam langit dengan bumi. Suara aku mesti sayup2 je dengar dari belakang.

"Are you serious Zul!! Isn't your voice just same level with me??"

Btw semalam aku perasan blog aku dah capai 100 followers!! Terharu~~~ T T.. Serius aku tak percaya boleh capai sampai 100.



 Ini antara sebab aku still tak percaya :

1. Blog ni langsung tak berinformasi. Tak de tutorial nak cantikkan blog ke atau tips nak naikkan traffic blog
2. Design blog yang terlampau simple + amatur. Budak2 tadika pun boleh buat lagi bagus.
3. Hari2 dok bebel pasal makanan sampai dah terlari konsep blog. Dalam pikiran baik tukar Strastruck ke  Starbucks.

But still ada jugak yang sudi follow.. Thanks wei!! 

Kat sini aku nak bagi info sikit lah. Bila korang dah follow aku korang jangan lah pulak harapkan aku nak follow korang balik. Sebab aku bukan jenis "I follow U, U follow I". Aku tau ada yang amalkan benda ni. Tapi tak pe lah sebab tu style korang. Aku tak halang pun. Tapi dalam konsep aku. Bila aku follow certain blog. That means aku dah komited dengan blog tu. Maksud komited disini maknanya aku akan baca setiap entry baru blog yang aku dah follow tu. And kalau tak de sebarang masalah beruk-band aku ni. Aku mesti tinggalkan komen. That's for sure. Cuma cepat or lambat je yang bezanya aku tulis komen tu. Dan aku tak mengharap pulak kalau aku follow blog korang, korang pulak wajib nak follow blog aku.. :)

Tapi jangan risau aku still akan buat lawatan mengejut sambil bawak kuih ke blog2 lain. And kalau aku rasa topik tu intersting aku akan komen. Jangan risau aku ni jenis tak kedekut komen. :). <<< Baru aku perasan yang aku cakap macam nie seolah-olah macam aku dah dapat 1000 followers.  Padahal... T T

Ok2 tak mau serius2 dah. Korang tau tak Trailer Harry Potter & The Deathly Hollows dah keluar!! Check Trailer tu kat bawah ni. <<<< Tiba2 (- -")



P/s : Kan bagus kalau ada 100 followers and at the same time dapat 100 komen.

Monday, June 28, 2010

Result Untuk | Soya Rulez!!!

Lalalala~~~

Bertemu lagi kita dalam Rancangan Result Untuk | (Tak komersil sungguh nama rancangan). Bagi mereka yang baru first time dengar tentang Rancangan ini anda sudah ketinggalan banyak benda2 yang menarik on our last episode.

Recap from first Episode Roti Ni Nak Sapu Apa?

- Planta telah memenangi pusingan poll dengan jumlah 21%!! 
- Miss Roti Panda menjadi artis jemputan. (And she did a worse job!! Lembap!!)
- Peanut Butter adalah sapuan yang paling tak popular sekali!!
- Muncul pelbagai teknik sapuan baru seperti "Roti letak Serbuk Milo dan Susu Pekat" dan "Letak Banana"

Now!! Result for Soya Rulez!! is coming up next!!

Sebelum tu aku nak memperkenalkan our maskot untuk poll kali ini. Yang dok terpacak kat header selama beberapa hari tu. Kalau siapa tak perasan. Memang buta warna!!! Dipersilakan Ale Ale Alejandro!! (Suka2 hati aku je letak nama)

Soya kacukan Latin + Melayu

Now back to the result. Setelah lebih kurang 6 hari aku dok promosi2 kan pasal poll tu macam orang gila. Akhirnya poll itu ditutup secara rasmi pada hari ini. Dan bilangan pengundi yang berjaya melaksanakan tanggungjawab masing2 adalah seramai 23 orang pengundi!! Wau!! Meningkat from previous poll!! Well done guys!! :) (Tu pun selepas paksa dan mengenakan beberapa ugutan bunuh baru nak vote) 

Jom kita lihat keputusannya!!


Klik untuk tumbesaran melampau

Mari aku bacakan result tu sebab aku tau ramai yang malas nak klik bagi besar

Tau Fu Fa - 9 votes
Air Soya   - 7 votes (What!!! I expect you to win!!)
Kicap       - 5 votes (Hah!!)

Dan selebihnya masing2 1 votes kecuali Tauhu Basah/Tauhu Goreng..

Seperti yang korang nampak pemenang kali ni ialah TAU FU FA!! 

Amik ko!! siap bunga2 sekali.

Aku memang tak sangka pulak ramai yang suka Tau Fu Fa berbanding Air Soya. Korang ni kenapa ni?? vote lah Air soya patutnya!! So padanlah kat pasar malam wajib benda alah ni ada. Dah permintaan tinggi semacam. Seriously kalau aku tengok gerai orang chinese jual soya2 ni memang nampak sedap semacam. memang berbeza dangan gerai melayu. (Tapi aku tak beli lah) 

Lagi satu wei!! Tang kicap tu!! Boleh pulak banyak vote!! Aku main2 je letak. Bak kata comment yang lepas Kicap ni adalah benda feveret orang2 bujang. Masa dah duit pokai time tu lah ko makan lah nasi berlaukkan telur kicap or yang lagi extreme lagi tahap kepokaian makan nasi kosong bubuh kicap je. (Tu lah sapa suruh awal bulan dok belanja tak hingat dunia). 

Korang perasan tak ada satu jawapan Others.. Jom kita check apo yang others nya?? Adakah wujud  makanan eksotik yang berasakan soya yang lain??


Owh. Tauhu goreng ranggup..~~~~~ What!!!! Bukan ke Tauhu goreng ada dalam option jawapan?? Kenapa tak tick tu je?? Adakah Tauhu yang aku letak tu tak cukup ranggup??. Nie siapa yang vote ni!! Sila mengaku sekarang!!!

Btw siapa2 yang alergik dengan soya tu anda sememangnya rugi kerana telah kehilangan satu nikmat dunia. Wakakaka. Ok2 thats all for this episode. Jumpa lagi next time. Last sekali korang tengok lah header soya tu puas2 ye. Besok dia dah tak de dah.


Info tambahan = Dulu aku panggil Tau Fu Fa tu sebagai Yong Tau Fu. Sehingga wujud salah faham yang serius (- - ")

P/s :Perasan tak makin ke bawah entry aku tu semakin tak formal ayat2 yang digunakan. (- -"")

Sunday, June 27, 2010

Award Dari Princess!!

Lalala~~

Weh!! Seperti yang korang tau semalam aku ada publish 2 entry pasal tag. Kalau sapa2 yang tak tau tu. Pergi check sekarang!!. Setelah episod luka lara masa buat tagging tu TERUTAMA SEKALI TAG NOMBOR 2!!!. Aku rasa macam penderitaan aku semalam berbayar hari ini.

