Wednesday, August 24, 2011

Wordless Wednesday [9] Tak Elok Menunjuk-Nunjuk



Sunday, August 21, 2011

5 Random Things #4

1. So last week aku berkesempatan ke salah satu mercu tanda yang popular dekat Perak ni. 'Menara Condong'!. Ni konon macam Menara Condong Pisa dekat Itali tu lah. Tapi versi saiz mini. Tak dapat pegi Itali pegi sini pun jadi lah. 
Ni lah hasilnya bila ko terkocoh-kocoh nak tangkap gambar dalam kereta. Kononnya menara tu akan ghaib lagi beberapa saat. Tu yang jadi hodoh benoo. Tapi still nampak condong kan?
So basically aku sempat lah jelajah menara nih. Dapat masuk sampai tingkat 3 je. Tingkat atas sekali tak boleh masuk. Tak tau lah papan reput ke hapa.  Tapi tangga dia macam scary sikit sebab dah lah kecik ruang dia lepas tu tinggi pulak tu. Ni kalau ko jatuh terguling confirm koma. 

Dekat Tingkat 1 macam ada wishing well. Dalam telaga tu berlambak gila duit syilling. Kalau kumpul-kumpul gamaknya boleh beli satu camera digital. wuwuwuwu. (hint disitu. Pandai-pandai paham apa aku nak untuk birthday present) Tapi tak de lah aku dok wishing sekali. Syirik namanya. Sia-sia puasa aku kang.

2.


Yup. Semalam sempat tengok satu mooovie. Rise Of The Planet Of The Apes. Hamik dia ulang 'Of The' 2 kali. Cerita dia pasal beruk-beruk bijak. Overall aku kasi:

3 setengah bintang


Jalan cerita dia ok. Tapi ingat ni bukan cerita action tapi more to genre drama. Tapi dekat ending-ending dia ada lah part beruk-beruk ni mengamuk satu bandar. Padan muka manusia! hahaha = =". Moral of the story jangan lah perkecilkan hak haiwan untuk hidup dimuka bumi ini juga. Diabinatang (diorang) pun ada perasan jugak. Wah! Macam murni je aku cakap benda-benda cam gini.

3. Baru dapat pesanan mesra daripada gerai Kek Batik dekat Bazar Ramadhan yang diorang akan berniaga sampai 26 hb ni je. Mana nak cari stok kek batik yang sedap lagi weh!! T__T. Siap bagi tau lagik takut nanti aku tercari-cari gerai tu nanti kalau tak bagi tau awal-awal. Tapi kan apsal diorang bagi tau dekat aku? Walhal ramai lagi customers yang dok beli hari-hari kuih depa. Adakah aku tergolong dalam "Top 100 Most Recognisable Faces in 2011"?

4. I gained weight. Sad but true story. Gained weight disini bukan mengada-ngada naik 2 kg kecoh satu laman sosial nak bagi tau. Tapi more than that. Tu lah sapa suruh ko makan banyak-banyak macam esok tiada lagi. Ni tengah taip ni pun tengah makan kek batik nih. *calit-calit kat kertas plastik kek batik nak amik lebihan coklat*

5. Why on earth when I picked a clothes and then when I checked the price tag the numbers will be freaking expensive! This is sooo unfair! Grrr.

Wednesday, August 17, 2011

Sehari Ber"desserts" Bersama WZ.

So macam biasa. Kalau menu berbuka puasa memang tak sah lah kalau tak de desserts (for me). Sanggup makan nasi sikit demi tak nak kenyang supaya ada ruang dalam perut untuk pencuci mulut nih. Tapi kadang-kadang lah. Kalau lauk dah sedap sangat balun jugak 2 pinggan nasi. Sigh~. No wonder makin hari makin debab tapi still hidup dalam penafian. "Wah!! Tak sangka makan bebanyak pun still kurus lagi!" Walaupun terang-terangan nampak perbezaannya dekat gambar IC dengan orang yang sebenar.

So finally aku akan mendedahkan julung-julung kalinya secara eksklusif kepada pembaca-pembaca StartStruck "How You Can Get Fat In Just One Month" menu-menu desserts seorang blogger separuh masa  yang awesome bernama WZ. *puke*  

So, tada!!!

