Monday, November 29, 2010

Sesi Review Movie | Harry Potter And The Deathly Hallows Part 1

Orang lain dah berkurun rasanya buat review pasal movie nie. Ko baru e'eleh baru nak buat! Tapi peduli apa kan. Sebagai seorang profesional talented reviewer, I have to do this!! Huhahuha!!

Btw aku tau kan mesti ramai yang pelik <<< (ayat berbasa-basi). Eh ko kan tengah FINAL EXAM, sempat pulak ko tengoh MooooVie!! Owh! Ini semua tak dirancang. Petang tu udahlah baru lepas habis exam kelima. Bukan kah ini semua dinamakan takdir!!! Lepas tu ye lah kan for the first in my life aku tengok midnight MoooVie!! Sungguh liar kurasakan!! Muahahaha!! Maklum lah sebagai sorang yang berpegang teguh pada  pada prinsip Rukun Negara yang kelima mana pernah buat benda2 macam ni. LOL! Padahal yang ko pergi overnight melantak kat Mcd apa kes??? 

Dah, dah. Jom start review movie sebelum aku lebih banyak lagi membuka pekung di dada. - -". Sebelum tu apa lagi kan. Nak bagi teruja sikit. Kenalah letak official poster dulu. Memandangkan ramai sangat yang asyik letak poster gambar Harry Potter tu je. Padahal watak lain pun penting jugak. Aku ingin menzahirkan sokongan moral aku terhadap Dobby. Maka aku pilih le poster dia. 

Dobby si Elf ni kalau tengok betul2 dekat dalam movie sangat comel. Kalau kat poster urmmmm,. NO!!
Poster diatas adalah diambil daripada lensa seorang profesional ya. Meh2 kita lihat poster dari lensa seorang amatur.


Sekali tengok macam, "Eh James Bond kah??" Oh Harry Potter rupanya. Dah besar ye. LOL!

Lepas tu bila ko dah datang lambat macam 15 minit lagi cerita nak start. Natijahnya....

Banyak le yang penuh, so tinggal yg depan aje. Kalau dua orang tak pe lah nk selit mana2, ni 5 orang! Kalau kirakan keselesaan memang tak tengok time ni. Tapi tu je time ko free, bedal aje lah.
Eh! Aku belum start review lagi. Ko tengok lah mukadimah cerita, panjang berjela! - -"

Cerita dia macam ni, lepas orang tua ganyut Dumbledore tu dah mati kena bunuh dek Snape tu, maka haru birulah seluruh alam magic mahupun alam Muggle. Valdermort yang berhidung rata tu pulak makin menjadi2 buasnya. Main dok bunuh2 je lah siapa2 yang disuka. Lagi2 siapa2 yang berdarah Muggle macam korang! Harry Potter (HP) pulak berduka lara bagai sebab semua orang disayangi dah ke rahmatu-- eh mati. Siapa punya angkara? Si hidung rata dan puak2 dia punya angkara. So jalan terbaik nak bunuh dia hanyalah dengan mencari dan memusnahkan kesemua keenam2 Horocrux (nyawa hidung rata yang dibahagikan kepada 6) tu. So ekspedisi mencari Horcrux2 tu lah mostly agenda dalam movie ni. Paling seronok bila cerita tu habis separuh jalan. So kena tunggu tahun depan untuk Part 2. Haruuu!! Tamat~~~

LOL! Tak kan aku nak cerita semua kot. Kang sah2 ada yang skip!!

{Spoiler Alert}

Sebagai seorang insan yang telah khatam membaca ketujuh2 buku HP, aku sudah sedia maklum Dobby akan mati dalm cerita ni. So aku tak terkejut langsung. Tapi aku terkejut bila ada orang yang jerit dalam panggung "Alaaa Dobby mati pulak!!!". Wow!! reaksi yang err... spontan! LOL! Ye2 aku paham betapa frustnya Dobby mati. Apsal ek J.K Rowling matikan watak dia! Sengaja! Bunuh lah HP ke? - -"

Btw this movie ok lah, cuma just a little bit slow. Ni kalau Part 2 tak de dasyat2 memang aku serang director movie ni. Dalam buku punya lah best. Overall movie HP kali ni banyak unsur humor, suspens pun ada, tapi mostly banyak bebel2 lah. Hermione pun nampak cantik! So aku kasi

3 setengah bintang!! 
Dan akhir sekali dari aku untuk semua...


Stupefy!!!

Muahahahah!


15 comments:

star said...

pergh penat komen pjg2 skali mslh teknikal lk!
So,mls nk ulang blk,ak amek main point je
Pic last,Stupefy:ingatkn Superfly,punyelah ak mencari lalat gergasinye,ble baca blk - -"
--->i'm stupified...

WZulhilmi said...

lalat besar?? LOL! makhluk baru dlm dunia Harry ek? hahaha... ni mesti baca laju gila nih!

Cikbelog said...

harry potter makin kacak ;)

adess masih tak bepeluang nak nengok cite harry potter ;(

cEro said...

eh? aku ingat harry potter cite melayu??
(pang!! kena lempang dgn WZ)
aku tak layan laa HP..
tp bile bace review ko mcam nk tgk plak...
hehehe

WZulhilmi said...

@Cikbelog
eh? ada jugak yg tak tgk lagi lol! pergi cepat tgk! si HP tgh menunggu disana!

@cEro
owh! i wish cerita HP ni cerita melayu.. LOL! siyes! kalau ko baca buku dia mmg tak boleh stop! aku rekemen baca dr tgk movie.. :D

Fay said...

Harry Potter bila besar dah tak comel macam masa dia kanak-kanak. haha the reason kenapa aku tengok cerita ni dulu. btw, dah tau ending cerita ni sebab dah baca buku HP ni, macam malas nak tengok. lagipun biasanya buku lagi best. ehehehe *sebenarnya takde geng nak gi tengok*

imanshah said...

ipin dan upin terbaik wook!!

Fakhrur Razi berkata said...

hahahaha
slamat aku dh tgk
kalau x aku menyesal xtgk dlu sblm baca entry nih yg dobby mati =.=

eh tapi mcm dobby nih byk membantu dlm cter kali nih

xsabar owh nk tgk part 2
huhuhuhu

WZulhilmi said...

@Fay
yup! mmg tak comel.. tapi hermione makin lawa.. LOL.. Si HP tu dh macam ayh org dh.. hahaha

@ imanshah
Hurmmmm...

@ Fakhrur Razi
aku mmg suka dobby sejak dr dia jadi hamba lagi.. baik sgt.. tapi mati!!- -"

Yellow LEOpard said...

part dobby mati agak sedeh jugak lah..da la comel..hais

WZulhilmi said...

@ Yellow LEOpard
Hah! tengok! kesian kan.. tapi aku lawak betul tgk kasut sport dia pakai tu.. hihihihi

Fakhrur Razi berkata said...

lol
asal 3 setengah? o.O
I give 5 to all Harry potter movie
huahua

Lelaki Ini said...

aku tgk!
besh la jgk..
tp byk part borim
hehehe

cik EPAL said...

dobby dalam cerita ni sangat cute =)

WZulhilmi said...

@Fakhrur Razi
sebab bagi aku movie dia macm tak menyeluruh lah. Macam ada tertinggal aje. Tapi aku mmg bagi 5 star utk semua buku2 HP.. :D

@Lelaki Ini
part yang cakap2 kan. hahaha.. sebenarnya part tu penting sbb kita boleh tgk emosi sebenar pelakon. dr situ leh tgk seorg pelakon tu berbakat atau tak. :)

@ cik EPAL
Setuju bebeno!