Ini kerana aku dapat award hari nih!!! Muahahaha. Award ni bukan diberi oleh calang2 orang weh!! Princess tu bagi!!. Sebelum tu sila padamkan sebarang unsur berangan dalam minda anda yang award ni diberi oleh seorang pegawai diraja yang menaiki carriage kuda. Dia just post kat Chat box je. Sekarang dah moden dah. Tak perlu itu semua <<< (Obviously nampak sangat perenggan ini hanya melalut dan bertujuan untuk memanjangkan entry - .-" )

Ok2. sekarang kita tengok Princess mana yang bagi award nih!! :) (Mesti Princess Diana!! << Gila kau orang tu dah mendiang dah!!)



Pinky sungguh header. Award ni datangnya dari blog Polaris Memoirs and tuan empunya blog ialah Princess Kelly Eun  . Thanks ek!! Terharu aku dapat award nih!! Cuba korang baca tag line dia. "Saya Bukan Princess Sebenar. Tapi Saya Princess Dalam Dunia Indah Saya".  Tapi dalam kes aku pulak. Korang tukar Princess tu dengan perkataan Artis. Wakakaka. Perah santan sungguh!!!

Mari kita lihat award tersebut!!


Cute + pinky giler!! Muahaha (What do you expect from princess?? Tak kan nak letak gambar Lady Gaga mengangkang kut!)

Dan semestinya setiap award WAJIB ada soalan tag!!

1. Suka tak dapat award?? Bagi ucapan sikit.. ^-^v
Mestilah suka!! Siapa yang tak suka memang palsu giler.
Ucapan : (Sila baca ucapan ini dengan diiringi oleh lagu2 ballad macam lagu Halo ke apa yang slow and sad music, jangan lagu My Humps sudah nanti lain jadi)
Seriously masa aku baca entry Cik Kelly ni, memang sangat ikhlas weh. Tak de nak hipokrit2. Dia bagi sebab dia memang appreciate semua blog yang dia baca. I can feel it!! Muahahah.. Thanks again. Tak lupa kepada peminat semua i love you!!Muahaha.

2. Bintang tu cantik tak dimata kamu? suka bintang?
 Nama blog ni pun dah menggambarkan apa yang aku rasa pasal bintang. :)

3. Dua blog yang selalu jenguk dan baca entry terbarunya
Seriuosly. Banyak blog yang aku selalu jenguk. Lagi2 yang aku follow. Tak tipu nih. Betul!!

4. Bagi award neyh kepada 3 blogger yang lain.. Jangan lupa tau
Si Kenit
City Bunny
null & alternate
Swingerz
Belog Cap Ayam

Aku nak bagi kat 5 orang. Boleh tak?? Hehe.

Ok all done!!

P/s : Bagi sapa2 yang aku tak tag award korang jangan nak mengada2 nak berendam air mata. Aku tau korang dah dapat award nie or dah ditag oleh orang yang dah dapat award ni. Yang betul2 tak dapat. Sila tinggalkan nama di bahagian  komen. Aku akan tambah senarai tag tu nanti. (baik tak aku nih!)

UPDATE : Aku jugak telah ditag oleh DAWY . Thanks!! :)

Saturday, June 26, 2010

Upacara TAG (Time Aku Geram) Bermula!! PART 2

Dah tak nak tulis lalalalala dah!!

Tension wei!! Daripada elok boleh buat satu entry pasal tag. Last2 kena buat dua part. Ni semua gara2 HTML punya pasal. Bagi yang tak familiar dengan HTML tu. HTML tu macam satu sistem coding2 dalam blogspot ni lah.

Asalnya aku nak buat satu entry je pasal tag2 ni. Lepas tu bila dah publish. Tiba2 spacing dia buat hal. Jenuh lah aku dok baiki benda alah tu. Konon2 boleh elok lah. Siap delete mana patut. And almost one hour aku dok repair!!Last2 makin banyak pulak spacing dia!! Uwawawawa. Terus hilang mood nak betulkan balik weh.

MySpace

Tengok gambar nie pulak kalau nak lagi paham

Tengok!! spacing banyak gile weh!! Padahal aku tak suruh pun dia spacing banyak2 macam tu!! Abaikan contengan itu. 

Ok2 back to Tagging. *Tiba2 muka ceria*. Jom tengok TAG kedua pulak!!Weee

TAG 2

Daripada :
Bakal isteri Jaejoong (TVXQ) a.k.a Cik Fay Nana


Keterangan :
First time dapat tag dari minah ni. Thanks!!. Lain kali bagi award pulak eh.. =P

1. Adakah anda rasa anda hot?
Ya!!! (jawab dengan penuh keyakinan tinggi)

2. Upload wallpaper anda sekarang


3. Ceritakan pasal wallpaper tersebut
Wallpaper ni agak artistic sikit. Konsep dia serupa dengan pepatah melayu "Sediakan payung sebelum hujan" Muahahaha

4. Bila kali terakhir ko makan pizza?
2-3 bulan yang lepas. Loser kan? T T

5. Lagu paling latest yang ko dengar
Banyak!! Antaranya

English
Dengar balik lagu2 lama dari Celine Dion & BEP. Kalau lagu baru macam LaRoux - Bulletproof, B.O.B - Nothin on you, Travie McCoy - Billionaire, Britney - Telephone

Kpop
2NE1 - Fire, I Don't Care, Try to follow me
Davichi - Time, Please stop
After School - Because of you, Bang!

Terbanyak pulak list. :)

6. Apa yang ko buat selain menyelesaikan tag ini
Geram gile kut kena taip balik!!!

7. Selain nama sendiri dipanggil nama apa?
Wan boleh, Zul boleh, Hilmi boleh.. :)

8. Tag lagi 8 orang.

Si Kenit
City Bunny
Syira Si Itik Kejam
Swingerz
Variasi Simfoni
TTT
Kila
Cero

9. Siapakah orang No. 1 pada anda?
Dia adalah kawan blog aku yang pertama!! :)

10. Katakan sesuatu pada orang No.5
Aku baru nak suruh ko update blog tadi. Tapi ko dah update dah!! T T

11. No.3 ada hubungan dengan siapa?
Dia adalah Kak Long yang kejam kepada No.5

12. Bagaimana pula dengan No.4?
Dia adalah kawan masa diploma dulu. Tapi kitaorang tak pernah jumpa!!

13. Pesanan untuk orang No.6
 Semoga cepat sembuh!! :)

14. Kata2 cinta untuk No.2
Weh!! Hee Chul tu GAY!!! Wakakaka

15. Berikan 5 perkara yang anda tau tentang orang yang mengetag anda
- Obses gila dengan Kpop
- Nak nikah dengan Jaejoong
- Tak suka Girl Group
- Minat betul Dengan Jung Min
- Blog dia lagi popular dari aku!! :)

16.  Gay or Les?
Tak paham lah soalan ni? Nak suruh pilih ke?? T T. Btw marilah kita ke jalan yang benar.

17. Perasaan anda semasa menjawab tag ini

GERAM!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! KENA TAIP LAGI SEKALI MACAM ORANG GILA GARA2 HTML YANG TUUUTT ITU!!


