Sunday, September 12, 2010

Menu Tambahan Di Petang Raya (LOL!)

Lalalala~~~~

Seriously weh korang. Aku tengok dalam 2 hari kita beraya ni, bila aku check dashboard nak tengok bahagian Reading List untuk baca entry2 baru blog yang aku follow. Boleh menangis tau tak!! Boleh dibilang dengan jari entry baru yang boleh aku tengok. Semua orang TOTALLY dah abandon blog masing2 angkara busy menyambut raya!!! Yang paling dasyat sekali entry aku yang paling latest dapat satu komen aje!! T____T . Kepada blogger2 diluar sana TOLONGLAH KEMBALI KE PANGKAL JALAN!! (LOL!). 

Ok fine. Tapi walaupun semua blogger dah lesap tiba2. Aku still ada korang!! Yup!! My lovely silent reader (Ada ke?). 

So kali nie aku nak tunjuk kat korang semua apa yang aku makan petang raya tadi. No, no ,no... Menu yang aku nak tunjuk ni langsung tak de kena-mengena dengan unsur rendang/lemang/ketupat/biskut raya/  blah blah blah. In other words tak de kena mengena dengan hidangan hari raya di rumah open house orang lain. Apa yang aku maksudkan ialah..

Tada!!

CENDOL PULUT!!!!

YUMMY!!! SALIVA DROOLING ALERT!! Yang hijau2 tu pulut dia. First time tengok pulut berwarna. Except pulut kuning lah!!
Tak cukup menggoda lagi??? Tengok yang ni pulak!


CENDOL WITH ICE-CREAM!!

Owh gila mewah!!


Amik ko!! Petang raya orang makan nasi himpit. Ko makan cendol. - -". Btw aku makan cendol ni dekat Mr. Cendol. Ingat lagi tagline dia "Since 1952". Gila bapak lama!!. Dia punya restaurant/gerai pulak selalunya ada dekat pasaraya. In my case aku pergi dekat Pasaraya Giant.  Konon2 nak beli barang rumah secara cepat dan efektif  last2 tersinggah kat gerai nih. Owh! sungguh attempting dari jauh.

Hah!! Korang jangan ingat aku melantak dua2 mangkuk cendol kat atas tu sorang2. Aku tak de lah kebulur sangat. Aku pergi dengan kakak aku dengan suami dia. Semua dah clear kan??  

Lupa pulak nak bagi tau rasa dia. Mula2 masa aku hirup suapan pertama dia!! Ohmaigod!! Gila pekat+tasty!! Rasa nak hirup terus tak mau pakai sudu dah. - -". Lepas dah beberapa suapan muncul lah rasa dia yang sebenar. Akibat terlampau pekat (Kitaorang assume dia guna santan paket) rasa dia melekat2 kat celah tekak. Sungguh tak selesa. So no more second  mangkuk!! 

Jap! Jap!.. Tak kan minum cendol je kut!! Mesti lah kena ada main course jugak!!

Tada!! 

LAKSA!!!

Gila tamak aku tengok!!
Dengan adanya sebiji telur yang dipotong dua (Baiknya Makcik!!), terus excited gila nak makan. Overall laksa dia agak liat!! Kunyah sepuluh kali pun belum tentu hancur. Tambahan lagi kuah dia, astaga pedas weh! nasib aku ni tahan pedas. Kalau tak. MAKCIK!! WHERE'S YOUR MANAGER!! 

Tapi yang ajaibnya aku mampu habiskan kesemuanya. - -"". Tapi aku agak pelik lah. Since tagline dia dah sebut since 1952.  Aku expect rasa yang lebih mantap and sedap lagi lah. Tapi.... Or maybe branch kawasan aku ke problemnya?? Or makcik2 yang prepare semua ni ke yang kuat gosip masa nak buat semua order nih sampai tak sedar kuah dia terpedas lebih??

In the end aku prefer cendol yang kat Bazar Ramadhan lagi. Sorry Mr. Cendol.

7 comments:

cracked bunny said...

amboi.lps ni buat entry pasal berat ko ek.hehe

kata kila said...

dem.teringin makan laksa pulak.arghhh

little cart00n said...

kuat makan!!:D

F.I.C.K.R.Y said...

Hahahaa... kena rasuk ker hang pi melantak cendol di petang raya?! Giler arr~ Maw bergadoh isi rumah perut hang biler cendol pulut bertembung pulut lemang miahahahaa...

Ko lain kali... kalo laksa susah nak kunyah, ko suruh dier rebus setengah jam lagi. Itu boleyh mendatangkan kesengsaraan pada geraham gigi nak menghancurkan mee laksa yang liat~

cEro said...

aaaa, sedapnye...
mane aku boleh dpat camtu kat tgh bandar nih???

WZulhilmi said...

@cracked bunny
Aku sekarang tengah dalam proses mendapatkan berat ideal!! Hahaha

@kata kila
Ko pergi je mana2 open house..mesti dpt laksa free punya..

@little cart00n
Agak laser disitu.. hahaha

@F.I.C.K.R.Y
Eh! ko tak tau ke kita manusia ni ada dua perut!! Satu perut makanan satu lagi perut dessert.. - -"

Maleh aku nk suruh makcik tu rebus lagik. Karang tak pasal2 dia kata aku balik..

@cEro
weh! aku makan ni kat pasaraya lah.. kat bandar kan berlambak pasaraya.. ko terjah aje. dpt lah..

aYaz said...

wah2...
yummy3....
serta-merta lapar balik walaupun dah dinner..
(saat menaip komen ni laa..)