Wednesday, April 28, 2010

Tutorial A&W Root Beer Float

Hari ni pulak tiba2 teringin nk minum A&W Root Beer Float!!! Mana lah nk cari nie!!(Byk songeh tul budak nie. Hari tu teringin nk minum Air Soya Cincau. Ne nak lain pulak). Untuk pengetahuan korang tak de A&W jual dekat tempat ak. Sedihnya :( . Udah lah lama tak minum. Mula lh teringat KL. I miss you. Tapi tiba2 muncul idea nk buat Root Beer Float sendiri. :) Hehehe.
So semalam singgah ke The Store beli barang2 nk buat air nie. Antara bahan2 yg bahan2 yg diperlukan adalah:

1) Root Beer
Nasib baik lh benda nie jual kat The Store. Kalau tak ada terpaksa beli Coke. Tapi nanti rasa tak sama pulak kang.(Tgk!! belum buat air lagi dh separuh botol ak balun!!Hahaha)


2) Aiskrim perisa vanila.
Perisa lain pun boleh. Macam chocolate ke strawberry ke. Tapi vanilla baru lagi sedap. Oopps!! ternampak pulak harga aiskrim tu. (Nie lh yg paling murah skali. Yang semua 9 ringgit keatas!!). Thanks Nestle!!


3) Ice cubes (In my case Triangle cubes)

Tgk!! smua resepi yg ak ajar semua just guna 3 bahan je!! tak ke economic tu!! =P
Ok cara2 nk membuat2 pula lagi lh senang giler!!. Tak pyh ajar pn korang pn, korang mesti dh tahu nk buat mcm mane. Tapi ak nk ajar juga sbb nanti entry ni jadi pendek pulak kalau tak ajar karang.. Hahahah

1) Mula2 masukkan ais dalam bekas minuman yg korang nak. Dalam case ak. Ak sekali lagi menggunakan bekas air yg panjang nie. Korang tau lh ak nie kan tamak semacam je. Lepas tu masukkan air Root Beer tu. Bubuh lah sebanyak mana yg korang nak air gas nie. Kalau korang nak mati cepat. Tapi jangan bubuh penuh sangat!! Nanti tak muat nk letak aiskrim.


2) Lepas tu letak pulak aiskrim dlam air tu. Nie pn korang boleh letak byk mane yg korang nak. Tapi pada2 lah. Jangan sampai dpat kencing manis pulak. Memandangkan tak de scoop aiskrim. Terpaksa lah guna sudu. 


3) Tada!!!! Dah siap!! Tak ke sejibik macam A&W Root Beer Float. Tapi nie lagi murah!! And korang boleh dgn rakusnya minum air nie berulang kali selagi stok korang tak habis. So dgn rasmi ak nk panggil air ni W&Z Root Beer Float. Wakakaka. Suka hati ak je.


Tgk!! buih air tu!! Pro betul ak buat air nie. Nak sama dh dgn yg ori. Boleh buat berniaga nie.Hahaha. Ok!! sekarang ak akan minum air nie bersama dgn fish and chips versi tamak utk breakfast ak hari nie!!. Nyum2!!


P/S : Nie breakfast ke lunch nie? bapak byk!!. Hahaha. Baru ak perasan yg lately ni byk sgt ak post pasal tutorial nak buat air nie. Kang jadi blog masakan pulak. 

AMARAN!. MAKANAN DAN MINUMAN DIATAS SANGAT LH BERBAHAYA UNTUK KESIHATAN MANUSIA SEJAGAT. JANGAN AMALKAN SELALU. =P


3 comments:

DaHLia said...

root beer frost tu memang beshhh:

WZulhilmi said...

Tau tak pe.. Klu boleh nk tambah je..Hihihi

atikNAOshi said...

HEHEHE..jmp blog awk kt google..
bru folo!