P/s : Akhirnya siap gak tag ni. Setelah banyak kata2 keji keluar semasa proses menaip dijalankan. Bagi sapa2 yang kena tag. Sila buat!! Hargai lah pengorbananku ni T T

Upacara TAG (Time Aku Geram) Bermula!! PART 1

Lalalalala

Serious weh!!. Hari Sabtu dengan Ahad memang hari yang paling aku kurang gemar betul lah. (Dalam dunia blogging lah). Sebab tak ramai yang update and baca blog. Mana korang pergi hah???.  Ni mesti keluar makan or tengok movie sampai tak ingat kat blog.  T T 

Ok2. Hari ni bukan entry nak meluahkan perasaan secara terbuka. Tapi aku nak melangsaikan hutang yang dah sebulan aku dok simpan. Hutang apa? Hutang tag mengetag ni. Dah berkulat2 dah aku biar tag2 ni. So hari ni aku nak langsaikan semua sebelum ada yang busuk baik hati nak bagi aku tag lagi. Muahahaha.

TAG 1

Daripada :
Puan Amer a.k.a Si Kenit



Keterangan :
Dia ni memang suka kumpul tag banyak2. Lepas tu dia buat sekali harung. Bagus kan strategi dia? Tapi yang jadi mangsa orang yang kena tag. Amik ko 5 tag sekali dapat. Ko memang KEJAM Liza oi!! T T . Tapi tak pe aku pikir sudut positif. Tu maknanya ko ingat lagi kat blog aku kan?? :)

Section (a)
10 fakta tentang aku
- Lelaki
- Pan Asia <<< Perasan!! Melayu ar
- Student
- Minat pergi ke kedai beli makanan
- Ayam masak merah
- Tak popular
- Kaya dengan budi bahasa (Wakaka!!)
- Suka dengar lagu
- Soya Maniac
- Cendol Hunter

10 perkara yang menakutkan aku
- Ulat bulu versi debab besar bila picit keluar darah hijau
- Psychopath
- Perompak
- Extereme believer
- Kemalangan
- Atheist
- Rumah Tinggalan

Tak boleh pikir dah..

10 perkara yang aku selalu sebut
- Elo!!
- Lalalala
- Muahaha
- Wakaka
- Tada!

TU je kut. Banyak sangat 10 nye pun

10 perkara yang amat bernilai bagi aku
- Family
- Friends
- Lappy
- Handphone
- Jam tangan
- Pets
- Blog
- Followers.. :)
- Trust
- Hope

10 "pertama kali' dalam hidup aku
Banyak lah wei.. Tak terkira  dek fikiran. T T (Tak larat nak taip!!)

Section (b)

Suka melukis tak?
Suka!! Tapi depends kepada mood.

Bosan2 suka wat apa?
Makan!!! Hahaha. Blogging lah..

Kenapa siput babi jalan lambat? haha :DD
Siput babi bukan mengesot ke??

Cute tak orang yang bagi award nih? hahaha just kidding :)
Aku lagi cute. Muahahaha..  Cute lah. Dah dia bagi award!! :)


Yeah!! Award!!

Section (c)

Thank and link the person that give the award
Thanks KENIT!! 

Contact said blog and let them know they've won the award
Ok!! ^-^

State 7 things about yourself


- Lelaki
- Pan Asia <<< Perasan!! Melayu ar
- Student
- Minat pergi ke kedai beli makanan
- Ayam masak merah
- Tak popular
- Kaya dengan budi bahasa (Wakaka!!)
Hehehe (Copy paste balik)

Section (d)

Tindakan anda bila dengar bunyi kilat & petir
Tutup TV!!!

Reaksi bila orang mengutuk anda
Pasrah. T T

Reaksi bila terjumpa dengan artis fav
Terbeliak biji mata sekejap

Maxis or Celcom?
Lalalala

Tiga bad habits
Tak terpikir pulak.. Hurm...

Apa yang anda lakukan bila orang lain sibuk dengan hal anda
Buat pandangan hina

Adakah anda mempanyai ramai peminat?
Sorang pun tadak..

Apakah reaksi anda bila terkentut busuk/kuat di khayalak ramai
Lalalala

Yes!! Dah siap tag pertama!!! Fuh!! Macam berlari 100 meter rasanya buat tag ni. Tag pertama ni aku tak nak tag2 sapa2 sebab aku sangat baik hati. Cukup2 lah aku menderita sorang. Tapi tag yang kedua tidak!! Hehehe..

P/s : Tag ini terpaksa dibahagikan kepada dua part sebab ada problem dengan HTML. Rasa macam nak lempang aku rasa!!

Thursday, June 24, 2010

3 Step Mudah Membuat Kari Ayam (Diiktiraf Oleh Chef Wan)

Lalalalalala... <<< Dah terbiasa nak startkan entry dengan benda alah ni. Abaikan!!

Korang pernah ada time tu. Tengah syok 2 nak tengok TV, or dengar radio tiba2 perut korang memberontak nak makanan walaupun korang dah makan beberapa jam sebelum tu!!?? Pernah tak? Pernah tak? Mesti pernah kan. Kalau yang tak pernah tu. Perut korang memang kecik!!

So sekarang aku nak ajar the simplest way nak buat kari ayam!! Nyum2. Aren't you all excited!! (buat nada macam tengah cakap dengan kanak2 tadika). First time aku ajar Tutorial yang orang kata lebih advanced after buat Tutorial Air Soya Cincau  dengan  Tutorial A&W Root Beer Float . Memang kepakaran aku semakin meningkat sejak akhir2 ni!!. Kui kui kui. So amik kertas dan pen catat apa yang aku nak cakap ni. Kalau yang masuk golongan berada boleh print je. Tak payah salin. Lepas tu just stick dekat fridge. Buat sebagai guide korang nak masak nanti. 

Jom start Cooking!!



Bahan-bahan : <<<<< Skip (tak perlu)

Cara-cara memasak :
1. Beli setin apa2 jenis jenama pun Kari Ayam di kedai2.

Wau!! Even Chef Wan pun kata kari ni sedap. See!!. Siap autograph lagi. Aku tak tipu!!

2. Buka tin tersebut dan tuang dengan berhati2 ke dalam mangkuk mahal.


Yummy!!

3. Hidangkan bersama nasi kosong dan minuman kegemaran anda!!


Tengok!! Sekejap je dah siap.Tak payah nak tumbuk bawang sorang2 kat dapur. Hanya 3 step sahaja. Easy right?? . Muahahaha. Thanks to my intelligence!!! Wakakaka. Sambil kita bertemu lagi di tutorial yang lain. :P

P/s : Siapa2 yang belum vote poll air soya tu. Sila vote sekarang ek. Senang nak buat banci nanti. Klik kat SINI  untuk yang belum laksanakan tanggungjawab tersebut.

Wednesday, June 23, 2010

Soya Rulez!!!!

Disebabkan 2 minggu ni aku terlampau obses dengan air soya so aku nak buat satu header special dengan theme soya ni. Muahahaaha. Aku tengok header tu pun ala2 jambu je. Hahaha. Nak cari gambar soya payah nak mampus!! So itu je lah yang mampu aku buat. Lagipun lantak lah kan blog aku. Even aku nak letak sailormoon punya theme pun aku punya suka ar. Ok2 enough dengan ucapan yang berunsurkan negatif daripada aku. Mari kita bersopan semula. :)


Klik untuk tumbesaran melampau

Bila korang perati header tu korang mesti perasan cartoon soya yang budget comel tu (kalau tak nampak memang buta. Besar gabak kut!!) Jangan kutuk maskot soya tu. Kesian dia wei!!. Tu je lah spesies soya yang yang wujud dalam alam siber ni. Yang lain dah pupus!! Cuba lah cari  gambar cartoon lain tak de!! Lagi satu korang tak tergoda ke dengan segelas air soya yang dikelilingi butir-butiran kacang soya yang melimpah ruah tu. Suci je aku tengok. Muahaha. << Sindrom melalut dikesan!!!

