Saturday, July 30, 2011

3 Layer Tea? Bring It On!

Tak tahu lah sejak bila. But the first time I taste this thing I already fall in love! <3 <3 *mata bersinar*. The combination just too perfect for my taste buds! Boleh dikatakan minuman ni secara rasmi termasuk dalam list "Minuman-Yang-First-Time-Rasa-Lepas-Tu-Automatik-Ko-Kacau-Banyak-Kali-Dengan-Straw-Sebelum-Hirupan-Kedua!"  

So basically ni tempat yang selalu aku refill perut dengan 3 Layer Tea nih.

#1 Restoran Mama - My bro first introduced me with this place. Actually speciality restoran ni Nasi Ayam. But you know what? Speciality tu langsung diabaikan masa minum 3 Layer Tea <3.
#2 KFC - Small and expensive. Tapi berguna untuk time emergency.
#3 Restoran Aku-Dah-Lupa-Nama-Dia-Tapi-Dekat-Seberang-Jalan-Lah. - Dekat sini tak panggil 3 Layer Tea tapi Teh Cinta. *I hate the idea of using lame name for great drinks*

Unfortunately not all good things last forever. Selepas beberapa bulan....

#1 Restoran Mama - Nak pergi sendiri parking tak lepas lagi. So avoid this place sampai confident boleh masuk parking tanpa menyebabkan traffic jam dibelakang.
#2 KFC - For God sake, 3 Layer Tea is just their temporary promotion product . Bad marketing strategy KFC. Really bad!
#3 Restoran Aku-Dah-Lupa-Nama-Dia-Tapi-Dekat-Seberang-Jalan-Lah. - Pernah satu hari pergi order Teh Cinta. Boleh pulak dia kata "Ingat tak laku so kitaorg order 3 botol je gula (?) so kena tunggu minggu depan lah." *devastated*
And start from that day I promised to myself to make my own 3 Layer Tea woi! "If you don't get it. Made it!" *mata berapi*. So selepas beberapa kajian mendalam dan eksperimen berbahaya. This are the official ingredients we need.

Gula Melaka. Yang ini kena masak sampai larut ya. 
A couple of tea bag. Tea bag ke orang putih panggil? Never mind!  Kenapa ada 2 jenis?  Pssst! Aku dengar lagi banyak jenis teh lagi sedap jadinya!
Finally susu cair! Tak rasa macam exaggerate sangat ke tangkap gambo sampai zoom2 macam ni?

Lepas dah sediakan semua bahan dekat atas mulakan dengan menuang (eceh!) larutan gula merah dulu. Then bubuh ais bebanyak. Diikuti dengan susu cair dan akhir sekali teh pekat tadi. And voilah!!


Home made 3 Layer Tea. Ready for your 'perut'
Rasa dia? Masya Allah! Sama weh!!

Wednesday, July 27, 2011

Wordless Wednesday [7] Minum Petang!

Monday, July 25, 2011

Pantang Larang

Waktu zaman dulu2, kalau nak bagi anak2 mendengar kata dan lebih bersopan santun agak mudah sebenarnya. Just create some phrase yang menakutkan dengan memasukkan ayat2 berunsur binatang buas atupun penyakit melarat. For example lah kan. (Aku ni suka bagi contoh2 nih kang ada yang tak paham). Kononnya kalau seorang ibu ni nampak anak dia buat bantal sebagai alas nak tengok TV. Which one yang korang rasa ayat lebih efektif supaya budak tu berambus dari atas bantal tu secepat mungkin?

Adakah 

Ayat #1 : "Leman oooi! Bangkit lekas! Tak mau duduk atas bantal tu lah. Bantal tu tempat tido bukan tempat landing bontot ko!" *sambil iron baju*

Atau

Ayat #2 : "Leman!!! Duduk lah atas bantal tu nanti timbul bisul. Padan muka! Mak tak akan tanggung kos pembedahan ko nanti!" *sambil jegil mata*

Sebab tu most of orang tua2 prefer this kind of things to remind their children. Kalau cakap baik2 idak ler budak tu nak mendengo. As for me, adalah beberapa pantang larang yang selalu dengar macam.

