Friday, August 12, 2011

Chop + Stick ≠ Chopstick

Ingat lagi tak dengan entry ni? >> 5 Perkara Yang Perlu Dibuat. Dimana kat situ aku ada listkan 5 benda nak kena buat sebelum cuti semester berakhir. (Tinggal lagi sebulan je weh! Sobs). Kalau tak ingat pergi baca balik dengan 'mengelik' link tersebut.

Kalau korang perasan dekat list tu, yang dekat nombor 2 ada tulis 'menguasai penggunaan chopstick'. Haaa yang tu aku nak buat dulu walaupun patutnya buat selepas menanak nasi. Tapi peduli apa aku kan. Mana-mana pun boleh.  Ok, mula-mula memang beriya ar nak belajar kan. Tapi apa kan daya sebagai seorang insan yang lemah dan asyik hilang pedoman kalau terjumpa makanan asyik terlupa aje nak beli chopsticknya pun. Padahal sebelum pergi supermarket memang mindset betul-betul suruh beli benda alah tu. "Mesti beli Chopstick! Mesti beli Chopstick!" (Ulang 10x). Last-last balik rumah apa yang ko beli? Big Apples. Kah kah kah.

Tapi kali ini tidak lagi. Memang betul-betul nak beli. Lepas selongkar punya selongkar punya selongkar satu Tesco cari benda kecik cenonet ni. Finally jumpa juga. So here it is.

Pergh! Macam chopstick maharaja! *delusional*

Rekabentuk yang menarik(?). Ada dodol Ikan.

Nak tau tak harga dia berapa?? Tujuh puluh lima sen weh! Meh aku tulis dalam digit pulak, 0.75 sen. Tengok! Murah gegila. Siap tanya kakak cashier tu dulu berapa harga dia (sebab dekat rak takde Price Tag). Kalau mahal memang tak amik lah. Baik amik lidi kat rumah je buat chopstick. Ni bila dia sebut sen-sen aje  terus hangguk kepala selaju boleh.

So mana nak belajar guna benda alah ni? Of course lah dekat TiubAwak (YouTube).



In just 1 minute korang dah boleh mahir cara guna chosptik ni. Ok, ok tak lah mahir sangat. Tangan tu still tergeliat-geliat nak adjust benda alah tu. Tapi macam biasa "Practice makes Perfect". Lepas ni bukan aje sebelah mata, even tutup mata sekali mulut telinga pun dah boleh guna benda alah ni dah. 

For those who're saying : Why on Earth should I learn this thing?? Guna garpu dengan sudu je sudeh!

Reason #1 : This is a knowledge. There is nothing wrong learning new things right?

Reason #2 : Tak delah nanti kalau pergi any Chinese Restoran atau pergi overseas (Taiwan,China, Japan, Korea etc) baru terkulat-kulat baru nak belajar guna chopstick. 

Ok lah oklah. Aku tak paksa pun suruh belajar. Nanti kang kat komen ada pulak kata aku ni diktator/kuku besi paksa orang belajar. Hahaha. Tapi kalau dah mahir at least korang ada kelebihan satu skill kan?

So now 4 more things to go!!

15 comments:

wanie said...

dedulu sekolah aku prektis pakai pen dengan pensel jeee. makan pakai pen dgn pensel pun boleh kan? ekekekeke

Liyana Aziz said...

aku dolu2 main hentam je pakai chopstik ni... asal boleh... sekarang tak ada la perfect sangat... heheheheehhe

Nesa Wazir said...

nesa x penah lulus pkai mnde alah ni ==

WZulhilmi said...

@ wanie
aku pulak guna lidi buat chosptik dh lah halusss gila. kah kah. ko punya besoo betul.

@ Liyana Aziz
belajr sendiri lah ni. tak pe lah janji boleh kepit.

@ Nesa Wazir
i can do it you can do it. =)

Lea Isnawi said...

teringin nak makan maggi dgn chopstick
mcm citer krea

YouSOF said...

Hehe murah.. Baloi memang berbaloi.. siap ada dodol ikan lagi.. ;D




Aku kadang2 lepak rumah kawan aku sambil practice guna bendaalah tu.. geram selagi tak pandai.. hahah

Umie Nadhirah said...

aku klo makan gune mende alah ni.. satu nasik sejam nak telan , sumpah slow weh T__T kesian aku.

ikan tu bukan kau yg lukis eh?

ayumiyoshida said...

satu lagi kalau kau jatuh cinta dengan amoi cina boleh makan together gether pakai chopstick, err mcm aku buat. WAHKAHKAHKAH. HAHA

Abu Bagi said...

blasah jak pakai..sofar ok jak hahahaha
arghhh!! napa sebut big apple pagi pagi hahaha

WZulhilmi said...

@ Lea IsNaw!
Klu teringin boleh start belajar. tak susah mana pun. btw kenap Kore abukan China. ekekek

@YOUsoF
Sikap ini lah kita mahu. prektis! hahaha.

@Umie Artoqiemie
eh! nasi mmg ler tak boleh pakai benda ni. sbb nasi kita tu jenis satu2 ketul. Yg cina selalu makan nasi dorg melekat2 sbb ada kanji lebih sbb tu senang mkn dgn chopstick. =)

@ayumiyoshida
kah kah kah. ko ni mesti berangan nk mkn dgn jj kan?

@ABU
so ko pandai lah pakai benda ni ek? *jeles*

Unknown said...

Err....bende ni aku automatik boleh pakai. Mungkin sebab darah cina ada dalam diri kot? =p

Kehkekehkehhh

ayumiyoshida said...

shabas! haha. ko mmg paling terer baca otak aku kalau masuk bab bab jj ni. kahkah.

Nik Lisa said...

kah kah. tang tiubawak xleh bla! lololo
nak gakk la belaja nanti.
aku mmg suke terkulat2 time masok restoran masakan cina, japan, ect~ haaaaiiiihh

WZulhilmi said...

@ Yui_Wani
cis berlagak!! hahaha.

@ ayumiyoshida
well, aku kan adik dia. =P

@Lisa N.Yusof
boleh berlatih skrg. lepas tu masa time masuk restoran boleh dh tunjuk kebolehan anda didepan rakan2 anda.

YouSOF said...

Heheh.. betul. Silap² lepas ni nak pegang gelas pun nak guna bendaalah tu.. ;DD