Thursday, September 30, 2010

DiGi iPhone 4 Real

Mesti korang dah terpesona kan dengan semua kelebihan2 iPhone 4 yang dah aku tulis dekat 2 entry sebelum ni. Sampai ada yang kata aku excited mengidam nak dapat satu. Cewah!! Bab memperli aku ni korang memang nombor satu kan. Tapi dalam dok kutuk2 aku tahu korang pun nak satu kan! Sila mengaku sekarang!!

So macam mana nak beli iPhone 4 ni??? Dah lah bebel macam2 bagai nak rak, tapi last2 tak tahu nak beli kat mana?. Loser bukan? Senang je weh. Korang semua hanya perlu beli melalui...





Sila buat muka terkejut sekarang kerana ketiga2 Plan yang ditawarkan sangatlah berpatutan. Sampaikan aku teringin nak cakap Cheap! Cheap! sambil tepuk tangan berulang kali. - -"

Paula : Excuse me Mr. Zulhilmi!! You tak tahu ke M****s pun ada buat plan yang sama untuk iPhone 4 ni jugak!! And yang paling penting M****s ni lah provider yang first2 sekali jadi provider iPhone 4 ni kat Malaysia. So you jangan nak temberang I tau!

Zulhilmi : Excuse me back Miss Paula!! Being first doesn't mean the Plans is the best! Do your own research before complaining about this plan. And I guaranteed iDiGi Postpaid Plans is the most affordable one here in Malaysia. - -"

Ok maaf atas gangguan Miss Paula tadi. Orang tengah nak excited2 cerita dia boleh pulak tiba2 nak menyampuk pulak. Rude!! Ok! kembali pada topik tadi. Meh sini aku bagi tau kenapa korang kena pilih iDiGi Postpaid Plans berbanding dengan Plans yang lain.


1. Bayaran Bulanan Yang Paling Rendah!!




Wow!! From RM58 dah boleh dapat sebuah iPhone! Amazing! Murah lah tu weh! Standard bayar bil Broadband jugak kan? Lagi satu kalau tak percaya korang pergi lah tengok ehem-M***s-ehem punya Plan. Lagi mahal weh!! Beratus sebulan!!


2. Percuma panggilan, SMS dan MMS!!


Sudahlah bayaran bulanan murah. Lepas tu boleh pulak dapat macam2 service free lagi!! *Pitam* Lepas  tu siapa2 yang tengah subscribe iDiGi 88, 138 atau 238 boleh dapat diskaun 300 ratus kalau nak beli iPhone 4 ni!! *Pitam balik*

3. Tiada Bayaran Tambahan Apabila Dah Lebih Had Bandwidth!!


Yang ni mesti korang suka punya! Lagi2 kalau yang kaki online tu. Asyik tengah bulan je bandwidth dah habis. Lepas tu kena tunggu next month pulak kalau nak tunggu bandwidth tu reset balik kepada kosong. Hampa bukan?. Owh! tapi dengan Plans ni korang bukan sahaja boleh layari Internet walaupun bandwidth dah lebih limit tapi tak kena charge tambahan pun!! WOW!! Memang sesuai dengan aku!


Kalau korang dah berminat nak beli, korang boleh pilih cara pembayaran dia. Sama ada cash atau pun credit card. Semua tu terpulang kepada anda!!

Bila aku dah baca semua kelebihan dekat atas iDiGi Postpaid Plans totally is the smartest choice!!!

Wednesday, September 29, 2010

DiGi iPhone 4 Play


Aku @ WZulhilmi

Remaja normal yang berumur 22 tahun yang sangat menyukai makanan. Seorang yang masih tidak tahu tentang apa kelebihan diri yang dimilikinya. Tapi yang pasti beliau sangat gemar menyanyi. Walaupun mempunyai vocal range yang agak terhad tetapi beliau tetap ingin menyanyi lagu yang mempunyai pelbagai jenis genre. Namun begitu beliau sangat malu untuk menyanyi dihadapan khalayak ramai.

 GLEE 

Sebuah drama TV yang berkisarkan tentang sebuah kelab yang diberi nama GLEE. Kumpulan ini mempunyai cita2 yang sangat tinggi iaitu ingin mewakili sekolah sehingga ke peringkat kebangsaan dalam pertandingan nyanyian. Setiap ahli kumpulan mempunyai kelebihan vokal masing2 yang sungguh unik. Namun begitu kewujudan mereka langsung tidak dihargai oleh pihak sekolah dan sering dibuli oleh kelab2 yang jauh lebih popular dari mereka.


 iPhone 4 
Sejenis telefon bimbit yang dianggap paling canggih berbanding dengan telefon bimbit yang lain. Penggunaannya yang hanya menggunakan hanya sentuhan di skrin sangat dikagumi telah menjadikan ia terkenal dimata dunia. Telefon bimbit ini juga dilengkapi pelbagai jenis applications yang sangat menarik. Boleh didapati dengan harga yang berpatutan melalui  iDigi PostPaid Plans.



So apakah kaitan antara Aku, GLEE dan Iphone4? Aku sure gila korang mesti faham antara kaitan aku dan cerita GLEE kan. Tak paham??? T___T.. Ok lah aku jelaskan. Nanti ada yang tak lena tidur pulak malam karang pikir benda2 ni semua. Senang cerita tak payah nak putar belit alam semua. Kaitan untuk Aku dan GLEE ialah aku suka tengok cerita GLEE. Tada!! Mudah bukan! Kalau siapa yang Like Starstruck dekat Facebook mesti hari2 perasan aku asyik post something related to GLEE. Sampaikan aku rasa mesti ada yang menyampah. Maaf!!

So apa pulak connection antara kedua-dua ni dengan iPhone pulak?. Hah! Tu part yang paling menarik sekali. Tapi sebelum tu korang tau tak iPhone ni ada bermacam2 jenis applications yang best2! Dan yang paling latest sekali aku dengar yang jumlah applications semua ni dah nak mencapai 1 juta!! Sila terkejut sekarang!!

Ni baru sikit. Sebenarnya banyak lagi ada. Sampaikan satu skrin pun tak cukup nak tunjuk.

Dan paling aku terkejut/teruja sekali bila dapat tau yang applications ni benar2 wujud.
Glee Karaoke!!! *Pitam*

Nak tau kenapa aku suka applicatian Glee Karaoke ni sebenarnya?? Owh!! Macam2 weh.


