Monday, June 28, 2010

Result Untuk | Soya Rulez!!!

Lalalala~~~

Bertemu lagi kita dalam Rancangan Result Untuk | (Tak komersil sungguh nama rancangan). Bagi mereka yang baru first time dengar tentang Rancangan ini anda sudah ketinggalan banyak benda2 yang menarik on our last episode.

Recap from first Episode Roti Ni Nak Sapu Apa?

- Planta telah memenangi pusingan poll dengan jumlah 21%!! 
- Miss Roti Panda menjadi artis jemputan. (And she did a worse job!! Lembap!!)
- Peanut Butter adalah sapuan yang paling tak popular sekali!!
- Muncul pelbagai teknik sapuan baru seperti "Roti letak Serbuk Milo dan Susu Pekat" dan "Letak Banana"

Now!! Result for Soya Rulez!! is coming up next!!

Sebelum tu aku nak memperkenalkan our maskot untuk poll kali ini. Yang dok terpacak kat header selama beberapa hari tu. Kalau siapa tak perasan. Memang buta warna!!! Dipersilakan Ale Ale Alejandro!! (Suka2 hati aku je letak nama)

Soya kacukan Latin + Melayu

Now back to the result. Setelah lebih kurang 6 hari aku dok promosi2 kan pasal poll tu macam orang gila. Akhirnya poll itu ditutup secara rasmi pada hari ini. Dan bilangan pengundi yang berjaya melaksanakan tanggungjawab masing2 adalah seramai 23 orang pengundi!! Wau!! Meningkat from previous poll!! Well done guys!! :) (Tu pun selepas paksa dan mengenakan beberapa ugutan bunuh baru nak vote) 

Jom kita lihat keputusannya!!


Klik untuk tumbesaran melampau

Mari aku bacakan result tu sebab aku tau ramai yang malas nak klik bagi besar

Tau Fu Fa - 9 votes
Air Soya   - 7 votes (What!!! I expect you to win!!)
Kicap       - 5 votes (Hah!!)

Dan selebihnya masing2 1 votes kecuali Tauhu Basah/Tauhu Goreng..

Seperti yang korang nampak pemenang kali ni ialah TAU FU FA!! 

Amik ko!! siap bunga2 sekali.

Aku memang tak sangka pulak ramai yang suka Tau Fu Fa berbanding Air Soya. Korang ni kenapa ni?? vote lah Air soya patutnya!! So padanlah kat pasar malam wajib benda alah ni ada. Dah permintaan tinggi semacam. Seriously kalau aku tengok gerai orang chinese jual soya2 ni memang nampak sedap semacam. memang berbeza dangan gerai melayu. (Tapi aku tak beli lah) 

Lagi satu wei!! Tang kicap tu!! Boleh pulak banyak vote!! Aku main2 je letak. Bak kata comment yang lepas Kicap ni adalah benda feveret orang2 bujang. Masa dah duit pokai time tu lah ko makan lah nasi berlaukkan telur kicap or yang lagi extreme lagi tahap kepokaian makan nasi kosong bubuh kicap je. (Tu lah sapa suruh awal bulan dok belanja tak hingat dunia). 

Korang perasan tak ada satu jawapan Others.. Jom kita check apo yang others nya?? Adakah wujud  makanan eksotik yang berasakan soya yang lain??


Owh. Tauhu goreng ranggup..~~~~~ What!!!! Bukan ke Tauhu goreng ada dalam option jawapan?? Kenapa tak tick tu je?? Adakah Tauhu yang aku letak tu tak cukup ranggup??. Nie siapa yang vote ni!! Sila mengaku sekarang!!!

Btw siapa2 yang alergik dengan soya tu anda sememangnya rugi kerana telah kehilangan satu nikmat dunia. Wakakaka. Ok2 thats all for this episode. Jumpa lagi next time. Last sekali korang tengok lah header soya tu puas2 ye. Besok dia dah tak de dah.


Info tambahan = Dulu aku panggil Tau Fu Fa tu sebagai Yong Tau Fu. Sehingga wujud salah faham yang serius (- - ")

P/s :Perasan tak makin ke bawah entry aku tu semakin tak formal ayat2 yang digunakan. (- -"")

9 comments:

Kancilbiru said...

suka home made soya...yang boleh adjust kemanisan..tapi home made tu bukan akak made..org lain yg made kan...hehehe

Syira ITIK KEJ♥M said...

YESSSS aku punye vote menang!

swingoflife said...

Allergic ngan soya!! T_T

♥PrinCeSs KellY Eun♥ said...

ta sangka air soya kalah..muahahaha..^_^v

Fay Nana (Cik Fana) said...

akulah yg diugut kau tu! XD harharhar taufufa menang!! :D tahniah taufufa nanti boleh saya melantak anda dengan penuh nikmat. :P

WZulhilmi said...

@Kancilbiru
Insaf lah ye kak oi!! hahahaha.. Ni mesti kes malas perah soya..

@Syira ITIK KEJ♥M
Chiit!! Klu aku tau aku tak letak tau fu fa tu.. Muahaha

@swingoflife
Ruginya!!! T T

@♥PrinCeSs KellY Eun♥
Tak pe lah.. dah adat bertanding.. T T

@ Fay Nana (Cik Fana)
Hahaha.. ye lah klu tak ugut semau buat don't know je.. Hahaha.. Suka ko ek tau fu fa menang.. Nasib baik soya dpt no 2 je..

cEro said...

waaaaa,
air soya tak menang...
aku vote air soya...
kecewa...
tp takpe, air soya ttp dlm hati...

meowwmania said...

owh sy sukeeee tau fu fa ngeh ngehh

WZulhilmi said...

@cEro
tau x pe. Hahaha. Tak pe lah team soya tetap dihati.. hahah

@ meowwmania
Ni sempat vote ke tak nih?? hahaha