Tuesday, November 9, 2010

Contact Lens For Free!!!

Hoot! Hoot!! I'm back! LOL! Semalam beriya lah buat pengumuman rasmi konon akan JARANG mengupdate blog. Tapi almaklum lah bila dah datang meroyan nak menaip. Aku peduli apa!! Tapi siyes. Rasa macam something je bila tak update blog. Walaupun tak de benda nak cerita tapi.. Ishh susah lah nak cerita. Siapa2 yang ada blog tu paham kut maksud aku. Yang tak de blog boleh nganga sorang2 kalau tak paham.

Owh! Sebelum tu nak recap. Korang ingat tak lagi entry2 sebelum ni berkaitan dengan keterujaan aku tentang contact lens?? Kalau tak ingat meh aku letak link bagi ingat balik. Ni tak makan kismis apa asyik lupa memanjang.
Lepas tu tiba2 muncul pulak iklan Acuvue dekat sidebar blog ni. Sebelum ni aku tak pernah lah pulak dengar Acuvue tu menatang apa kan. Sebab aku ni pengguna tetap spectacles. Mana lah tahu menahu jenis2 brand contact lense ni. So disebabkan baru berjinak2 nak pakai lens ni tambahan ulak ada tulis perkataan FREE 3-Day Trial. Bagai  pucuk dicita ulam mendatang aku klik lah iklan tu apa lagi!!!

And you know what!! This is what I get!!


Lalalala~~~ Dapat contact lens free weh!! Date expired dia 31 January 2011. Maknanya lepas habis semua exam boleh lah aku redeem kat kedai tu!! Korang dibenarkan jeles sekarang. Wakakaka.

Ye ye. Korang boleh dapat percuma jugak. Aku tak busuk hati nya! Korang just boleh klik iklan Acuvue yang sedang menari2 dekat blog ni. Kalau ada lah. Kalau tak de refresh sampai lebam. Or kalau malas nak refersh boleh je klik kat Acuvue ni. Tapi langkah pertama hukumnya adalah sunat.

So aku dah pergi website dia. Banyak gila informasi yang berguna dekat sana. Sampai macam dah library untuk contact lense aku rasa. Yang paling terasa sekali bila tengok video orang pakai benda alah ni. CEPAT NAK MAMPUS! Sekelip mata aku rasa. Yang aku ni terkial2 nak pakai. Satu jam untuk sebelah mata! - -" Ke contact lens aku ni loser?? 

Btw sempat aku buat Quiz sekejap untuk tahu yang mana contact lens yang sesuai dengan aku.

Tada!!


LOL!! Memang beginner pun. Ce ce siap tunjuk contoh produk lagi yang mana sesuai. Strategi perniagaan betul. =P
Lepas ni tunggu lah aku tunjuk kat korang sample yang aku dapat nih.



P/s : Entry ni tak de langsung berkaitan dengan BE. Sebab aku tak dapat pun untuk Acuveu ni. Tapi kalau Nuffnang nak bagi apa salahnya. ^ ^
P/ss : Brand ni mahal ke??

5 comments:

Kancilbiru said...

yerla tengok iklan tu teringat kat ko...mmg tak org lain yang lebih mantap pakai lens melainkan ko ajer..hahahaha

Fay said...

hoho aku pernah dapat contact lense free ji. tapi tak dapat nak pakai sebab powerdah naik. hahaha. lagi satu aku kan x leh pakai contact lense.

seronoknya dapat bende free. woohoo!

cEro said...

aku rase macam mahal brand ni...
tp mmg sedap, aku pnah pakai sekali...
ikut kesesuaian...
hm, nk gak free lens...

F.I.C.K.R.Y said...

Perghhhh! Disebabkan hang membenarkan aku untuk jeless...
Maka memang aku jeless sejelessnyer hahahaa...

Aku power sederhana kuat, kalo pakai contact lens mesti tebal kan nanti?

So, aku prefer untuk setia dengan cik cermin mata ni...

Susah woo jadik rabun... Kalo pakai speak ni, agak annoying biler nak bukak rice cooker sebab wap panas dier habis merebak kat cermin mata ni...

Putih jadiknyer hahahaa...

Saper yang pakai speak taw arr aku maksudkan ni~

So...

Bersyukur arr saper yang mata dier elok!

WZulhilmi said...

@Kancilbiru
wah!! tgk pengaruh iklan!! =P

@Fay
kesian.. takpe ko tgk je aku pakai ye.. LOL!

@cEro
mahal??? Ni yg nk cept je redeem nih...

@F.I.C.K.R.Y
LOL! x de maknanya lah klu ko punya power kuat lepas tu lens ko jadi tebal. Lwak tul teori ko.. boleh je pakai! jom jom bertukar ke contact lens.. say no to spectacles!