#1 Kalau potong kuku malam2, nanti rimau masuk rumah (LOL!)
#2 Tak baik kalau tak habiskan nasi, nanti nasi tu menangis (Tiba2 teringat iklan. Sebutir nasi ibarat setitik peluh petani!! = =")
#3 Jangan angkat kaki waktu meniarap, nanti ada orang mati! (I almost believe this)

Waktu kecik2 dulu memang lah percaya bulat2 kan. As a result langsung tak buat dah. Tapi bila dah meningkat matang boleh lah pikir maksud disebalik semua pantang larang tu. But there is one this pantang larang yang sampai sekarang aku agak percaya lah walaupun tau tak betul and completely nonsense. 





Yup! Iaitu "kalau bukak payung dalam rumah, nanti ular masuk". LOL! Seems weird kan kalau percaya. Well to be honest sebenarnya dekat rumah aku ni masa dolu2 banyak kes ular pecah masuk dalam rumah. Ada yang beso yang kecik semua ada. Tak pelik lah sebab rumah kampung kan. Tapi still creepy oh kalau kena patuk dengan ular yang spesiesnya rare ke hapa ada ke hospital supply vaksin yang sesuai? Hahaha. Suka fikir lebih dari imaginasi.

So kebarangkalian ular masuk rumah adalah sangat tinggi. Sebab tu pantang larang ni aku percaya sikit. LOL! Padahal maksud tersirat dia payung tu gunanya kat luar bukan dalam rumah. Lagi satu kalau tercucuk mata kan bahaya. Tapi yang part yang bubuh ular lebih efektif kan? 

Thursday, July 21, 2011

Pesanan Daripada Tom The Cat.


video

=P

Sunday, July 17, 2011

5 Random Things #3

#1 
My new food obsession.  The Fish Snacks! 
Ok fine. Keropok ikan sepatutnya. Sebenarnya ini adalah yang kali ketiga beli keropok ikan then goreng banyak2 lepas tu bubuh dalam tabung uji. Konon2 senang lah untuk masa hadapan dimana kalau rasa "Eh, lapar lah" boleh lah terus rembat satu tabung uji tu kemudian mula makan tanpa henti. Senang cerita "Berakit2 Ke Hulu, bersenang2 kemudian. Bersakit2 dahulu, bersenang2 kemudian!"

Walhal isi dia akan mula menghilang pada hari kedua. Berbaloi lah sangat "Berakit2" tu dulu. Dasar lelaki yang tak boleh makan secara bersederhana langsung.


#2

For those yang amik course Botani. Maybe recognize dengan pokok ni. Ni lah pokok Macang!! Kalau ada yang tak kenal, dia macam buah mangga sikit. Tapi rasa dia lain. Sekarang ni pokok ni tengah dalam proses pendebungaan. Kalau korang nampaklah kan (which is not) banyak tebuan2 tengah berterbangan time ni. So nanti sebulan dua berbuah lah dia nanti. Buah ni nanti kalau dah masak boleh lah dimakan mentah atau yang paling best sekali dibuat Sambal Belacan Macang. Mai God!! *drooling*

#3 Perkara ni sebenarnya tak penting. Tapi dah nama pun rondom. So peduli apa! Secara officialnya tempat aku dah naik satu lagi taraf di arena pemakanan which is outlet Big Apple dah dibuka di Tesco! Hooray! *letupkan confetti*

#4
Which one yang korang nak aku review? ekekek.
Yang Twilight dengan Tunnels dah berjaya dikhatamkan.  Both books ada sambungan nya lagi. Which is aku rasa malaaaass sangat nak beli. Especially Yang Twilight tu. Grrr. Yang Sabriel tak baca lagi. Oh ya, by the way dengan beraninya aku mengatakan Novel Twilight lagi berganda best daripada mooovie dia yang berjaya aku habiskan dalam masa 5 minit aje. Pantas kan? Ekekek. But still aku tak nak beli sambungan novel dia "New Moon". Which for me not worth it. Ok fans Twilight boleh serang sekarang.

#5 Sebenarnya setiap hari aku berdoa agar semua kawan2 blog aku yang sekarang tengah amik part/full time kerja bagi notis berenti keje serta merta. HAHAHAHA. Busuk gila hati. Sebabnya bukan apa. Twitter sangat sunyi tanpa korang. Wuuuuuu. *Ok fine cari followers baru*

Friday, July 15, 2011

Mooovie Time | Harry Potter & The Deathly Hallows Part 2

This review is my personal opinion. Not valid for some people.


