Thursday, March 31, 2011

CoolBlog Checked!

Finally.. fiiiinally dapat jugak lah aku merasa nak minum air dekat CoolBlog. Selalunya kalau nak beli je mesti dok teringat dekat Chocolate Cream Chip. Terus terbatal niat nak beli. Blame Starbucks for this. Tetapi memandangkan dekat supermarket yang aku pergi hari tu tak de sebarang kedai yang jual any things related to Chocolate Cream or Vanilla Cream (sebut pun dah terliur2 dah. Oh God! Please forgive me!) then baru boleh beli air blended ni. 

Walaupun kedai ni duduk entah hulu ceruk mana ntah. Tapi bilangan orang yang beli agak memberangsangkan. Tak ke lagi curious nak rasa!
Pergi2 aje dekat kaunter terus rakus mintak Orea Cream. Memang tak pandang menu lain dah. Nanti kang kalau tengok menu terus dilemma nak pilih sebab banyak sangat lepas tu berdiri 2 jam pun tak tahu nak beli apa.

Time ni tengah promosi Yam apa kebenda ntah. Tapi aku tak beli pun. Bila tengok perkataan season tu terus terbayang sekarang ni masa orang sedang menuai keladi dengan banyaknya. Tu yang ada promosi tu. Mitos betul! 
Yang ni kalau nak tambah pun boleh. Macam2 perisa ada. Konon macam penyeri air lah. Cis! So seperti biasa kalau nak tambah jangan harap lah kakak tu nak cakap "Pilih je yang mana nak dik! Free je tau" sebaliknya "Tambah 60 sen ye!"

Lepas beberapa minit menunggu. Voila!!!

Oreo Cream with Chocolate (lebih kurang kut nama dia) siap!!
"Berapa?" (muka innocent)
"4 ringgit sepuluh sen semuanya" 

*Terbeliak bijik mata*

Mahal jugak rupa2nya. Ingatkan 2 hinggit lebih je. Lepas tu baru perasan yang air aku memang yang paling termahal sekali dekat antara menu2 kat situ. Ishh! Asyik dapat yang mahal je. Bila ko nak berjimat nih!

The Review
Ingatkan aku akan cakap "Oh My god! This is it! This is it! I have found my favourite drinks that can beat Chocolate Cream Chips now! Hoorooy! Now I can berjimat!" masa hirup air tu. But instead aku cakap" "Hurmmmm...." *muka tak beremosi*.  Ok lah ok lah rasa dia bukan lah teruk mana pun. Sedap lah jugak. Boleh lah habiskan tanpa nak buang dekat tong sampah yang berdekatan. T___T Maybe aku kena try perasa yang lain. Tapi tunggu lah next time ye. Next time! Next time ntah kurun generasi bila gamaknya.

Last shot of the day. 

Ok2. Ingat tak lagi entry aku yang dolu2 yang aku buat masa era dinosaur2 tu. Pasal  Makanan/Minuman Yang Perlu Dirasa Oleh Tuntas Lidah Sebelum Februari Beredar. Aku ada buat list kan? So sekarang walaupun aku rasa dah lama gila buat benda alah tu. Nak masuk April dah pun. Tapi still aku nak tick jugak apa yang aku dah buat. Cewah! Konon2 dapat lah pantau prestasi aku sekarang. LOL!



2 more to go!!! Yosh!!

Wednesday, March 30, 2011

And I Just Forgot One Important Thing....

You know what, beberapa minggu yang lepas bagi siapa2 yang mengikuti perkembangan musik antarabangsa mesti kenal minah ni. Oh! even yang tak ikut pun mesti tau. Semua orang dah sebarkan benda ni merata2 tempat. Like seriously. Kat twitter pun dah trending beberapa hari sampaikan eh muak gila tengok nama dia. 

Introducing

Rebecca Black. *Bunyi Guruh*

Jikalau anda mempunyai daya ketahanan telinga yang kuat. Please do listen her first single 'Friday'

Based on comments daripada dekat youtube pun dah boleh tengok how much people hate her. By the way this video already got 63+++ millions views and still counting. Cool isn't? Yup cool for quantity but not for quality. Sama seperti anda2 semua Ehem! Ehem! masa aku mula2 dengar pun macam Astaga! What is this girl doing!!  is this some sort of parody or something. Tapi bukan. Ia ada realiti. This is the reasons why I used to hate her

1) Friday is not my favourite thing to tweets anymore!
2) Her voice is just like a Katak Puru yang dipicit2 untuk dijadikan umpan. Like seriously boleh pening woh!
3) The lyrics are sooo dumb. Even nak pilih tempat duduk pun nak bagi tau. Like duhh!!!
4) The music video memang murahan gila. Tapi ok lah. What do you expect from $2000 cost video? Yang pasti video ni lagi OK berbanding segelintir video artis2 tempatan. Ehem!
5) Her face expression is sooo stiff sampaikan aku rasa semua part muka dia sama je. Tak kisah lah dari part bangun tido ke sampai pergi parti di malam Jumaat. 

