~Suasana di Kedai Telur di waktu petang hari~
Auntie : U mau telur gled apa? Manyak jenis ada A, B, C, D, E
Me : Auntie apa bezanya???
Auntie : Saiz dia ma!! U tengok itu telur A manyak besar dali telur B
Me : Owh!! Macam tu ka? Kalau macam tu bagi saya gred B lah. Satu berapa?
Auntie : Gled B aa? Satu 28 sen lor. Itu tulis dekat itu tanda.
Me : Bagi saya sepuluh bijik lah!!
Selepas selesai mengisi 10 biji telur di dalam plastik
Me : "Berapa auntie??" Sambil mengeluarkan duit dari poket
Auntie : "Aiya!! 2 linggit 80 puluh sen maa!!!" Sambil auntie memandang keji kearah aku
Dush!! Malu aku sekejap dekat auntie tu. Sambil tu bergegas keluar dari kedai tersebut. Lari!! Lari!!
Hah!! Korang paham tak kenapa aku malu tiba2 sambil berlari2 nak balik ke rumah?? Malu ooo!! Sebab aku tanya soalan paling bodoh kat dunia dekat auntie tu. Yang mana korang kata? Yang part aku tanya berapa jumlah harga semua telur tu lah. Mana tak auntie tu pandang keji kat aku.
RM 0.28 x 10 = RM2.80!!!!!!! <<<< Simple mathematic calculation!!
Aarghh!! Memang malu betul. Tu lah dah biasa sangat guna kalkulator. Ish2. Untuk pengetahuan korang aku nie bab matematik agak lemah sikit. Lagi2 bab sifir2 nie. (nyanyi tau lah!! Muahahaha). Yang lagi buang tebiat aku nie. Sifir 7 dengan 8 pun tak lancar sampai sekarang!!. Betul!! Muahaha.
Sebab tu lah bila orang tanya 7x8, 8x6, 5x7. Apa yang aku buat??? Tangan mula lah memainkan peranan yang penting. Start hafal dari mula. 1x7=7, 2x7=14 and so on. Mata dok terkebil2 pandang atas.
Tampal poster ni kat bilik korang. Ada gak faedahnya!! Muahaha
Masa tu lah baru aku fikir yang "I need Siti Sifir!!!". Tu lah masa kecik2 tengok Along tak tumpukan part Siti Sifir. Yang fokus part nyanyi2 je. Hahahah. Masalah nie still continue sampai Form 5!! Amik ko!! Nak amik SPM tu tapi tak hafal sifir. (Trring!! Tak pe kalkulator kan ada!!).
Sekolah aku nie pulak pelik. Tiap2 hari ada perhimpunan. Amat lah menyusahkan hidup. So pagi tu tiba2 Cikgu Kimia aku Puan Mary Goh (bukan Marigold!!) aka Ketua Matapelajaran Sains Dan Matematik datang dekat barisan kelas aku. Aku dalam hati pelik lah kan. Dia bukan guru kelas aku. So buat endah tak endah je lah. Mungkin nak tanya apa2 kut dekat ketua kelas. So apalagi gosip sembang pagi lah dengan kawan aku. Hahaha. Untuk pengetahuan korang lelaki beratur depan pompuan dekat belakang.
Me : Weh!! Ko dah siap latihan Mat tam? aku tak reti lah nak buat??
Si Z : Aku nak buat Mat tam?? Ko jangan lah nak harap wei!! Aku pun tak siap lagi.
Me : Tak pe2 nanti kita tiru budak India.. Hehehe
Cikgu : Wan! Wan!
Me : Eh Cikgu??? (Sambil buat muka innocent). Kenapa?
Cikgu : Nanti bila cikgu panggil nama Wan dekat depan nanti. Wan datang ye. Baca sifir 5
Me : Baca sifir!!!! Sh*t!!! (sambil mata bulat beso). << Sh*t tu cakap dalam hati ye.
Cikgu : Senang saja kan Wan. Boleh ye. Siap sedia tau.
Me : Buat apa cikgu?
Cikgu :Ni untuk menggalakan pelajar menghafal sifir. Cikgu bagi yang senang je. Sifir 5 ye. Wan jadi contoh je untuk minggu ni. Ok.
Korang tau tak perasaan aku time tu!! Astaga!! Punya lah macam nak jatuh pengsan. Baca sifir dekat depan pelajar yang seramai 300 ratus lebih orang!! Rasa nak meletup jantung aku. Rasa nak cakap je "Cikgu!! Why me!! Ada ramai lagi pelajar yang lain!! RAMAI!!! Are u blind!! And i'm bad in Sifir!!". Apakan daya aku hanya mampu simpan dalam hati je perkataan tu semua T T.