So this time around moovie Harry Potter (HP) pulak keluar lepas seminggu dua orang asyik dok meroyan pasal Transformer. Tapi kali ni aku pelik gila lah kan. Sebab tak ramai yang macam excited nak tengok mooovie ni. Beza gila kalau Transformers hari tu which is hari pertama memang FULL HOUSE. Sampaikan aku dapat tengok pun pada hari kedua. Yang cerita ni pulak ko bilang dengan jari orang lah yang datang tengok. Maybe there is no such thing as wizard boy at my place.

Tapi takpe lah HP, aku nak ko tau aku akan pilih ko kalau diberi peluang pilih anatara HP dengan Twilight. *tiba2*

So let's begin the review!


Finally after like 7 mooovie lepas dok berperang dengan manusia berhidung rata, Voldermort. So this is the ending. Kalau korang kipas-susah-meninggal Harry Potter wajib tengok sebab ini adalah the final battle between good and evil.

Jadi cerita ni adalah sambungan Part 1 yang lepas (Tahun lepas yo! Gila lama). Dimana Voldermort Raja segala kejahatan still lagi mengganas. Yang HP and the gang pun still lagi on misi mencari Horcrux2( nyawa hidung rata yang dibahagi2kan dan disimpan pada objek2 tertentu. Tapi tak ler letak kat peti ais ke hapa). So blah, blah, blah.. finally hidung rata nak serang Hogwarts (sekolah HP) dengan bawak satu team yang maigod gila ramai. Plus dengan haiwan mistik macam Orc debab dengan labah2 besooo. Memang macam perang saudara dah.

And at the same time HP and the gang ada dalam Hogwarts tu tengah kelam kabut cari Horcrux tu disamping semua lecturer2 berganding bahu mempertahankan Hogwarts tu. Konon nak bagi time ler kat diorg cari benda alah tu. Then hidung rata cabar HP lawan dengan dia one on one. Konon cara yang lebih bermaruah lah. Cis. Time bunuh orang bermaruah pulak ye? Lepas tu.... ok tengok sendiri. Baca spoiler lah kalau tak sabo sangat.

Jadi konklusinya:

  • Bagi aku lah Action is 65% Drama is 35%. Patutnya kalau aku lah kasi Action 80%. Sebab ni final mooovie weh. Should be mind blowing!
  • Kali ni dapat juga dengar suara hidung rata yang sengau tuh dengan lebih kerap. Kalau tidak asyik bisik2 aje.
  • Ramai yang mati. Tapi tak ditonjolkan sangat. Kalau korang jenis yang susah nak ingat muka mesti tak terasa sadis sangat.
  • Banyak rahsia terbongkar weh yang terkumpul dalam moovie2 HP yang lepas and there is this one shocking truth!!! 
  • Satu tepukan gemuruh kepada mak Ron*.
  • Sepatutnya dunia Muggle (dunia kita) pun terima kesan jugak dengan kekejaman Voldermort. But somehow dalam mooovie ni tak tunjuk langsung. Maybe kalau dia letak lagi panjang kut. Sebab mooovie ni pun dah 2 jam macam tu.
  • Ending macam nicely made. Hahaha.
  • Do your homework by watching previous mooovie ok kalau tak nak "Eh ni siapa?" "Apa benda nih?" "Maigod aku tak paham!" masa tengah tengok moovie ni.

Maka aku bagi..

4 Bintang.


WARNING: SPOILER. (Highlite kalau nak tengok)

1. Tau tak aku sebenarnya dari dulu lagi nak je cakap dekat orang ramai kata Professor Snape tu baik!! Lagi2 time orang dok mencemuh dia. Nak je kata "Hahaha ko dah tertipu. Loser!". Sebab aku respect people rights. Sebab tu aku pendam aje. Tapi last2 Snape nih mati. 


2. Oh ya. Meh aku jelaskan rupa2nya Si Snape tu still in good side. Dia cuma berpura2 je jadi jahat. Nanti dalam tu korang tengoklah ada scene2 flashback yang tunjuk betapa baiknya dia nak protect HP. 


3. Bellatrix Lestrange iaitu ibu kepada kejahatan (lol) yang aku rasa nak lempang2 sampai lebam akhirnya mati secara sadis! Aku happy. Credit to mak Ron.


4. Part semua lecturer berganding bahu buat jampi benteng nak lindungi Hogwarts tu memang terasa weh! Rasa nak join sekali!


5. At the end Voldermort mati, Harry menang. Predictable right? Tapi dalam novel tak predictable weh!


6.  Ada macam bonus scene lah last sekali, lepas 19 tahun. HP dah kahwin dengan Ginny (adik Ron), Hermione kahwin dengan Ron. Masing2 hantar anak2 diorang naik kereta api nak pergi Hogwarts lah. Kemain! Hahaha.  