Kalau korang nak tambah pun boleh. Tapi dia peduli apa. Sebab lagu ni dah dikira agak berjaya sebab dah debut nombor 72 dalam billboard 100! And you all know how it is hard even to get number 100 in that chart! Korang mesti agak berapa dia dah untung based on penjualan single dia ni. Just keluar modal 2000 je weh! Lepas tu terus aku pikir yang dia ni guna duit2 ni mesti nak buat party yang lebih meriah dimalam Jumaat  ataupun berbelanja sakan dekat mana2 shopping complex mewah.

And while I'm doing all the prasangka dan caci-cacian. I forget one thing. One thing that I always do believe in myself. That is NEVER EVER JUDGE PEOPLE BY EXTERNAL APPEARANCES. And why I'm saying  that? Sebab sebahagian  keuntungan  hasil daripada "lagu" Friday ni akan disalurkan pada negara Jepun dan sebahagian lagi akan disalurkan dekat sekolah tempat dia belajar. 

*Terdiam seketika*

Even I doesn't donate anything to any Japan Fund. Dan dia pulak akan dermakan hampir separuh keuntungan lagu tu dekat negara Jepun. That prove that she is better than me. While I'm just sitting in front of the laptop saying bad things about her. T___T. So Rebecca Black I'm sorry for all things that I have said. But to be honest you need to stop singing or otherwise my ears will bleed.

Monday, March 28, 2011

Doodle (Kau pun!)

Like seriously sama ada korang perasan ke tak. Doodling dah jadi macam trend sekarang. I thought this thing actually some kind of food. Got it?? Doodle? Dodol!! Lepas tu baru perasan sebenarnya doodle ni adalah special term untuk sejenis art. Senang cerita main lukis2 lah. Mostly doodle2 ni lukisan dia macam versi comel2, mini2, sampaikan korang rasa macam nak renyukkan kertas lukisan gambar tu sebab geram cantik sangat.

Sekarang  ni dah banyak dah blog guna tema ni. Dulu aku perasan ada lah satu dua blog that used doodle to tell their story in their blog post. Sekarang ni dah merata2 dah!! And mostly semuanya cantik2 belaka! Ishh! budak2 ni kan sengaja lah bagi aku ni moral down tiba2.  Rasa macam sungguh tak berbakat diri ini. LOL!

Btw I have some blogger friends that actually used this doodle thing as their blog theme. Eh! Ingat aku tak de kawan blogger ke? Adalah lah weh. Cuma kat realiti je macam antisosial sikit2. Kat alam maya takde lah nak anti2. I am an elite socialist tau tak. *Tiba2*

Tapi aku tak nak lah list kan blog diorang macam itu je kan macam a) blog melati b) blog along c) blog kamsiah. Skema gila kalau buat macam tu. So I've decided nak doodle lah maskot blog diorang. Miahahahuhahuha.*evil laugh*. Setelah bertungkus-lumus men"doodle" selama 100 jam terhasil lah..

Tada!!! 

Dari kiri memperkenalkan Ceroliana. Yang tengah tu Rajifah dan yang kat belah kanan Nesa Wazir
Go check them out! Lepas tu hantar lah komen kata "Saya datang dari blog Starstruck!! Lukisan awak cantik" LOL!

P/s: If only I can colour this thing!! T__T

Sunday, March 27, 2011

Berchatting Bersama Hunny Madu Dan Hafiz Hatim (DJ's Fly FM) Semasa Earth Hour!!

So guys how is your Earth Hour yesterday? Aku agak 80% daripada korang tertido waktu padamkan lampu tu kan? kan? Astaga memang dasar duniawi betul lah korang ni. Pantang nampak gelap terus nak tidur. As for me sepatutnya plan asal nak tengok langit sambil dengar lagu ala2 macam sentimental sikit. Konon dapat lah bersatu dengan mother nature kan. LOL! Lepas tu cuba bayangkan what does it really feels life without electricity. Mesti keadaan jauh berebza dengan sekarang kan?

Tapi tapi lain pulak jadi. Sebab ternampak tweet dekat twitter kata kita boleh chat secara live selama sejam bersama dengan DJ Fly FM Hunny Madu dan DJ Hafiz Hatim (btw they are siblings) dekat Gua.Com. Aku  yang selalu dengar suara diorang dekat radio hari2 memang terkejut beruk lah kan. Terus pergi website Gua tempurung ke hapa benda ntah. Dan2 terlupa tujuan asal nak bersama mother nature. = ="

Btw aku ada print screen kan chat tu. Kut2 ada antara korang yang ingat aku ni delusional ke hapa time tu . berangan chat sorang2. LOL!

Belah kiri fans(konon) punya bahagian while belah kiri dekat live webcam tu boleh dengar diorang punya suara reply chat dripada fans. 

Disebabkan cuma ada berbelas je orang yang ada so mmg macam "OMG ni peluang untuk aku menyinar!" LOL! Padahal start2 chatting ko dah tenggelam. Hahaha. So lepas tu ada satu part diorang akan nyanyi apa2 je lagu yang kita orang nak request. Dan korang rasa apa lagu yang aku suruh diorang nyanyi??? he he he...

Klik untuk zoom.
Like seriously Hunny can sing much better that Rebecca Witch tu. Haishh. Dunia sekarang! Yang tak berbakat tu boleh lagi popular. Overall diorang jenis friendly and gila orangnya. Siap bagi tau resepi nak buat bihun tomyam lagi. Lepas tu cerita pasal hantu kak limah lah apa lah. It's fun actually. 