Tiba2 aku rasa macam nak buat poll pulak. Sebab dah lama tak buat. Yang last poll hari tu pasal roti. Ingat tak lagi?? Tak?? Ni mesti kes korang tak join vote sekali!!!. (- -"). Macam ni lah kawan??!! So kali ni aku nak tanya korang pasal hidangan apa yang korang suka yang diperbuat daripada Kacang Soya?? Sila vote ye..!! WAJIBBBBB!!


Sekali lagi sila vote. Langkahnya hanya MUDAH sahaja. Tick mana yang korang suka lepas tu tekan VOTE. Habis cerita. Mudah kan. Sekali lagi aku peringatkan. Sila vote!! Harap maklum. BTW aku dah vote untuk air soya (Aku dilemma sekejap. Nak vote Tau Fu Fa jugak!!). And korang boleh vote SEKALI SAHAJA memandangkan hidangan dari soya sangat sedikit. Bukan aku kedekut tak kasi vote banyak2.

P/S : For your information header ni aku bubuh sekejap je. Nanti bila2 aku dah bosan aku tukar yang lama balik. Lepas nie nak buat theme apa pulak eh? cendol???!! =P


Jawapan2 Untuk Borang Meloncat (Formspring)

Sesi interview bersama artis julung2 kali telah diadakan!!!Ni special entry aku buat untuk semua fans diluar sana yang curios banget dengan diri gue. Muahahaha. Ok2!! Stop all of this nonsense!! Mengada2 pulak aku rasa bila cakap macam tu.

So ini semua adalah seleksi jawapan2 aku untuk soalan2 korang dekat formspring tu. Kebanyakkanya dari anonymous!!! Ish2.



1. Anda suka korek hidong?
Laa.. Malu lah artis jawap soalan ni!! Jatuh imej!! Tapi nak membuktikan artis jugak manusia biasa aku akan jawab soalan ni.
Saya tak suka korek hidung kalau yang tak ada tujuan. Saya akan korek hidung jikalau saya merasakan perlu sahaja.(Ayat Skema)

2. Mandi sehari berapa kali?
Mandi pulak?? Hahaha *gelak sopan* Macam2 korang nih.

Selalunya 2 kali sehari. Tapi kalau terasa jijik mandilah buat kali ketiga. Muahahaha

3. Makan sehari berapa kali?
Aku suspek ni orang yang sama tanya pasal mandi tadi. Mengaku cepat!!

Tak tentu. Kadang 2-3 kali. Tak termasuk dessert dengan appetizer. Total 7-8 kali sehari kut. Hahaha. *Gelak tamak*

4. Macam Akim lah awk..
Wakakaka!!! *gelak tak senonoh* . You are the first human being yang cakap aku macam Akim. Btw aku memang tak kenal siapa Akim. Terpaksa buat Google Search dulu. (- - ")

ya ke?? Bukan kut

5. Follow bule? :)  FROM : DiahNadiah


Boleh2 je!! apa salahnya. Blog ini terbuka kepada semua manusia tanpa mengira darjat maupun harta. Bak kata pepatah 'Besar tapak tangan, Nyiru saya tadahkan'. Muahahaha

6. Kenapa kau baca buku Dan Brown?


Aku baca buku Dan Brown sebab plot ceritanya yang best dan menarik. Sekarang aku dah ketagih buku mamat ni selepas ketagih buku Harry Potter dulu.

Nak tambah lagi sikit. Buku dia ni sangat interesting sebab dia banyak berkisar kan tentang perkara yang kita tak tau. I learn a lot from this book actually. Lagi2 dalam selesaikan kod2 rahsia. *wink*


7. Who are your besties?


Luckily aku ada ramai besties in real life. Klu orang ada 2-3 orang besties. Aku ada 7-9 besties.. Tapi semua have different background and ada diantara mereka tak mengenali antara satu sama lain. :)

Ok. Cukup sekadar itu je soalan untuk hari ni. Aku ada recording lepas ni. So we meet again next time. So kalau nak tanya apa2 sila isi borang Formspring dekat sidebar tu ye. Kalau berani letak lah nama sekali. Baru best!! :)

P/S : Hutang tag tak bayar lagi. Sabar ye bagi sape yang tag aku.

Monday, June 21, 2010

Seperti Udang Di Sebalik Mee (Bukan Di Sebalik Je Tapi Di Merata2!!)

Entry ni sepatutnya aku publish hari Sabtu lepas. Tapi masa tu ada banyak pulak benda nak cerita kat korang. Tu yang terus tertunda. Haha. So sebelum aku melalut sampai jadi 2 perenggan. Meh kita terus ke topik yang sebenar.

Jumaat yang lepas aku ada singgah dekat satu gerai makanan ni. Korang jangan ingat aku singgah saje2 je. Masa tu aku dalam perjalanan pulang ke kampung setelah menetap dekat KL selama lebih kurang 2 minggu. Time tu pulak aku tengah nyenyak dibuai mimpi dalam kereta and suddenly kakak aku kejutkan aku untuk bangun pergi makan.

Masa tu kitaorang parking jauh sikit dari gerai tu, so kena lah jalan sikit. Time tu pulak aku amik kesempatan tanya lah nak makan kat mana. Sambil abang ipar aku jalan dekat depan. Aku dengan kakak aku gossip kat belakang. Wakaka. Kakak aku cakap yang gerai ni pernah keluar dalam Jalan2 Cari Makan. Siap si Serina tu makan benda alah tu. 

Lepas tu baru aku tau yang benda alah tu ialah Mee Udang Banjir. Untuk pengetahuan am korang. Aku ni bukan lah peminat mee2 alah ni. So tak lah berapa nak excited sangat.

Bila dah sampai kat gerai tu kami mula lah order Mee yang konon2 yang 'sedap' seperti yang diwar2 kan oleh si Serina tu. Aku tengok pun tak lah ramai sangat orang dekat gerai tu. So aku tak nak terpedaya macam aku kena tipu masa time makan nasi kicap aritu!! Klik SINI untuk tau apa  yang kecoh2 pasal nasi kicap tu. Finally lepas tunggu lebih kurang 5 minit. Mee tu siap dihidangkan!!

Tada!! ni lah Mee Udang Banjir tu!!


Kagum tak??? First2 aku sedar yang bau aroma daun ketumbar menusuk ke dalam hidung aku. Memang macam menyelarakan!! Korang nak tau tak berapa ekor udang dalam tu?? Tengok gambar ni pulak.