Wednesday, July 13, 2011

Segmen Apa Ada Dalam Beg Plastik/Kertas? (Edisi 'Reveal It All')

Setelah menagih simpati beberapa kali dekat family suruh bawak pegi McD. Akhirnya dapat juga pergi. Ni adalah berkat usaha tak mengenal putus asa ya kawan2. Bak kata seorang sasterawan yang tak dikenali "Kalau mintak hari ni tak dapat. Esok belum tentu lagi". = ="

So kali ni mekdi tu aku tapau lagi sekali sebab nak elak cukai tambahan ekekek malas nak makan dekat situ. Bukan apa tak selesa weh! So this is what I bought!

This is what i like about mekdi. Guna beg kertas. Save our environment yo!

Gambarajah 1:  Antara Makanan-Makanan Segera Restoran Mcdonalds

1. Fries sedap.
2. Perencah McShaker*
3. Kertas putih McShaker*.
4. Sos BBQ Nugget. (Nugget mana? Idak ler aku tau. =P)
5. GCB. (Berger yang aku suka gila. Walaupun ramai kata tak sedap. Like who cares?? lol)

*McShaker = Gabungan #1, #2 dan #3. Pastikan makan McShaker masa #1 tengah lagi hangat! Kalau sejuk baik lempor aje kat luar. Memang tak sedap.

** Tiada Dalam Gambar : 1) Nugget, 2) Soft Drinks

GCB sudah 2 kali makan dan secara tak langsung sudah memenuhi permintaan dalam List  Makanan & Minuman Yang Perlu Dirasa Oleh Tuntas Lidah (Edisi Julai) . Hooray!

Ehem! The day is not over yet guys!!! Aku sempat lagi membeli  SEDIKIT makanan dekat Kedai...


Roti Boy!


Tak lah segembira macam tu lepas beli.
And this is what I bought!

Gambarajah 2 : Antara Produk-Produk Roti Boy.

1. Roti Boy. Which is awesome gila. Aku suka betul tang tengah2 dia. Sebab ada mentega punya flavour. *drooling*.
2. Cheese cake. *gigit jari* Another option kalau tiada kek Resepi Rahsia dekat kawasan anda.
3. Roti Bijirin. Hurmmm.
?. Kertas apa entah.

*Tiada Dalam Gambar = 1) Teh Tarik (satu set combo dengan Roti Boy) 2) Each A Cup** (Mango Smoothie flavor)

**Each A Cup ni adalah satu brand yang sama macam CoolBlog. Jual Ice Blended. Produk ini bukan daripada Roti Boy.


Ok itu aja segmen kita pada kali ini. Tak lah banyak sangat ye dak?

Monday, July 11, 2011

Day 4 - A Song That You Know All The Words To

Well, well, well hello esaimen keempat! Please forgive me sebab pura2 tak nampak yang sepatutnya aku ada challenge yang perlu disiapkan. Al-maklumlah challenge sebegini selalu di anak tirikan sebab hanya digunakan bila ko tak de idea atau malas nak buat entry. In my case aku sangat malas sebab entry yang patut di'publish' ada gambar yang perlu diedit2 sikit. And I haven't got any mood to do so. Selain makan dan tido diselubungi toto empuk. 

So tajuk kali ni adalah nyatakan lagu yang ko hafal seratus peratus lirik dia tanpa mengalami kegagapan sedikit pun walaupun ko disergah dari belakang tapi still mantain tak lupa lirik. Seperti biasa memang banyak gila lah lagu dah dok hafal dalam kepala ni. Tapi macam biasa dia nak SATU aje. So jangan buang masa letak banyak2. 

AFGHAN - TERIMA KASIH CINTA



Lagu ni sebenarnya preparation untuk audition masuk koir dolu2. Disebabkan vocal range aku ni sangat lah terhad dan hanya sedap didengar dalam lagu Twinkle Twinkle Little Star aje. Maka kena lah cari lagu yang tak de jerit2 sampai nampak urat dekat leher. Jadi lagu yang paling hampir sekali adalah lagu ni. Itupun ada certain part yang kena rendahkan lagi. Uwaaa!

