Wednesday, September 29, 2010

DiGi iPhone 4 Play


Aku @ WZulhilmi

Remaja normal yang berumur 22 tahun yang sangat menyukai makanan. Seorang yang masih tidak tahu tentang apa kelebihan diri yang dimilikinya. Tapi yang pasti beliau sangat gemar menyanyi. Walaupun mempunyai vocal range yang agak terhad tetapi beliau tetap ingin menyanyi lagu yang mempunyai pelbagai jenis genre. Namun begitu beliau sangat malu untuk menyanyi dihadapan khalayak ramai.

 GLEE 

Sebuah drama TV yang berkisarkan tentang sebuah kelab yang diberi nama GLEE. Kumpulan ini mempunyai cita2 yang sangat tinggi iaitu ingin mewakili sekolah sehingga ke peringkat kebangsaan dalam pertandingan nyanyian. Setiap ahli kumpulan mempunyai kelebihan vokal masing2 yang sungguh unik. Namun begitu kewujudan mereka langsung tidak dihargai oleh pihak sekolah dan sering dibuli oleh kelab2 yang jauh lebih popular dari mereka.


 iPhone 4 
Sejenis telefon bimbit yang dianggap paling canggih berbanding dengan telefon bimbit yang lain. Penggunaannya yang hanya menggunakan hanya sentuhan di skrin sangat dikagumi telah menjadikan ia terkenal dimata dunia. Telefon bimbit ini juga dilengkapi pelbagai jenis applications yang sangat menarik. Boleh didapati dengan harga yang berpatutan melalui  iDigi PostPaid Plans.



So apakah kaitan antara Aku, GLEE dan Iphone4? Aku sure gila korang mesti faham antara kaitan aku dan cerita GLEE kan. Tak paham??? T___T.. Ok lah aku jelaskan. Nanti ada yang tak lena tidur pulak malam karang pikir benda2 ni semua. Senang cerita tak payah nak putar belit alam semua. Kaitan untuk Aku dan GLEE ialah aku suka tengok cerita GLEE. Tada!! Mudah bukan! Kalau siapa yang Like Starstruck dekat Facebook mesti hari2 perasan aku asyik post something related to GLEE. Sampaikan aku rasa mesti ada yang menyampah. Maaf!!

So apa pulak connection antara kedua-dua ni dengan iPhone pulak?. Hah! Tu part yang paling menarik sekali. Tapi sebelum tu korang tau tak iPhone ni ada bermacam2 jenis applications yang best2! Dan yang paling latest sekali aku dengar yang jumlah applications semua ni dah nak mencapai 1 juta!! Sila terkejut sekarang!!

Ni baru sikit. Sebenarnya banyak lagi ada. Sampaikan satu skrin pun tak cukup nak tunjuk.

Dan paling aku terkejut/teruja sekali bila dapat tau yang applications ni benar2 wujud.
Glee Karaoke!!! *Pitam*

Nak tau kenapa aku suka applicatian Glee Karaoke ni sebenarnya?? Owh!! Macam2 weh.


Dekat application ni, aku boleh menyanyi sebijik macam dekat karaoke!! Lagi2 semua lagu yang pernah cerita GLEE ni cover ada dalam ni! Cakap je lagu apa? Pokerface? Empire State of Mind? Toxic? Listen? The Climb?. Semua ada!! Dan yang paling best sekali sebab dia ada option untuk 'Pitch Correction' dengan 'Layer For Harmonies'. Option2 ni lah yang akan tutup segala kehodohan suara aku nanti. So tidak akan wujud suara jijik disini ye. Excited tak? Aku excited! Sebab aku tahu suara aku tak sedap.


Lepas tu aku boleh pulak share lagu2 yang dah aku nyanyi dekat Twitter dengan Facebook semua. Wow! Ini sudah cukup bagus untuk menaikan populariti diri! LOL!


Dan part yang paling aku suka sekali ialah... part bertanding meraih gelaran juara paling sedap! Betul weh! Kalau aku dapat points yang paling tinggi sekali terus dapat ranking nombor satu!! Nombor satu disini bukan bemakna di Malaysia je tapi seluruh dunia weh!! Mana tahu kut2 ada producer nak amik aku jadi recording artist ke nanti?? <<< BERANGAN KO ZULHILMI!!!

So sekarang korang dah tau kan connection antara aku, GLEE dengan iPhone. Simple je. Dengan adanya iPhone4 baru lah aku boleh menggunakan application GLEE ni. Namun begitu ketiga2 perkara ini tidak akan connected langsung tanpa satu lagi perkara yang penting iaitu.. Digi 

Senang cerita gambar ni akan terangkan segala-galanya..

Formula yang sungguh ideal sekali!!

7 comments:

cEro said...

terbaEk dari ladang!!!
gud luck!!

star said...

Ko ni memang dah kemaruk sangat nak iphone tu kan...siap buat entri untuk menjustifikasikan obsesi ko tu hahahaha takpe2 aku percaya kalao kite betul2 nakkan sesuatu,kite akan dapat;contohnye aku dan ps2 hehehe
So goodluck for the iphone and being famous!LOL

Syira ITIK KEJ♥M said...

waaa kau masuk contest digi ni ha aku dah tau!!!

aku malas la nak masuk... sebab kena wat 4 entri. idea pulak macam datang tak datang je seminggu dua neh... anyway good luck! kalau menng leh kasi aku pinjam iphone tuh sehari dua wahaha~


weh upload la video diri sendri menyanyi dekat blog...

Azuan said...

glee aku x pernah tgk lagi..tp iphone4 tue boleh aje..hohoo

F.I.C.K.R.Y said...

Minat ekk Pak Su kat karaoke ni... Pak Ngah layan nasyid jer hakhakhakk~

wanie said...

WOW! (versi 1)

Anonymous said...

beli iphone 4 online dengan harga berpatutan..emailkan ke iphone4gplaza..