Amik ko!! Cepat kira berapa udang tu!! Ada 7 kan? Tu baru permukaan je. Tapi sebenarnya ada lagi 3-4 ekor lagi yang berlegar2 bawah mee tu!! Serious!! Memang banyak udang!!.

And bila aku rasa kuah dia. Y.U.M.M.Y!!! Mak ai!! Aku yang bukan fan mee pun boleh kata sedap!! Memang betul kata Serina tu. Tambahan pulak dengan percikan jus limau nipis!!. Nyum nyum!!. Dan aku berjaya habiskan mee tu dengan perasaan rela. Bukan lagi paksa rela macam aku makan mee2 yang lain.

Kalau korang berkesempatan try lah rasa. Gerai tu terletak kat Tanjung apa ntah dekat Daerah Sekinchan. Sorry aku lupa pulak nama tempat tu. Tapi ada tanjung depan dia. Satu mangkuk harga dia RM5. Memang berbaloi. Kenyang makan. Udang pun fresh2 belaka. Cakap banyak pun tak guna. Korang kena rasa sendiri. Baru paham apa yang aku dok bebel tu. :)

P/S : Serina yang aku maksudkan bukannya Serina dalam cerita Gossip Girl tapi Serina anak Chef Wan. Hahaha


Sunday, June 20, 2010

Goody Bag Versi Orang Kahwin

Seperti yang korang perasan or buat2 tak perasan sekarang ni cuti sekolah kan. Tapi aku baru sedar yang hari ni adalah hari terakhir budak2 cuti sekolah. Baru nak wish happy holiday. Malangnya dah terlambat. Nanti aku wish kang kata buang tebiat. So kita skip intro yang agak loser ni ke main fokus entry nih. 

Macam korang tau kalau ada cuti sekolah memang WAJIIIIIBBBB (Baca sekali ada dengung) ada majlis kahwin. Tak terkecuali lah dengan kawasan aku. Berlambak2 invite datang. Lagi2 kalau duduk dekat kampung yang harmoni ni (at the same time penuh gosip2 liar). Kad undangan kahwin dah jadi macam kad raya dah. Cuma yang ini akan tulis mukadimah dia as Walimatul Urus instead of 'Wei!! Ko dah puasa penuh ke tahun???'. Haha. 

Seriously aku tengok kad2 kahwin sekarang semua2nya kreatif belaka. Macam2 pattern ada. Lipat atas ada. Keluar bawah ada.  Dah takde dah kad2 jenis wangi2 ni. Itu semua old fashioned!! Tapi aku tak nak sentuh bab2 kad kahwin nie. Sebab selongkar punya selongkar tak jumpa pun kad2 kahwin tu. Dah buang ke??? Oopssss..

Tapi aku nak sentuh part tang goody bag!!! Kenapa aku panggil goody bag korang kata? Sebab kalau korang perasan trend orang kahwin sekarang dah tak bagi dah kotak2 telur ni.  Dah transform jadi kotak beg yang panjang!!! (Pura2 terkejut). Meh aku tunjuk satu contoh. Beg ni semalam aku dapat! 


Amik ko!!! Goody bag baik punya. Siap buat posing macam untuk cover magazine dah. Dara.com versi busana pengantin. Wakakakaa!!!  Tapi kenapa tarikh dia 12 June?? Bukan sepatutnya 19 June?  Ermmm... Abaikan!!. Eh, tak kan ada gambar pengantin perempun je kot?? Korang jangan ingat dia kahwin sorang2.  Jom kita kalih tengok belakang bag ni.


Tada!! Macho siot pose macam tu!! Wakakaka. Tapi kenapa lelaki ni pakai baju biasa2 je nih?? Mana baju pengantin?? Ermmm.. Abaikan lagi. So lepas kita dah skodeng rekabentuk goody bag ni yang mantop ni. Meh kita tengok isi dalam dia!! Kot2 ada voucher diskaun iPhone kah?? Mari kita tengok!!

Kruk krak kruk krak (Bunyi rakus selongkar bag)


Item pertama ialah tempat letak telur!! Hahaha. Telur jangan tanya dekat mana. Faham2 sendiri. Berukir2 betul kalau korang tengok design dia. Macam2 jenis dah. Tapi tu semua tu dawai. Bukan reben ye. Rajin sapa dok gentel2 dawai malam2 buta buat benda nih. <<< (Ada lah machine nye weh!!). 

Barang seterusnya ialah.....


Kuih loyang dengan bahulu!! Yang kuih yang macam bunga2 sikit tu ada banyak nama panggilannya. Ada yang panggil Kuih Goyang atau Kuih Ros dan Kuih Loyang. Tapi aku selalu sebut Kuih Loyang. Kalau korang nak tau kuih2 ni memang wajib ada dalam setiap goody bag dalam kawasan tempat tinggal aku. Especially bahulu. Tak tau kenapa?. Tapi bagus betul lah. Lepas makan nasi minyak dapat lagi makanan ni sebagai dessert.  

Jom kita ke barang seterusnya!! Bila aku dok godek rupa2nya tinggal lagi satu je barang. Eh!! Beg bukan main besar lagi!! ???????. Tak pelah aku paham. Nak jimat kos sebab buat beg ni pun agak pricey. Understanding tak aku?? (sempat lagik!!)



Jeng2!! ~~~~~ Aku tak tau nak introduce benda nih sebagai apa. Tempat letak cincin kah? or Pandora Box?? Muahahah. Nak bukak pulak sayang sebab penat orang tu dok balut2 sampai gam reben lagi. Tapi tengok lah nanti kalau datang mood kejam aku, aku bukak benda alah nie. Tapi overall aku yakin benda ni mesti harga RM 2 hinggit sebijik!! $-$

So tamat lah sesi sibuk menjaga tepi kain orang kali ni. Lain kali kalau ada goody bag yang lain aku try postkan. Mana tau ada iPhone percuma pulak!! Wah!!

P/S : Apa kata kalau aku try buat lagu Selamat Penganti Baru Remix version?? << Melalut...


Saturday, June 19, 2010

Eh!! Dapat Buffered Earning Lah!!

Lalalalalala ~~~~ :))))))

Korang tengok!!! Berapa banyak bibir aku bubuh dekat smiley tuh!! Wakakaka. Tu bukan bermaksud bibir aku kena sengat dek lebah sampai bengkak or aku buat pembedahan plastik nak menebalkan bibir ala2  Angelina Jolie. Jangan salah faham. Tu  maksudnya aku happy!!

Heppi nih!! Wakaka

Seperti yang korang baca dekat tajuk entry atas. Finally!! Aku dapat Buffered Earning!!! Wakakaka. Tu pun lepas check dekat Nuffnang punya website. Konon2 nak tengok traffic lah hari ni. Sebab post entry pun lambat giler!! Risau lah jugak kalau ada 2 orang je visitors. Tapi berita lain pulak aku dapat. Alhamdulilah!! 


Sepatutnya aku publish benda lain hari nih!!. Tapi aku nak buat special entry ni untuk korang lah. Tanpa korang semua, tak de lah aku dapat benda alah nie. Thanks everyone!!. Kepada pengomen2 tegar blog nie korang memang the best!! Terharu~~~ :")

And aku tau ramai silent readers kat luar sana!! Perlu kah aku menyebut nama2 mereka??. Tak mau lah aku. Nanti tak pasal2 dapat blackmail kang. Kat korang silent reader pun thanks banyak2 ye sudi singgah baca entry aku yang agak hampeh nie!! <<< Dah macam ucapan dapat award dah!! 

