Friday, December 17, 2010

Home Sweet Home

Finally berakhir jugak perjalanan pulang ke kampung! Walaupun mula2 aku terkejut sebab ada 2 budak kecil yang naik sama trip dengan aku. Selalunya sorang je! Dan korang mesti tahu apa akan terjadi kalau ada budak kecik naik bas? Yes! Double trouble! Tapi kali ni hurmmm.. No sound at all!! What a nice babies!! Macam ni lah aku suka!

Which one more attractive?? LOL!
Ni nak mengadu sikit nih. Tau tak aku annoying betul lah masa time nak beli tiket balik tadi. Sebelum sampai kat kaunter tiket, mak aih! Aku agak mau sedozen orang tanya "Dik nak pergi mana dik?" Lepas tu kalau aku tak jawab mula lah dia buat muka. Lagi best dia boleh pulak sindir2 kat situ. Eh eh! Apahal mamat nih? Tau lah ko nak dapat komisen lebih tapi tak payah lah nak sindir2 bagai. Ish! Nasib baik aku ni penyabar kalau tidak habis walkie talkie tu aku sumbat dalam mulut. 

Fuyoo! First time aku mengadu secara ringkas dan padat. Kalau tidak mau 3-4 perenggan bebel benda yang sama. Ok2 mari beralih ke topik yang lain. Jom tengok gambar2 yang aku sediakan. Cewah macam lah banyak ko tangkap padahal 2 aje.

Daripada "Concrete Jungle"


WZulhilmi sekarang berada di

The Real Jungle! LOL!

Tak de lah. Kampung aku tak de lah duduk dalam hutan banat macam ni. Ni gambar aku tangkap masa tengah perjalanan. Time tu pulak hujan. Konon2 "Uit cantik ni kalau tangkap gambar!" Padahal ko tak sedar ko guna kamera handphone murah je.  Last2 hasilnya macam.... T___T

8 comments:

cEro said...

hahaha, dh balik kmpung dah??

hm, seriusly, dh lame gile aku tak naik bas jarak jauh...
mcam rindu plak..

Raji berkata said...

hahahaha
ak pun xsuka ulat2 ticket ni
kalau depa tnyer aku nk pi mana
aku jawab aku nk gi bli ticket je =.=

star said...

ko naik bas dr bkt jalil ke?seyes ak mmg menyampah dgn soklan tu,"nak g mana dik" ak taula nak cr tiket kt mana!so crnye,ak buat xnmpk je org2 tuh,haha jln straight to destination LOL

Fay said...

selamat bercuti di rumah. :D

tak best beli tiket kan? kan? huhu. bajet org tak pernah gi beli tiket ke? =.=

WZulhilmi said...

@ cEro
Jangan naik! tak best. nanti bontot kebas! T__T

@Raji berkata
Lagi satu diorg ni suka memaksa. selagi tak dpt jwapan selagi tu dia ikut.. nak je aku lari! LOL!

@ star
Aku dh buat semua teknik mengelak! siap pandang bwh lagi sambil berpura khusyuk mendengar MP3 tapi dia tegur jugak. Gila komisyen betul!

@Fay
Byk projek nak buat ni LOL!. kena manfaatkan sbb cuti pun tinggal sikit.. T__T

Encik Tikus said...

haha... beli dslr woi ! keh keh

wanie said...

grrr. aku slalu buat muka brutal bile brader2 tu dah start nk bukak mulut tanye nk pergi mana. ghase mcm nak jawab, "bang, tandas mana?"

ekekeke

WZulhilmi said...

@Encik Tikus
tak de duit lah ebcik tikus.. T__T

@wanie
Hahaha.. lah mantap klu ko buat muka menyeringai sah2 abg tu pun larik!