So that's it. Sejam dihabiskan dengan chat dengan diorang ni. Dapat lah pengalaman baru cakap dengan famous people secara live. Lain kali kalau chat dengan much more famous people tak de lah ko tergagap2 nak tanya soalan.  = ="

P/s : Siapa2 yang ada twitter account boleh follow aku dekat @WZulhilmi0521. See you there.

Saturday, March 26, 2011

Earth Hour Is Coming!!!!

//Ini adalah sticky post. Scroll down untuk membaca entry terbaru//


So after like two days mesti korang perasan template blog ni bertukar daripada warna orenji yang seolah2 menunjukkan tuan punya blog seorang yang ceria lagi berfikiran terbuka LOL! kepada warna biru. Ada sebab aku tukar ni. Bukan saja2 boring dengan template lama ke hapa. Semua ni adalah bersempena dengan Earth Hour!! Tau tak apa kebenda Earth Hour. Tau kan? Ini ialah hari dimana semua orang yang terlibat akan switch off lampu selama sejam. Selalunya buat pada waktu yang telah ditetapkan. So this time around ia kan dibuat pada:

26.03.2011

8.30 PM

Maknanya Sabtu nih pada jam 8 setengah MALAM! Lagi 4 hari je weh! (Waktu entry ini ditulis). Kalau tak perasan aku ada tambah widget countdown timer dekat sidebar. Konon tak nak bagi lupa lah kan. LOL! So come on guys let support this thing!! Senang je pun. Kalau siapa2 yang macam blur lagi dengan event ni. Aku dah sediakan beberapa FAQ(Frequently Asked Question) khas untuk korang. 

1. Eh! Eh! I macam berminat lah nak join. Tapi apa yang patut I buat? I'm still new at this. Please do help me.
Senang aje. Apa yang harus dibuat ialah dengan cuma menutup semua lampu dekat rumah pada waktu yang telah ditetapkan selama sejam sahaja. Senang gila kan. Even your 5 years old brother can do this!

2. Nak tanya nak tanya! Saya confius sikit. Maknanya time tu saya kena tutup semua benda lah. Macam TV, radio, laptop, kipas, mesin basuh, peti ais. Alah, semua benda yang mengalirkan elektrik senang cerita. Susah lah macam ni. Saya tak tahan panas tau. Saya perlukan kipas!
Tak perlu! Cuma perlu padamkan LAMPU sahaja. Benda lain tak perlu. 

3. Excuse me I ada terbaca jawapan untuk soalan kedua. I rasa macam useless je lah semua benda ni. Ada ke apa2 perubahan dengan hanya tutup lampu selama sejam sahaja. Eeee. Bodohnya siapa2 buat.
Tujuan utama event ini bukan lah untuk menjimatkan penggunaan elektrik tapi sebenarnya adalah untuk menunjukkan sokongan individu tersebut dalam berbuat sesuatu yang positif terhadap persekitaran mereka especially environment issues yang dihadapi Planet Bumi sekarang. By the way this is not a stupid thing to do.

4. Aku nak tanya. Tak takut ke kalau padam lampu semua bagai. Kalau keluar hantu ke apa. Hantu Kak Limah especially. Tak ke seram! Lagi satu kalau macam nenek aku nak pergi tandas nak turun tangga. Tak ke bahaya tutup lampu. Kang tergolek orang tua tuh. 
Hanya tutup lampu yang korang rasa selamat sahaja kalau dipadamkan. Kalau rasa bahaya tak payah tutup, lagi2 lampu kecemasan.

Kalau ada macam2 lagi persoalan boleh klik dekat SINI untuk maklumat lebih lanjut!

So easy peasy je kan. Semua boleh join. Lagi satu korang yang ada blog tu boleh lah buat something macam buat entry ke apa ke. Bagi level awareness tinggi sikit. Al maklum lah aku tau ni pun dekat radio. Bayangkan kalau tak dengar radio, memang tak tau yang benda ni buat hari Sabtu ni.

Tapi kalau tak nak buat entry pun tak pe. Boleh letak banner ni dekat blog korang. 


Cool isn't it? Boleh klik kat SINI untuk design2 yang lain.

Kalau ramai yang letak banner macam ni. Mesti lagi ramai yang perasan punya. So kebarangkalian untuk ramai yang join adalah sangat tinggi! Kalau yang tak de blog pun tak pe. Korang boleh sebarkan dekat facebook ke twitter ke. Aku bagi contoh lah status yang boleh korang tulis.

"OMG!! Sabtu ni Earth Hour! Korang tau tak? Kalau tak tau memang loser gila!"

Sah2 lah ramai komen lepas tu. Licik tak? LOL!

So now who's with me?

P/s: Even kalau sorang join pun aku dah rasa happy gila. Because I know this blog is soooo underrated. Tapi tu tak penting. Yang penting kerjasama. =)

Show Your Support Tonight! #EarthHour






In conjunction with


Jangan lupa malam ni pada pukul 8.30 sehingga 9.30 dengan memadamkan lampu untuk menunjukkan sokongan anda pada Kempen Earth Hour. Together we can do it!

