Sunday, June 13, 2010

Boleh Guna Ke Translator Ni??

Hari nie hari Ahad kan? So aku malas nak buat entry panjang2 macam nak buat resume untuk korang baca. Aku tau ramai yang tengah tido mati sekarang. So aku nak buat entry simple je kali nie.

Pagi2 lagi aku dah bukak blog konon2 dengan harapan bila tengok dekat Dashboard ada lah tertulis "you got 30 comments to be moderated". (Berangan!!). Bila dah abis loading Dashboard tu satu haram comment pun takde. Wakaka. Sungguh tak popular blog aku T T. Tapi tak pe yang dah comment2 kat entry aku tu korang memang the best!! *wink*

Lepas tu cadang nak lah singgah blog2 lain kan mana tau diorang ada update blog masing2. HARAM!!(Baca guna loghat perak pekat). Tak de pun blog yang boleh aku terjah. At least boleh lah aku bagi komen aku yang bernas ni. Kalau ada pun ada lah dua tiga kerat blog yang update. ~Sigh~ Sungguh membosankan. Aku tau lah korang pegi melantak dekat kenduri-kendara!! (Ayat berunsur jeles). Terus lupa blog.

So korang tau tak buat apa? Aku pergi try application Goggle Translator!! (BORING!!!). Aku tak pernah pun guna app nie. So nak try lah ok ke tak? Mana lah tau kalau aku ada satu karangan Jepun yang satu hapak pun aku tak paham. Boleh aku translate ke English dekat sini.

So aku try lah taip nak tengok kejituan dan kepersisan app nie. Aku setkan translate dari English ke Malay. Mula2 taip yang simple2 dulu.


Klik untuk pembesaran yang melampau

Wau!! Aku sangat kagum!! Memang betul terjemahan dia. Ingatkan dia akan keluar sikit2 bahasa indon ke. Tapi jangkaan aku salah (Tepuk tangan!!)

Lepas tu aku taip ayat yang lebih advance lagi nak tengok mantap ke tak app nie. So aku decide nak amik satu rangkap lagu daripada Lady GaGa (dia kan tengah femes sekarang. So aku amik dia lah). Tajuk lagu yang aku pilih is Lovegame.

 Klik untuk pembesaran melampau

Terbelalak mata aku tengok terjemahan dia. KELAKAR!!! Memang the whole ayat translate tu berbeza dengan maksud asal dia!! Yang kelakar part "saya ingin mengambil naik pada kayu disko anda'. Wakakaka. Apa jadah kayu disko nie???. "Mengalahkan ini sakit??" Apa tu???. Memang agak kejam sikit aku main2 kan kebolehan translator nie. So overall dia kan translate bulat2 apa yang kita taip tu. So no ayat2 yang berkias2 ye.

P/S : Aku memang dah tau apa maksud ayat tu. Tapi saja gatal nak tengok jugak. Hah? Korang nak tau apa maksud disco stick?? Tak mau aku bagi tau. Korang cari sendiri maksud dia. =P

7 comments:

kk said...

ayat bi translate bm kena tgk tgk ayat jugak dooo.bukan main hentam je dow.bahahahahhaa

Si Kenit said...

aku mls betoi nak translate bahasa ni
phm2 aku sendiri je sudah
heheheee. memang pon, aku baru blk dari kelantan, dok melantak laok kenduri
bhahahaa

Roronoa Zoro said...

kalo guna citcat.com ok kot.. sempoi jugak.. hehehe

Kancilbiru said...

hahaha...baru ko tahu..lagi pening ada la..

WZulhilmi said...

@kk
Baik lah cikgu kila.. Muahaha. Dow tu apa? Doh buat roti ke?? Wakaka

@Si kenit
Aku translate balik ayat ko. "aku i mls nk translate ayat2 nie klu yg tak phm tu buat2 phm je" Wakakaka.

@Roronoa Zoro
Wah!! Thanks for the info!! Bleh aku try..

@Si Kancil
Betul Kak!! lagi pening. Siapa yg baru belajar BI mesti botak kepala terus. Hahaha

Syira ITIK KEJ♥M said...

mempunyai mari kita bersenang-senang?


HAHAHAHA bek aku traslate sendiri lagi best~

Fay Nana (Cik Fana) said...

hahahahahaha. terbukti google translator bukan pilihan terbaik unuk translate ape2 je. :P