Sunday, May 16, 2010

Nak Cendol!!

Siapa sini suka cendol?? Sila mengembek sekarang. Ak suka cendol!!! Siapa sini reti buat? Mmg salute lah kat korang. Boleh buat berniaga nie. Dengan cuaca petang yang panas gila tahap padang pasir sahara ni kalau dapat pekena satu jag mangkuk cendol memang best giler. 

Korang tau tak last week ak ingat nak beli air cendol kat pasar malam dekat depan rumah ak tu. Pergi lah kat gerai makcik air tu. Tengok2 makcik tu tak jual cendol ari tu!!. Ak pun try lah cakap "Mak cik saya nak cendol gak!! Kalau tak saya tolak balang air tebu nie kang!!.". Tapi mampu terkeluar dalam hati je. =P

Yang seingat ak makcik tu jual air asam boi, milo, cincau , kelapa dengan tebu. "Mak cik!! (Lagi sekali) Tak payah lah buat air cincau dengan milo tu. Saya boleh buat kat umah!!" <<< (Suka hati ko je ye)

Nak tengok besok pulak. Harap2 mak cik tu jual lah air cendol. Kalau ada saya beli 2!!(Tamak!!).

Tapi dengar orang lah cakap bukan ak. Yang cendol nie tak elok makan banyak2 sebab ada banyak kapur dalam dia. Nanti kapur tu boleh hakis perut. Betul kot. Tapi kapur apa? Kapur yang kat papan hitam tu ke?

Lagi satu mitos ak dengar. Yang agak tidak senonoh sikit. Kalau orang nak bagi cendol sedap. Pekat lazat berkrim kena bubuh seluar tuttt yang dah diguna selama seminggu. Betul ke? Korang try dulu. Kalau betul bagi tau ak ek. Seluar tracksuit boleh tak? Ganti seluar tuutt. Ok ak dah melalut.

Nie pulak gambar cendol yang ak Goggle. 






Geram tul ak tengok gambar2 cendol tu. Terliur enzim Amilase ak.  Sabar je lah.

P/S : Happy Teacher's Day kat semua orang yang bergelar guru. Kalau tanpa mereka inilah tak reti ak mengira dan berkomunikasi sampai sekarang. :)

13 comments:

joegrimjow said...

pernah dengar cpt?
mmg terbaekkk!

ardinihumaira said...

uisk... mengiurkan.. sedapnya time panas makan cendol tu,,. teringin la pulak.. ^_^

jfook said...

I love cendol too...

sarah shafie said...

wooosh..sedapnye..

Anonymous said...

pic num 2
memang buat aku nak pegi carik kedai cendol sekarang jugak!!!
T________________________________T

ciK LyndaWawa said...

nak jugak cendol..cepat anta sini

WZulhilmi said...

@joegrimjow
Maaf saya tak berapa faham denagn komen awak.. Hihihi. Boleh tolong jelaskan tak?

@ardinihumaira
Tau tak pe cik Dni oi. Nyum2

@jfook
me three!!! :)

@sarah shafie
Memang sedap. Sebab tu saya teringin sgt nie.. :)

@Si Kenit
Jom2.. Ak join je.. :)

@ciK LyndaWawa igUana
Cik Lynda saya pn tgh cari cendol. So tak boleh hantar kat wak.. :(

swingoflife said...

I loike cendol! My mom can make a good one! =)

Kasih Suci - Mama Damia said...

nyum nyum nyum...beshnye

WZulhilmi said...

@swingoflife
Jealousnya ak dengar!! Wei post ak cendol!! Wah!!

@kasih suci
Memang best pun. Tu baru tgk. belum makan lagi.. :)

Sha Wbunny said...

komen agak ketinggalan.sy terrel buat cendol taw.meh dtg moscow meh

WZulhilmi said...

@sha
Kat moscow ader cendol ke? Mcm mana nk buat? hihihi

Aku said...

ouch . menggiurkann itu cendol ! bhahahaha ;DD