Dekat application ni, aku boleh menyanyi sebijik macam dekat karaoke!! Lagi2 semua lagu yang pernah cerita GLEE ni cover ada dalam ni! Cakap je lagu apa? Pokerface? Empire State of Mind? Toxic? Listen? The Climb?. Semua ada!! Dan yang paling best sekali sebab dia ada option untuk 'Pitch Correction' dengan 'Layer For Harmonies'. Option2 ni lah yang akan tutup segala kehodohan suara aku nanti. So tidak akan wujud suara jijik disini ye. Excited tak? Aku excited! Sebab aku tahu suara aku tak sedap.


Lepas tu aku boleh pulak share lagu2 yang dah aku nyanyi dekat Twitter dengan Facebook semua. Wow! Ini sudah cukup bagus untuk menaikan populariti diri! LOL!


Dan part yang paling aku suka sekali ialah... part bertanding meraih gelaran juara paling sedap! Betul weh! Kalau aku dapat points yang paling tinggi sekali terus dapat ranking nombor satu!! Nombor satu disini bukan bemakna di Malaysia je tapi seluruh dunia weh!! Mana tahu kut2 ada producer nak amik aku jadi recording artist ke nanti?? <<< BERANGAN KO ZULHILMI!!!

So sekarang korang dah tau kan connection antara aku, GLEE dengan iPhone. Simple je. Dengan adanya iPhone4 baru lah aku boleh menggunakan application GLEE ni. Namun begitu ketiga2 perkara ini tidak akan connected langsung tanpa satu lagi perkara yang penting iaitu.. Digi 

Senang cerita gambar ni akan terangkan segala-galanya..

Formula yang sungguh ideal sekali!!

Monday, September 27, 2010

Konvo Dan Hadiah Memang Tak Boleh Dipisahkan

Tengah hari tadi aku sempat pergi mencelah dekat kawasan luar dewan nak tengok budak2 yang graduate convo. Gila ramai weh!! Siap semua pakai jubah warna maroon bagai macam Harry Potter. Aku asyik terbayangkan yang diorang ni lepas dapat ijazah mesti balik guna penyapu terbang. - -"

Seperti biasa kalau acara2 macam gini mestilah ada ramai orang, yelah setiap student at least bawak satu family consists of 5 sehingga 4 orang. Kalau 500 orang dalam satu sesi tak ke ramai!! Ko darab lah dengan lima! Even kalau aku nak lalu certain koridor pun sempit gila macam bontot nak berlaga bontot. So korang boleh bayangkan macam mana sempit tempat tu.

Aku rasa ni mesti sebab aura magic yang keluar dari jubah. Tu yang gambar blur semacam. - -"
Tapi yang paling aku risau sekali bila ramai2 orang ni mesti makanan kat cafe cepat habis!!! Betul tak?? Siyes kat dalam cafe tu dah macam sardin aku rasa. Punya lah penuh dengan lautan manusia yang kelaparan. Mau je aku tolak makcik yang tengah amik lauk tu. Miahahaaha!! *Gelak keji*

So aku sempat lah tangkap beberapa gambar hadiah2 yang dijual dekat booth untuk orang yang dah selamat di'konvo'kan. Macam2 hadiah lah ada. Especially bunga lah. Tapi ada jugak yang jual macam2 jenis patung semua bagai. So aku tangkap yang hadiah jenis selain daripada bunga la ye. Kalau asyik tunjuk bunga bosan lah pulak. Bukan korang boleh hidu pun bunga yang aku tunjuk nanti. 

So mari kita mulakan sekarang!!

Comel tak? Comel tak? Kalau korang dapat hadiah cam gini.  Gerenti orang lain jeles. Sebab bukan murah weh benda alah ni. Macam ni lah senang. Kalau korang ada 3 bear so 3 kali ganda orang akan jeles. Kalau 20 bear maknanya 20 kali ganda orang akan jeles!!!<<<< Ok, hipotesis bodoh!

Aku tak paham bila aku tengok bunga2 ni aku pun ikut senyum sekali. Psycho punya bunga!! Hahaha

Sate katak! Sate katak!! LOL! Dia susun macam ni sebijik macam nak meniaga daging katak. Tapi kalau bagi free kat aku. Aku amik je. Ngeee~~

Kawan aku siap kata. 'Eh cantik lah bunga ni!!' Siyes! Bagi aku macam bunga kena buasir tahap kritikal.

And gambar yang last sekali ni adalah fashion belon yang baru. Dulu kalau belon yang terapung2 tu selalunya orang buat gambar Doreamon ke, Hello Kitty ke. Sekarang dah tak dah!! Dah takde dah belon anime2 jepun semua bagai ni. Sekarang ni belon berbentuk....


UPIN & IPIN!!

Bila dah jadi banyak macam ni. Jadi creepy pulak. Bayangkan kalau semua ni boleh bercakap. Mau trauma dengar perkataan 'Betul, betul, betul' dok ulang banyak kali. Tapi belon ni laku gila weh! For children lah. Hahaha

So which one is your favourite konvo gift??  

Saturday, September 25, 2010

DiGi iPhone 4 Me

Kalau korang follow Twitter aku, mesti korang perasan. Dulu hampir SETIAP HARI aku asyik tweet benda yang sama je.

I want iPhone!!!




Owh! Ini semua perkara yang benar2 belaka. Bukan mengada2 nak reka cerita semata2 nak menyedapkan entry. Sebab aku percaya kalau kita sebut benda tu sebanyak 44 kali. Benda tu betul2 akan berlaku. Tengok!! Tak ke desperate gila sampai percaya benda2 tahyul? - -". Sekarang dah insaf!! 

Sebelum iPhone 3 datang kat Malaysia ni pun aku dah dok mengidam2 nak dapat satu. Siap pikir budget semua nak beli benda ni. Last2 menganga sorang2 dekat Kedai Apple bila tengok harga dia. 2000 lebih ribu weh!! Mana mampu T___T. Except kalau duit korang mencurah macam air boleh le beli.

Boleh tak aku sentuh ia!! T__T


Lagi2 iPhone 4 dah sampai muncul dekat Malaysia melalui Digi Plan. Lagi berendam air mata aku mengidam nak dapat satu. So apsal aku obses sangat dengan iPhone ni? Handphone lain pun bukan main berlambak lagi. Boleh touch2 screen jugak. Lain korang lain!!!

Meh aku tunjuk satu example yang benar tapi nyata.



Nampak tak apa bezanya?? Aku dah siap buat circle merah lagi. Owh.. Pilu rasa bila tengok aku punya tweet send via web. Padahal minah kat atas aku tu tweet just guna iPhone je. Dia just cari je connection Internet lepas tu boleh lah tweet bebel2 apa yang patut. Tak ke senang tu! Yang aku ni kena lah tunggu start laptop dulu. Tunggu loading semua habis. Lepas tu nak tunggu connect broadband lagi. Siyes! Masak meggi dengan telur lepas tu siap tabur2 atas dia dengan daun ketumbar pun serious sempat!!  Uwaaaa!! Gila leceh. 

