Thursday, December 30, 2010

Top 3 Most Viewed Entry For 2010 (Untuk Blog Ni Lah)

Nampaknya lagi sehari tahun 2010 akan melabuhkan tirainya. Cepat betul lah masa berlalu. Rasa baru je macam semalam tengok bunga api dekat bilik sempena New Year 2010. Sekarang dah nak 2011 dah. Haishhh. Bagi aku New Year maksudnya semester baru akan bermula. Aigoooo~~ Baru nak sedap2 makan free kat rumah lepas ni kenalah lah jalan kaki 20 minit semata2 nak pergi cafe. Yosh!! Azam baru tahun ini ialah pergi cafe yang lebih dekat. Jangan jadi choosy sangat. Tapi cafe yang jauh tu ada gerai air yang teh ais dia fulamak boleh menyebabkan ketagihan berpanjangan lepas tu murah pulak tu. Seringgit sebungkus weh! Gerenti guna susu tin bukan sekadar mengharap gula semata2 MACAM KEBANYAKKAN KEDAI! So macam mana nak apply azam baru nih? Dilemma, dilemma...

Just leave that problem tu me, sekarang meh kita ke topik yang sebenar. Ehem! Ehem! Sebelum aku mengumumkan entry yang paling hangat tahun ini (Ada ke yang kisah? Tapi peduli apa aku nak bagi tau jugak). Total entry yang berjaya dipublishkan oleh blog ini sepanjang tahun 2010 adalah sebanyak 205 buah entry!! Gila banyak! Kalau macam ni lah buat latihan masa SPM dulu mesti confirm BM A1!! Oh wait BM memang dah dapat A, apa yang tak dapat A ek? Owh! Mat Tam. S*it!

Ok. ok this is the top 3 most viewed entry for this year. Actually starting from May. Budget konon dah setahun lah padahal belum cukup lagi. Tapi kan orang kata lagi bagus kalau kita membundarkan angka kepada yang lebih dekat (?) So kita mulakan dengan tangga ke tiga! Siap bertangga dah!

#3 Gelusil, Tagamet & Buscapon (143 views)

Ni bukan entry Mari Belajar Bahasa Perancis ye. Budak2 medic mesti tau. Ni entry pasal aku kena Gastrik sampai nak termuntah2 dekat toilet pagi2 buta. Lepas tu dapat lah hadiah daripada doktor. Haru nak makan!!




Beberapa bulan selepas entry ini : Alhamdulilah! Tu lah serangan gastrik terakhir yang aku dapat tahun.  Maybe cara pemakanan aku dah stabil kut. Hah! Percaya lah apa yang aku tulis tu. Padahal aku rasa makin teruk adalah. Kalau boleh sumbat lah apa yang ada. Tak mau aku dapat lagi. Perit gila. Lebih rela lompat bintang dekat padang selama sejam berturut2 daripada dapat lagi benda nih. Insaf, insaf mengenangkannya semula. Baiklah! Tambah azam tahun baru lagi. "Kurangkan gula dalam makanan tambahkan manis dalam senyuman". Apakah??

#2 Aku Pun Reti Ikat Tali Kasut!! (156 views)

Oooo entry ni. Disebabkan dulu aku reti ikat satu jenis style je. So mulalah timbul satu kesedaran dalam diri nak buat entry pasal ni. Konon2 dapat lah belajar cara teknik baru kan. Tapi bila baca balik entry haishh. Soooo awkward! Ayat macam childish betul! Malu betul baca balik. This is why aku tak suka betul ungkit entry2 lama. Rasa macam nak lempang diri laju2 je.




Beberapa bulan selepas entry nih : Haram satu apa pun teknik pun tak belajo. - -". Tu lah manusia Mula2 punya hu ha huha. Lepas tu apa pun tadak. So tambah lagi azam baru iaitu belajar at least satu cara ikatan kasut yang stylo!

Jeng jeng jeng! Dan entry yang paling popular untuk tahun ini ialah!!!!!

#1 Tips Menghilangkan Double Chin (491 views. Perghhhh!)

Uwawawa! Entry paling glamer nih. Tak sanga betul aku ramai betul Malaysian actually search pasal benda nih. Tu buktinya ramai orang Malaysia mempunyai dagu lapis. - -". owh ya. Kalau korang search tips ni dekat google. Entry ni akan keluar dekat nombor satu!! *riak sekejap*. So thanks everyone for making this happened!. Wakaka.


Beberapa bulan selepas entry ini : Tips ni betul2 berkesan sebenarnya. Double chin dah semakin berkurangan!!  Tak tipoooo weh!

Maka berakhirlah carta top 3 entry paling popular tahun ini. Owh ya by the way lagi satu entry yang paling banyak komen sekali ialah entry

Ni yang nak selalu letak gambar sendiri nih!! - -". Btw bila lah nak capai cita2 nak dapat 30 komen sekaligus. I wish!!

Last from not least selamat menyambut Tahun Baru 2011 in advance! Semaga segala azam dan harapan anda akan tercapai tahun ini! But remember not all revolutions and dreams will come true without any effort from your ownself. =D


*Statistik yang diberikan di dalam entry ini adalah berdasarkan statistik daripada blogspot ini sendiri. Harap maklum.

6 comments:

star said...

sedih lak bile sedar dh nk masuk tahun baru...T T haha huduh beyonce,cm jantan dh aku tgk LOL..
weh azam tahun baru,nak berjimat...xnk duit abes cm air je...

Anonymous said...

tahniah :D

Umie Nadhirah said...

wahh...nice2.

Fay said...

selamat tahun baru in advance juga. hihihi

cEro said...

hahaha, aku gelak bertubi2 tgk gambar gif ko tu..
hahahahahahahaha

WZulhilmi said...

@star
ko dr entry tuko kata dia mcm jantan.. hahaha.. kesian abg beyonce.. =P

@Kei
ni tahniah pasal apa nih?? :)

@Umie Nadhirah
aku mmg nice weh!

@ Fay
hepi new year to you too!

@cEro
kesian kt akak beyonce lagi sekali.. hahaha