Thursday, December 2, 2010

Apakah Persamaan Diantara WZulhilmi Dengan Serena Van der Woodsen?

Aku nak tanya korang sikit lah kan. Agak2 lah, apa korang rasa persamaan, ye PERSAMAAN diantara aku dengan minah hot ini? Kalau perbezaan tak payah cerita. Dia perempuan aku lelaki. Ni aku tanye persamaan ni.

Nampak tak? Nampak?
Owh! lupa pulak. Agak kurang sopan pulak bila aku tak memperkenalkan minah ni kat korang. Nanti kang mula lah ada yang bagi komen macam "WZulhilmi gemar membuat orang tertanya2 dengan meletakkan gambar tanpa caption" ataupun "WZulhilmi sering bertindak kurang sopan dengan memanggil kaum hawa sebagai minah". - -" Bagi yang macam ingat tak ingat atau pun memang tak tahu, nama dia ni ialah Blake Lively a.k.a Serena Van der Woodsen (LOL! Nama!!) pelakon dalam cerita Gosship Girl. Ring a bell?? Kling kling kling! Suka hati aku je kan letak nama tajuk Gosship Girl. Sedap apa weh! Instead of sebut Gossip lagi best sebut Gosship (Go-Sheep). Muahaha - -"

Kembali kepada persoalan kita diatas ya. Korang still lagi tak jawab soalan aku ni. Respon! respon!! LOL! Mungkin agak sukar ye. Tiba2 pang!! Ko tempek gambar tanpa sebarang explanation lepas tu paksa orang teka. Diktator sungguh! Yelah2 lah aku bagi clue sikit.

Nah! Tempek lagi gambar


Tak tau lagi?? Astaga! Terang lagi bersuluh tu weh! Nah tempek lagi! Tempek!



Siyes! gila psycho aku wat cam gini. LOL! Baiklah, baiklah. Di atas permintaan ramai, sekarang aku bagi clue yang betul2 punya clue. Dah tak tempek2 gambar.

Bulatkan jawapan yang sesuai berdasarkan pilihan jawapan yang diberi.

1) Apakah persamaan diantara WZulhilmi dengan Blake Lively?

a. Bekas model (Miahahaa << apa kes gelak?)
b. Mempunyai senyuman yang manis.  (EHEM!!!)
c. Kuat Gosship (Bulat lah kalau berani!!)
d. Anak bongsu kepada 5 orang adik beradik
e. Berusia 23 tahun

Hah! apa jawapan nya?? Tik tok tik tok.. LOL! Jawapan yang sebenar ialah!!!!! 

v
v
v
v
v
v

f. None of the above

Wakikikik!! Jahatnya aku! Ampunnnnn! Meh, Meh aku bagi tau jawapan sebenar. Sebenarnya apa yang samanya ialah disini.


Nampak tak aku bulatkan something dekat muka si Blake ni. Haaaa!! Tak tau lah aku tu taik lalat ke ataupun lebihan daging. But for all your information aku pun ada satu sama macam tu. Tapi instead of taik lalat ataupun lebihan daging aku punya adalah versi jerawat! Miahahahahahahah.. - -"

Bukan aje ada satu tapi malahan ada beberapa ketul lagi disekitarnya. 

Contoh Sample :

 Jerawat tu tak de lah warna biru!!
Ni semua disebabkan bahana exam. Pemakanan yang tak teratur dan tak seimbang + tidur tak tetap + tension memanjang. Last2 keluar semua gunung berapi yang tunggu masa je nak meletus. Kalau satu tak pe lah ni 5 sekali keluar! Gila extreme. Karang bangun pagi esok. keluar yang keenam, bangun lagi lusa, keluar lagi yang ketujuh! Kalau 30 hari exam? Tak ke 30 jerawat! Tapi nasib baik exam dah habis selasa lepas. Syukur alhamdulillah. 

Cewah! Sebenarnya nak bagi tau yang exam aku dah habis. So korang akan expect blog ini akan kembali beroperasi seperti biasa!! Gila cerita punya panjang lebar tapi itu je point ko nak bagi tau sebenarnya. Propaganda betul! LOL! So see you in the next entry!!

P/s :Tapi siyes! Bila tengok balik macam Blake Lively weh! Lagi2 tang yang dekat hidung. Warna je lain sikit. Wakakaka. 

-Jangan tanya kenapa tak tempek gambar sendiri sebagai bahan bukti. Nanti ada yang tak lalu makan. 

12 comments:

Siti Mashitah Saidin said...

hahahahahaha!

wanie said...

okayyyy. bile aku tak scroll entri ko ni ke bwh bwh dan aku telek muka minah ni, aku rase bab tahi lalat tu..sekali betol!

kikikiki...

Umie Nadhirah said...

Jerawat warna biru? nice la sangat weyy..

Ingat dia ska makan dadih gak XP..


Selamat kembali ke Dunia ber-blogging.

cEro said...

hahahaha, klakar aku bace...
hahahah

Fay said...

tekaan aku bab tahi lalat tu memang betol! hahaha

dah habis exam? ape lagi enjoyyyy! miahahaha.

star said...

Desperate sgt nak disamakan dgn celeb LOL Haha jerawat pun jadila kah3
I'll be expecting new entri SOON hahahaha

Yellow LEOpard said...

ceyh..

muyukerukatika said...

imtoduction menarik orang untuk stay until ayat last

ayumiyoshida said...

hahaha. aku ingatkan kau punya contact lens baru color mata dia. haha

WZulhilmi said...

@Siti Mashitah Saidin
kenapa gelak? patutnya menyokong tanda setuju!! LOL!

@ wanie
Wanie pun ada taik lalat kat situ jugak kan? cewah! tapi wanie tak boleh jadi serena, kena jadi wan maimunah.. wakakaka

@ Umie Nadhirah
uit! Serena mana tau dadih tu wujud ke tak. So inilah tanggujwb kita sbgai rakyat malaysia utk memasarkan dadih ke dunia antarabangsa!! - -"

@cEro
cero! ko patutnya sokong! LOL!

@Fay
tahniah! voucher rm2 utk pembelian dadih. redeem dekat KLCC. Yup ak akan enjoy gila2 LOL!

@star
hukumnya wajib weh! LOL! ehem! kenapa perkataan SOON sengaja dicaps lock kan??? LOL!

@Yellow LEOpard
Miahaha..

@muyukerukatika
pujian ke ni?? LOL!

@ ayumiyoshida
ak teringin nak pakai contact lens berwarna ni. merah mesti cun..

zety said...

lol tak dapat bayangkan kalau exam sebulan, maka dengan selamatnye muke ko ade 30 tuttut (miahaha aku tak boleh cakap takut weh!)

WZulhilmi said...

@ zety
Haha.. mesti berpino2 kepala otak tahan sakit 30 jerawat!