FYI, Handphone aku tak de Wifi. So memang tak boleh nak surf Internet secara percuma. Yang bayar boleh lah. Itupun kalau online 2 minit habis robek kredit 10 hinggit aku lesap begitu sahaja. - -".

Lagi satu iPhone 4 ni camera dia 5-megapixel!! Plus 5x- Digital Zoom! Ada LED Flash! Dan boleh tangkap gambar pada waktu yang gelap!! Sesuai sungguh dengan blog aku ni haa. Kan korang tau yang aku ni suka letak gambar2 semua lagi2 pasal makanan. Tapi bila aku nak buat entry pasal makanan mesti kadang2 terbantut bila dah tengok kualiti gambar macam loser!

Cuba tengok example gambar yang aku tangkap ni.

Instead of nak tunjukkan betapa enaknya makanan ni (Irish Lamb Stew with Bread). Tapi dengan kualiti camera yang murah tiba2 gambar makanan tu jadi sesuatu yang amat menjijikan. Aku malas nak sebut apa benda yang dapat bayangkan. Korang pun boleh fikir sendiri. Kalau ada iPhone mesti tak jadi macam ni.

Lepas tu kan weh! iPhone 4 ni boleh record video!! HD lagi tu!!! HD! High Definition!!! Maksudnya dengan jerawat2 korang pun nampak sejelas2nya. Kemudian boleh pulak main edit2 video tu dan lepas tu share dekat any social networking tanpa bukak pun laptop! Just guna iPhone tu sendiri!! Excited tak baca!! Kalau aku dapat satu gerenti aku post video kawan2 aku jatuh longkang atau bukit dekat Youtube!! <<< Belum dapat dah pikir benda tak elok.. - -"

Dan benda yang paling interesting pasal iPhone ni ialah pasal applications dia!! And yang paling canggih sekali, boleh run multiple applications pada waktu yang sama. In case ko tengah berFacebok, tiba2 datang idea nak taip entry. Dengan riaknya ko boleh switch je application Blogspot tanpa perlu gundah gulana nak tutup application Facebook tu. And then tiba2 pulak ko rasa gedik nak refer berita pulak. Sebab takut maklumat dekat entry ko salah. Jangan risau!! Ko switch je yang baru! Gila stylo!!

And lastly iPhone 4 ni boleh buat video call sampaikan ko rasa orang yang ko tengok kat skrin dia tu macam ada dekat depan muka je!! Dah lah skrin besar gabak!! Memang puas gila tengok.

Tengok!! Aku berbual dengan Katy Perry melalui iPhone!! Muahaha
So itulah semua reasons yang panjang lebar sebab aku suka iPhone ni. Lagi2 iPhone 4 dah keluar. Digi I have something to tell you..

sooo badly!!

Friday, September 24, 2010

Stiff But Yet Stylish

Siapa kat sini tak pernah pergi Kedai/Butik pakaian?? Tak ada? Nice! Kalau macam tu korang semua mesti perasaan satu benda ni. Benda ya! Benda! Bukan pasal orang. Kat semua tempat2 benda ni wajib lah ada benda alah ni. Bak kata aku kalau tak de benda ni memang tempat tu dianggap sebagi low class budget zone. Boleh buat muka jijik sekarang.

So apa dia weh? I will not accept kalau ada yang  bagi jawapan.. "Aku tau!! Baju, seluar, spender kan!!". Memang lah semua kedai jual pakaian semua benda alah tu weh. Dah nama pun BUTIK PAKAIAN!! Tak kan nak jual betik pulak? - -". Yelah2 aku bagi tips. Benda tu ada tangan!! Come on guys!! Tak kan tak tau. Malu lah nak mengaku kawan cam gini. Yelah2 aku bagi jawapan terus.

Tada!!


Mannequin!!!

See!! Ada tangan!! I'm not lying.
Bapak bergaya bila sebut mannequin. Muahaha. Sebab in BM just sebut patung je. Oh! Sungguh tak excited menyebutnya. This things is actually quite important you know. Sebab benda ni yang akan melariskan sesuatu pakaian tu in a cheating way!. Yes! Siapa yang tak nak beli clothes yang nampak really good on this mannequin. Tapi in reality kalau ko pakai memang nampak macam sarung nangka busuk. - -".

Mannequin without head.  Eh? Ni lingerie kan!! :x
Tapi aku nak cerita dengan korang pasal pasal 'pose' yang mannequin2 ni buat masa nak peraga certain clothes. Aku nak more focus tu children mannequin. Sebab kalau mannequin2 yang adult memang berlambak2 pose yang kadang tak masuk akal pun. Sampai dah tak kisah pun kalau nampak female mannequin yang duduk terkangkang sambil pakai night dress. - -"

So this is typical children mannequin pose and fashion style.

Skema betul!!
Owh! Sungguh innocent mannequin2 ni. Very family-oriented. Kalau parents tengok pun sejuk hati. Memang beli terus satu set semua baju untuk anak masing2. No doubt!! Tapi all of this is about 5 tahun lepas!! Everything have drastically change untuk tempoh waktu tersebut

1. Tiada lagi rambut keras yang skema version. Sekarang rambut dah boleh tukar2. Just use wig. Ko nak buat ala2 sweet macam aku Taylor Swift or freak style macam Lady Gaga pun boleh.
2. Mannequin much more simpler and modern. Dah tak payah nak letak warna2 kat muka mannequin, konon2 nak wajah lebih real bagai semua.  All of that is wasting time!. Sekarang ada2 bentuk2 mata, hidung and mulut pun dah cukup.
3. Mannequin lebih fleksibel. Even ko nak buat ala2 ballerina pun boleh tanpa berasa risau kepala or tangan tercabut.
4. Dan yang lebih penting sekali pose lebih agresif. Boleh buat aksi mengangkang/menonggek lebih efektif.

You want proof???

Nah!!



Satu je nak cakap....LOL!! - -"

Thursday, September 23, 2010

Lepas Party Pesta Pulak!!

Bwahahahahaha... - -" <<< What the heck!!