Bila dah confirm lagu ni, mestilah print lirik *semangat* lepas tu hafal sepenuh jiwa. Siang malam tak mengenal erti penat. Berusaha nak bagi perfect. At the end audition tu just uji suara guna piano sahaja. Tak payah nyanyi2 apa bagai. T__T

Friday, July 8, 2011

5 Perkara Yang Perlu Dibuat

Ini adalah entry jawapan kepada entry Separuh Tahun Berlalu Separuh Azam Tertunai? daripada blog Cero

So this are my list. Sebenarnya ada banyak tapi sedar2 lah ko tu ada 2 bulan aje tinggal cuti. Maka sila lah berpijak pada bumi yang nyata.


Malam semalam Kihee (bukan nama sebenar) ada tweet gambar macarons ! Uwaaaa!! Aku jeles. Bertuah punya budak! Aku mengidam ko dapat dulu. Ok fine inilah orang namakan takdir. Redho aje lah. Hahaha

Memanis gegila katanya. Tapi nak try rasa jugak. *degil*

Wednesday, July 6, 2011

Wordless Wednesday [6] : Kek Lapis Sarawak, Checked!

Tuesday, July 5, 2011

Makanan/Minuman Yang Perlu Dirasa Oleh Tuntas Lidah (Edisi Julai)

Sunday, July 3, 2011

Sugar Glider! The New Cutest Pet

So last night tengok Majalah 3 sebab ada banyak tajuk menarik which is pasal Trans TV (cerita pasal theme park indoor terbesar didunia), serai (erk?) dan Sugar Glider! Haaa! Pasal Sugar Glider ni lah aku pernah sembang2 dekat twitter dengan ermmm is it ayumiyoshida? Yang dia kata kawan dia ada bela sekor siap boleh letak2 dalam beg. Tapi time tu kitaorang memang tak tau nama binatang ni. Al maklum lah binatang ni macam baru dekat Malaysia. So pengetahuan pun cetek.

Those eyes! Raca nak cucuk2! lol. Pic credit to Google.

Tau tak this creature ada poket macam kangaroo. Tapi versi mini saiz lah. Yang ada poket ni betina. Kalau jantan idak ada lah ye. Lagi satu binatang ni nokturnal. Maksudnya aktif diwaktu malam. So sangat mudah lah kalau nak buat kerja2 di siang hari. Letak aje dalam beg pooch lepas tu buat lah ASSignments ke hapa. Tapi jangan lah sampai leka terlupa lepas tu check2 sugar glider tu dah beku kejang dalam beg. lol. (reminder to myself actually)

This is baby sugar glider I guess. Cute isn't it? Pic credit to Google.
Well, well I loved to have one. Tapi memandangkan aku ada 2 ekor kucing dirumah. So it is a big NO NO> Kang esok hari ko tengok tinggal sangkar je ada lepas tu tengok kucing tengah tidur kekenyangan. Haa! Paham2 lah.

Owh ya. Nak tau lebih lanjut pasal binatang ni? Nak jaga macam mana, nak bagi makan apa, etc go check out this blog Under Glittle’s Hut. This owner, Zafirah got 5 sugar gliders! Zafirah ni lah yang kena featured dekat Majalah 3. Tapi satu link blog hapa pun tak kasi. But thanks to my stalking ability. ehem! Jumpa jugak.

This one aku curi dekat blog Under Glittle's Hut tuh. Harap ampun amik gambar tak bagi tau. Ekekekek.

Saturday, July 2, 2011

Pilihan Yang Nyata

Kadang-kadang kita sering cemburu dengan apa yang ada pada orang lain.
Maka tidak hairanlah jikalau setiap detik kita sering berharap dan terus mengharap....


Walaupun peluang betul-betul ada di depan mata namun kita masih lagi mengharap dengan alasan kita tidak mampu atau mungkin tidak cukup hebat.

Tetapi mungkin suatu hari kita sedar sebenarnya diri kita sendirilah yang menjadi penghalang selama ini. 



 Dan kita mula sedar bukan susah sebenarnya untuk mencapai apa yang diimpikan.

Friday, July 1, 2011

Mooovie Time | Transformers : Dark of The Moon

This review is my personal opinion. Not valid for some people. 


Semalam konon2 post lah dekat Facebook Page nak tanya ada ke yang nak baca kalau aku buat review pasal mooovie Transformer nih. Well to my surprise, ramai yang bagi respon. Bukan apa kan selalunya kalau aku post something kat sana memang rakde respon langsung! Yelek. Lepas tu baru aku perasan diorang ni jenis pemalu orangnya.

Thanks for the comment guys!^^ walaupun kalau dikira satu komen sepoloh sen, satu like 5 sen. So total 70 sen. Tapi  masih bermakna.
So lets the review begin!