Ini lah Happy Meal** saya. = ="
**Sila rujuk nombor yang telah disediakan untuk memudahkan anda membuat pemerhatian semasa membaca penjelasan dibawah.

Ok let start with #1

Ini adalah Burger Mini. Dalam dia ada daging, bawang, kobis etc. Then all combined together jadi benda cokelat tu. Plus this is homemade dish. Awesome right?

Then #2
Karipap Sardin. See! Inti dia memang yummy betul. Bila gigit boleh rasa jus tepercik di dalam mulut. *drooling*. Perasan tak mostly karipap sardin inti dia warna merah tapi yang ni putih. 

Next #3

Kek batik. Which is the best sooo far I've have eaten.  Milo ke Coklat aku tak tau apa dia bubuh tapi rasa dia memang amazing. Coklat melimpah ruah sampai corak batik pun tak nampak dah. Not that I complaining.

Lastly #4

Puding Misteri. LOL! Ok fine nama puding ni aku lupa. So aku assumed misteri ar. Rasa dia tak manis dan tak tawar. But nice lah.  Yang penting warna dia. Berselera betul

Haaa! Dan juga Manggo Juice sebagai penghilang dahaga. So thats it. Semua nya telah terbongkar sekarang. And sepatutnya berasa bertuah mengetahui semua ini. lol.

Some of you may ask, "Boleh habis ke semua satu pinggan tu?" My answer?, "Of course I can" *rolling eyes*

Monday, August 15, 2011

Day 5 - A Song That You Can Dance To

Tajuk memang duniawi betul lagi-lagi di Bulan Ramadhan yang mulia. Macam idea licik unsur-unsur barat suruh bagi leka. Ke ahli Illuminati yang buat challenge ni lepas tu tau aku nak buat time puasa so dia buat tajuk ni. Licik betul. Kah kah kah. #sarcasm

Ok kembali ke topik sebenar. So aku defined 'Dance' dekat tajuk tu adalah sebagai "Mampu mengerakkan sistem motor bahu secara tiba-tiba tanpa menerima sebarang signal daripada otak. Dalam bahasa mudah 'Tindakan Refleks'." Hamik ko aku bagi definasi lengkap terus. Tak payah nak kias-kias sopan konon bagai. So mostly lagu yang selalu bagi menepati definasi dekat atas (for me lah) selalunya dari genre pop atau electropop. Tak kan lah lagu slow R&B tu ko nak joget? Tu buang tebiat namanya.

Sebenarnya lagu yang banyak tapi seperti biasa dia nak satu je. So aku hambik yang paling latest latest latest punya lah. 


Jangan banyak komplen. Just dance. I mean move your shoulders. 

'Bara Mr Simple Simple ketanun ketanun ketanun machum' *gerak-gerak tangan* 

Friday, August 12, 2011

Chop + Stick ≠ Chopstick

Ingat lagi tak dengan entry ni? >> 5 Perkara Yang Perlu Dibuat. Dimana kat situ aku ada listkan 5 benda nak kena buat sebelum cuti semester berakhir. (Tinggal lagi sebulan je weh! Sobs). Kalau tak ingat pergi baca balik dengan 'mengelik' link tersebut.

Kalau korang perasan dekat list tu, yang dekat nombor 2 ada tulis 'menguasai penggunaan chopstick'. Haaa yang tu aku nak buat dulu walaupun patutnya buat selepas menanak nasi. Tapi peduli apa aku kan. Mana-mana pun boleh.  Ok, mula-mula memang beriya ar nak belajar kan. Tapi apa kan daya sebagai seorang insan yang lemah dan asyik hilang pedoman kalau terjumpa makanan asyik terlupa aje nak beli chopsticknya pun. Padahal sebelum pergi supermarket memang mindset betul-betul suruh beli benda alah tu. "Mesti beli Chopstick! Mesti beli Chopstick!" (Ulang 10x). Last-last balik rumah apa yang ko beli? Big Apples. Kah kah kah.

Tapi kali ini tidak lagi. Memang betul-betul nak beli. Lepas selongkar punya selongkar punya selongkar satu Tesco cari benda kecik cenonet ni. Finally jumpa juga. So here it is.

Pergh! Macam chopstick maharaja! *delusional*

Rekabentuk yang menarik(?). Ada dodol Ikan.