Ok.. ok sorry for that disturbing intro. Bila dah buang tebiat + guilty tak update blog semalam tu lah jadi macam tu. Siyes start dari semalam my life dah jadi kinda busy. Semua assignments kena buat secepat mungkin sebab due date dia sekejap sangat. Plus!! Aku siap lagi tolak tawaran dari kelab koir untuk buat performance untuk opening konvokesyen(Betul ke eja nih?) this year! Hilang side income aku!! Ye lah, udah lah ko pratice semua tak datang. Lepas tu ko tiba2 muncul waktu performance sebenar orang lain nyanyi lagu Negaraku ko nyanyi lagu Pokerface!! Tak pasal2 Naib Counsellor tu naik pentas lempang aku. T____T

Btw this year convo gonna be huge!! Sebab semua poster dah tampal bagai siap tulis aktiviti2 macam. Aku lupa pulak nak amik gambar tunjuk kat korang. Tapi antaranya macam ada program 'The Apprentice', 'Pertandingan Akhir Idola Kecil', 'Top Host'. Siyes aku baca pun dah nak gelak kuat2! Nasib baik tak ada aktiviti 'Gadis Melayu' dekat poster tu. Kalau ada mesti aku meraung dah tak hingat dunia. - -". 

Dengan adanya Konvoksyen maknanya mesti ada Pesta Konvo. Kalau dah ada Pest Konvo memang CONFIRM!! banyak gila gerai akan dibuka!! Especially gerai2 makanan!! Gila excited! Muahaha. Tiba2 mata aku dah bertukar jadi mangkuk laksa mee.. - -"  Nanti kalau ada kesempatan memang aku akan cover story Pesta Konvo tu nanti in the next entry.

Pssst!!! Btw aku ada dengar rumors Siti Nurhaliza nak datang buat performance! Sila terkejut sekarang! Sebab aku pun terkejut dengar. And I really doubt about it! Sebab ko ingat murah ke nak bayar persembahan Tok Ti tu!! Sebab konvo last semester pun cuma panggil Ramli Sarip and A. Samad Said!! See the difference!! Btw aku sempat tangkap gambar dengan diorang sebab aku ada perform untuk last sem. So terus boleh pergi backstage kejar Ramli Sarip. Padahal bila kawan Chinese aku tanya. 'Itu penyanyi kan? Lagu apa dia popular?". Aku terus nganga kat situ. Siyes mana lah aku tau dia popular lagu apa. Tapi memandangkan dah status dia artis wajiblah tangkap gambar dengan dia lepas upload dekat Facebook bagi semua orang jeles. Soal ko tau lagu dia or tidak tu dah jatuh soal kedua. Gila tak senonoh perangai - -"


Sorry about ayat semua macam orang rushing gila nak taip. Lepas tu gambar pun tak de!! Gila ko pemalas nk letak. Bukan sebab apa hari ni ada Quiz!! Kena study. Uwaaa!! Yelah, yelah nak bagi memaniskan sikit entry ni aku letak lah gambar satu..

Ni time masa Opah Oprah graduate! Happy ye!!

P/s : Party Kuih Raya Jumaat malam ni!! Tapi yang Kuih Tart dah abis aku telan.. - -"

Tuesday, September 21, 2010

Introducing My Planner!! | September Edition

Pejam celik, pejam celik dah September dah weh! Rasa baru je semalam aku puasa. Siyes! Bila aku tengok kerepek kat atas meja petang tadi. Gila sedap!. Lepas tu boleh pulak terpikir "Tak boleh makan ni, Puasa!". Bila pikir balik baru teringat yang puasa dah lama berlalu. - -". Sebab dah terbiasa puasa kat dalam bilik ni. Tu yang automatik pikir macam tu. Lepas sedar apa lagi!! Bye2 kerepek. - -"

Btw bila dah muncul Bulan September ni, ini bermakna...... Jeng2. Planner celebrity aku pun kena lah tukar tema!! Bagi yang tiba2 blur/hilang ingatan boleh rujuk entry Introducing My Planner!! So setiap sebulan wajib kena tukar tema. Ini supaya memberikan aku semangat untuk menyiapkan semua kerja2 yang bertimbun2 kadang2 rasa macam nak berenti satu semester T___T.

So bulan lepas yakni (LOL!) Bulan Ogos aku dah pilih tema 'Candy Land'. Bulan ni apa pulak ek?? Sebenarnya dalam otak aku ni dok dilemma antara 2 tema nie je. Iaitu 'Summer Beach' dengan 'Japanese Style'. So korang rasa mana aku pilih?? Sebelum tu ramai gila lah bagi respond kat aku suruh buat tema 'Hari Raya Puasa'. Tolonglah korang!! Jangan klise sangat! Think out of the box! (LOL!). Nanti kalau Hari Raya Haji karang korang nak ke aku lukis lembu tak de kepala?? Hahaha. Padahal lukis binatang2 ni memang aku tak reti. - -"

Lepas dah bincang dengan semua staff Starstruck(?) aku decide nak buat Tema.....


JAPANESE STYLE!! 



Tanpa membuang masa lagi. Mari kita tengok Overview Planner Board aku!!

Tada!!

Amatur gila lukisan.. T___T.
Tiba2 aku rasa macam kat Jepun pulak bila tengok Softboard aku nih.(Gila palsu ayat!). Next kita tengok lebih terperinci lagi apa yang dah aku lukis. Kalau tengok macam ni confirm tak nampak apa! Lepas tu mesti ada yang siap kutuk 'Eeee macam gambar taik je tu!!' - -"


First Part : Task Section

Gila banyak keje kena buat!! 
As all of you can see kat dalam lukisan papan tanda dibahagian sebelah kiri tu ada tulisan Jepun. Cara sebut dia ku-ga-tsu. Sebut betul2. Ku-Ga-Tsu. BUKAN SHOKOBUTSU!!! Aku kepit mulut sorang2 kang. - -". Maksud perkatan dia adalah Bulan September. Meanwhile gambar kucing kat bawah tu pulak bukan sekadar hiasan nak bagi nampak comel bagai semua. Tapi ada no 11 dalam dia. Itu bukan mata dia ye. Maknanya pulak dah masuk minggu ke-11 dah aku berada dalam semester ni.  

Next!!

Second Part : Test Section

Te-su-to 2 = Test 2
Sebelah kiri gambar kat atas tu adalah pokok sakura. Bentuk dia tak nampak sangat sebab aku guna satu colour je. Lagi2 kualiti gambar yang agak menghampakan. So tak jelas bunga sakuranya. T__T. Lepas tu belah kanan dia pulak bukan taik yang korang pikirkan. Tapi makanan2 Jepun ye. Macam Sushi, Ramen, Ebi Sushi blah blah blah. 

Memandangkan bulan ni tinggal 2 minggu je lagi. Aku kena lah pikir tema apa pulak untuk bulan depan. Fuyoo!! Gila efektif. Miahahaha.

Btw masa aku pergi kedai tadi aku dah beli benda alah ni...

