Wednesday, September 8, 2010

Pengetahuan Boleh Bertambah Kalau Kemas Rumah!

Lalalala~~~

Uit korang!! Lagi beberapa hari dah nak raya nih. Ni mesti semua dok busy buat preparation semua bagai. As for me tahun ni preparation tak de lah nak grand macam ko nak menyambut beratus2 orang datang ke rumah. Shopping baju raya pun ala kadar aje. Takde bila nak nampak kad tulis diskaun 30% terus serang macam orang gila. Apsal aku rasa macam palsu je apa yang aku tulis ni?? Miahahaha..

Ok2 back to preparation nak raya. Hari ni aku dah mulakan fasa 1 bagi Pembersihan Rumah secara Intensif atau dikenali sebagi PRI. (LOL!) Baru fasa 1 tu!! Ada lagi 2 fasa lagi weh!!  Takpe2 sebagai anak yang soleh saya tidak akan merungut untuk membuat kerja2 rumah walaupun ada satu masa tu saya teringin sangat nak minum air. - -"

As for today masa aku tengah buat buat kerja2 pembersihan. Aku discovered berbagai2 jenis spesis fauna tak kira lah sama ada dari jenis reptiles, mammals, insects or amphibian. Wow!! Pengetahuan Sains aku masih lagi utuh!! (LOL!). For today aku senaraikan 2 jenis haiwan yang aku jumpa dan sempat aku amik gambarnya. Ni yang pertama..

Tada!!!

Owh! Ini bukan kuih raya!!

Yup!! Aku temui benda ni masa nak bersihkan sawang2 semua. Aku rasa lah ni sarang tebuan. Kalau tak salah aku lah. Bab2 insectology memang aku tak reti. So kalau salah bagi tau lah aku ek. Siyes masa aku nak buang benda alah ni sekor tebuan datang. Gila bahaya!!. Kalau disengatnya tak ke naya.  

Info Tambahan : Sesetengah ladang membela tebuan untuk menghilangkan ancaman serangga perosak.


Dan yang ni aku yakin gila kat rumah korang mesti berlambak gila. 

Tada!!!

Labah-labah (Siyes! Aku tak tahu kalau kut2 ada nama lain bagi labah2 bersaiz kecil. Maybe Lelabah??)

Ni lah pose yang paling baik yang boleh aku tangkap. Asyik bergegar2 aje labah2 ni. Bila nak tangkap je. Jadi gambar dia tengah shuffle pulak.

Ni lah ratu segala sawang. In case kalau korang nak buat rumah hantu. Bela lah benda ni banyak2. Lepas tu biarkan dia bertebaran dalam rumah tu. Lepas seminggu gerenti rumah tu jadi creepy gila. (- -"). Bayangkanlah kalau ko tengah dok mengemas2 tarantula yang keluar!! Gila trauma sekejap. Siyes memang aku spray Ridsect sampai habis satu botol. Kalau takat  yang kecik2  halau dengan mulut pun boleh. Sebut je syuhh!! syuhh!!. Pergi lah dia. << Ko ingat halau ayam!!!

Info Tambahan : Kekuatan sarang labah2 lebih tinggi daripada keluli.

So esok bermula lah fasa kedua pulak. Agak2 benda lain pulak yang aku jumpa nanti. You don't know. The world is full of surprises!! =P

9 comments:

star said...

bagusnye,rajin kemas rumah...patutla xde entri berlambak2,ingt ko cuti mau sehari 2,3 entri hehe..
ok selamat mengemas!

Kancilbiru said...

kantoiiiiiiii umah ko banyak unggas..hahahaha

F.I.C.K.R.Y said...

Hakhakhakhakkk...
Boleyh plaks labah-labah shuffle yea?!
Rajin hang kemas rumah yea...
Bagus2~!! Nie le contoh anak yang soleh..

Cepat.. cepat... saper nak jadik girlfriend abang Wan Zulhilmi?!!

kata kila said...

nyaris sekor yang datang.buatnye lebah tu dtg beramai ramai.kenduri lah ko.hakss

wanie said...

dh mcm zoo kan umah ko? kikiki..ari ni ko mst jmpa biawak komod pulak..hah! pakej lengkap utk bina zoo setiawan! :P

umah aku byk cicak..aku slalu main kjar2 dgn cicak T___T

aYaz said...

huh...gler ar,sume spesies idupan ade..

oke murid2,bab2 berkaitan tebuan,lebah dipanggil entomologi..
(erk,tetibe plak jd lecturer jap,ngeh ngeh...)

cEro said...

wow!!
ko mmg hebat WZ...
walaupun kemas rumah, still menuntut ilmu...
kagum...
0_0

hamzah ian said...

mcm2 bintanag ade.. hahahahaa

WZulhilmi said...

@star
Haha aku tak de lah sampai gila nak update 3-4 kali sehari.. karang tak de idea plak.. Jom2 mulakan oprasi mengemas

@Kancilbiru
Rumah ayah saya mmg tak berjaga sikit sbb dia duduk sorang kan.. so sy kenalah bersih2kan sikit klu setiap kali balik.. :)

@ F.I.C.K.R.Y
Ko jgn nak memandai nak jadi matchmaker plak.. aku bagi labah2 ni kat ko kang.. hahaha

@kata kila
Jgn risau.. ridsect ada. mmg aku spray habis2 habisan!!

@wanie
tak boleh jadi zoo lagi.. sbb still takde kuda, gajah, harimau, unta dsb.. muahaha

@aYaz
mcm ada sinar je nk jadik lecturer serangga.. hahaha

@cEro
Hahaha.. ko nak masuk tak kelas serangga aku?? nanti aku ajarkan semua pasal hidupan liar - -"

@ hamzah ian
Memang ada macam2. tapi yang bersaiz kecil lah.. klu badak sumbu tak de..