Sunday, August 21, 2011

5 Random Things #4

1. So last week aku berkesempatan ke salah satu mercu tanda yang popular dekat Perak ni. 'Menara Condong'!. Ni konon macam Menara Condong Pisa dekat Itali tu lah. Tapi versi saiz mini. Tak dapat pegi Itali pegi sini pun jadi lah. 
Ni lah hasilnya bila ko terkocoh-kocoh nak tangkap gambar dalam kereta. Kononnya menara tu akan ghaib lagi beberapa saat. Tu yang jadi hodoh benoo. Tapi still nampak condong kan?
So basically aku sempat lah jelajah menara nih. Dapat masuk sampai tingkat 3 je. Tingkat atas sekali tak boleh masuk. Tak tau lah papan reput ke hapa.  Tapi tangga dia macam scary sikit sebab dah lah kecik ruang dia lepas tu tinggi pulak tu. Ni kalau ko jatuh terguling confirm koma. 

Dekat Tingkat 1 macam ada wishing well. Dalam telaga tu berlambak gila duit syilling. Kalau kumpul-kumpul gamaknya boleh beli satu camera digital. wuwuwuwu. (hint disitu. Pandai-pandai paham apa aku nak untuk birthday present) Tapi tak de lah aku dok wishing sekali. Syirik namanya. Sia-sia puasa aku kang.

2.


Yup. Semalam sempat tengok satu mooovie. Rise Of The Planet Of The Apes. Hamik dia ulang 'Of The' 2 kali. Cerita dia pasal beruk-beruk bijak. Overall aku kasi:

3 setengah bintang


Jalan cerita dia ok. Tapi ingat ni bukan cerita action tapi more to genre drama. Tapi dekat ending-ending dia ada lah part beruk-beruk ni mengamuk satu bandar. Padan muka manusia! hahaha = =". Moral of the story jangan lah perkecilkan hak haiwan untuk hidup dimuka bumi ini juga. Diabinatang (diorang) pun ada perasan jugak. Wah! Macam murni je aku cakap benda-benda cam gini.

3. Baru dapat pesanan mesra daripada gerai Kek Batik dekat Bazar Ramadhan yang diorang akan berniaga sampai 26 hb ni je. Mana nak cari stok kek batik yang sedap lagi weh!! T__T. Siap bagi tau lagik takut nanti aku tercari-cari gerai tu nanti kalau tak bagi tau awal-awal. Tapi kan apsal diorang bagi tau dekat aku? Walhal ramai lagi customers yang dok beli hari-hari kuih depa. Adakah aku tergolong dalam "Top 100 Most Recognisable Faces in 2011"?

4. I gained weight. Sad but true story. Gained weight disini bukan mengada-ngada naik 2 kg kecoh satu laman sosial nak bagi tau. Tapi more than that. Tu lah sapa suruh ko makan banyak-banyak macam esok tiada lagi. Ni tengah taip ni pun tengah makan kek batik nih. *calit-calit kat kertas plastik kek batik nak amik lebihan coklat*

5. Why on earth when I picked a clothes and then when I checked the price tag the numbers will be freaking expensive! This is sooo unfair! Grrr.

13 comments:

Syira ITIK KEJ♥M said...

jangan nak terkejut sangat la naik 10 kilo. hahahaha aku tak heran pun. sepanjang masa kau tweet pasal makanan yang kau tengah makan. takpun mesti ada jugak terselit pasal makan2. sekarang...... rasakan!!!!!

tapi takpe kau jgn isau. jusmate dr rozmey kan ada.... :D

hahahahaahha *komen edisi kejam gila jangan marah wei larikkkk

Syira ITIK KEJ♥M said...

eh naik terus komen ingatkan kau kena approve dulu.

Amirah Rashid said...

alala. ciannye nnti kempunan kek batik tu :D blajar la buat sendiri. siyes sng je :)

dulu teh 3 layer tu semangat blajar cara buat kan ;D

cEro said...

yg no 5 slalu jadi kat aku...
dah laa susah nak suka baju, bila dah nampak yg berkenan di hati (cewah) tgk tag, FFFFFUUUUUUUUU....

ini tidak adil!!!

Yui_Wani said...

Ko masuk dalam menara condong tu ade rase cam condong tak? Senget-senget jalan ke? O.o

Hahaha xD

ayumiyoshida said...

jom lepas ni kita peergi italy pulak. haha. ajak fay dgn kiheee jugak. guna digi cam ko amek gambar. ekeke.

wey, tu la pose2 makan tak hingat dunia. desert je dah berjenis.sudah la memang pengkritik makanan tegar, naik la semua. habis la baju raya kau sendat nanti. hahaha

-Incek Fik- said...

Wah! Datang Teluk Intan diam-diam je ekk, hapah tak ajak mike. Kalo tak boleh kita bukak puasa sama² hehee^^

wanie said...

"sate for the next supper!"

"kek batikkkk. sedapnyaaa!"

"baru lepas makan puding caramel kahkahkah!"

"karipap inti dia warna putih sedappp!"

"petang ni nk fikir beli makanan ape ek kat bazar?"

bla bla bla bla


mana tak naik berat nyaaaa!! bahahaha!!

Lisa N.Yusof said...

ahhaha, watpe kat teluk intan. i went there for 2 weeks last time. :)

haha, raya ni lagi lah naikkk berat tuh.. beware ye. :PP

Umie Artoqiemie said...

banyak betul awek komeng blog ko.hahaha..

kau nak cam untuk harijadi kau??.. nak snap makanan ler tu..

star said...

mak aih baru je ingt nk komen kejam ckit,skali tgk ramai dh!LOL

aku pn hari2 dok belasah kek batik,xtaula bp kilo dh naik T T

rajinnye kamu puasa2 g bjln...

ps: aku paling suka komen wanie,siap ade contoh lagi LOL

Nesa Wazir said...

i gained weight too..omaaigosh~~ T_T
i hope i can eat without getting fatter~

WZulhilmi said...

Ramai gilaa bashing!! btw hari tu aku dh siap komen nk reply satu2 but then tetiba jadi error. DH LAH PANJANG AKU TAIP TAU TAK! Aku tension.