So sekali lagi for the last time!!

Minnasan!! Doumo arigato onegaishimasu!! (Everyone!! Thank you very very much!!!)

Lagi satu terlupa pulak!! Kepada sapa2 yang tinggal link dekat Shoutout mix tu. sorry lah banyak2 sebab aku tak dapat nak lawat korang semua balik. Sebab Internet aku slow giler ni!!! Nak bukak blog pun header  tak keluar. Nanti aku try buat mana yang mampu ok!! *Wink*

P/S : Lepas ni aku akan cuba untuk tidak publish kan entry pasal Bufferd Earning(BE) ni lagi walaupun aku dapat BE yang lain pada masa akan datang (kalau lah dapatkan). Sebab kadang2 akan buat orang annoying dengan this kind of entry (kadang2 je!! even aku pun jealous + annoying bila orang duk post pasal BE je memanjang. Hahaha). And jugak tak nak memupuk sifat riak dan takbur. (Tak boleh blah ayat ni!! Wakaka).



~Fight and push harder for what you believe in, you'd be surprised, you are much stronger than you think~


Friday, June 18, 2010

Beli Soya Percuma Keropok!!!

Betul!!! Korang tak teruja ke baca tajuk aku tulis kat atas tu. Aku sendiri pun teruja. Meh sini aku cerita kat korang. Nanti tak paham karang. Mula lah condem aku kat bahagian komen. Hahaha

Macam nie tadi (baru lagi ni!!). Aku nak pergi kedai. Sebab teringin sangat nak minum soya. (Soya lagi!!!). Korang paham2 lah aku kan. Kalua tak soya, cendol je aku balun sampai kembung perut. So aku pegi lah kedai yang terletak betul2 100 meter lebih depan rumah aku. Best ooo. Kedai depan rumah. Kalau lapo ko pergi serang kedai tu dengan hanya berjalan kaki je. Tak payah nak start2 moto buat perabis minyak.

So dari banyak2 kedai tu aku target lah kedai Si Ah Chai ni.  Masuk2 je kedai terus je nak pergi menonong ke belakang (sebab kat situ dia letak kotak2 soya). Tapi bila nak jejak je kaki dekat pintu kedai...

Ah Chai : U tunggu sekijap ye. Tolong angat itu barang kasi turun bawah.
Me        : *Buat muka pelik + terkejut* ok!!! 

Aku ingat apa benda lah barang tiba2 dia nak suruh bawak turun. Bila pandang tepi tengok ada auntie tengah tolak2 tong gas. Style kedai tu susun tong gas tindih dua tingkat. So agak berat lah kalau nak bawak turun tong gas yang penuh berisi ke bawah lantai. (korang paham tak maksud aku nih!!)

Me    : *Cakap dalam hati* kenapa pulak lah aku yang kena angkat nih!! (- -"). Soya!!!
           
Lepas tu terus tukar mode baik murni lagi suci. Tak nak merungut sebab nak tolong orang dengan ikhlas. 
E ce ce ce..

Ah Chai  : Ok u boleh tolong turunkan yang tu. (Sambil susun2 roti dekat sebelah)
Me          : Yang nie ke???
Auntie     :  Ye ye

Lepas dah turunkan tong tu baru aku gelek2 kan lah bagi dekat customer tu. Mak cik rupanya. 

Mak cik : Terima kasih ye
Me        : *buat senyuman manis*

Lepas tu akun nampak suami makcik tu dekat kereta. Weh bapak kejam!! Wakakaka. (Ok2 tak baik pikir bukan2. Tolong orang jangan nak merungut balik!!). So sambung lah balik destinasi aku ke belakang kedai. Apa lagi nak amik soya!!! :)

Mesti korang jemukan tengok gambar ni je aku dok upload. Hahaha.

~Masa nak bayar~
Me         : Berapa semua Ah Chai??!!
Ah Chai  : 3.7..
Auntie    : *Muncul dari belakang tiba2. Sambil masukkan keropok dalam beg plastik aku* Nah!
Me         :  Eh!! saya tak beli nih!! *Muka innocent gila* 
Auntie    : Takpa2 buat u makan. Ambil2 ni.
Me         : Auntie!! *Buat muka terharu* Kalau nak bagi, bagi lah lagi mana cukup nih!! 

Korang gila apa nak aku cakap macam tu. Dah lah dapat free nak mintak lagi. Memang tak sedar diri. Hahaha. Aku cakap ni je..

Me         : Thank you eh.. *Senyum gembira macam tak pernah dapat cekedis*

Ni lah keropok yang aku dapat. Sungguh girly  keropok ni. Ada gajah pink berkaki pelik. Wakaka.


P/S : Dalam dia macam keropok Twister. :)

Thursday, June 17, 2010

Sesi Bergambar Dengan Big Bang (Version Perasan Tak Hingat Dunia)

Hari ni aku rasa hari paling buang tebiat bagi aku. Sebab aku tiba2 bangun pukul 4 pagi and terus bukak blog. Wakaka. Memang tak pernah dibuat orang. Walhal petang karang pun boleh bukak blog. (- -")

Hari ni aku ada sepcial entry punya. Sebab aku nak tunjuk korang gambar2 aku dengan kumpulan Big Bang. Exclusive nih!!! Ye dulu adalah salah seorang ahli dalam kumpulan ni. Tapi lepas tu aku keluar sebab nak melanjutkan pelajaran. Tengok betapa murni nya niat aku ni. Sanggup tinggalkan dunia hiburan dekat Korea tu semata2 nak mengejar impian. Keh keh keh *Gelak keji*

Ok. Jom2 kita tengok antara gambar yang sempat aku edit tangkap bersama2 Kumpulan Big Bang.


Time nih kitorang (kitaorang!!!! Wakaka) nak promosi baju. Baju nie bertemakan binatang2 yang comel. Even badak sumbu pun jadi cute dekat baju2 nih. Aku dapat baju kuning gambar kucing. Aku dah cakap dah kat orang tu aku tak nak pakai sarung tangan tu sebab bukan nak bawak motobot apa kan??  Tapi kena paksa gak. So kena ikut je lah.




Last picture ni pulak kitaorang promosi untuk rangkaian baju dari Fila. Apa macam? Bergaya tak aku??  Korang nak kan T-shirt yang aku pakai tu?? Muahahha. Sungguh happy group aku nie. Senyum je memanjang.

Korang jangan mengada2 nak tanya aku kenapa reaksi muka aku sama je dalam kedua2 gambar tu. Nanti aku piaap kang!! =P


Ok2 .Cukup gambar untuk hari ni. Aku pun dah tak larat nak edit upload gambar banyak2. Mengantuk pulak tiba2. Tu lah bangun pagi tiba2. Sekarang dah mengantuk balik. ZzzzzzZZ

P/s : Tergelak aku tengok gambar2 kat atas. Perasan nak mampus!! Haha..  Teringat aku dekat entry  Nak Jadi Superstar!! Lagi tak boleh blah. ROFL!!!