Tak sabar nak tunggu bulan depan pulak. =P

Sunday, September 19, 2010

Party Kuih Raya

Yup!! I'm finally back dekat my college after spending like 2 days weeks holidays!! Happy tak? Happy tak? Sape yang happy mesti buang tebiat! - -". Bila masuk je pintu pagar U tiba2 terus bebanan hidup jadi berat. Kat kepala terus pikir pasal Assignments, Quizzes, Reports, Tests!!!! For God sake!!. Tengok! Tengok! belum start kelas lagi dah merungut bagai. Be positive!!

Macam ni positive tak?? Muahaha. Tapi dalam hati Tuhan sajalah yang tahu. Btw jangan tiru diet pemakanan aku didalam bas. Sungguh tak sihat! Air gas+ keropok. Gemuk ko!! Lagi satu bas ni sediakan selimut!! Gila jakun aku!!

Tiap2 tahun selepas habis je cuti raya. Akan ada satu projek khas yang akan diadakan. Iaitu Party Kuih Raya!!. LOL! Nama macam nak kena lempang. Padahal buat dalam bilik je. Konsep dia senang je. Dimana ko rasa kuih raya kawan ko sikit. Kawan ko rasa kuih raya ko pulak. Lebih senang macam Sistem Barter lah. Tapi selalunya kuih2 yang dibawak mesti yang last kopek punya atau yang dah tinggal sisa2 je. Boleh menangis makan!! tapi tahun aku bawak yang special punya weh!!

Tada!!

Kuih Cornflakes Madu dengan suntikan fusion tempatan letak kacang dalam dia. Dengan Kuih Belang2 (tak tau nama!!). Tapi dalam dia ada coklat cair ye. So korang jangan pandang enteng Kuih Belang2 ni
LOL!! Konon2 susun cantik2 macam tu nak tiru gaya orang Jepun punya style. Nak comel lah. PADAHAL!! - -".  Lepas tu aku ada bawak jugak..

Kuih Tart versi Debab! Muahaha. Siyes Sedap! Rasa nak sorok je. Tak nak bagi.
Itu ajelah kuih2 yang mampu aku bawak. Sebab kebanyakkanya tahun beli kerepek2 je. Memandangkan dah nama pun Party Kuih Raya, amatlah tidak sesuai bawak kerepek kerana tidak bertepatan dengan tema Party. (Padahal tak wujud pun syarat macam tu).

Tapi.. Aku ada bawak something untuk aku makan diwaktu lapang. Yelah, kut2 tengah2 tension buat assignments boleh makan benda nih.. Nanti terus jadi happy!!<< Mitos!

Tada!!

Batang Buruk!! Tak paham apasal nama dia tukar jadi Batang Mas. Buruk sangat ke nama Batang Buruk tu?? - -"
Malangnya sebelum tu aku telah diwarning oleh kakak and abang aku yang mengatakan bahawa Batang Buruk Mas ni TAK SEDAP!! Demm!! Maybe aku akan sedekah kan masa Party Kuih Raya nanti. Bak kata orang kita tak boleh kedekut. Nanti tersekat rezeki. =P

P/s : Tak confirm jadi ke tak Party ni. Kalau jadi aku mentionkan dalam next entry. Kalau tak jadi aku makan sorang2. Hahaha. Gila sayu hidup..

Saturday, September 18, 2010

We're Going To Australia!!! | I Wish!!

Beberapa hari yang lepas aku dapat tau yang Opah Oprah Winfrey bagi lagi hadiah dekat audiences dia lagi!! Btw siapa yang tak kenal Oprah ni sila pergi ke dinding dan ketuk kepala sekuat hati.. - -".

Kalau dulu lebih kurang 6 tahun lepas. Time tu aku still tak tau blog tu apa. - -". Dia ni bagi sorang sebijik kereta dekat setiap sorang audience dia dalam show dia tuh!! Ya Kereta!! Real car!! Bukan kereta sorong yang orang selalu dok letak kelapa dalam dia tuh ye.Yang dapatnya bukan 10 atau 20 orang tapi TOTAL 276 orang!!! Sila terkejut sekarang!!! Gila bapak kaya ko makcik oi! Hahaha.

Meh, meh aku tunjuk kereta apa yang dia bagi. Semestinya bukan Proton Saga . Tada!!!

Pontiac G-6 Midsize 2005 Sports Sedan!!! (Gila nama panjang!Tercungap kalau nak sebut dalam satu nafas.)
Udah orang tu bagi free bulat2 macam tu je. Lepas tu boleh pulak pilih warna2 kesukaan masing.(Kalau aku dapat warna hitam pudar buruk pun dah bersyukur dah!!). Lepas tu siap dilengkapi Satelite Radio dengan full leather seat!! Boleh tak aku mencarut sekarang!!! You damn lucky audience!! LOL!. 

Btw semua penonton2 yang terima hadiah ni sebenarnya dah dipilih khas oleh krew2 Oprah sendiri. Diaorang sebenarnya terdiri daripada golongan yang betul2 memerlukan kenderaan dalam hidup diorang. Simpati~~~ So jangan harap lah kalau ada Datuk2 or Datin2 yang terlepas dapat hadiah ni. Memang tak layak. TAPI KALAU AKU  MEMANG LAYAK~!! T__T 

Sekarang kita tinggalkan kisah lamaaaaa tu. Now back in 2010!! Opah.. Oops! Oprah sekali lagi bagi something dekat audiences dia sempena Season terakhir Showtalk dia nie. Korang tengok video ni untuk membantu dalam mengeluarkan unsur excited dalam diri korang!!


We're going to Australia!!! Siyes dengar banyak kali dia cakap rasa macam psycho gila. Lepas tu I can't stop laughing bila dengar suara 'jantan' dia keluar masa nak announced kat penonton. Gila besar suara!!. Hahaha. Ya, ya aku kutuk dia sebab aku jeles.. T___T . 

Tapi kalau dulu 276 orang je yang dapat. Kali ni 300 orang pulak!!! Owh ini semua kerja gila!! LOL! Untuk membeliak kan mata korang semua lagi. Diorang pergi bercuti bukan lah setakat satu dua hari je. Malu lah kalau Oprah buat macam gitu. Semua TOTAL 8 hari 7 malam weh!!!! Honeymoon ke apa ni! Another damn lucky audience! Chit!

I wish I can says like this. *Baca dengan nada suara jantan macam Oprah dalam video kat atas*

Semua pembaca setia dan loyal Starstruck. Kita semua akan pergi ke..... KOREA!!!!! WE'RE GOING TO KOREA!!! WE'RE GOING TO KOOOREEAAA!! You! And You!And You! Are Going to Koreaaaaa!! 
Hahaha. Big dreams right??. But we're never knew...