Nak tau tak harga dia berapa?? Tujuh puluh lima sen weh! Meh aku tulis dalam digit pulak, 0.75 sen. Tengok! Murah gegila. Siap tanya kakak cashier tu dulu berapa harga dia (sebab dekat rak takde Price Tag). Kalau mahal memang tak amik lah. Baik amik lidi kat rumah je buat chopstick. Ni bila dia sebut sen-sen aje  terus hangguk kepala selaju boleh.

So mana nak belajar guna benda alah ni? Of course lah dekat TiubAwak (YouTube).



In just 1 minute korang dah boleh mahir cara guna chosptik ni. Ok, ok tak lah mahir sangat. Tangan tu still tergeliat-geliat nak adjust benda alah tu. Tapi macam biasa "Practice makes Perfect". Lepas ni bukan aje sebelah mata, even tutup mata sekali mulut telinga pun dah boleh guna benda alah ni dah. 

For those who're saying : Why on Earth should I learn this thing?? Guna garpu dengan sudu je sudeh!

Reason #1 : This is a knowledge. There is nothing wrong learning new things right?

Reason #2 : Tak delah nanti kalau pergi any Chinese Restoran atau pergi overseas (Taiwan,China, Japan, Korea etc) baru terkulat-kulat baru nak belajar guna chopstick. 

Ok lah oklah. Aku tak paksa pun suruh belajar. Nanti kang kat komen ada pulak kata aku ni diktator/kuku besi paksa orang belajar. Hahaha. Tapi kalau dah mahir at least korang ada kelebihan satu skill kan?

So now 4 more things to go!!

Wednesday, August 10, 2011

Wordless Wednesday [8] Jangan Melawan Arus!



Tuesday, August 9, 2011

Kelantan's Delicacies.

Bila masuk Bazar Ramadhan my first my main priority is to look after desserts. Kedua air pelbagai dan yang ketiga baru main dishes. Macam terbalik aje kitaran yang aku bagi tu kan? But never mind lain lain orang lain pe'elnya. Ada yang first priority main dishes, second main dishes and the third one pun main dishes! Hah! Lagi dasyat.

So basically tahun ni aku dah jumpa desserts kegemaran yang baru iaitu Kek Batik dan Kek Batik ni aku bagi 4.5 bintang daripada 5 bintang. Sebab coklat dia perghhh! melimpah ruah sampai ke ladang gandum! Sampaikan aku rasa kakak-kakak tu dah cam aku dah. Dari jauh dok tenung-tenung kegirangan konon-konon customer setia nak beli kek batik dia. = ="

Selain pergi beli kek batik kalau tetiba rasa hawa nafsu tak dapat dikawal aku selalu singgah jugak dekat satu gerai Makcik-Makcik Kelantan (MMK) ni. Kenapa aku tahu Kelantan? Sebab ada satu time dia tanya. "Nak berapa riyal dik?" Lepas tu aku tergamam sekejap. Apa kebenda riyal tu? Matawang diraja ke? Ke kena ada token-token special baru boleh beli. Then baru aku perasan yang riyal tu sebenarnya Ringgit. ~sigh~

Gerai  MMK ni menu utama dia Nasi Kerabu, Nasi Dage (Dangang) dengan pelbagai jenis lauk pauk. Tapi aku lagi suka pergi dekat satu section gerai dia ni yang jual dessert/kuih Kelantan. First time tengok memang pelik gila ar bentuk-bentuk desserts Kelantan ni. Kejutan budaya sekejap.

Yang lawaknya (tak lawak pun sebenarnya) aku main beli aje tanpa amik tau nama-nama kuih muih/desserts tu.  Lepas tu kalau nak cerita kat orang terus blur. Tapi ye lah, tak kan makcik tu tengah busy layan customer ko pulak menyinding kat tepi tanya "Mak Cik ni kuih apa? Yang ni? Yang tu pulak? Sebelah dia?" Last2 senduk masuk ke mulut. 

So ini antara kuih-kuih/desserts yang berjaya aku kenal pasti dekat situ.

#Gambar ihsan dari Google. Nak tangkap sendiri malu pulak masih menebal dalam diri.

Kuih Bunga Tanjung. Sampai sekarang aku tak berani nak beli sebab nampak manissss gila takut masuk ke Enamel gigi.

