Tuesday, April 27, 2010

Me Lucky??

Nak lh cerita sikit pasal pengalaman ak msuk benda2 yg berunsur pertandingan ni sikit. Ak nie klu bab2 pertandingan2 agak 'kureng ' sikit lh. Slalu je tak de luck. Terutama masa era ak bersekolah dulu. Klau ader lucky draw je mesti tak akan menang!! WAJIB. So klu ader mane2 lucky draw kt sekolah. Tak berharap langsung nak menang apa2 hadiah. Kalau nak menang ape2 pn mesti kena dr usaha sendiri. Hadiah tu tak akan muncul tiba2.*teremosional plak*. Even kt U pn ader lucky draw utk undi Majlis Tertinggi Pelajar ak pn tak menang!! (ader yg dpt pendrive 16 Gig. Jealous giler ak). So hari nie ak nk crite 2 pengalaman ak masuk 2 jenis pertandingan(bkn lucky draw. Sbb ak tau awal2 ak akan kalah)



First Game

Ada satu hari nie. Ak tak ingat lh. Tapi yg pasti bukan hari minggu. Kelas ak waktu ptg je. So ak online lh pagi tu. Tgh2 duk melayan twitter sorang2 nie. Tiba Galaxiemag nk wat contest hari tu. Dia kate dia akan pilih 10 lucky winner utk menang CD from Ke$ha (Masa tu kan lagu Tik Tok tgh popular). Dia kata siapa yg terpantas dan dpat jawapan yg betul akan menang hadiah tu. Semua soalan akan berkisar pasal Ke$ha. Sambil mata ak terjojol kat depan skrin laptop ak dgn cepatnya pergi Wikipedia dan baca semua kisah pasal si minah Ke$ha ni. Ye lh nk prepare kn. (kalah preparation utk final exam).
Tunggu punya tunggu akhirnya first question kluar 'What is Ke$ha real name?'. Ak dengan gelak angkuh nya reply tweet balik 'Kesha Rose Sebert' (still ingat lagi tu nama penuh minah nie sampai sekarang!!). Lps 5 minit (berdebar2 nk tunggu result sbb ak dh tweet dlm 10 saat lepas soalan tu kluar. Laju kan?). Tiba2 kluar nama org lain yg menang. Terkesima ak sekejap.(tak nk gelak angkuh dah). Ak pn tgk profile org yg menang tu (tak puas hati nih!!). Dia antar 5 saat lagi laju!! (Tipu!!!).
Tak pe2 ader lagi 9 CD. Cuba lagi( cewah!! nk tenangkn diri lh tu). Soalan Kedua sampai Ketujuh ak try jwab. Still tak dpt lagi. Hampeh tul!! Jawapn dh betul tp asyik lambat je.. Geram tul!!. (sampai dlm kelas computer pn ak still tak putus asa jwb soalan nie. Walhal lecturer tgh busy bg lecture kt dpn)
Bila dh habis kelas (dah kat bilik balik). Still nk jwb soalan tu lagi. Berkobar2 lh nk menang walaupn ak tak minat Ke$ha sgt. Tapi dh free. Sape tak nak.
Dah masuk pukul 7 ak dh give up, menyampah pulak ak tgk pemenang yg menang. Siap tulis "this is my lucky day i win Kesha CD!!!". 
Shut up ok!! tau lh menang tak pyh lah nk heboh satu kampung!! (Dengki punya pasal.Haha)
Dah tak nak main dh!! so ak pegi lahh makan malm dengan kawan ak. dah tak nk pikir dh. Lps abis makan buat lh assignment yg berlambak kt atas meja (tu lh obsess sgt dgn game nie. sampai assignment tak buat!!).
Bila dh abis semua kerja. Buka lh twitter balik nk check update. (Walhal nk check game tu ade lagi ke tak. Ada hati tu!!). Tgk2 dh soalan Kesembilan dah. Tinggal soalan terakhir je. So ak decide nk masuk lh. Saja2 kan nk isi masa lapang :) (Heloo!! dh malam tidur je). Kluar lh soalan dia 'What is Galaxie's address?'. Dgn pantasnya ak amik majalah Galaxie(nasib baik tak buang lagi!!). ak taip balik alamat dia. Lepas tu ak antar dalam 10 kali!!(geram punya pasal).
Tunggu punya tunggu. Keluar lah nama pemenang. "Congrats to @Wzulhilmi for winning our last CD!!". Punya terkojut lh ak. Sampai nk melompat dlam bilik tu ak rasakan!! Finally dgn berkat usaha ak menang gak CD nie..Haahaha *Gelak Puas*. Lepas tu ak tweet "This is my lucky day!! I win Ke$ha CD!!'. (pulak dh!! td dia yg kate jgn riak!!)



Second Game

Yg nie competition  yg Fly Fm buat. Ala nama dia Fly FM Cash Call. Dia bagi RM60 ribu utk menang. Cara nk menang senang je(yela tu). Korang kene taip Cash lepas tu hantar kt diorg. Lepas tu korang tunggu lh diorg call balik. Masa diorang call tu korang tak boleh cakap Hello ke Apa khabar ke Hai ke.Nanti tak menang . Korang kena gelak sedasyat2 yg mungkin. Baru boleh dapat duit. Selalunya yg menang akan dpt rm1000 keatas.Ak pn terpedaya lh dgn game nie.


So masuk lh. (ak kan pro dengan semua jenis gelak2 nie. Hahaha). Lepas tu dah hantar mesej kt diorg ak pn menanti lh dgn sabarnya.
Tengah khusyuk2 study tiba2 ader orang call. Ak pn check lh!! Omg!! nombor yg tak dikenali!! mesti Fly Fm call!! Yes!!
Dengan yakinnya ak pn tekan butang accept call dan gelak lah (bukan gelak tamak ek!! ok2 ade lh sikit). ~~~~~~~~ "Hello kami dari College Sunway nak tanya pasal..." What!!! Bukan Fly Fm yang call ke???Shoot!!! MALUNYA AK!!!! Ak terus end call tu tanpa dengar apa2 bijik butir yg org tu nk tanya ak sebenarnya. Korang tau tak betapa malunya aku, Tak ke namanya gila gelak sorang2!! Klu menang lain lh. Nie org lain yg call!!. Lepas tu ak dh tak nak masuk game tu lagi. SERIK!!*trauma*




P/S: Tak paham ak kenapa time tu jugak lh. Org yg tak dikenali call. Time lain tak pulak call!!. :((

2 comments:

swingoflife said...

LMAO!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Wzulhilmi said...

WoW!! dasyatnya gelak!! hahaha :)