Thursday, March 31, 2011

CoolBlog Checked!

Finally.. fiiiinally dapat jugak lah aku merasa nak minum air dekat CoolBlog. Selalunya kalau nak beli je mesti dok teringat dekat Chocolate Cream Chip. Terus terbatal niat nak beli. Blame Starbucks for this. Tetapi memandangkan dekat supermarket yang aku pergi hari tu tak de sebarang kedai yang jual any things related to Chocolate Cream or Vanilla Cream (sebut pun dah terliur2 dah. Oh God! Please forgive me!) then baru boleh beli air blended ni. 

Walaupun kedai ni duduk entah hulu ceruk mana ntah. Tapi bilangan orang yang beli agak memberangsangkan. Tak ke lagi curious nak rasa!
Pergi2 aje dekat kaunter terus rakus mintak Orea Cream. Memang tak pandang menu lain dah. Nanti kang kalau tengok menu terus dilemma nak pilih sebab banyak sangat lepas tu berdiri 2 jam pun tak tahu nak beli apa.

Time ni tengah promosi Yam apa kebenda ntah. Tapi aku tak beli pun. Bila tengok perkataan season tu terus terbayang sekarang ni masa orang sedang menuai keladi dengan banyaknya. Tu yang ada promosi tu. Mitos betul! 
Yang ni kalau nak tambah pun boleh. Macam2 perisa ada. Konon macam penyeri air lah. Cis! So seperti biasa kalau nak tambah jangan harap lah kakak tu nak cakap "Pilih je yang mana nak dik! Free je tau" sebaliknya "Tambah 60 sen ye!"

Lepas beberapa minit menunggu. Voila!!!

Oreo Cream with Chocolate (lebih kurang kut nama dia) siap!!
"Berapa?" (muka innocent)
"4 ringgit sepuluh sen semuanya" 

*Terbeliak bijik mata*

Mahal jugak rupa2nya. Ingatkan 2 hinggit lebih je. Lepas tu baru perasan yang air aku memang yang paling termahal sekali dekat antara menu2 kat situ. Ishh! Asyik dapat yang mahal je. Bila ko nak berjimat nih!

The Review
Ingatkan aku akan cakap "Oh My god! This is it! This is it! I have found my favourite drinks that can beat Chocolate Cream Chips now! Hoorooy! Now I can berjimat!" masa hirup air tu. But instead aku cakap" "Hurmmmm...." *muka tak beremosi*.  Ok lah ok lah rasa dia bukan lah teruk mana pun. Sedap lah jugak. Boleh lah habiskan tanpa nak buang dekat tong sampah yang berdekatan. T___T Maybe aku kena try perasa yang lain. Tapi tunggu lah next time ye. Next time! Next time ntah kurun generasi bila gamaknya.

Last shot of the day. 

Ok2. Ingat tak lagi entry aku yang dolu2 yang aku buat masa era dinosaur2 tu. Pasal  Makanan/Minuman Yang Perlu Dirasa Oleh Tuntas Lidah Sebelum Februari Beredar. Aku ada buat list kan? So sekarang walaupun aku rasa dah lama gila buat benda alah tu. Nak masuk April dah pun. Tapi still aku nak tick jugak apa yang aku dah buat. Cewah! Konon2 dapat lah pantau prestasi aku sekarang. LOL!



2 more to go!!! Yosh!!

17 comments:

Liyana Lunia. said...

HAHA i tak sukaaaaaaaaaaaaaaa coolblog :( sgt tak suka diaaaaaaa sbb xsedap xmanis menyampahhh

Syira ITIK KEJ♥M said...

kau nk tau satu benda tak.
dekat foodcourt upm skg ade bukak (tapi baru pasang2 je, belum bukak sepenuhnya) GERAI COOLBLOG !!!

gilek ah perabih duit aku pasni....

Kancilbiru said...

coolblog ni ok gak sebab tak berapa nak manis sangat..

ayumiyoshida said...

depends kedai yang ko pergi kut. sebab kat tesco seri alam memang tak best sungguh, tapi ibu dengan ayah aku kata kat Smart sebelah carefour tu best.

aku tak suka ice blended, aku suka yogurt/smoothe. ice blended baik beli yang 2 ringgit kat pasal malam serupa je rasa kan? hahaha

Nesa Wazir said...

peh. kalau nesa buat list berharap x muat page ni.hehe

Raji berkata said...

ceh bkn main lgi kau psl makanan hahaha
ak pernah nmpk aritu tpi bler nk beli tgk ala mcm bkn Islam jer yg jual tu
terus tak jadi x.x"

ps: ala starbuck lgi mahal kan? hahaha

cEro said...

ada coolblog kt area umah aku, tp aku tak bernafsu nk gi sana..hahha

LolliPop duDe said...

kalao Each A Cup punya lagi 'umphh!' sedapnya. lebih2 lagi orea stroberi. pergh!

WZulhilmi said...

@ Liyana Lunia.
a'ah rasa dia kurang manis.. mmg klu siapa2 suka manis terus buat panadangan jijik terhadap minuman nih.

@Syira ITIK KEJ♥M
are u serious!! Wow! bestlah klu saje2 nk beli.. ko beli yg murah je.. 2 hinggit setengah.. jimat skit..

@ Kancilbiru
kak niza suka tak manis sgt eh.. tu lah lian org lain citrasanya.. tapi klu bg free sy amik je.. miahaha

@ayumiyoshida
kat pasar mlm rumah aku x de ice blended. LOL! owh maknanya aku ken g try rasa kat tempat lain. hurmmm

@ Nesa Wazir
keh keh keh.. Nisa boleh spesifik kan list berharap tu. Baru leh jadi sikit.. cthnya list berharap utk mekap.. LOL!

@ Raji berkata
Hahahaha... klu ko dh tak yakin jgn lah beli. Eh pasal makanan ak rasa yakin nk taip entry. nak buat entry motivasi x reti aku. LOL!

@ cEro
angkuhnya komen!!!! LMAO! =P

@ LolliPop duDe
Each A Cup?? Gerai lain ek.. wah wah!! kena rasa nih!

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

salam
lain kali kalu g situ ajak gua buleh makan sama

i am S!L4H.. said...

oh meleleh.....
honeydew 1. x bape manis tu la bagus. manis2 kang lain jadi nye. haishhhh

WZulhilmi said...

@ b.r.u.t.a.l.s.o.l.o
boleh aje.. tapi dgn syarat ko belanja. apa macam? LOL!

@ i am S!L4H.
Ke ke ke.. lain org lain citaranya. tapi x manis pun tak sedap. klu manis pulak bwk penyakit.. hurmm...

n i k l i s a said...

ko minum ayak kat starbuck?
bpe hengget weh?

aku ni punye la kedekut, bubble tee pon xsanggup nak beli. -.-"

-Incek Fik- said...

Kenapa aku rasa macam looser jer bila tak dapat minum coolBlog ni..?!

Ishh.. mana nak letak air muka sebagai blogger ni? Malu.. malu..

WZulhilmi said...

@ n i k l i s a
aku bab2 makanan ni kdg boleh terboros sikit.. hahaha

@ -Incek Fik-
Nak plastik bag?? nk tlg cover muka.. =P

Aujinz said...

aku tak pernah ghase menda alah tue.. eh.. jap.. pernah ker??.. jap jap.. aku pikir dulu...

khairunnisa ♥ said...

suka perisa sour soup..