Friday, September 17, 2010

Suddenly I Think (Part II)

Wah!!! Terharu aku baca komen2 korang dekat previous entry.  Korang2 lah yang membakar semangat aku untuk menulis blog ni lagi. Bahkan membakar2/mengedik2 tangan aku nak menulis entry baru. Miahaha. Thanks again guys for the support!! :)

From previous entry aku ada mention pasal 2 perkara yang aku keep on thinking for this couple of days. One of them is about this blog that I already mentioned from the previous entry. And one more is about myself. Kalau korang perasan daripada 150 entry yang pernah aku published. Memang aku tak pernah cerita apa2 pun pasal diri aku. More specific is about what I truly feel. Selalunya asyik cerita pasal makanan(LOL!), entertainment and so on. 

So sekarang jom kita ubah2 angin sekejap. Talk about more serious topic. Tapi jangan lah serious sangat!! Ni aku tengok semua muka dah fokus semacam. Relax ok.. Relax. Anggap ni semua macam temubual dalam rancangan Malaysia Hari Ini ke 8TV Quickie ke apa ke. Muahahaha.

So one day I'm thinking. What is soo special about me? Do I have certain ability or speciality that makes me different from other people. Pikir punya pikir.. None!!. Yup!! Totally nothing. Or maybe aku sendiri tak jumpa or perasan? Kalau korang baca section About Me dekat sidebar sebelah ni. Semua yang aku tulis tu adalah benar2 belaka. Seperti :


1. Not Good Looking Person
Perkara ni sangat subjective so tak nak komen banyak2. Hahaha. But I do believe aku tergolong dalam kelompok not good looking kind of guy.  But still bersyukur complete semua sifat. :)

2. Bad in painting
Kalau suruh lukis ayam siyes aku tak reti. Kalau takat2 lukis bulatan or segitiga aku reti.. - -"

3.  Sucks in sports
Owh yang ni lagi satu. Bagi lah jenis apa2 pun memang aku tak reti nak main. Haha.. Main bowling selalu dapat corot. Paling dasyat bola bowling tergelincir ke belakang bukan ke depan. MALU GILA!! Bola tampar pulak?? Last2 aku yang tertampar muka orang.  Badminton? Ok lah. But still not very good. At least boleh lah megah2 kalah kan budak kecik. Muahaha.. - -"

4. Loser in calculation.
Yang ni memang tak boleh disangkal. Kalau bab2 mengira agak lemah sikit. Kalau test2 yang berkaitan dengan pengiraan mesti dapat rendah walaupun dah study macam orang gila selama 2-3 hari. And yang paling lawak bila orang lain study malam sebelum test boleh score lebih tinggi daripada aku. Gila kecewa - -"

5. Got limited singing and writing skill
~Sigh~ Lagu happy birthday boleh lah. Or lagu2 yang bernada rendah macam enjit2 semut. - -" Kalau menulis entry pulak macam berterabur gila ayat sampai aku pun tak puas hati tengok. T___T

Cukup2 lah 5 aku bagi. Karang aku bagi lebih2 kang aku sendiri yang depressed tiba2. LOL!

So I'm thinking. Kalau aku dok depressed sorang2 lepas tu asyik low confident pasal diri sendiri pun tak guna jugak. Useless!!. Unless you do something about it. It's all about yourself. So it's you decision that makes you a special person or not. Selama 22 tahun ko hidup? Pernah tak ko buat something yang diri ko sendiri boleh banggakan?? Nothing. So move your ass out and kick others butt and show them ko jugak ada kelebihan yang lain yang orang lain tak ada. Kalau memang dah tak de kelebihan usaha belajar something that makes you special. Do something that reflects your own!! <<< Seriously ni memang macam alter ego aku yang cakap ni. Berkeyakinan tinggi sungguh.

So from now own. I don't care. Even ko dapat 4 flat dalam exam or wakil atlet sukan untuk U, or ada iphone 4G(?). In the end I'm much better than you!! << Gila psycho ayat.




So bagi siapa2 kat luar sana yang rasa apa yang aku rasa. Marilah kita sama2 memajukan diri. Everyone is special. Believe me! Cuma kita je tak perasan what is so special about ourself.

P/s : Dalam usaha untuk menjadikan diri ini lebih special(LOL!) I will complete my Japanese language. Ganbatte yo Hirumi!! Lepas tu nak belajar Korea, Spanish, Mandarin, German, Arabic blah blah blah.. Ok dah mengarut!!

And there is a second thing I want to learn... Even aku sendiri pun tak sangka nak belajar benda ni. Apa ek?? Pssttt!! Aku akan beritahu bila aku dah mulakan 'benda baru' tu.

Update : Tajuk entry terpaksa ditukar untuk mengelakan sebarang kekeliruan. Harap maaf!!  

Thursday, September 16, 2010

Suddenly I Think

Minnasan.. Gomene!

It's been a while since I'm updating my blog. 4 days actually. Memang agak pelik sebab paling koman pun aku akan tinggal blog at least 2 hari je. Sebenarnya I do log in to blogspot everyday. Checking entry2 baru dari korang. But apparently for this 4 days I just becoming a silent reader. Pretty weird right? Bukan sebab tak ada topic yang aku nak cerita dekat korang. Banyak sebenarnya. Cuma ada certain issues yang perlu aku selesaikan beberapa hari ni.

And there are 2 main things that I always keep on thinking. One  is about this blog and one more is about myself. Sounds serious right? Hahaha. Tak lah. =P

This what I keep thinking about my first issue that is about this blog.

  •  Should I change this blog URL or name??

Semua ni terjadi bila aku dapat tahu yang ada 4 or 5 of my friends reading this blog. Friends maksud aku disini kawan yang aku jumpa setiap hari. Kalau kawan yang duduk yang jauh2 tu aku tak kisah pun baca. Kalau strangers baca lagi aku suka (LOL!). Yup! I don't like known people read my blog. Sebab ko kena jaga banyaaaak hati kat sini. Lepas tu bila ko buat certain statement lagi2 kalau statement yang berbaur kontroversi atau panas habis satu kampung/universiti/kolej/fakulti/asrama/pejabat dicanangnya. Owh! Hilang semua privacy ko nak buat luahan dekat blog sendiri. T___T . Lepas tu semua orang dok gossip pasal ko untuk sepanjang tahun. Mana nak letak muka??!! Tapi aku tau yang this is the prize that you will have to pay if your blog is getting known by people. - -". So pandai2 lah pilih topik yang sesuai.