Wednesday, June 16, 2010

Cupcakes Bukan Untuk Makan Ke??

Semalam dapat tau yang Katy Perry dah keluar MV baru untuk single terbaru dia iaitu "California Gurls". (Macam gedik kan perkataan Gurls. Girls sudah). Aku dah dengar lagu tu. Macam tak best lah pulak. Aku lagi suka lagu dia yang lama2. Tapi yang baru nie mungkin kena amik masa kut nak suka. So aku tak berapa kisah lah sangat apa2 pasal perkembangan lagu ni. Tapi semalam bila dah keluar gambar2 pasal MV dia tu. Terkojut aku wei!!. Cuba tengok gambar nih!!

Cupcakes telah menjadi sebahagian perhiasan baju kecik. Aiyo!!!! Minah belakang tu pakai donut pulak!!. Rambut dah macam anime.. (- -")

Tu bahan makanan cik Katy oi!! Buat main2 pulak. Walaupun aku tau tu cupcakes palsu. But still macam pelik pulak aku tengok. Kenapa tak letak sambal ayam je terus ganti cupcakes tu.  Tak paham aku. Ni nak jadi adik Gaga ek?? Tolong lah jadi normal balik!! Dah muak pulak aku tengok benda2 pelik nie. Dah menjadi trend pulak sekarang pakai baju2 pelik bagai ni. Cukup2 lah Gaga sorang buat wardrobe merepek meraban tu. Haisssh!!


Ok lah. Cukup2 lah aku merungut tu. Banyak komplen pulak aku ni. Biar lah kan orang tu nak pakai apa pun. Hak dia!!. So aku nak berfikiran terbuka pulak sekarang. Terima je lah apa yang patut. Saya sokong Katy Perry!!. Muahaha. (Ayat2 tiba2 jadi intonasi pasrah).

Sebelum tu lupa pulak nak bagi tau kat Katty Perry. Kalau nak datang Malaysia jangan pakai macam ni!! Bukan apa kalau guna cupcakes tu macam tak kena je. Sebab orang Malaysia ni jenis kuih2 diorang bukan cupcakes!! Betul!! Kalau orang muda2 tau lah tapi kalau tanya makcik2 bukan diorang tau pun cupcakes tu apa. Sebab cupcakes belum cukup terkenal lagi dekat sini.

So sekarang aku nak bagi cadangan kitar tukar cupcakes tu dengan kuih lain!! Ok tak idea ni?? Muahahha. Kalau Katy pakai kuih ni. Mesti orang Malaysia semua kenal!!  Malah populariti semakin meningkat!! Ini kuih special punya!! Semua Melayu, Cina, India tau punya. Tada!!!


Ok tak? Ok tak!! Karipap version!! Baru ketimuran sikit.. Nyiahahaha

P/S : Tak pasal2 dari Katy Perry jadi Katy Karipap pulak. Wakakaka

Tuesday, June 15, 2010

Ko Buat Lawak Ke Nie?

Pagi tadi bukak blog macam biasa. (Seperti biasa tiada 30 komen yang perlu dimoderate). Lepas tu tekan lah view blog. Sebab nak check Shoutout Mix. Lepas tu tengah2 scroll kebawah tiba2 ternampak....
*Sila fokuskan bijik mata anda pada bulatan MERAH sahaja!



*pengsan terus!!*

Monday, June 14, 2010

Jalan-Jalan Cari Makan Di.... Tesco


Setelah hampir seminggu terperap dalam rumah. Asyik kerja berblogging + makan + tengok TV je. Akhirnya aku keluar jugak dari kepompong aku. Bukan jadi rama2 ye. Paham2 lah metaphor yang aku bagi tu. Aku pegi keluar jalan2. 

Jalan2 pun bukan kemana ke Tesco je. Wakaka. Sungguh membosankan hidup aku. Btw aku still kat KL lagi mana yang terlupa or yang tak tau. Aku nak inform awal2. Nanti ada yang salah faham kang. Aku pegi dengan family aku. So lawatan ke Tesco ni adalah dalam unsur keluarga yang harmoni. Maknanya shopping2 barang rumah. Kalau berunsurkan suka suki memang aku tak pegi Tesco!!.

Dah selesai hangkut segala barang rumah. Kitaorang singgah satu kedai makanan ala2 gerai dekat situ. Konon2 nak breakfast lah. Kitaorang pergi pagi sebab barang2 especially barang basah agak fresh dan banyak masa nak ronda2 satu Tesco.

So dari jauh boleh lah nampak gerai tu berunsurkan Thailand. Sebab atap dia sangat lah berunsurkan ke'thailand'an. Apa yang aku maksudkan nie?? Tengok gambar bawah nie baru paham.


Nampak tak ke'thailand'an yang aku maksudkan tu. Ada benda tajam2 tu. (Kalau tak de kerja pegi cucuk mata dekat tempat tajam tu). And lagi satu ciri dia ialah macam bentuk segi tiga sikit atap dia. Lepas tu aku tengok kedai tu agak ramai jugak yang datang beli. Sikit2 dah menaikkan harapan aku mengatakan kedai ni mesti menu2 dia best and sedap.

So sekarang aku nak memperkenalkan menu pertama. Tada!! 

Appertizer

Cucur Udang Thailand!!!! (aku lupa apa nama dalam english)


Sungguh lah tidak bersopan meletakkan hidangan ini di dalam keranda putih.  Nak jimat budget lah tu. Nasib baik aku sporting.

Kalau korang perasan cucur udang versi Malaysia banyak tepung kan?. Kalau yang perut kecik makan 3-4 ketul dah kenyang. Yang nie tak. Tepung dia agak nipis sikit. Korang boleh tengok kan betapa ranggupnya cucur itu. Kalau makan memang krup krap krup krap bunyi dia. Bagi aku ok lah rasa dia. Tak rasa tamak pun nak rebut dengan kakak aku nak menghabiskannya.

So lepas dah makan pembuka selera. Kita sekarang beralih ke menu utama!!!

Main Menu

Thailand Fried Rice (Ni aku ingat!!)


Nampak sedap kan!! Kemas pulak tu presentation dia. Udang pun nampak fresh. Mesti sedap. BOHONG!!! (Baca dalam 5 harakat). Tak sedap langsung!! Menyesal aku pilih menu ni. Korang tau tak rasa dia macam mana?? Nasi + Kicap. Tu je. Tak de rasa thailand langsung. Last2 semua tak habis makan. Nak terkeluar2 balik nasik tu dari mulut aku. Punya lah payah nak telan. Memang nak je aku terjah pak cik tu dari belakang. "Oi!! Nasik apa ni!!".

Last sekali setelah kecewa dengan main course dia. Sekarang beralih pulak ke pencuci mulut. Kalau tak sedap lagi. Memang aku hempuk meja kat situ jugak. Tapi guna sudu je lah. Haha

Dessert

Mango Rice (kut!)
 
