Monday, December 6, 2010

Menikmati Makanan Kampung Sambil Review-Review Sikit

Seperti yang telah dijanjikan semalam. Hari ni aku nak tunjukkan kat korang kedai makanan terbaru yang aku singgah Ahad lepas! Wuuuuu! *bunyi kagum*. Aku dah nampak ada yang tak puas hati, nama blog punya lah glamour bagai tapi isi asyik2 cerita pasal makanan? Tak selari langsung! LOL! Eh korang tak tau ke celebrity atau pun golongan sosialis elit ehem! ehem! pun perlukan makanan? So tak salah kalau aku cerita pasal makanan kan? LOL! But no worries! Tak kan lah aku nak update pasal makanan je memanjang! Aku pun jemu jugak nanti (maybe lah maybe).

Oh ya! Kedai aku singgah tu diberi nama Warung Santai! Nama je warung. Tapi dia jual dalam kedai. Ada aircond semua. Konon2 mesra pelanggan lah kut bagi nama macam tu. Macam kalau bubuh warung rasanya ko nak makan mengangkang pun boleh, gelak berdekah2 secara beramai2 pun boleh. Tapi kalau bubuh restoran terus kena automatik makan sopan. Ke persepsi aku sorang je nih?

Wok tu apa benda eh? Kuali kah?
Lepas tu dia punya customer mak aih! Gila penuh! Sampaikan ada yang berdiri2 tunggu kat luar. Ni jampi apa lah guna ni. Tapi nasib baik lah aku dapat tempat duduk. Maklum lah orang tu bukak kedai ko terus serang. Dapat lah tempat! Miahaha. - -"

Kedai ni kami sekeluarga tak order pun sebarang appetizer atau dessert. Terus ke main course. Oh! Lupa nak bagi tau, kedai basically jual menu yang memang sesuai gila lah dengan anak teqak orang Malaysia. Maksudnya disini ialah dia jual nasi goreng yang banyak jual kat kedai2 dekat luar sana. Macam nasi goreng tom yam ah apa lah blah blah. Tak de pelik2 disini macam Ikan Siakap masak 10 Rasa ke atau Sup Tulang beserta Abolone. Cuma prize dia lah ehem! standard secret recipe! 

Memandangkan harga dia gak pricey sikit. LOL! Pemilihan air terus dan-dan bertukar kepada harga yang paling minimum sekali.

Air Sirap Bandung! Siyes bila rasa. Oh mai god! *Sambil mata bercahaya*! Padan lah harga begitu. Pekat betul! Terasa nak order bungkus balik satu. - -"

Untu main course pulak kami order,

Nasi Goreng Cina. Plain sungguh! Sebab tu aku tak order.
Ini ialah menu pilihan aku, Nasi Goreng Kampung. Maklum lah dah nama pun orang kampung terus tertarik benda2 berunsur kampung LOL! Tapi nampak tasty kan! Memang pedas dan sedap. Lepas tu hidang panas2 memang macam terangkat sekejap.
Beside that kitaorang pun ada order side dishes jugak. Tak kan makan macam tu je. Sungguh tak meriah suasana waktu makan ya.

Udang Masak Kunyit. Which is feveret aku untuk meratah sambil  menonoton TV!

Dan Sup Sayur. Aku ambik 2 -3 sudu je. Because I'm not a Soup Person.
Overall kedai ni punya makanan ok lah. Not bad. Tapi tu lah pricy sikit. Tapi bandung dia... perghhh!!! Sungguh nikmat! LOL! Tak main lah letak gula aje MACAM SESETENGAH KEDAI YANG KEDOKUT BETUL NAK BAGI EXTRA SATU SUDU SUSU! Dan aku rekomen lah kedai ni bagi yang nak bawak parents dari kampung yang eh! "Nek tak makan cheese2 nih" LOL! Tapi siyes memang ramai gila yang datang!! Tak percaya betul aku. Kalah My Mom's Chicken Rice dekat sebelah tuh!!

9 comments:

Fay said...

laparnya. -_-

star said...

Sedapnye bandung..ble nk blanje aku???

Fakhrur Razi berkata said...

woahhh mata aku pun bercahaya
mengigtkan aku kepada sarapan yg masih belum lagi dibeli +_+

ayumiyoshida said...

air bandung tu paling best. fuh!

WZulhilmi said...

@Fay
Tu lah baca lagi tengah2 malam. Kan dh meroyan nk makan. LOL!.. nasi goreng kg senang je klu nak buat sendiri.. :D

@ star
Klu setakat air bandung bila2 pun boleh. ko pergi restoran makcik depan umah aku tu. Ko kata aku belanja ok? LOL!

@Fakhrur Razi berkata
woi! tak beli sarapan lagi. DH kul 10 nih.. LOL!..

Yui_Wani said...

Nak! Nak! Nak! :3

star said...

Haha ak ckp kt makcik tu msk buku WZulhilmi ye LOL (teringt hrga nasi goreng pataya die rm10 - -")

Taknak bandung singgit!nak standard SR LOL

WZulhilmi said...

@Yui_Wani
Boleh nampak ke excited tan ko ingin mencuba makanan ini. LOL!

@star
Biar BETIK! Nasik pattay 10 hinggit? goreng guna telur apa? Burung unta!

Fakhrur Razi berkata said...

aah aku setuju
bukan senang nk cari kedai yg snggup letak nasi goreng penuh pinggan
huahua
sbb tu ak xsuka makan luar =.="
mereka kedekut2