And yang paling dasyat sekali aku terpikir

  • Should I stop blogging?
Bila aku baca entry lama2 aku balik. Aku dapat rasa yang semua macam banyak sangat unsur komersil. Yup! everyday aku asyik pikir. 'Ermm. entry apa ek yang nak tulis hari ni? Hah! Tulis pasal ni lah. Tapi.. nanti dorang suka ke tak nanti??'. Paham tak maksud aku? Aku lebih fikir what others think rather than thinking about my own satisfaction. Sepatutnya aku nak tulis benda lain. Tapi disebabkan takut orang tak baca terus tukar tajuk lain yang lagi happening. Aku takut lama2 nanti semua entry dalam ni jadi fake. And I hope next entry nanti boleh lah puaskan hati dua2 pihak. Iaitu myself and my reader. :). And I believe even ko ada tajuk yang lame/boring/ngantuk sekali pun. Kalau ko kreatif, benda tu akan jadi menarik jugak .Right?*wink*

Btw, apa jawapan aku untuk persoalan diatas? Should I stop blogging? My answer is.. Nope!! Even kalau ada satu reader pun aku akan teruskan menulis because writing is my passion. Full stop!


So how about the second issues?? About myself? Jeng2... Next entry ok. Aku akan cerita kat korang. Or tak payah kut? Ada ke yang nak baca??

P/s : Mood sekarang asyik dengar lagu2 sedih lepas tu termenung sorang2. Apa kes!! 

Sunday, September 12, 2010

Menu Tambahan Di Petang Raya (LOL!)

Lalalala~~~~

Seriously weh korang. Aku tengok dalam 2 hari kita beraya ni, bila aku check dashboard nak tengok bahagian Reading List untuk baca entry2 baru blog yang aku follow. Boleh menangis tau tak!! Boleh dibilang dengan jari entry baru yang boleh aku tengok. Semua orang TOTALLY dah abandon blog masing2 angkara busy menyambut raya!!! Yang paling dasyat sekali entry aku yang paling latest dapat satu komen aje!! T____T . Kepada blogger2 diluar sana TOLONGLAH KEMBALI KE PANGKAL JALAN!! (LOL!). 

Ok fine. Tapi walaupun semua blogger dah lesap tiba2. Aku still ada korang!! Yup!! My lovely silent reader (Ada ke?). 

So kali nie aku nak tunjuk kat korang semua apa yang aku makan petang raya tadi. No, no ,no... Menu yang aku nak tunjuk ni langsung tak de kena-mengena dengan unsur rendang/lemang/ketupat/biskut raya/  blah blah blah. In other words tak de kena mengena dengan hidangan hari raya di rumah open house orang lain. Apa yang aku maksudkan ialah..

Tada!!

CENDOL PULUT!!!!

YUMMY!!! SALIVA DROOLING ALERT!! Yang hijau2 tu pulut dia. First time tengok pulut berwarna. Except pulut kuning lah!!
Tak cukup menggoda lagi??? Tengok yang ni pulak!


CENDOL WITH ICE-CREAM!!

Owh gila mewah!!


Amik ko!! Petang raya orang makan nasi himpit. Ko makan cendol. - -". Btw aku makan cendol ni dekat Mr. Cendol. Ingat lagi tagline dia "Since 1952". Gila bapak lama!!. Dia punya restaurant/gerai pulak selalunya ada dekat pasaraya. In my case aku pergi dekat Pasaraya Giant.  Konon2 nak beli barang rumah secara cepat dan efektif  last2 tersinggah kat gerai nih. Owh! sungguh attempting dari jauh.

Hah!! Korang jangan ingat aku melantak dua2 mangkuk cendol kat atas tu sorang2. Aku tak de lah kebulur sangat. Aku pergi dengan kakak aku dengan suami dia. Semua dah clear kan??  

Lupa pulak nak bagi tau rasa dia. Mula2 masa aku hirup suapan pertama dia!! Ohmaigod!! Gila pekat+tasty!! Rasa nak hirup terus tak mau pakai sudu dah. - -". Lepas dah beberapa suapan muncul lah rasa dia yang sebenar. Akibat terlampau pekat (Kitaorang assume dia guna santan paket) rasa dia melekat2 kat celah tekak. Sungguh tak selesa. So no more second  mangkuk!! 

Jap! Jap!.. Tak kan minum cendol je kut!! Mesti lah kena ada main course jugak!!

Tada!! 

LAKSA!!!

Gila tamak aku tengok!!
Dengan adanya sebiji telur yang dipotong dua (Baiknya Makcik!!), terus excited gila nak makan. Overall laksa dia agak liat!! Kunyah sepuluh kali pun belum tentu hancur. Tambahan lagi kuah dia, astaga pedas weh! nasib aku ni tahan pedas. Kalau tak. MAKCIK!! WHERE'S YOUR MANAGER!! 

Tapi yang ajaibnya aku mampu habiskan kesemuanya. - -"". Tapi aku agak pelik lah. Since tagline dia dah sebut since 1952.  Aku expect rasa yang lebih mantap and sedap lagi lah. Tapi.... Or maybe branch kawasan aku ke problemnya?? Or makcik2 yang prepare semua ni ke yang kuat gosip masa nak buat semua order nih sampai tak sedar kuah dia terpedas lebih??

In the end aku prefer cendol yang kat Bazar Ramadhan lagi. Sorry Mr. Cendol.

Friday, September 10, 2010

Rumusan Raya

Lalalala~~~

Hari ni gila penat! Lepas sembahyang raya pagi tadi terus pergi singgah rumah sanak saudara semua. Semua dibuat dalam keadaan rushing. Makan pun aku tengok budget satu rumah setengah jam je. Lepas tu baru gerak rumah lain pulak. Tu semua sebab nak kejar Sembahyang Jumaat pukul 1 karang. Lepas dah habis Sembahyang Jumaaat tiba2 kawan call ajak pergi raya rumah kawan2 pulak. Owh! Gila busy!! Sampai baju melayu pun tak sempat tukar!! Balik2 rumah terus terbongkang tido.    

But the good news is.. Banyak gila jenis makanan yang aku dapat rasa!! Sadly aku satu gambar haprak aku tak tangkap. Ni akibat terlampau excited semua jenis kuih-muih/lauk-pauk semua bagai kat depan mata. - -". Terus langsung lupa!! So besok maybe, MAYBE ye!! aku akan buat proper entry. Hari ni aku buat simple je memandangkan mata ni rasa macam nak terkatup aja bila2 masa. Bye2!! << Gila cepat cakap selamat tinggal!! =P

Ni kuih feveret aku nih!! Tadi jumpa gak kat satu umah makcik nih. Memang rasa nak suruh dia tolong bungkuskan satu plastik nak bawak balik rumah. - -"



Syawal Menjelma Kembali!!