P/s: I have to do this thing in hurry so jalan cerita agak longgar dan dialog agak skema gila. But then who cares! =). Btw ni first time guna Photoscape. Selalunya guna Photoshop. Quite convienent sebenarnya. Hahahah = =". Have a great weekend!

Wednesday, March 23, 2011

This is it...

Rasanya dah lebih sebulan kotak polistrene yang mengandungi dadih tak muncul dekat blok aku. And I assumed that this dadih thingy era has become to an end.  Mungkin disebabkan kurang promosi dan saingan hebat daripada Jeli Kelapa Muda menyebabkan tuan punya owner berputus asa dengan masa depan perniagaannya sekarang.

Even though that I like dadih sooo damn much! (Kalau ada yang lain pun mesti tak sama dengan dadih blok aku nih) Life must go on and I must find new obsession. I've try Jeli Kelapa Muda but apparently it is not suitable with my "tuntas lidah". Urghh! I don't get it why people love this boring plain colour thing rather than  dadih which is much more vibrant, delicous, and colourful! Agaknya maybe tak akan jumpa dah benda yang se'addictive"  macam ni. 

Tapi minggu lepas aku dah jumpa something yang OMG! This is it! This is it! This is my new partner! LOL! May I present to you....


YAKULT SHIROTA STRAIN


Setiap orang setiap hari. Ok ok based on that pack, setiap seorang untuk 5 hari..

Sunday, March 20, 2011

Yesterday Was A Fairy Tale

Ok2 I have to admit tajuk macam agak macam nak kena pelempang. Tapi tu aje lah perkataan yang boleh menggambarkan apa yang aku rasa semalam. Rasa macam mimpi! I still can believe it! Ok2 ayat agak exaggerate. Memang dasar attention seeker betul.  

Seperti yang korang tau semalam ialah Sabtu. So in my world that day means "Hari Menapau Makanan Sedunia" maka tempat yang wajib dikunjungi ialah Jaya Jusco! You don't know how much I love that place. It is a heaven for foods!! And the first stop will be..... 

Starbucks!!! This is the only place that will make me saving my money by skipping 3 dinner just to have one large size of drinks. Like seriously!!

Tapi this time around aku order Vanilla Cream Frappucino!! 

Rasa esen vanilla dicampur dengan whipped cream. Astaga! It's good!!! really good! Boleh minum 5 gelas lagi. Large!

Lepas tu aku order lagi satu. Caramel Macchiato

Kopi yang dicampur dengan sedikit chocolate, susu dan vanilla syrup serta dilimpahi dengan caramel diatas . Now tell me who doesn't want that!
Ok2 before semua orang salah faham ingat "OMG! WZulhilmi ni anak pewaris hotel ke? Banyaknya duit beli sampai 2 kali!! I wanna be his friend!" Ok stop dreaming! Sebenarnya air yang kedua tu adalah percuma. In other word it is FREE!! Yup! Sebab tu lah aku kata fairy tale. Sebab aku dapat segelas air cost about 12 ringgit for free. Lucky betul! ^__^ . Tapi minum punya minum natijahnya amik ko pergi tandas 7-8 kali sampai cleaner pun dah cam muka ko.

Lepas dah lanyak semua air aku terjumpa satu stall baru ni. Sebab last week tak de weh! Terus je beli sebab nampak sedap gila. Lagipun benda baru mesti lah kena cuba.

Benda ni 98% bahan dia kentang je. So what it is????
Tada!!

Potato Twist! Ko tak rasa macam nak beli 5!!! Dia ada macam perisa macam black pepper, butter cheese blah blah blah. Tapi aku amik Hot & Spicy. Rasa dia, perghhh, memang sedap gila weh!! Tengok lah, dah lah sedap lepas tu gila lagi!

Lepas tu wrap out the whole day dengan menapau KFC!!

Ok janag tertipu ni hanya sebahagian kecil sahaja. Ada lagi. = =
Owh lupa pulak. Lagi satu as a dessert (gila apa budak ni perut ada berapa?) aku beli discostick!! Hahahaha. Ok2 Cheese Stick sebenarnya!

Siapa tak drolling ada lah problem dengan tuntas lidah tu.
Aku rasa aku akan jadi gemuk secara dasyat kalau keep on going eating secara berlebihan2 macam ni. Haissh! Why it is sooo hard being a fan of foods! T__T

Friday, March 18, 2011

Public Speaking. (Dengar Pun Dah Seriau Gila)


Hari ni kena buat public speaking. Tapi basically cakap depan kelas je. Thank God for that. Tapi tak tau lah kalau besok lecturer tiba2 bawak pergi dekat kawasan orang ramai memang sah2 aku terkejut beruk. Mula2 memang blur nak buat tajuk apa. Tapi lecturer ada guide yang kitaorang boleh cakap pasal apa2 pun. Like current issue, entertainment, education blah blah. Dan aku confirm2 lah akan amik bahagian entertainment. Ehem! My specialty kan. LOL! Tapi mula lah blur semacam nak pilih tajuk apa. Tapi kepala otak dah pikir dah beberapa tajuk. Antaranya :

  1.  Lady Gaga The Illuminati Bitch
  2.  Why Do People Tend to Like Vampires Rather Than Zombies
  3.  How Justin Bieber's Haircut Change The World of Female Teenagers.
  4.  Why Hantu Kak Limah Balik Rumah

Semua tajuk ni aku dah tweet kat Twitter. So siapa2 yang follow memang dah tau awal2 apa aku dok merapu malam2 buta sampai dok spam timeline orang. Last2 end up buat tajuk "Definition of Hallyu Wave". Pergh! tajuk kemain. Harap2 semua akan berjalan lancar nanti. And note to myself please please please jangan lah tersasul sebut Social kepada Sexual. Nanti akan menimbulkan kemaluan kepada diri secara besar-besaran. = =". So wish me good luck! 

