Monday, May 17, 2010

Jalan- Jalan Ke .... Market (Part 1)

Ak dah balik!! Fuh!! Penat shopping. Dah lah panas gila. Memang betul lah lapisan ozon dah makin menipis. Ok2 jom ak nak cerita apa aktiviti shopping ak hari ni. Tapi nie part 1. Sebab dah terlampau excited nak buat entry. Ak terlebih tangkap gambar. Kikiki. So ak decided  nak buat dua bahagian. Hehe bahagian kedua akan aku post malam kang. (Kalau ak teringat nak buat). 

Adventure bermula sekarang!!

First2 dah sampai Pekan Sitiawan tu. (Nanti ak cerita sejarah nama asal usul Sitiawan dalam entry lain. Tak de kena mengena dengan Siti Nurhaliza ye). Ak stop dekat Pejabat Pos! Bukan nak hantar surat. Tapi nak keluar duit. Hehe. Nak shopping mestilah kena ada duit kan. Tak mau ak window shopping je. 


 Kaunter berhantu. Takk ada orang tapi suruh orang beratur. Hahaha. (ader lah org tapi tak nampak)


Tada!! Nie kaunter 4 nie terus bukak bila ak dah sampai. Tgk!! anak raja datang. Terus semua kelam kabut nak layan ak. Hihihi. Tak paham ak ada sign 'Sila Beratur'. Padahal tempat duduk dah disediakan kat situ. Buat apa nak beratur lagi. ? ? ?  ?. Korang tau tak masa nak keluar duit, mak cik kaunter tu amik 5 kali  cop jari ak!! Macam nak buat pertukaran hak milik tanah!! Lepas tu guna gloves nk pegang ibu jari tangan ak. Terhina sekejap ak. Wakaka. I'm clean ok mak cik!!

Lepas dah keluarkan fulus $$$$. Ak pegi TM point pulak nak bayar bil broadband. Dah dua bulan tak bayar. Hahaha. Kang kena potong kang tak boleh ak nak update blog.  Masuk2 je dalam TM Point tu. Terkojut ak!!!



Amik kau!! Ramai giler. Mmg dasar pemalas semua2 nie. Baru sekarang nak bayar bil. Nak je ak cakap ' Don't u all know online payment!! Duh!! Old-fashioned human being!!". <<< (Padahal ak pun tak tau =P) . ak tgk ader kat abang tu sampai ada dekat 6-7 jenis bil kat tangan dia. Mak ai. Byk giler!!.(Jgn tanya mcm mana ak tau ader 6 jenis bil. I just know). So ak tunggu lah dgn penuh sabar kat kerusi yang empuk tapi penuh dgn daki tu. Tu pun setelah ak halau orang tua dari kerusi tu. Hahaha. 

Lepas dah bayar bil. (Btw mmg mesra akak kaunter tudung biru. Saya sokong akak jadi employee of the month!!).  Jeng2.. Ak pegi Supermarket The Store!! Sebelah kedai TM point tu je.




Gambar ni dari pintu belakang ye. Ak malas nk masuk dekat pintu utama. Ramai sgt orang. (Ok!! tak de lah ramai sgt). So ak melangkah le ke dalam supermarket tu sambil sorong troli besar mcm nak beli stok untuk kenduri kawin. 

So first stop ak pegi ialah... Cuba teka kat mana. Ak pegi ....
 Tada~~




Department berus gigi!! Wakaka. Mana ak nak pilih ye. Berwarna warni jenis berus yg ada. Ak beli berus gigi ye bkn ubat gigi. Masa ak nak tgkp gambar nie masa tu semua staff tgh nk susun stok baru. So diorang semua memandang hina kat ak. Seolah2 ak nie tak penah jumpa berus gigi sampai nak tgkap gambar buat kenangan. 

Lepas tu ak pergi beli...



Mayonis!! Hahaha.  Tgh sale nie. Botol besar 6 ringgit satu. So ak rembat lah satu botol. ^.^. Boleh buat cecah2.

Lepas tu tolak2 troli sampai lah dekat bahagian...




Maggi corner!! Wah!! Byk choice!! Rambang mata sekejap. Punya lah byk jenis perisa. " Perasa maggi kaviar tak de ke?' (amboi maggi pun nak perasa canggih2!!). Last2 lepas dah godek satu section maggi tu. Ak amik lah perisa Mamee Tom Yam. (Mana kaviarnya!!)

Tiba2 ak terjumpa ~~~~~~~~~

To Be Continued

P/S : Mesti korang pelik kenapa ak tak shopping baju2. Pergi shopping makanan pulak. Hehe. Ak tak de mood nak beli sebarang baju time nie. So ak rembat makanan sebagai stok makanan untuk sebulan. :)

7 comments:

amar haziq said...

salam ziarah;)


jenguk2 lah blog saya k..
http://amarhaziq-ceritasaya.blogspot.com/

WZulhilmi said...

@Amar haziq
Thanks sbb lawat my blog.. :)

Anonymous said...

ahahaha
tiru entri aku nampak
ber "part-part" bagai ni
mueheheee
patotlah aku tunggu kat giant ang tadok
rupanya kat the store
ok fine!malas dah nak teman ang
kuikuikui =P

WZulhilmi said...

@Si kenit
Tak main lah tiru2. Kebetulan je kut. Dah entry nie panjang ak buat lah part2. Nanti ader yg tido kang buat panjang2.
Supermarket Giant ape kelas. Ak pegi Supermarket Doreamon lagi best. =P

star said...

Kt pjbt pos bole amek duit ka?xtau pn..haha mkck tu jage air sembahyang...

sha =) said...

kaviar dh pernh makan ke?masin oooo.tukar perisa lain pelis.kat sini ade megi perisa cendawan.msia ade x?

WZulhilmi said...

@Star
Boleh klu ader account asb. Hihihi

@sha
Berangan je nak mkn hihii.. Ada2. Malaysia bkn ajae cendawan byk lagi perasa yg ada. Cuba takut nk try je.. :)