TRANSFORMERS : DARK OF THE MOON


Seperti biasa, kalau kat tempat aku cerita ni kalau tak Full House memang tak sah. Jadi memang kena beli tiket 2-3 jam lebih awal kalau betul2 nak tengok cerita nih. Memang macam awesome lah cerita ni mampu tarik ramai orang tengok. Sebab hari tu tengok X-Men boleh kira dengan jari orang yang menonton. Bak kata buat group main aci kejar pun tak lepas. 

So this time around dia punya cerita pasal robot2 nih which is Autobot (yang baik punya) dah bersekutu dengan pihak manusia (kita lah tu) untuk menjaga keamanan dunia. But well, well, well tau lah kan manusia, suka beno buat masalah ada simpan satu rahsia (rahsia pasal dekat bulan) yang sebabkan autobots especially Optimus Prime (Lori treler) marah! Then berlaku kejadian gaduh2, robek2 anggota badan antara Autobots dengan Decepticons sebab rahsia tu. Gaduhnya dasyat tul sampai runtuh2 lah bangunan kat Chicago tuh. Lagi tau tak Megatron  bawak satu alat penggerudi gigantic yang astaga ko rasa macam "eh ko ni  kalau tak rosakkan harta benda masyarakat tak boleh ke?".  At the end si Optimus..... ok tengok sendiri kalau nak tau.

Konklusinya :

  • Aku pelik lah sebab senang2 aje lah si hero cerita ni Sam boleh clash dengan Megan Fox! Which is sanggup bergolak gadai nyawa dari 2 MOOOVIE yang lepas. Grrrr. Lain kali Megan sila jaga mulut tu sikit kan dah kena buang. 
  • Bontot Alert!!! at the begining of the moovie and Smooching Alert! at the end. Pastikan anak anda tidak terdedah dengan perkara2 begini.
  • Apa yang aku suka pasal transformer ialah director dia berjaya buktikan that there is this special connection/relationship between human and machine. Dan mooovie ketiga still ada unsur tersebut. =)
  • Tau tak lepas kena kejo dengan robot, aksi letup2, jatuh bangunan. Si Carly tu punya baju dengan makeup still tak terjejas!!
  • Real people get killed in this one. Contoh lah kan orang awam tengah lari2 kepanikan last2 kena tembak kena laser. Baru lah real! *Rasa macam pyscopath pulak cakap macam nih* 
  • Tak sangka Patrick Damsey (Grey's Anatomy) ada dalam cerita nih. Sama macam aku tak sangka Blake Lively (Gossip Girl) jadi heroin dalam Green Lantern.
  • The 3D was superb! Kalau ada peluang tengok lah yang jenis pakai spek tu lah ye.
  • Kali ni macam lebih banyak drama antara manusia dengan manusia. Tapi part aksi2 still ada banyak. don't worry.
  • The ending was too rush for me. Macam "Eh, eh kita dah lebih masa ni. Cepat2 warp it up!". FYI, moovie ni 2 jam setengah. 
Rating : 4.4/5.0

SPOILER!!! (Highlite for details)

1) Carly tu model Victoria Secret rupa2nya in real life. That explain the Bontot part. 
2) Patrick Damsey jadi jahat oooo sebenarnya. Tak sangka betul! Kereta yang dia hadiahkan kat Carly pun sebenarnya Decepticon! Creepy right?
3) Waktu Bumblebee nak kena tembak tu kan sebenarnya sedih patutnya. Tapi time tu ada budak cakap2. Hilang mood. Hummph! Tapi Bumblee tak mati pun. Aku dah agak dah. Mana boleh hero feveret orang mati!
4) Ending dia Megatron boleh pulak tiba2 meroyan berlari nak tuntut hak dia lepas kena pyscho dengan Carly. Apa kebenda ntah. lol. Lepas tu Optimus Prime yang cacat sebelah tangan tu boleh pulak bunuh Sentinel dengan Megatron dalam waktu yang singkat. Patutnya battle nih jadi fokus lah dalam cerita nih. Buat lama2 sikit. 
5) Rahsia tu sebenarnya ada satu kapal yang lari dari Cybertron terhempas kat bulan. Dalam tu ada alat which is can transfer Cybertron dekat bumi nih. Tu yang masing2 rebut nak.
6) Sam ni dari dulu lagi suka betul cakap sampai tersembur air liur. Hahaha.