Kuih Bunga Tanjung versi Zoom In.

Jala Emas. Yang ni kalau nak tangkap mermaid guna nih lah. = =". Owh ni pun tak pernah rasa lagik.

Kuih Akok. Yang ni dah rasa. Awesome wei!

Sira Pisang. Which is nampak manis gegila. *pegang gigi*
Sira Labu. Kalau Sira Pisang tak de dia ganti dengan yang labu which is I doubt I will buy it cuz labu is not my thing. Ha Ha Ha.

Dan ada lagi satu kuih yang jenuh lah aku search tak jumpa-jumpa nama dia. Dah lah gambar pun tak de. Hari tu beli lupa nak tangkap gambar pulak. So aku biarkanlah ia kekal sebagai misteri dulu. Next time kalau dapat tau aku hapdate kan kemudian.

Kuih "misteri". Warna dia kelabu-kelabu. Lepas tu tekstur dia basah-basah sikit. Dan of course lah manis sikit rasanya.  Ada siapa-siapa tahu? 


Oh btw makanan-makanan dekat atas tu manissss gila wei! Memang tak sesuai kalau ada diabetes ataupun siapa-siapa yang tak gemo nak makan benda-benda bergula. Kalau kadang-kadang makan tak pe lah. Okie dokie, thats it for now. Nak pergi Bazar Ramadhan! 

Monday, August 8, 2011

1 Same Doddle But From 2 Different People


So bagi yang perasan atau yang masih baru dekat blog nih (kalau ada lah). Aku dah tukar avatat dekat section About Me nun di sidebar belah kanan kepada dodol doodle comel yang kalau sekali tengok memang agak menyerupai diri aku in real life. Tapi in real life tak lah secomel dodol tu. Biasa lah kan. Indah khabar dari rupa. 

Sebenarnya dodol ni telah disumbangkan oleh Encik Raji. Dia ni obses sikit dengan perkataan rajin ni. Kalau ada orang tweet perkataan rajin dekat twitter dia ni automatic akan muncul tetiba. Scary isn't it? Hahaha. Actually aku telah di'featured' (lol) dalam segmen Wednesday Doodle dekat blog dia,  RAJInyaYEEN. Dimana dalam segmen ni dia akan buat satu dodol untuk blogger yang TERPILIH! Ehem! sahaja. Tapi tak tau lah kenapa aku ni terpilih sebab banyak lagi yang layak aku rasa. Tapi kalau dah rezeki kan nak buat macam mana. *innocent eyes*

So lepas beberapa plastic surgery here and there. Tercipta lah dodol versi WZulhilmi yang memakai pakaian senaman (?) sambil bercekak pinggang (??).

Bila pikir balik tengok pakaian sukan dekat dodol tu. I think I should open my own brand line untuk pakaian sukan. WZ. "Made for Comfort" *sambil tangan gerak segaris diudara* 
Check out for more details about this doodle by clicking here >> It’s WZulhilmi. ^^

Then just last night. I got this mention (dekat Twitter of course. Facebook is just lame nowadays) from someone yang kata dia ada lukis dodol ni balik. Aku pun terkejut lah sebab "Rajinnya minah ni buatkan lukisan dodol aku!" Siapa lah aku kan. Nak kata #retis jauh panggang dari api. Nak kata blogger famous views blog pun tak ler tinggi mana pun. Tinggi lagi korang punya. Believe me.

After waiting like 2 hours downloading that images from the internet (blame berukband for this) bersengkang mata menunggu sampai pukul 2! Ini adalah lukisannya.

REMIX!!!

Guna krayon Buncho tuh!! aku time sekolah tak mampu nak beli jenama ni.

Lawa tak? Lawa tak? Siap ada aura hijau lagik nak menunujukkan aku ni tenang orang. Wakakah. Abstrak sungguh!
Lukisan-lukisan yang lawa ini telah dilukis oleh tak lain dan tak bukan oleh Umie Artoqiemie yang katanya langsung tak takut warna. Kalau nak tau betapa tak takutnya dia dengan warna cer tengok header dia. Sewenang-wenangnya warna telah digunakan! Grr.

Thanks to both of you guys sanggup lukis dodol aku. Terharu~~. Sebab in really life idak ler ada sape-sape nak buat benda-benda macam ni kat aku. Haaa actually ada satu. Ada kawan aku ni lukis gambar potret aku. Tapi time aku tengah tidur masa dengar lecturer. Kuang hajo! Hahaha.

