Monday, June 7, 2010

Roti Ni Nak Sapu Apa??

Lambat giler aku update blog hari ni!! Nak kata busy tak jugak. Tak pe lah janji aku update daripada tak update langsung. Orang putih pernah kata "Better late than never". Muahahaaha.

Tengah sedap2 tengok TV. Tiba2 rasa lapar pulak. Padahal baru sekejap tadi makan nasi lemak. So aku jerit lah "Bibik!! Bibik!! Bawakan saya makanan!!. Saya lapar nie!!". (Amboi memerintah nombor satu!!). Tapi bibik tak jawab pulak. Nie yang pelik ni. Selalunya tak macam nie. Lepas tu baru aku teringat yang rumah aku ni mana ada bibik!! Dush!!(tepuk dahi). Wakakaka.

So aku pun pergi dapur selongkar apa yang patut. Konon nak masak apa yang patut le. Siap dah pegang sosej lagi nak pergi goreng. Tiba2 rasa punya lah malas nak menunggu. At the end aku amik roti sapu planta lepas tu letak gula. Simple tapi yummy!!!. Teringat iklan Roti Gardenia. Siap cakap. "Sedapnya hingga menjilat jari!!" Eh2!! Bukan!! Tu iklan KFC!!. Kui kui.

Yang betul "Sungguh enak dimakan begitu saja". Panjangnya!! Ntah betul ke ntah idak ni. Apa respon aku tentang moto nie?? Tipu!!!! Aku tak boleh makan macam tu je. Rasa kering kut. Mesti kena letak sesuatu macam jem ke apa ke. Baru boleh makan habis. Huhuhu. Betul tak encik roti???


Tengok!! Encik roti setuju dengan aku!! Hehehe. Senyum lah puas2 ye encik roti. lepas nie tamat lah riwayat ko. Hehehehe *Gelak jahat*. So kali nie aku nak buat satu poll!! Nak jadi penyibuk kejap. So korang boleh vote kat bawah nie!! *wink*. Boleh tick 2 kali je!!





Aku dah vote planta dengan jem!! :)

Lagi satu aku nak main teka2 kuiz pulak dengan korang. Hehehe. Kalau korang ni pandai lagi bijaksana. Cuba teka siapa artis dekat bawah nie yang hobi dia yang suka angkat kaki macam ahli gimnastik nie. Teka2!! Cepat2!!. Keji tak aku saja blurkan muka dia. Muahahaha.





Agak tak senonoh ye gambar yang ketiga tu. Wakaka. Ok lah aku bagi klu. Dia nie penyanyi!! Hehe. Senang je. Tengok pun tau sapa. Nanti aku umumkan jawapan dia yang sebenar. Tapi korang kena teka dulu. Happy Guessing!!


P/S : BTW semalam aku ada buat entry pasal TTT . Apa yang aku tengok ramai kata aku nie kaki bodek!! Uwaa!!! Korang jangan salah faham pulak. Aku tak de nak buat entry tu nak bodek2 TTT sedangkan contest Blackberry tu pun aku tak masuk. Harap maklum.

9 comments:

kk said...

wahahahaha giler lah, aku kalau sapu, sapu je.tak tepikir nak buat bentuk hahah

Syira ITIK KEJ♥M said...

artis misteri itu kelihatan spt sangat aneh ye? gmbar 2nd itu dlm kebakaran kah? LADY GAGAK?

WZulhilmi said...

hahaha.. Tu gambar untuk gambar je. Lepas tu aku salat le satu roti dengan planta. Tak puas kut letak sikit2 mcm tu


.

Kancilbiru said...

ish ish..ko main2 kan roti tu? sian dia..ekeke

Si Kenit said...

kalo dah lapar aku pelahap je
tak ingat pon nak buat apa
kuikui

TTT said...

bananaaaaaaaaaaaaaaaa

WZulhilmi said...

@Syira ITIK KEJ♥M
hehe.. Teka sampai lebam.. Muahaha

@Kancilbiru
Kesian kat roti tu. dia tak de muka. so saya buatkan utk dia. Lepas tu saya ngap!! hahaha

@Si Kenit
Ko memang!! Hahaha. Memang tak ingat dunia kalau lapo.

@TTT
Banana?? sedap ke?? nanti zul nk try ar..

cracked bunny said...

nuttelaaaaa

joegrimjow said...

nak vote kaya
sebab nak kaya
hehe