Sunday, September 5, 2010

Pizza Hut | Citarasa Ramadhan!! (Suci Betul Tajuk!)


Lalalala~~~~

Wow!!! Aku tak sangka pulak ramai juga nak tau pasal aku berbuka puasa dekat Pizza Hut hari tu. Don't worry!! Aku dah siap tangkap gambar untuk korang. Special punya!!!. Sampaikan aku siap suruh kawan2 aku tunggu semua makanan datang dulu, lepas tangkap gambar. Baru boleh makan!! Gila extreme!! Kesian kawan2 ku..

Me and with 2 more friends memang dah decide nak makan dekat Pizza Hut sejak minggu lepas lagi. So lepas sewa kereta sewa, kami terus bergerak ke sebual mall yang agak popular!! (LOL!). Btw lepas dah sampai, konon nak reserved tempat untuk makan. But then dekat luar terpampang notis besar kata reserved2 ni tak main kat Pizza Hut. What!! Tempat lain elok aje boleh reserved!! T T. So about 40 minit before berbuka kitorang dah berkampung depan kedai tu. Kena rebut weh!!!

So inilah meja yang kitaorang dapat!!

Meja still lagi kosong dan hambar. Kena tunggu order siap dulu. Sementara tu bincang pasal pelajaran. Hahaha


So 15 minit sebelum berbuka, air telah dihidangkan dulu!! Serius memang aku rasa nak hirup je. Tindakan refleks weh!!

 Tengah2 tu Pepsi and 2 lagi tu ialah Ramadhan Fizz!! Baru letak air, dah excited gila!!!

And air pilihan aku ialah...


Mestilah Ramadhan Fiz!! Buat apa nak minum Pepsi. Tu aku dah minum banyak kali dah. Ni nak try yang baru. Meh sini aku nak cerita apa rasa dia. Sebenarnya air ni adalah kombinasi air 7-Up dengan jus oren. Yummy!! Rasa nak order lagi!! Nampak tak, ada something merah2 kat bawah air tu. Tu lah buah markisah!! Mula2 aku ingat cincau warna merah~~~ T T

Lepas tu muncul lah menu pertama!! Berikan tepukan kepada!!


Sweet Spicy Chicken Wings dengan Spaghetti Meatball Bolognise!! Bila tengok semua nie terus tak tentu hala!! Lepas dah keluar azan kat radio terus serang dua benda alah ni!! Konon2 appetizer lah. Memandangkan kami ada 3 orang, memang kitaorang decided makan kongsi je. Senang. Kalau beli asing2 memang bazir duit. Aku sempat bedal 2 wings tu dengan beberapa sudu spaghetti!! Owh! Gila lazat!!

Nota tambahan : Ada diberi kurma percuma ye. Tapi gila kejam aku serang ayam dulu. Tak tengok pun kurma!!

Next!! Muncul hidangan seterusnya!!



Sup ayam dan Nasi Kurma Ayam!!! Again Yummy!!! Tapi nasi dia tak masak betul lah. So dah mencacatkan sikit rasa dia. Lepas tu tawar pulak kuah dia tu. Nasib baik ada garam!! Lepas dah tambah memang sedap!! Atau maybe sebab lapar tu yang sedap??? Owh! sup ayam tu aku berjaya habiskan setelah bubuh sekilo cheese dalam dia (- -")  and sedikit pepper.

BELUM HABIS LAGI!! Muncul lah hidangan yang dinanti2 kan sejak dari awal lagi!! Introducing!!

Pizza Ayam Sinar Ramadhan!! Perut terus jadi dua bila tengok menu nih!!

Korang nampak tak bebola dragon ball ayam tu. Berlambak gila!! Memang tak jadi nak rebut antara satu sama lain!! Nak tau tak perasaan aku bila makan pizza ni? Tengok gambar kat bawah ni


Bertepatan dengan nama pizza tu. Masa makan memang terus bersinar mata!! 

Lepas dah habis makan semua ni siyes memang perut rasa nak pecah semua. Tapi memang berbaloi!! Memang seronok betul berbuka time tu. :)). Rasa nak pergi lagi!! Tapi tunggulah lag 2-3 bulan. Karang belum masuk dah muntah sebab dah jemu. So apalagi korang! Pergi lah serang Pizza Hut yang terdekat. Sebab ni promosi Ramadhan je. Lepas tu dah tak de dah. Kena tunggu next year pulak. Rugi ooooo!!

Last but not least. Aku nak memperkenalkan someone dekat korang. This is Miss Lazy Eyes aka Cik Mata tersembul. Have a nice day!!



P/s : Lepas pegi Pizza Hut aku sempat pergi beli Ice-Cream Manggo dengan Starbucks. Dua2 tu licin aku bedal!  T T

9 comments:

wanie said...

okayyy! aku dh tahu ko g piza kat MALL mana!!! :P


psycho tak?

star said...

Makan tu bp lama???kul bape solat maghrib???hehehe soklan cepumas..
Gile ah,pas pizza beli lagi mknn!Dasyat betul selera ko nih!Payahla sape2 jd gf@bini ko,kene msk sokmo kekeke

ps:ak ke first comment???

Liyana Lunia. said...

perut nampak tebal ;p

F.I.C.K.R.Y said...

Hadoiii... kelakar betul entry hang... (apsal into komen asyik nie?!)
Ayat hang santai jer aku baca~
Anyway, tak boleyh blah arr gambar hang yang ader bintang tue..
Dah macam Naruto jer aku tengok. Tengok kali kedua dah macam Allien jer. Biarkan kosong dan serlahkan kehenseman Pak Su~!!!
Yeahhh!!!

Ok. Nie nak komen pasai pizza plaks~ Apsal aku tengok kat iklan TV, topping pizza cam gempakz jer melimpah-ruah. Tapi biler tengok gambar pizza sebenar yang hang tangkap tidaklah seperti yang digembar-gemburkan eekekekeee...

Apsal pic paling bawah tue nampak cam buat-buat mimik muka innocent jer miahahahaa...

Bapak panjang aku komen~

aYaz said...

perghh..
gmbr yg x bleh blah..
nway,mmg nmpk so yummy pizza ngan meal yg ade tuh... :)
wawawaw...

budakk baekk said...

nyiahahahhaha ~~
pegikk bkn nk ajk ..
T T"

Syira ITIK KEJ♥M said...

nak pizza jugak! lame dah aku tak makan pizza. balik cuti raya ni komfem aku gi serbu pizza hut!

Kancilbiru said...

wahh sedap betul menu bbuka ko...adeh meleleh air liur walaupun dah kenyang...huhuhu

Anonymous said...

malang skali kpd siape yg bce entry nie tengahari bute..

meleleh saliva tgk meatball tu...