Monday, September 27, 2010

Konvo Dan Hadiah Memang Tak Boleh Dipisahkan

Tengah hari tadi aku sempat pergi mencelah dekat kawasan luar dewan nak tengok budak2 yang graduate convo. Gila ramai weh!! Siap semua pakai jubah warna maroon bagai macam Harry Potter. Aku asyik terbayangkan yang diorang ni lepas dapat ijazah mesti balik guna penyapu terbang. - -"

Seperti biasa kalau acara2 macam gini mestilah ada ramai orang, yelah setiap student at least bawak satu family consists of 5 sehingga 4 orang. Kalau 500 orang dalam satu sesi tak ke ramai!! Ko darab lah dengan lima! Even kalau aku nak lalu certain koridor pun sempit gila macam bontot nak berlaga bontot. So korang boleh bayangkan macam mana sempit tempat tu.

Aku rasa ni mesti sebab aura magic yang keluar dari jubah. Tu yang gambar blur semacam. - -"
Tapi yang paling aku risau sekali bila ramai2 orang ni mesti makanan kat cafe cepat habis!!! Betul tak?? Siyes kat dalam cafe tu dah macam sardin aku rasa. Punya lah penuh dengan lautan manusia yang kelaparan. Mau je aku tolak makcik yang tengah amik lauk tu. Miahahaaha!! *Gelak keji*

So aku sempat lah tangkap beberapa gambar hadiah2 yang dijual dekat booth untuk orang yang dah selamat di'konvo'kan. Macam2 hadiah lah ada. Especially bunga lah. Tapi ada jugak yang jual macam2 jenis patung semua bagai. So aku tangkap yang hadiah jenis selain daripada bunga la ye. Kalau asyik tunjuk bunga bosan lah pulak. Bukan korang boleh hidu pun bunga yang aku tunjuk nanti. 

So mari kita mulakan sekarang!!

Comel tak? Comel tak? Kalau korang dapat hadiah cam gini.  Gerenti orang lain jeles. Sebab bukan murah weh benda alah ni. Macam ni lah senang. Kalau korang ada 3 bear so 3 kali ganda orang akan jeles. Kalau 20 bear maknanya 20 kali ganda orang akan jeles!!!<<<< Ok, hipotesis bodoh!

Aku tak paham bila aku tengok bunga2 ni aku pun ikut senyum sekali. Psycho punya bunga!! Hahaha

Sate katak! Sate katak!! LOL! Dia susun macam ni sebijik macam nak meniaga daging katak. Tapi kalau bagi free kat aku. Aku amik je. Ngeee~~

Kawan aku siap kata. 'Eh cantik lah bunga ni!!' Siyes! Bagi aku macam bunga kena buasir tahap kritikal.

And gambar yang last sekali ni adalah fashion belon yang baru. Dulu kalau belon yang terapung2 tu selalunya orang buat gambar Doreamon ke, Hello Kitty ke. Sekarang dah tak dah!! Dah takde dah belon anime2 jepun semua bagai ni. Sekarang ni belon berbentuk....


UPIN & IPIN!!

Bila dah jadi banyak macam ni. Jadi creepy pulak. Bayangkan kalau semua ni boleh bercakap. Mau trauma dengar perkataan 'Betul, betul, betul' dok ulang banyak kali. Tapi belon ni laku gila weh! For children lah. Hahaha

So which one is your favourite konvo gift??  

12 comments:

chris federick said...

oo, I tak pernah tengok convo, tapi rasa nak curi bunga bear tu la haha.

aYaz said...

erkk...
aku suke bunge yg ko ckp saiko tuh,
eheh,bunge yg tersenyum tu ar...

^.^

Liyana Lunia. said...

HHAHAHA bulan 11 aku convo, dipersilakan dtgg ke unisel ;p aku nak bunga betul betul betul ;p

star said...

haha xyah bg hadiah2 tu,ak nk duit!ala sedey la plak,dh abes blaja...nk kembali ke zaman itu...

ProfHariz said...

Wow! sangat best! time nie

New Entry ProfHariz
Salahkah Jika Aku Menegur?

wanie said...

ko konvo thn dpn ke? nanti aku dtg ye :P ko nk adiah ap? upin ipin? HAHAHAHA. okay lah. aku bg iphone je lah :P

F.I.C.K.R.Y said...

Hahahahaa... ayat paling tak boleyh blah :

Siyes! Bagi aku macam bunga kena buasir tahap kritikal.

Hakhakhakkk... ko nie humorous arr~

WZulhilmi said...

@chris federick
nanti u convo nanti lagi banyak bear yg u dpt.. tak payah curi pun.. fans u ramai kan?? Hahaha

@ aYaz
beli lepas tu letak dalam bilik. hari2 senyum lepas tu mental.. hahaha

@Liyana Lunia.
ko konvo baru nak ajak aku.. ni mesti nk kumpul bunga nih - -"..

@ star
tak mau lah duit.. tak surprise langsung.. lps tu x de element sentimental langsung! Hahaha

@ProfHariz
Prof mesti dh sampai PhD kan?? =P

@wanie
yeaah dpt iPhone!! - -".. Budak2 je akan terpedaya dengan kata2 yg mcm tu!!! =P

@ F.I.C.K.R.Y
eh.. betul lah.. aku tgk mcm dh buasir dh bunga tuh.. tu cuma pendapat scr ikhlas je.. hahaha

cracked bunny said...

konvo aku, aku nk iphone 4.berusaha!

aYaz said...

agak2 ar kan nak sengih kat bunga saiko tu tiap2 mase..
baek aku cari pokok bunge idup,
at least bleh ar pokok tu supply O2 kat aku,
dia amik CO2 dari aku..
har har har...

Kancilbiru said...

nak semua boleh? hehehe..nak yg coklat la boleh ngap pastu..

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

its really proud to see budak2 konvoo.. rasa nk cepat2 je abis belajaa:DD