Entry ni sepatutnya aku publish hari Sabtu lepas. Tapi masa tu ada banyak pulak benda nak cerita kat korang. Tu yang terus tertunda. Haha. So sebelum aku melalut sampai jadi 2 perenggan. Meh kita terus ke topik yang sebenar.
Jumaat yang lepas aku ada singgah dekat satu gerai makanan ni. Korang jangan ingat aku singgah saje2 je. Masa tu aku dalam perjalanan pulang ke kampung setelah menetap dekat KL selama lebih kurang 2 minggu. Time tu pulak aku tengah nyenyak dibuai mimpi dalam kereta and suddenly kakak aku kejutkan aku untuk bangun pergi makan.
Masa tu kitaorang parking jauh sikit dari gerai tu, so kena lah jalan sikit. Time tu pulak aku amik kesempatan tanya lah nak makan kat mana. Sambil abang ipar aku jalan dekat depan. Aku dengan kakak aku gossip kat belakang. Wakaka. Kakak aku cakap yang gerai ni pernah keluar dalam Jalan2 Cari Makan. Siap si Serina tu makan benda alah tu.
Lepas tu baru aku tau yang benda alah tu ialah Mee Udang Banjir. Untuk pengetahuan am korang. Aku ni bukan lah peminat mee2 alah ni. So tak lah berapa nak excited sangat.
Bila dah sampai kat gerai tu kami mula lah order Mee yang konon2 yang 'sedap' seperti yang diwar2 kan oleh si Serina tu. Aku tengok pun tak lah ramai sangat orang dekat gerai tu. So aku tak nak terpedaya macam aku kena tipu masa time makan nasi kicap aritu!! Klik SINI untuk tau apa yang kecoh2 pasal nasi kicap tu. Finally lepas tunggu lebih kurang 5 minit. Mee tu siap dihidangkan!!
Kagum tak??? First2 aku sedar yang bau aroma daun ketumbar menusuk ke dalam hidung aku. Memang macam menyelarakan!! Korang nak tau tak berapa ekor udang dalam tu?? Tengok gambar ni pulak.
Amik ko!! Cepat kira berapa udang tu!! Ada 7 kan? Tu baru permukaan je. Tapi sebenarnya ada lagi 3-4 ekor lagi yang berlegar2 bawah mee tu!! Serious!! Memang banyak udang!!.
And bila aku rasa kuah dia. Y.U.M.M.Y!!! Mak ai!! Aku yang bukan fan mee pun boleh kata sedap!! Memang betul kata Serina tu. Tambahan pulak dengan percikan jus limau nipis!!. Nyum nyum!!. Dan aku berjaya habiskan mee tu dengan perasaan rela. Bukan lagi paksa rela macam aku makan mee2 yang lain.
Kalau korang berkesempatan try lah rasa. Gerai tu terletak kat Tanjung apa ntah dekat Daerah Sekinchan. Sorry aku lupa pulak nama tempat tu. Tapi ada tanjung depan dia. Satu mangkuk harga dia RM5. Memang berbaloi. Kenyang makan. Udang pun fresh2 belaka. Cakap banyak pun tak guna. Korang kena rasa sendiri. Baru paham apa yang aku dok bebel tu. :)
P/S : Serina yang aku maksudkan bukannya Serina dalam cerita Gossip Girl tapi Serina anak Chef Wan. Hahaha
15 comments:
hahahahhahaha
mmg best siot bila
korek tu lagik bnyak kat dalam.
keh3x, wa paham isi hati lu. ngehehe
lu buat wa lapar! cisss!
>>___<<
dah dapat earning tak reti2 belanja aku ke haa.hehe
telan air liuq....
dkt ke dgn kuala selangor? LOL
Yummmyy!!!
I love noodles souppppp!
Must...try...it...one...day!
xD
@kk
Hahaha.. Earning pun tak seberapa dapat. nanti klu rezeki lebih aku belanja lah.. Hehehe
@Frodo Baggins
Memang pun lagi ko korek kat dalam lagi byk udang ko jumpa.. hahaha
@Syira ITIK KEJ♥M
pendeknya comment.. Hahaha. Ni ekagun tgk mee tu ke??
@ Liyanaa.
aah. Dalam area Selangor lagi tapi still tak ingat nama tempat dia. Kenapa gelak nih??
@swingoflife
Totally!! This menu is must try list!! :)
wah sngt terpikat dgn mee udg tu..sebelum ni hnya dgr org bercerita jer...huhu.. :)
jom ke APA KATA HATI pulak,
TOY STORY 3
nampak menyelerakan jak..weee~~^-^v
alergik udang! hanya mampu tengok je. TT___TT
apa lagi..korek lagi sampai tembus meja tu...mana tau ada lagi udang ke..wakaka gemok2 wooo udang dia...
kenapa aku rse kalo aku buat lgi sedap.ko rase yakin tak ngn statement aku?
Meleleh air liur aku weyh~~~
Ko memang sengajer bagi perut aku meradang dek tengok gambaq Mee Udang yang berjoget-joget udang tue ekk?!~~~
Postkan 3 mangkok!!!
Sekarang gaks!!!
Aku tak kire~~~
Kalo tak, aku wat mogok makan daging itik depan umah hang nanti~~~
@nabilah_2908
Hahaha.. Tu lah ni ko dgr aku bercerita lagi.. Bila nk try nih.. Hahaha
@♥PrinCeSs KellY Eun♥
Memang menyelerakn.. Nyum2..
@Fay Nana (Cik Fana)
Alaa.. kesiann kat ko. Tak pe aku bg jaejoong je lah klu mcm ni.. Wkakaka
@Kaito
Hahaha. Desperate gile sampai korek bawah meja.. Memang extreme tu..
@cracked bunny
Ermmm.. Biasalah tu.. Aku pun selalu cakap aku boleh buat lagi baik dari org lain. hahaha *memang tak sedar diri*
@-fickryhisham-
Ak nak pegi sana pun nk 2 jam. Lpeas tu nk post pulak. last2 sampai sana tumbuh kulat dah.Tak pasal2 ko mati makan mee beracun. Hahaha
lapar siottt.
Tg. Karang kn?Gemuk2 udang tuh...Aku yg bkn kipas susah mati udan pn terliuq huhu...
Post a Comment