P/s : Hallyu Wave is all about Korean entertainment. It is not about tsunami or something related to that.  

Tuesday, March 15, 2011

Evil Sunday

Bila sebut Ahad je mesti terbayang korang tengah duduk mengangkang kat rumah/bilik atau pergi berjoli keluar mnghabiskan duit. Yup! yup I know. Sunday means holiday. Duh!! Tapi sebenarnya korang tau tak Sunday ada "evil side" dia yang tersendiri. Aku personally memang kurang gemar Ahad.. Ehem! Selain Isnin (which is tiap2 pagi kena buat mentality positif sambil berkata kuat2 kepada diri sendiri " TODAY'S GONNA BE AN AWESOME DAY!!"/ = =") 

And this are the reasons why :

1) Gigi sakit gila macam nak mati. Tapi suddenly bila ko perasan it's Sunday morning. Perghhh! Mostly semua klinik tutup der! Kalau bukak pun around 11 something. Bila tengok jam baru pukul 7! Sah2 ko mati akibat kekejangan gigi sebelum pukul 11! Bila dah pukul 11 ko tengah nazak2 nak mati akak kaunter kata " Tunggu sekejap ye. Doktor belum sampai lagi" T__T

2) Tengah khusyuk2 buat kerja dekat lappy (ok2 mostly surfing the internet tapi still ada buat assignment time tu jugak) Dan2 lah charger lappy rosak. Like what!!! Dan bila ko dah bersemangat gila nak ganti charger baru dekat PC center, baru ko realize it's Sunday morning. Tahniah2 semua kedai tutup time tu. Dan macam mana sekarang ko nak siapkan assignment yang due datenya esok? Damn!

Ye ye sebenarnya aku nak bagi tau aku tengah hadapi situasi nombor 2. Huh! Ni pun tengah taip kat library ni. Aigooo!! Please share with me your Bad memory with Sunday so that I don't feel alone. Wakakakah. = ="
P/s: "Hurmmm Kami tak jual lah charger untuk Compaq, Acer adalah." Pufff!! And you banner just claim your store as the best in this campus since 2000. &%£%^!$*

Friday, March 11, 2011

Tempat Letak Air. Kalau Bubuh Tumbler Je Kang Nampak Sangat Tak Kreatif Dalam Membina Tajuk Entri.

Sebenarnya dalam hati ni dah lama gila simpan niat nak beli Tumbler. Tapi seperti biasa lah simpan niat je lebih tapi nak buatnya payah gila. Tanguh punya tangguh sampai rasanya dah bertahun agaknya tak terbeli2. Untuk makluman rakyat jelata kalian, aku ni jenis bawak air ke kelas. Selalunya aku beli botol mineral yang seringgit tu je. Lepas dah habis air dalam dia boleh recycle balik guna untuk tuang balik air masak kat bilik. Tapi tau tau lah kan, bila ko dah jenis ganas versi extereme. Lepas 2 hari kemek segala bagai air botol tu ko kerjakan. Paling extreme sampai botol tu tak boleh berdiri tegak. Sungguh memalukan! 

Lepas tu kena pulak beli botol mineral yang baru. Padahal ko nak botol je bukan nak air dia. Bayangkan kalau setiap 2 hari asyik nak kena tukar. Kalau sebulan? Tak ke ko je just spent about 15 ringgit just for a  freaking stupid bottle?? Daripada membazir baik aku beli terus Tumbler senang cerita. Kalau masa berebut bas pun sah2 lah tak kemek.

Btw sebenarnya ada sebab lain aku tak nak guna botol mineral ni. Sebab sebenarnya botol plastik ni berbahaya kepada kesihatan! Terkejut tak dengar? Aku pun terkejut dengar mula2. Apa lah kan salah botol mineral ni. Aku tengok suci aje. Bukan boleh buat apa2 selain bagi tercekik penyu dekat lautan. Tetapi sebenarnya dia adalah pembunuh dalam senyap! LOL! Lagi2 kalau korang nak guna botol tu untuk buat isi air secara ulang kali. Cuba baca ni. Tu pun kalau rajin lah. and I bet most of you wouldn't read this! Terus skip. Huh!