Thanks again guys! =)

P/s: I know ada beberapa yang tanya. Where the hell is entry about Bazaar Ramadhan? Believe me aku memang nak buat. Tapi nak menangkap gambar tengah celah-celah manusia is really hard and embarrassing at the same time. But I will try.

Friday, August 5, 2011

Menabung Secara Tak Sengaja

Masa dekat Uni aku ada satu perangai nih iaitu ada duit syiling bebanyak. Actually bukan perangai lah tapi more to desperate act nak dapatkan duit syiling sebab nak guna untuk cuci baju dekat mesin basuh. Sebagai seorang pelajar yang jadual nya sungguh ketat aktivitinya memang tak de masa lah nak cuci guna tangan. I rather watch anime than spending hours menggentel baju dekat bilik membasuh. That shows how busy I am right?

Satu kali guna basuh mesin tu caj dia 2 ringgit which is very expensive to me yang hanya bersandarkan pinjaman kerajaan sahaja. But at the end you know what? It is okay to spend something that can reduce your time doing something and do another more productive things. Macam tengok mooovie, blogging, spam twitter siapkan assignments, lab report, studying for quizzes. And the bad thing is mesin basuh tu hanya terima duit syiling sahaja. Boooo! 

Cuba bayangkan mana nak cari duit syilling 2 ringgit pada waktu yang singkat? Especially time tu mesin basuh tengah kosong! (ini rare ok). Dan-dan lah time tu ko bertungkus lumus cari duit dekat celah-celah kertas A4, dalam beg, bawah meja, dalam almari, last-last bila sampai dah ada 4 baldi beratur sebelah mesin basuh. Plus bila bak balik ke bilik ko terperasan ko punya spender, stokin bertaburan sepanjang jalan sebab rushing tadi.  So ini adalah 'solution'nya. Sediakan satu ruang hanya untuk duit syilling sebab nanti senang nak cekau bila memerlukan

Mula-mula aku main letak aje duit syilling tu atas meja. Yelah kan. Bukannya banyak mana pun nak 2 ringgit aje.  Tapi disebabkan faktor perbelanjaan aku mostly banyak melibatkan angka baki 90-50 sen. (Blame 'kudap-kudapan' for this). Maka terjadilah istilah "Sikit-sikit lama-lama jadi bukit". Dan menjadi lebih teruk bila duit-duit tu still berbukit lagi walaupun dah 2 kali basuh baju! 

Bila dah dapat "wake up call' macam ni baru lah perasan. I need a special compartment for this purpose. Bila dah dapat. Baru lah bermula sesi penyimpanan wang syilling secara teratur dan saksama. Kadang-kadang bila dah cukup time, bila kira balik boleh dapat dalam 30 ke 40 hinggit!! (bergantung kepada saiz bekas). Time ni lah baru bersyukur waktu2 genting duit tak ade mampu jugak ko beli secawan besar Starbucks with extra topping dekat Jusco. LOL!

Then bila dah balik rumah untuk cuti semester. This habit seems to vanish. Natijahnya mula lah jumpa duit syilling dekat bawah bangku, washing machine, atas peti ais, bawah bantal atau pun kat sinki. Lepas tu  tiba-tiba anak-anak buah pulak makin seronok datang ke rumah sebab boleh collect duit secara mudah dan efisien tanpa melalui peringkat merayu dekat parents nak beli ais krim pop 20 sen sebatang. But instead after datang rumah aku diorang mampu beli Calci-Yum!!!

So from now on tabiat menyimpan duit secara berhemah kembali semula di rumah. Tapi bekas lain lah. Bekas lama tertinggal dekat dalam kotak stor kolej. T_T

Siapa nak try ambil tanpa kebenaran nescaya bengkak lah tangannya keesokkan harinya. 
Aku lagi prefer this method sebab ko takde komitmen setiap hari nak kumpul berapa. Ada duit syiling bubuh  dalam kotak tu kalau tak de tak payah. So masing2 tak tension. Lepas tu bila dah penuh baru ko perasan. "Hamagad! I actually menabung!".

P/s: Kotak tersebut dikitar semula daripada buah tangan kenduri.