Cikgu : Sekarang saya nak menjemput Zulhilmi dari 5Sains1 untuk membaca Sifir 5. Minggu depan saya akan panggil orang lain secara random pula ya.
~Bunyi tepuk tangan nak tak nak daripada pelajar~
Me: Assalamualaikum. (sambil bunyi mikrofon berdesing)
Cikgu : "Awak boleh mula sekarang!!" Bisik cikgu dari belakang
("You can do it!! Sifir 5 je!! Aku dah hafal yang nie. Bukan sifir 8 or 9!! So jangan takut!Relax!!)
Sambil mata tak pandang depan dengan suara terketar2.
1x5 = 5
2x5 = 10
3x5 = 15
Semua berjalan lancar sehingga...
6x5 = 30
7x5 = 40..... eh 35!! (Oh Man!!!!!)
Hihihi (Kedengaran hilai ketawa kecil dari pelajar)
Time tu aku rasa macam nak lari je dari pentas. Malu giler!! Sifir 5 boleh buat silap. Uwaaa!! Dah tak nak sambung dah rasanya. Tapi akhirnya aku berjaya habiskan lah jugak. Walaupun self confidence dah jatuh merudum lepas kesilapan tu. Huh!! Tak pe at least i got my 5 minutes of fame up there. Mujurlah tak de siapa memperbesarkan isu sifir tu. Kalau tak kena pindah sekolah le jawabnya. Hahaha. Dalam kelas pura2 cool macam tak de apa2 yang berlaku. Bapak pandai berlakon. Padahal nak cover malu. Muahahaha.
P/S : Ingat lagi masa Darjah 2 or 3 pencilbox besi yang ada sifir dekat belakang dia sangat membantu semasa peperiksaan akhir tahun. Wakakaka. Azam seterusnya lancarkan sifir 7 and 8!! Ganbatte!!
13 comments:
tu lah kau. lain kali jgn gule-gule kan rancangan along! mesti tumpukan perhatian pada segmen siti sifir walapon spek dia besor gedabak hahaha
lain kali g kdi bwk calculator
@Syira ITIK KEJ♥M
Muahaahah. A'ah teringat spek dia yang besar tu. Hahaha. Macam gaga!! Haha
@The Godfather
Wow!! Chill out dude. I'm not that bad to bring calculator when i'm buying something. Just that time i'm not thinking clearly. Btw thanks for dropping ur comment here. :)
umm... ak rase pertanyaan "berape auntie??" tu biase... memg otomatik soklan tu akn kuar even kte da tau bape harge... so yah malu2x kat stu yer zul...
*yg kne malu, time bace sifir tu.. thee...umm.. ap motif ckg suh ko bce sifir kt depan tu?? ni mty sbb jwp latihan tu sume btl kn..hee..
aduhh.takpe.ok ape glemer kejap time assembly.sha dulu selalu jd MC time perhimpunan kt sekolah.selalu terslh bc doa.kawan2 semua tunduk malu nk ngaku kawan kot.heheh.pastikn hafal sifir b4 next week.nk bg test.mengerti kamu?
same ngan aku bai.matamatik sangat au tak gemor tapi aku amik mat tam lagi rase mcm nak mati ..cikgu mat tam india plak tu.mak aih
@ishiko
Aah.. Betul kan. Automatik keluar dari mulut.. Hihihi.. Entah lah cikgu tu. Tiba2 tanya pulak. Mungkin Zul popular kut kat kelas!! Wakaka *perasan*
@Sha
Hahaha..Baca doa? lagi scary gila. Takpe2 memang menakutkan jadi mc ni.. Sha nk buat quiz ke next week?? Tak nak!! Hahaha
@kk
Hahaha.. Dah lah mat tam susah. Ko pulak dpt cikgu india?? Paham ke? Boleh ckp melayu fasih ke? Kesian ko..
hahahaha! sadis cerita kamu. well mase sekolah dulu tiap2 hari sebelum masuk kelas kene hafal sifir kat luar kelas. cikgu siap bawak rotan tauu. at least kamu di suruh baca. cikgu saya tanye on the spot 9x9 berape? x tau jawab..dapat sedas rotan lahh. huhuhu
aku tak suka mat tam.
mat moden boleh lagikkk
tapi aku lain sikit, tampal sifir kat tepi meja
cikgu tanya aku angkat tgn dulu psl dah ada jawapan tepi meja
bahahahaaa
nanti gwa ajar lu sipir kayh
gwa tau
siti sifir dah bersara
bya gwa ganti
gyahaahahahahaahahaahhaha~
hahah helli lawak siot hendak jadi siti sifir pulak ke?
hehe sifir 5 kot LOL
relax r beb.aku pon penah brd dlm sitausi cm ko gak.haha.suatu ms lampau dolo.
Post a Comment