Sunday, May 30, 2010

My Top 4 Lagu Rossa

Seriously malam hari sabtu adalah malam yang paling bosan antara semua malam. Maksud aku dari sudut siaran TV. BOSAN~~~~~~~~~. Tak da cerita yang menarik pun nak tengok. Bagi yang ada astro aku tak tau lah. Mesti ada cerita best kut. Dah siaran pun berlambak2. Rumah kat TV aku ni ada lah dalam 6 channel. So sangat lah limited pilihannya. T T 

Tengah dok jemu relaks depan TV tiba2 ternampak lah tweet nie.



A'ah!!! Malam ni Rossa buat konsert kat Bukit Jalil!! (Pura2 terkejut padahal bukan boleh pergi pun). Dalam hati memang nak pergi kalau ada peluang. Sebab banyak jugak lagu minah nie yang sedap. Honestly aku bukan lah penggemar muzik tempatan mahupun muzik indon. Hanya segelintir je aku dengar. So entry nie adalah spesel tribute untuk akak Rossa kita nie. (Macam dia dah mati je buat mcm nie) Muahahaha. 

Aku baca kat satu laman web yang cakap konsert nie berlangsung selama 2 jam. (Kalau aku dah pancit!!). Diiringi dengan 14 penari dan 30 pemuzik okestra!! Wah!! Ni memang grand!!  Tiket2 yang ditawarkan antara RM58, RM98, RM148, RM248 dan RM348. Kalau aku lah betul2 nak pergi aku rasa aku beli tiket harga antara RM58 or RM98 ( Ko nampak bayang je lah oi!!). 


Gaun aku boleh terbang!!


So sekarang aku nak senaraikan Top 4 hit song daripada Rossa yang aku suka. (4 je!! kata banyak). Kita mulakan dengan tangga keempat. Jeng2~~~

#4 Hey Ladies
Wakaka. Aku pun boleh pelik sebab suka lagu nie. At least aku mengaku kan. Tak lah hipokrit kata tak suka padahal dalam hati siap hafal lirik lagi tu. Mula2 biasa je aku dengar lagu nie. Ok lah genre pop. Lepas dh dengar kat radio ulang2 terus aku pun terpysho suka lagu nie. Korang perasan tak masa dengar lagu nie ada suara sayup2 kat belakang membebel ntah apa2. Nak je aku hempuk suara tu. Haha. Gedik semacam. Yang nie antara suara2 gedik yang aku dapat tangkap.

"Hancur Hancur"
"Busuk sih"


#3 Terlalu Cinta
Lagi nie kurang popular sikit. Tapi aku suka. Sebab macam sedih meratap tak hingat dunia. Tambah pulak dengan iringan bunyi piano. Wah!! Melayang sekejap!! Wakakaka. Suka lirik nie

"Tuhan. Maafkan diri ini. Yang tak pernah bisa menjauh dari angan tentangnya"

Sape yang tengah hot 'bencinta' memang lah sangat2 sesuai. Aku suka sebab macam suci je cakap macam tu. Hahaha. Angan tak boleh blah.


#2 Ayat-Ayat Cinta
Siapa yang tak pernah dengar lagu nie. Memang lah kesian. Sebab dulu masa cerita ayat2 cinta tengah hot. Semua radio asyik pasang lagu ni je. TV pun sama. Aku yang tak tahu apa2 terus tau. Movie dia pun aku tengok masa time raya dulu. Agak menarik lah. Tambah lagi masa part2 yang agak terkesan dekat hati pasang pulak lagu nie. Last2 terus terpsycho sekali. Wakaka. Suka part nie

'Maaf bila ku tak sempurna. Cinta ini tak mungkin ku jaga'

Amik ko!! Memang gramatis betul ayat. Hahaha. Ermm baru perasan kenapa ak suka part maaf2 nie???


Tempat pertama ialah.. Bunyi kentut gendang please!!!Tada~~


#1 Pudar
Nyiahahaha. Lagu nie memang lagu yang paling aku suka. sebab lagu ni lah yang mengenalkan aku dengan akak comel Rossa. Lagu simple tapi music dia memang rancak. Best2!! Lagi satu lagu nie mengingatkan aku masa aku kat high school!! Rindunya zaman sekolah!!! Hari2 boleh sembang2 dlm kelas. =P Siap sampai kena tegur cikgu kat depan sebab sembang kuat sangat. Last2 kena jawab soalan kat depan. Soalan matematik tambahan ye!! Cirit aku menjawab.

P/S : Internet tengah slow2 pun sempat gak buat entry nie. Kikiki. Kalau korang perasan, sekarang nie aku tengah belajar gelak baru. Nak dengar? Nyiahahahaha. (Gelak tamak + gelak puntianak) =P


5 comments:

cracked bunny said...

gelak la style vampire.hi hi hi

Skype Crew said...

minat rossa seyh...hu3...gud2.. :)

Si Kenit said...

semua lagu dia aku layannnn
fullstop. hehehe =p

TTT said...

hehe xpernah dgr lagu die :)

WZulhilmi said...

@cracked bunny
gelak vampire mcm mana??

@Skype Crew
Tak pergi konsert dia ke?

@Si kenit
Ko kan memang minah jiwang. Wakakaka

@TTT
TTT!!! Tak kan x pernah dgr langsung!!