Saturday, November 13, 2010

Wow!! This is Epic!! [The Contest]

Dimulakan dengan Bismillah. Di sudahi dengan Alhamdullilah. 

Cewah!! First time entry dimulakan dengan begitu sopan dan tertib sekali. Miahaha. Korang ingat aku tak reti ke nyanyi lagu nasyid ke? Aku reti lah! Btw lirik lagu kat atas tu Raihan kan yang nyanyi??? - -"

Ok ok.. Straight to the point! Ni ada satu blogger terkenal ni!! Wow! Memang terkenal especially dikalangan para2 gadis. Dah lah follower ramai comment pulak berlambak macam air mencurah2!  Segan aku kalau dia datang blog aku yang tak seberapa ni. Owh ya lupa. Nama blog dia Null & Alternate. Tuan punya bernama Cero.

Kalau ingat nama dia aku selalu teringin nak sambung mengira dalam Spanish Cero, Uno, Thos, Tress, Cuatro, Sienco, Sieis, Siete, Ocho, Nueve, Diez... Omaigod!! Aku boleh mengira dalam Spanish!! Siyes ni tak tipu ni! Aku tak refer mana2 website! Tu lah siapa kata tengok telenovela semasa kecil adalah suatu perbuatan yang membuang masa?? - -"

Ehem! Straight to the point balik!! Blog terkenal ini sedang mengadakan suatu contest!! Wahahaha!! Sebenarnya aku tak de hati untuk join apa2 jua jenis contest sekarang ni. Sebab apa?? Sebab asyik kalah aje memanjang!!!! Tensi tensi! LOL! Tapi memandangkan you're are among the closet blogger friends (ke aku yang syok sendiri?? LOL!)  dan contest ni tak perlu tempek sebarang muka sebenar! (lately ni gambar asyik huduh je. Kenapa ek?) So aku akan join!!!  *tepukan gemuruh*

So apa yang perlu saya buat???

  • Nampak gambar di atas? Gambar cEro dengan bubble talk yang kosong tu   /Kantoi aku copy!
  • Anda hanya perlu isi perkataan dalam bubble itu seberapa kreatif yang boleh.  /Baik!! ^ ^
  • Klik gambar di atas, save dan letaklah kata-kata kreatif anda. /Kata2 kretip?? Payah ni?? Tape cuba dulu! Otak kanan berkerja sekarang!
  • Tema BEBAS! Jumlah perkataan BEBAS!
    Asalkan bila aku baca, aku akan terdetik "WoW! This is EPIC!!" /Bebas!!! *Mata bersinar2*


So kalau macam tu lah syarat2 nya. Ini lah hasilnya!!! Penat buat ni~~
Tada!!!





Wakakakaka!!! Menangis!!! T___T.. Kata tema bebas kan??

Yelah yelah aku tunjuk yang betul punya. Kalau aku letak yang atas tu confirm lah kalah. Tiba2 ko tukarkan jantina dia. Kesian.. So Cero!! Ni yang sebenarnya :



So macam mana ok tak? Cukup epik ke tak??? Aku bak2 mengubahsuai ayat2 gramatis ni memang tak reti betul. So this is the best that I can do. T__T

Owh lagi satu! Hadiah dia lupa nak bagi tau. 2 pemenang yang paling kreatif akan menerima!!!

2 album Aizat Amdan!!




So siapa2 yang kipas-susah-mati Aizat tu masuk lah ye. Orang nak bagi CD free. Ori pulak tu!!! Kalau nak masuk boleh klik banner contest ni dekat sidebar aku yang kemas tu. Ada blog ke tak de blog ke semua boleh join. ^-^

P/s : CD Katy Perry tak de ke?? =P

10 comments:

chris federick said...

lol kesian rambut xiaxue haha.

WZulhilmi said...

@chris federick
eh tu rmbt lady gaga lah.. bkn xiaxue.. LOL! xiaxue tu pakai mcm ni ke??

cEro said...

hahaha, thanks WZ sbb join...
ini akan dikira sebgai penyertaan rasmi..
hehehe

Terima kasih sekali lagi...

Liyana Lunia said...

nak kak kaky nak kak katy :((

WZulhilmi said...

@ cEro
Wah!! bangganya cero dtg blog aku!! LOL!!!! =P.. ko jgn amik yg part lady gaga tu sudah.. kang kalah aku.. miahahaha

@ Liyana Lunia.
kak kaky!!!!!!!!??????

ishiko said...

laki je ke leyh juin??

WZulhilmi said...

@ ishiko
eh perempuan pun boleh masuk.. kita just perlu isi perkataan kt bubble talk tu je.. :) try lah join

-Incek Fik- said...

Wahhh! Aku berharap agar ko menjadik pemenang yang bertuah!!!
Aku kalo bab² contest ni memang malas nak masuk!

Bagi sokongan dan support moral beres~

WZulhilmi said...

@F.I.C.K.R.Y
ak pn sama dh mcm give up dh masuk contest.. asyik kalah aje.. haha.. hadiah yg top up 5 hinggit pun payah beno nk menang!!

Unknown said...

haha..
comey je kartun tu..
gudluck eh~!