However, when you re-use plastic bottles, you run the risk of encouraging bacteria to grow in your water bottle. Many bacteria love moist environments, and your well-used plastic water bottle can host a complex biofilm of organisms, some of which could make you sick. This is one reason metal and glass are preferable, because they can be easily sterilized, reducing the risk of ingesting bacteria - wisegeek.com 
Nampak je suci tapi sebenarnya!! Ish ish ish..
Terkejut tak? terkejut tak? = =". Maknanya tak boleh lah guna ulang2 kali macam yang aku selalu buat tu. Kalau minum sekali boleh kut. Tapi jangan ulang2 banyak kali. Macam kita selalu buat ais sejuk dalam peti ais. (Rasa ilmiah betul lepas letak bukti pernyataan diatas)

Tapi 2-3 bulan lepas sebenarnya aku ada jugak buat lawatan sambil belajar Tumbler dekat Starbucks. Diorang ada jual kat situ. Padahal banyak jual kat Jusco mengada nak pergi Starbucks. Dasar kemalayuan betul! Lepas tu siap ada bubuh papan tanda beso2 lagi kata siapa2 ada Tumbler sendiri (Tumbler Starbucks sahaja. Jangan nak assumed boleh bawak tupperware air yang panjang yang penutup dia kaler warna warni tuh) dia akan potong 2 hinggit air yang kita beli tu. Licik betul!

Korang tau tak betapa tampan dan bergaya gila Tumbler dari Starbucks! Gila aku nak rembat satu! T__T

Rasa macam anak murid Leornado Da Vicnchi laka ada tumbler macam ni.

Wah!~~~ Mermaid sexy. LOL!


 Ni Recycle Edition sebab tu di hijau satu badan. Memang macam semua orang pandang ko macam aktivis sukarelawan alam semulajadi lah lepas ko bawak benda ni.

Ni pompuan suka kut. Tapi dia debab sikit.

Ni sama macam kat gambar kat atas tapi cover je lain. Cantik lor~

My goodness! Boleh letak cover ada nama sendiri! Ni kalau beli semua ni boleh bawak setiap hari dengan botol yang berlainan. Pasti pengalaman ke kelas akan berbeza setiap hari.

Tapi tau tak? tau tak? tau tak? Bila tengok harga diri. Siyes automatic jantung di dalam badan akan  mengepam darah dengan lebih cepat! Sebab mostly harga dia average RM50-70 sebotol bukan sedozen. GILAAAA!!

Letak balik botol tersebut ditempat asalnya semula!!! T__T

Sedih betul kalau berkenan je mahal, kalau suka je mahal. Kalau tak suka pun mahal jugak. Apa kes? So seperti biasa lah kalau ko anak Dato' ke, CEO ke, taukeh hotel ke boleh lah beli dengan sewenang-wenangnya. Lepas tu boleh main campak2 dengan bibik kat dapur. Kalau pecah boleh beli baru.

Ok fine! Jom kita berpijak alam yang nyata. marilah kita ke Jusco. *hati berkecamuk*. Tapi mostly aku tak akan beli yang jenis macam ni

Macam botol susu untuk baby tua. Memang ramai  yang beli macam ni. Tapi aku tak suka. Lagi satu sebab dia beso sangat sungguh lah tidak sesuai untuk aktiviti berlari2 berebut bas. LOL!
  
Tapi yang macam ni ok sikit

 Design pun nampak moden. Kalau hempuk orang pun sakit. Perfect! Tapi satu je kelemahan dia. Cepat calar. Tapi tak pelah aku rasa aku amik yang ni je berbanding Tumbler Starbucks yang gila cekik darah sengaja tak nak bagi aku beli tuh.  
P/s: Bestnya kalau dapat Tumbler Starbucks sebagai hadiah birthday! Tak paham2 ke aku bagi hint ni suruh beli kan untuk aku satu!

Wednesday, March 9, 2011

11 Seconds of 'Suara Sengau'



video

"Here we go, come with me.
There is a world out there that we should see"

It is not about the sengau/hideous/disaster voice that is matter. It is about the message that is much more important. So come out people see the world and you will know yourself better!! 

Tuesday, March 8, 2011

Sekarang Musim Selsema Kan?

Masuk hari ni tepat2 masuk 3 hari kena selesema. Eh? Selsema ke selesema? Hurmmmm! Ok fine selsema it is. Tapi macam bila kena benda alah ni memang rasa tiba2 nak rakam suara menyanyi. Bukan apa, perasan dah suara sebijik macam Adi Sixth Sense. Macam sengau2 tapi boleh tarik pitch panjang2. Eh jap jap. Oh mai god! Aku kenal artis tempatan. Perghhh! T__T. 


Apa yang tak best pasal selsema ni selain daripada hidung ko berselang seli tersumbat sekejap ke kanan lepas tu ke kiri. Kadang2 aku tak paham apa kes tukar2 suka hati dia. Adakah faktor tekanan udara atau kuantiti hingus? Misteri betul! ialah ko tak boleh nak keenakkan rasa makanan. Insted of Wow! Sedapnya Feraro Rocher ni. So crispy. So good. Rasa coklat yang sungguh menawan hati sehinggakan tuntas lidah pun mengakui kehebatannya. And you, having this flu just like. What the heck is this round black thingy is all about? Rasa kasar2 kacang adalah. Macam tu lah perumpamaan dia. Apa kebenda lah aku merepek ni.

