Friday, June 4, 2010

Hi KL!!

Wah!!! Barang tak packing lagi!!! Sorry guys hari ni aku memang tak sempat nak buat entry panjang2. Kejap lagi aku nak pergi bertolak ke KL. Aku ada concert tour kat sana. Muahahaha. So sebelum aku melalut lagi banyak, aku nak senaraikan antara barang yang wajib aku ada masa aku ada dalam bas. Jom2 skodeng

1) Satu botol air berkarbonat



Yang nie wajib ye ada. Bukan main suka2 nak tunjuk gedik minum air gas dalam bas. Benda nie akan prevent aku daripad muntah. Uwekk!!!. Kalau aku rasa macam nak muntah je. Aku cepat2 minum air nie. Nanti gas2 yang ada dalam air nie akan menghalang pembentukan muntah. Kelakar kan teori aku ni. Kikiki. Jangan main2 aku dah buat banyak kali dah. Semuanya berhasil. 

2) Koleksi lagu2 best buat halwa telinga



Dalam handphone aku nie wajib kena ada seleksi lagu2 kegemaran aku. Sebab dalam 4 jam perjalanan yang memeritkan bontot aku tu. Aku perlukan music yang boleh buat aku berangan. Tak de lah 4 jam melangut dalam bas dengar radio Sinar!! Oh No!! Alergik giler aku dengan radio tu. Hahaha. Lain orang lain minta nya kan?? =P


3) Kudap-kudapan



Yang nie pulak kadang2 lah aku bawak. Tapi kalau perjalanan yang lama aku mesti beli at least 2 bungkus. Buat kunyah masa atas bas sambil tengok pemandangan kelapa sawit kat luar.  Selalunya masa nak bukak keropok nie. Mula lah semua penumpang lain renung2 semacam. Nak lah tu. Jangan harap aku nak bagi!!. (Memang dasar kedekut)

Dah2. Aku dah lambat nie. Nak kemas barang jap. Jumpa lagi nanti ye. Have a great weekends!!! 

P/S : Malasnya aku nak berenti dekat perhentian sementara bas Bukit Jalil. T T

7 comments:

Kancilbiru said...

selamat jalan yer dik....nak ole2..wahahaha

cracked bunny said...

super ringgg.gila lama tak makan.wajib letak dlm list mkn2 balik msia ni.hehe.safe journey.blk hapdate byk2

Liyanaa. said...

konsert apa ni konsert apa? HAHA

Mar Nilam said...

zul, rak yang banyaknya isi tu..rak lagu2 ko ker

Si Kenit said...

buat apa pegi KL?

TTT said...

wah konsert!
enjoy tau :)
jgn minum air gas byk sgt hihi

WZulhilmi said...

@Kancilbiru
Thanks!! Kat KL nak bagi ole2 apa?? Starbucks?? Hahaha

@cracked bunny
Sana tak de super ring ke?? Kesian betul.. Hahaha.

@Liyanaa.
Konsert aku le. Jom tgk aku nyanyi

@Mar Nilam
Tak denya nilam oi. Klu mcm tu byk CD aku. Bankrap terus!! Hahaha

@Si Kenit
Saja nak luaskan pengetahuan. Muahahah

@TTT
Thanks TTT!! Jom pergi konsert saya jom!! Saya minum air gas sikit je nak bagi tahan muntah. Muahahaha