Thursday, May 13, 2010

Ending Adamaya Macam Tu Ke??

"Awak saya mintak ampun awak!! Saya mintak ampun!!"

Amik ko Maya dulu tergedik2 kan si Dani tu, baru sekarang sedar. Walaupun ak nie bkn peminat setia cerita Adamaya nie. Tapi at least ak tau ape perkembangan criter nie. Tgk2 hari nie last episod pulak. So sesuai lah klu ak buat entry untuk last episod cerita ni. Jenuh lah ak nk menghafal nama watak2 dlam cerita tu sebab nak wat entry  nie. Takut nanti orang tak paham pulak. Muka watak2 dalam cerita tu ak ingat lah. Ini antara kesimpulan yang dapat dibuat :




1. Seronok si Amani asyik dapat kene dukung je. Kalau tak kena dukung dengan si Maya mesti si Adam. Atau pn kawan si Maya. Atau pn dengan atuk dengan nenek.  *Tiada unsur jealous dalam statement ini. Kikiki*

2. Kesian Lisa. Berlari sebab tak dapat cinta Adam. Yang tu menangis terharu ke atau kecewa. Totally kecewa!!! Kikiki. Tu ni mesti kes lupa pakai Sunsilk tu yang Adam tak sedar tu. (Kalau sapa yang tak paham tu. Dulu si Lisa nie pernah berlakon dalam cerita Impian Sunsilk)

3. Dani gila akhirnya. Mmg ak dh agak . Antara tiga benda yang selalu berlaku pada watak jahat dalam episod akhir ialah kalau tak gila mesti mati. Kalau tak mati masuk penjara. Jeng2~~ gila jugak nasib si Dani. Kalau mati kena gelek dengan treler kan lagi tragis. Huhuhu

4. Walaupun korang rasa mcm nk maki hamun si Dani sebab selalu buat hal dlam cerita nie. Bagi akulah dia yang sepatutnya menerima pujian dalam drama nie antara banyak2 pelakon. Sebab lakonan dia yang memang bapak annoying nk mampus. Asyik nk mendesak aje. So klu Si Dani tu dah berjaya buat korang rasa nak balik TV  kat mamat nie ni bermakna dia dah menjiwai watak tersebut dgn baik sekali. So good job Dani

5. Si Adam tu dulu ahli kumpulan Ruffedge kan? nie first drama die ke? Sorry ak mmg tak tau apa2.(Apa tujuan statemen kelima nie?)

6. Wah!!! Sapa nak bagi kat korang RM300,000 tiba2. Nak terjojol bijik mata ak bila si Adam bagi check tu kat Maya macam tu aje. Kalau ak apa lagi.  Apa lagi. Bye2 Adam.(Sambil packing barang nak pegi melancong)  =P

7. Ingatkan last sekali si Adam nie tak nak maafkan si Maya. Last2 dia pergi lah pujuk balik sebab kena tenung maut dgn si Lisa dengan 2 orang lagi kawan si Maya nie. Lain kali ak pn nk tenung orang mcm tu kalau orang tu buat salah. =P. Another tipikal happy ending i guess. 

Ak yakin drama nie akan diulang tayang balik. Gerenti!!. Korang tgk dulu cerita Nurkasih. Dah ulang beberapa kali dah. So sapa2 yang terlepas tu ader lah peluang nak tgk balik.

P/S : Lalalala. Malam nie nak tgk cerita apa ye? Ada cadangan??

8 comments:

M a W a D D a H said...

nice kan citer ni...selalu x miss...hehe

WZulhilmi said...

@M a W a D D a H
Wah!! tak pernah miss!! Ni mesti peminat setia nie. So bila nk beli box dia? hihii.
Ok lah bagi saya. tapi lain orang lain taste nya. betul x?

Frodo Baggins said...

masalahnya skank wa baru nak plan tengok adamaya. dah habis ke? ciss


>>____<<


woooha!

WZulhilmi said...

@Frodo Baggins
Ehem2. Ni betul ke nak tgk nie? tgk komen mcm gaya orang seronok sebb cerita nie dah habis. Kikiki. Kalau betul ko nk tgk ak dh buat spoiler dh dalm entry. Hahaha =P

cik kuntum said...

1: amani sgt comet dh mmg layak die didukung selalu. *ceh,tetibe je.heee. :]

2: cedey tgk lisa td,maybe la sbb dia xpakai sunsilk tu.haha.serabut kot,sbb tu adam xcair. :p

3: pdn muke kt dani, tp kesian jgk. (!_!)

4: setuju! dani menjiwai watak. *tiba terbayang yg dia mmg jenis bapak mcm tu kt luar pn.kn dia dh bercerai ng nana?ho3.

5: iyup,kump ruffedge.hehe.td mmbe suruh carik gmba adam,dia suh mms tp tertaip sein febules cat.haha.abeh kua gmba xsenonoh. :p

6: nak laki mcm adam bole?dpt duit byk3!yeah yeah yeah. :]

7: adam tu terlalu baik,mcm xpuas ati je die senang2 maafkan maya. :p * jeles much actually.haha.

8: eh???dh habis nombor dh?hehe. :D

zool said...

aku tak layan plak..
tapi Lisa Surihani memang cun abih

WZulhilmi said...

@Cik kuntum
Wah. Kagum sekejap tgk comment cik kuntum. Details.. Ni gerenti peminat setia nie. Hihihi. Thanks for all the comments!! :))

@Zool
Takpe2 lain org lain taste nye. Nanti ak ckp kat Lisa Surihani ko kirim salam kat dia. >.<

Si Kenit said...

aku tak dapat layan satu episod pon
uwaaaaa >O<