Maka aku tak de kerja cari lah tips2 untuk menghilangkan selsema dekat internet! Perggh! Padahal beli Panadol Soluble sudah! Dasar kemalayuan betul. Btw, ni antara tips yang aku jumpa. 

Versi Timur
Apa khabar cu semua!. Hari Nek Jah nak ajar tips cara2 nak hilangkan selsema ya. Tak perlu ubat2 moden semua ni. Bazir duit aje. Meh Nek Jah ajar cara yang senang lagi mudah. Cuma guna benda dekat sekeliling kita aje.

1. Mula2 ambil beberapa batang sirih dan lap hingga bersih. Batang ye cu bukan daun. Nanti Nek Jah kejo dengan troli kalau siapa2 amik daun. 
2. Kemudian hancurkan dengan tangan batang tu sampai keluar lendir.
3. Lepas tu sapukan lendir dekat hidung. Sapu ye bukan sodok dalam hidung. Kang lain jadi
4. Insya allah hilang lah selsema tu jika diamalkan selalu.

Jangan lupa untuk mencuba!

Feedback : Tips ini diconsider sebagai fail sebab, Helllo Nek Jah oi! Mana ko nak cari sirih dekat kawasan Unibersiti nih. Bukan aje batang, daun sirih pun tak de. So this tips is totally useless for student like me. Ehem! 

Versi Barat 

Hello there! I'm Medam Viktooriaa (Madam Victoria) will help chu (you) to lose the flu. The steps are really simpal (simple).

1. First of all, Water! Water! Water! It is sooo important to stay hydrated. Remember that!
2. And finally get cho (your) badih (body) to get enough rest. Sleep that is.

That all! Easy right? I know it sound simple but it is very effective! Trust me honey. I been through this many times!

Feedback : Like what!!! Tak perlu batang sirih?? Ni baru lah tips yang mudah. LOL! Especially part nombor 2 tuh. Gila suka aku. I love resting!! Hahaha. Aku agak lah kan tak de sapa lah nak try versi timur. Sebab susah kan. Lagi2 sirih. First impression terus ingat pahit! LOL. Walaupun tak makan pun agak creepy disitu. Kesian Nek Jah. So which team you guys in? Team Nek Jah Or Team Medame Victooriaa? LOL!

Siyes I really need some rest now. Bak kata Medam Victoria kena banyakkan berehat. Cewah! So see you guys later! Huhahuhahuha.

Sunday, March 6, 2011

[UPDATE] Trivia Kuiz Diri Sendiri (Edisi Julung-Julung Kali Dibuat)

Lagi sekali WZulhilmi telah memecah rekod sendiri iaitu tidak menghapdate blog secara marathon selama 7 hari berturut2! Wow! Amazing achievement isn't it? Clap your hands people! Rekod lama 5 hari tau tak! Tu tak pe lagi jom2 kita tengok jumlah entry untuk bulan lepas. Double wow! hanya enam pulah I means enam entry sahaja. Memang dasar kemelayuan betul. Dulu beriya kata macam nak hapdate hari2. In the end blog terabai. Seperti yang dimaklum I was like busy gila nak mampus last couple of week. Langsung tak boleh nak update blog weh. Al maklum lah kalau aku taip entry mau amik 2-3 jam. Padahal orang lain setengah jam dah siap karangan 2 helai muka surat depan belakang. 

But have no worries guys I am officially free this month (free untuk test je lah, assignment still banyak lagi). So a lotsa of entry will be publish okeh. *konon*. Memandangkan hari ni aku sangat generous maka aku nak bagi tau kat korang 5 fakta menarik (Puh-lease) tentang diri aku. <<<< Ingat ko artis ke weh? Macam ada orang nak tau. Aduyai!

Eh! Ko ingat senang ke aku nak bagi tau details diri sendiri kat orang. Lagi2 kat depan public. This is a hush-hush thing you know. Even some of my friends did not know about this. So this is damn exclusive weh! Wahahaha. *Ok mereng gelak sorang2*. Tapi aku tak akan bagi sewenang-wenangnya ya. You have to guess it first. Lepas dah teka aku akan hapdate dengan dengan jawapan berserta penerangan nya nanti. Ok? Deal? No deal? Peduli hapa aku. Aku nak buat jugak.

Kita mulakan dengan soalan pertama.

*Tiba2 lampu pentas dimalapkan macam ala2 Who Wants To Be a Millionaire*

1. Sangat lah susah nak tengok aku feeling2 sedih nak meroyan tisu sekotak kalau tengok any type of cerita. Tak kisah movie ke, drama ke, cerekarama ke (chit). Tapi salah satu daripada senarai cerita kat bawah kalau ada part yang sedih memang perghh!! Habuk misteri akan datang masuk kedalam mata tiba2 weh!
a) Harry Potter and The Order of Phoenix (Movie)
b) One Piece (Anime)
c) Bersamamu ( Tv Show)
d) NurKasih (Drama)


2. Ya! Aku sangat suka makan. Tu tak payah dinafikan. Tapi sejauh mana taraf kehebatan aku untuk membuatkan dapur berasap? Kita gunakan resepi sebagai kayu ukuran.
a) Maggi dengan telur je. T___T
b) Nasi Goreng Kampung. Wow!
c) Kek Sarawak. Ingat aku tak reti buat belang2.
d) Rendang Tok. Humph!! Sebelah tangan je gaul!