--Kami dari staff Starstruck ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin!!!-- 

Gila psycho apa!! Tiba2 terus jerkah orang tak tentu pasal ucap selamat ari raya. Tak proper langsung. Hahaha. Ok2 Let's be serious. Seperti yang korang maklum besok adalah hari kemenangan bagi orang Islam yang selesai berpuasa di bulan Ramadhan. In other words esok adalah hari raya!! - -"


So di kesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Lebaran. Maaf Zahir dan Batin!! Kalau ada something yang aku tulis yang telah mengguris hati korang sepanjang blog ni wujud. Maafkan lah aku ek. :'). Aku adalah manusia yang lemah lagi suci(?) pasti akan membuat kesalahan.

So have a pleasant raya!! 


*Ini Adalah Sticky Post yang melekit2. Sila scroll ke bawah untuk latest entry*

Wednesday, September 8, 2010

Pengetahuan Boleh Bertambah Kalau Kemas Rumah!

Lalalala~~~

Uit korang!! Lagi beberapa hari dah nak raya nih. Ni mesti semua dok busy buat preparation semua bagai. As for me tahun ni preparation tak de lah nak grand macam ko nak menyambut beratus2 orang datang ke rumah. Shopping baju raya pun ala kadar aje. Takde bila nak nampak kad tulis diskaun 30% terus serang macam orang gila. Apsal aku rasa macam palsu je apa yang aku tulis ni?? Miahahaha..

Ok2 back to preparation nak raya. Hari ni aku dah mulakan fasa 1 bagi Pembersihan Rumah secara Intensif atau dikenali sebagi PRI. (LOL!) Baru fasa 1 tu!! Ada lagi 2 fasa lagi weh!!  Takpe2 sebagai anak yang soleh saya tidak akan merungut untuk membuat kerja2 rumah walaupun ada satu masa tu saya teringin sangat nak minum air. - -"

As for today masa aku tengah buat buat kerja2 pembersihan. Aku discovered berbagai2 jenis spesis fauna tak kira lah sama ada dari jenis reptiles, mammals, insects or amphibian. Wow!! Pengetahuan Sains aku masih lagi utuh!! (LOL!). For today aku senaraikan 2 jenis haiwan yang aku jumpa dan sempat aku amik gambarnya. Ni yang pertama..

Tada!!!

Owh! Ini bukan kuih raya!!

Yup!! Aku temui benda ni masa nak bersihkan sawang2 semua. Aku rasa lah ni sarang tebuan. Kalau tak salah aku lah. Bab2 insectology memang aku tak reti. So kalau salah bagi tau lah aku ek. Siyes masa aku nak buang benda alah ni sekor tebuan datang. Gila bahaya!!. Kalau disengatnya tak ke naya.  

Info Tambahan : Sesetengah ladang membela tebuan untuk menghilangkan ancaman serangga perosak.


Dan yang ni aku yakin gila kat rumah korang mesti berlambak gila. 

Tada!!!

Labah-labah (Siyes! Aku tak tahu kalau kut2 ada nama lain bagi labah2 bersaiz kecil. Maybe Lelabah??)

Ni lah pose yang paling baik yang boleh aku tangkap. Asyik bergegar2 aje labah2 ni. Bila nak tangkap je. Jadi gambar dia tengah shuffle pulak.

Ni lah ratu segala sawang. In case kalau korang nak buat rumah hantu. Bela lah benda ni banyak2. Lepas tu biarkan dia bertebaran dalam rumah tu. Lepas seminggu gerenti rumah tu jadi creepy gila. (- -"). Bayangkanlah kalau ko tengah dok mengemas2 tarantula yang keluar!! Gila trauma sekejap. Siyes memang aku spray Ridsect sampai habis satu botol. Kalau takat  yang kecik2  halau dengan mulut pun boleh. Sebut je syuhh!! syuhh!!. Pergi lah dia. << Ko ingat halau ayam!!!

Info Tambahan : Kekuatan sarang labah2 lebih tinggi daripada keluli.

So esok bermula lah fasa kedua pulak. Agak2 benda lain pulak yang aku jumpa nanti. You don't know. The world is full of surprises!! =P

Tuesday, September 7, 2010

Nak Buang Lah Mp3 Lama Ni... Eh??!!!

Lalalala~~~~

To keep this entry short and simple, aku akan terus cerita apa yang berlaku. About 4 bulan yang lepas aku ada mention dekat blog ni pasal Mp3 lama aku. Aku malas nak letak link kat sini. Korang cari sendiri lah ye. Lagipun malu nak tunjuk entry yang lama2. Ayat semua macam jijik gila bila baca balik. - -". 

Owh! Lupa pulak nak bagi tau. Dekat entry tu aku ada cerita yang Mp3 aku tu tiba2 rosak. Bila nak ON je. Screen dia just keluar lip-lap or blinking lebih tepat lagi. Mula2 ingat ni cuma taktik kotor Mp3 aku tu nak bagi aku berdebar takut. Last2 bila check kat laptop. Memang sah2 dia tak boleh ON secara normal. In other word ROSAK!! (Cara extreme iaitu ketuk secara dasyat/tekan butang RESET berulang kali pun dah buat but still tak boleh ON jugak) T_____T

So bila dah bukak new semester aku dah decide nak beli yang baru. Yup! As a music maniac I need music in my life. Kalau takde mula lah pikir benda yang bukan2. Lepas tu termenung sorang2 dalam bilik meratapi kenapa dunia ini sungguh sunyi and lonely!!. LOL!! So this is what I got after spending about RM160!!

Siap upah Encik Creepy jaga Mp3 baru daripada ancaman luar.

In case bagi yang still macam blur2 dengan gambar kat atas. Meh aku tunjuk yang lagi clear punya



Amik ko!! Kalau tak nampak jugak tak tau lah nak cakap apa.


Setelah berjoli2 dengan Mp3 baru selama beberapa bulan. And today bila terjumpa Mp3 lama yang terdampar kat bawah meja. Langsung tak usik. Siyes bila2 masa je nak buang. So konon2 nak try buat kali terakhir mana tau dia hidup. And you know what..

It's Functioning!!!! *Bunyi petir*

Bertuah punya Mp3!!! Elok pulak dia bernyala!!



Gambar yang lebih details punya.

So in conclusion, aku dah spend something yang tak sepatutnya. And right now aku ada dua Mp3. Terasa sungguh membazir gila. And now macam mana aku nak beli ipod ni??? (- -")