Nampak sedap kan?? Memang aku dah aim awal2 dessert nie. Sebab mango dia kut. Bila dah rasa. Ok lah. Not bad. Rasa manis mango tu sesuai denagan rasa tawar santan pulut ni. Bak kata orang nice combination lah. But still rasa dia tak lah sampai nak order buat kali kedua. Btw memang mango dia sedap. Mango ye bukan pulut tu. Manis gila!! Manis macam tuan yang tengah makan dia. <<< Ayat perah santan!!

Lupa pulak. Dah melantak semua makanan ni tak kan tak de air kut. Nak tercekik!! Lagi2 lepas makan nasi goreng oh soo Thailand tu. Hampeh!! So aku pilih air yang sangat Malaysian giler iaitu air mata kucing. 


Air dia lah yang paling sedap aku rasa antara semua hidangan2 nie. Penyelamat keadaan!!. Kalau rasa air pun tak sedap memang aku masuk Tesco tu balik beli air soya dalam tin. Pueh hati!!.

So overall apa yang aku dapat simpulkan disini ialah. Goodbye pak cik!! Saya tak nak datang dah!! Trauma saya tengok nasi kicap pak cik tu. (- -")


Sunday, June 13, 2010

Boleh Guna Ke Translator Ni??

Hari nie hari Ahad kan? So aku malas nak buat entry panjang2 macam nak buat resume untuk korang baca. Aku tau ramai yang tengah tido mati sekarang. So aku nak buat entry simple je kali nie.

Pagi2 lagi aku dah bukak blog konon2 dengan harapan bila tengok dekat Dashboard ada lah tertulis "you got 30 comments to be moderated". (Berangan!!). Bila dah abis loading Dashboard tu satu haram comment pun takde. Wakaka. Sungguh tak popular blog aku T T. Tapi tak pe yang dah comment2 kat entry aku tu korang memang the best!! *wink*

Lepas tu cadang nak lah singgah blog2 lain kan mana tau diorang ada update blog masing2. HARAM!!(Baca guna loghat perak pekat). Tak de pun blog yang boleh aku terjah. At least boleh lah aku bagi komen aku yang bernas ni. Kalau ada pun ada lah dua tiga kerat blog yang update. ~Sigh~ Sungguh membosankan. Aku tau lah korang pegi melantak dekat kenduri-kendara!! (Ayat berunsur jeles). Terus lupa blog.

So korang tau tak buat apa? Aku pergi try application Goggle Translator!! (BORING!!!). Aku tak pernah pun guna app nie. So nak try lah ok ke tak? Mana lah tau kalau aku ada satu karangan Jepun yang satu hapak pun aku tak paham. Boleh aku translate ke English dekat sini.

So aku try lah taip nak tengok kejituan dan kepersisan app nie. Aku setkan translate dari English ke Malay. Mula2 taip yang simple2 dulu.


Klik untuk pembesaran yang melampau

Wau!! Aku sangat kagum!! Memang betul terjemahan dia. Ingatkan dia akan keluar sikit2 bahasa indon ke. Tapi jangkaan aku salah (Tepuk tangan!!)

Lepas tu aku taip ayat yang lebih advance lagi nak tengok mantap ke tak app nie. So aku decide nak amik satu rangkap lagu daripada Lady GaGa (dia kan tengah femes sekarang. So aku amik dia lah). Tajuk lagu yang aku pilih is Lovegame.

 Klik untuk pembesaran melampau

Terbelalak mata aku tengok terjemahan dia. KELAKAR!!! Memang the whole ayat translate tu berbeza dengan maksud asal dia!! Yang kelakar part "saya ingin mengambil naik pada kayu disko anda'. Wakakaka. Apa jadah kayu disko nie???. "Mengalahkan ini sakit??" Apa tu???. Memang agak kejam sikit aku main2 kan kebolehan translator nie. So overall dia kan translate bulat2 apa yang kita taip tu. So no ayat2 yang berkias2 ye.

P/S : Aku memang dah tau apa maksud ayat tu. Tapi saja gatal nak tengok jugak. Hah? Korang nak tau apa maksud disco stick?? Tak mau aku bagi tau. Korang cari sendiri maksud dia. =P

Saturday, June 12, 2010

Kepada Elmo Fans Bantuan Anda Amat Diperlukan!!

Ya! ya! Bantuan anda semua amat diperlukan. Elmo berada di keadaan yang bahaya sekarang!!! Tengok gambar dibawah!!

Sesuai betul tajuk dengan 1 Malaysia

Nampak tak!! Elmo cuma ada 2 undi je!! So kita kena naikkan undi!! Kalahkan Spongebob tu and especially Barney!!So can u guys give me a favor. Korang boleh pergi ke blog Itik Kejam

Kejam giler muka itik tu!!

Lepas tu pergi dekat sidebar dia. Kat situ ada sebijik poll macam gambar kat atas nie. Vote2!! Korang jangan vote yang lain pulak!! Elmo sahaja. Ingat!! ELMO sahaja.

Ni antara sebab kenapa aku suruh korang vote Elmo dari Sesame Street


1) Innocent
Walaupun warna dia marah. Elmo ni tak ganas!! Walhal perangai dia baik dan berhati mulia. Memang sesuai menjadi contoh kepada kanak2. Malah dalam sesetengah kes orang besar pun patut ikut contoh perangai dia. << (sangat lah skema ayat ni)

2) Cara Gelak
Aku selalu tergelak bila tengok Elmo giggles. Sangat unik bunyinya. Tak de sapa pun boleh buat. Tapi bayangkan kalau Barney gelak macam nie. Scary!! Hahaha. Tengok video nie kalau tak percaya. Kelakar!! Durasi video = 55 saat




3) Pandai Nyanyi
Walaupun suara dia agak nyaring and ala2 girly sikit macam Justin Bibir. Still Elmo boleh menyanyi dengan baik sekali. Tak percaya lagi?? Tengok video nie. Korang jangan percaya tajuk dia tulis Scary Elmo. Tak de pa pe yang scry pun. Lawak adalah. Huhuhu
Durasi Video = 19 saat

\

Kelakar giler part pizza tu boleh menyampuk nyanyi sekali. Siap suara saprano lagi. Aduhai.

Tengok semua point2 aku bagi tu!! Elmo nie memang kelakar. Sebab tu lah aku suruh korang vote dia. Hah! Elmo ada pesan kalau korang vote dia. Dia cakap :


Thanks for voting Elmo!! Muahaha

Ni sebab kenapa korang tak patut undi Barney. Tengok video nie. Wajib!! Kanak2 dilarang keras menonton video ini. Nanti fobia pulak tengok Barney kat TV. 
Durasi video = 1 minit 5 saat



Scary giler kut!! Fobia terus aku tengok Barney.Wakakakaka..

P/S : Apasal aku beria2 sangat suruh vote ni?? Mengalahkan pilihan raya sebenar!! =P.. Hahaha.. This is just for fun ok.. Jangan lupa vote E>L>M>O.  :P

Syira ko kena thanks kat aku sebab promote poll ko. Jangan terkejut pulak nanti traffik naik tiba2. (Perasan macam blog popular). Jangan marah kat aku hina Barney ko. Hehehe. Btw aku pun suka Barney gak tapi Elmo lebih sikit ar.