Sunday, June 20, 2010

Goody Bag Versi Orang Kahwin

Seperti yang korang perasan or buat2 tak perasan sekarang ni cuti sekolah kan. Tapi aku baru sedar yang hari ni adalah hari terakhir budak2 cuti sekolah. Baru nak wish happy holiday. Malangnya dah terlambat. Nanti aku wish kang kata buang tebiat. So kita skip intro yang agak loser ni ke main fokus entry nih. 

Macam korang tau kalau ada cuti sekolah memang WAJIIIIIBBBB (Baca sekali ada dengung) ada majlis kahwin. Tak terkecuali lah dengan kawasan aku. Berlambak2 invite datang. Lagi2 kalau duduk dekat kampung yang harmoni ni (at the same time penuh gosip2 liar). Kad undangan kahwin dah jadi macam kad raya dah. Cuma yang ini akan tulis mukadimah dia as Walimatul Urus instead of 'Wei!! Ko dah puasa penuh ke tahun???'. Haha. 

Seriously aku tengok kad2 kahwin sekarang semua2nya kreatif belaka. Macam2 pattern ada. Lipat atas ada. Keluar bawah ada.  Dah takde dah kad2 jenis wangi2 ni. Itu semua old fashioned!! Tapi aku tak nak sentuh bab2 kad kahwin nie. Sebab selongkar punya selongkar tak jumpa pun kad2 kahwin tu. Dah buang ke??? Oopssss..

Tapi aku nak sentuh part tang goody bag!!! Kenapa aku panggil goody bag korang kata? Sebab kalau korang perasan trend orang kahwin sekarang dah tak bagi dah kotak2 telur ni.  Dah transform jadi kotak beg yang panjang!!! (Pura2 terkejut). Meh aku tunjuk satu contoh. Beg ni semalam aku dapat! 


Amik ko!!! Goody bag baik punya. Siap buat posing macam untuk cover magazine dah. Dara.com versi busana pengantin. Wakakakaa!!!  Tapi kenapa tarikh dia 12 June?? Bukan sepatutnya 19 June?  Ermmm... Abaikan!!. Eh, tak kan ada gambar pengantin perempun je kot?? Korang jangan ingat dia kahwin sorang2.  Jom kita kalih tengok belakang bag ni.


Tada!! Macho siot pose macam tu!! Wakakaka. Tapi kenapa lelaki ni pakai baju biasa2 je nih?? Mana baju pengantin?? Ermmm.. Abaikan lagi. So lepas kita dah skodeng rekabentuk goody bag ni yang mantop ni. Meh kita tengok isi dalam dia!! Kot2 ada voucher diskaun iPhone kah?? Mari kita tengok!!

Kruk krak kruk krak (Bunyi rakus selongkar bag)


Item pertama ialah tempat letak telur!! Hahaha. Telur jangan tanya dekat mana. Faham2 sendiri. Berukir2 betul kalau korang tengok design dia. Macam2 jenis dah. Tapi tu semua tu dawai. Bukan reben ye. Rajin sapa dok gentel2 dawai malam2 buta buat benda nih. <<< (Ada lah machine nye weh!!). 

Barang seterusnya ialah.....


Kuih loyang dengan bahulu!! Yang kuih yang macam bunga2 sikit tu ada banyak nama panggilannya. Ada yang panggil Kuih Goyang atau Kuih Ros dan Kuih Loyang. Tapi aku selalu sebut Kuih Loyang. Kalau korang nak tau kuih2 ni memang wajib ada dalam setiap goody bag dalam kawasan tempat tinggal aku. Especially bahulu. Tak tau kenapa?. Tapi bagus betul lah. Lepas makan nasi minyak dapat lagi makanan ni sebagai dessert.  

Jom kita ke barang seterusnya!! Bila aku dok godek rupa2nya tinggal lagi satu je barang. Eh!! Beg bukan main besar lagi!! ???????. Tak pelah aku paham. Nak jimat kos sebab buat beg ni pun agak pricey. Understanding tak aku?? (sempat lagik!!)



Jeng2!! ~~~~~ Aku tak tau nak introduce benda nih sebagai apa. Tempat letak cincin kah? or Pandora Box?? Muahahah. Nak bukak pulak sayang sebab penat orang tu dok balut2 sampai gam reben lagi. Tapi tengok lah nanti kalau datang mood kejam aku, aku bukak benda alah nie. Tapi overall aku yakin benda ni mesti harga RM 2 hinggit sebijik!! $-$

So tamat lah sesi sibuk menjaga tepi kain orang kali ni. Lain kali kalau ada goody bag yang lain aku try postkan. Mana tau ada iPhone percuma pulak!! Wah!!

P/S : Apa kata kalau aku try buat lagu Selamat Penganti Baru Remix version?? << Melalut...


6 comments:

Fay Nana (Cik Fana) said...

goody bag macam beg kertas yg dpt free kat supermarket tu. mantapp! belanja nak buat goody bag je rase lebih dr belanja hantaran. :P

Si Kenit said...

lawo gak goody bag tu
aku pon nak buat cenggitu lah kawen nanti
miahahaha

bak sini sikit kuih loyang feberet aku tu =.="

kk said...

alamak.rasa mcm membazir pulak kan buat gitu.takut kalau yg dapat , balik rumah buat letak tepung gandum HAHA.takkan lah nak bawak merata beg mcm tu kan

iskkk

Kaito said...

lawa gila bag cmtu..tp mesti mahal kan nak bt cmtu...aku tak kesah old fashion pun asal kan aku mampu dan tak membebankan....lepas takde bag lak, aku rasa nnt dia bagi peti lak....wakaka

WZulhilmi said...

@Fay Nana (Cik Fana)
Tau takpe.. mesti byk budget kena buat nih.. Kalah artis.. haha

@Si Kenit
Ko buat lah. lps tu ko letak address blog ko. mesti lagi naik traffic.. haha

@ kk
Wakaka.. letak tepung gandum?? aku rasa klu letak 3 bungkus pun belum penuh lagi bed tu. Good idea!!

@Kaito
mcm ada cita2 je nk buat mcm tu encik Kaito? hahaha. kumpul duit dr sekarang ye. Nanti boleh bagi beg sandang terus.. hahaha

suhaila said...

first tengok goody beg cam tu..siap promote pengantin lagi..tapi last2 kita buang jugakkan..