3. Perfume jenis apa yang aku suka pakai kalau nak pergi kelas, jalan2 bersuka ria blah blah blah..
a) Brave (Silky Girl). Cukup lah ni. I bukan ada duit banyak pun
b) Sean John Unforgivable. Wangi nih!
c) Minyak atar sudah.
d) I'm not a perfume man lah. Duh!


4. *Sila isikan tempat kosong* Aku sangat suka beli ________ dari kedai _______ . Kalau keluar mesti wajib lah nak beli satu. It's is one of my feveret list lah. Kalau nak bagi hadiah birthday pun boleh. Memang terharu gila. For me this is much more valuable than jacket from Topman.
a) New York Cheese Cake , Secret Recipe
b) Say Cheese , Big Apple
c) Roti, PappaRoti Buns
d) Chocolate Cream Chip , Starbucks


5. I love languages. So beside Malay and English. What do you think will be my third language that I'm currently still trying to master right now? Dah 2 tahun dah weh. Basic pun tak lepas2 lagi. = ="
a) Korea. Kamsahamnida!
b) Spanish. Por favor, vaya puta!
c) Japanese. Anoooo.. *blur*
d) French. Je ne suis pas encore populaire

Happy guessing guys! I will update the answers later ok. =)

_______________________________
[UPDATE]

Tak sangka ramai jugak yangg jawab. Terharu yang amat! LOL! Ingatkan sorang je yang komen. Al maklum lah pasal quiz diri sendiri kan. Bukannya pasal quiz apakah buah-buahan tempatan yang menjadi pilihan anda? Sampaikan semua berebut nak komen.

So bila aku dah check semua jawapan korang. Silent reader sangat rugi ya disini. LOL. Holy Cow! Ada sorang dapat semua jawapan betul. Gilaaaak!! Stalker aku apa! T___T. Ni kalau jawab test ni sah2 aku bagi A terus tak payah amik final. Kalau jadi lecturer lah. Hohohoho. = ="

SEMUA BETUL!!!! OMGEE!

1) Raji! *tepuk tangan secara berjemaah*

4 BETUL (Bagus! Sila tumpukan perhatian lebih lagi semasa di dalam kelas ya utk score full  marks)

2) Cero (perghhh! Sejak bila aku menangis tgk Nurkasih weh! T__T)
3) Star

3 BETUL (Memuaskan. Banyakkan latihan supaya lebih lancar lagi untuk quiz seterusnya)

1) Fay
2) Syira Si itik Kejam lah sangat LOL!

2 BETUL (Kurangkan bersembang didalam kelas!)

1)Nesa Wazir (Dimaafkan sebab baru lagi kan? LOL!)

1 BETUL (Sila bawa parents anda jumpa saya selepas kelas!)

1) Wanie


Skema Jawapan :

Q1. Jawapannya adalah (b) OnePiece. Walaupun ni cerita kartun. Tapi gila sarat penuh segala bagai unsur murni dalam cerita nih. Yang paling utama sekali nilai persahabatan. Aku sangat suka tengok diorang walaupun masing2 ada perbezaan personaliti yang gila berbeza. Tapi kalau waktu susah sama2 tempuh sampai berjaya. I adore that kind of friendship. =) Yang paling latest sekali habuk misteri datang tiba2 masa tengok Toy Story 3. Time diorang nak dibako secara beramai2. Gila sedih dowh! Btw I do feel sad when watching Bersamamu. Tapi kadang teringat2. Ni mesti producer suruh makcik ni lebih2 feeling, saja nak tagih simpati. Terus rasa tak sedih. LOL! Harry Potter dengan Nurkasih jangan harap lah aku nak sedih2.

Q2. It's (b). I can cook my own nasi goreng without using any perencah adabi EHEM!!! Tapi kalau Kek Sarawak or Rendang Tok(Are you really believe that I can cook this!) tak mampu lah den! Maggi tu alahai sebelah mata je lah buat. LOL!

Q3. The answer is D. Aku tak suka pakai perfume. Sebab setiap kali pakai rasa macam sakit perut lepas tu rasa macam nak u'uk especially waktu pagi. Kalau naik tengah hari ok sikit. Kuno betul aku nih. LOL! Btw Sean John Unforgivable sangat wangi. Kalau kena paksa beli. I will by this. Aku tak suka Brave sebab Mawi jadi duta dia. Ok next.

Q4. Sudah tentulah D!!! Weh aku dah banyak kali mention benda ni tak kira lah kat Blog or kat Twitter. rasanya dah berpuluh kali kut. Tapi yang tiga yang lain tu pun aku suka gak makan. Tapi tak setagih Starbucks! =)

Q5. This one susah sikit. Sebab aku jarang mention. Tapi pernah sekali kut. So siapa2 yang selalu baca blog ni mesti tau. It will be (c) Japanese. Takat sebut Nama saya WZulhilmi dan saya suka makan. Boleh lah. LOL!


Overall, this is really a fun activities! Sama2 dapat interaksi antara satu sama lain. Rasa macam jadi peramah pulak tiba2. LOL!

Thanks for joining guys. =)