Wednesday, May 19, 2010

Jalan- Jalan Ke .... Market (Part 2)

Kalau siapa yang tak baca lagi entry Jalan-Jalan Ke.... Market (Part 1). Korang boleh klik kat sini Kalau korang ingat lagi tempat terakhir ak pergi adalah di maggi corner. Lepas dah sumbat maggi tom yam tu dalam troli. Baru je nak pergi ke next stop.

Tiba2 ak terjumpa satu makhluk berambut kerinting sedang menolak troli ke arah kaunter sambil mulut terkumat kamit seperti sedang membaca jampi serapah. Ok2 ayat tadi terlebih imiginasi. Nie ayat yang lebih tepat. Tiba2 ak terjumpa seorang makcik chinese berambut kerinting sedang menolak troli ke arah kaunter sambil mulut dia memaki2 anak2 dia supaya behave sikit kat market. Korang tau tak auntie tu punya mulut alahai bising giler boleh dengar satu market. Pot pet pot pet. Non stop.

Ak yang nk pilih barang ni pun hilang konsentrasi. So tolak lah troli nie nak pegi department lain jauh2 sikit. Konon2 nk lari lah dari suara auntie tu. Akhirnya ak sampai dekat section....


Biskut2 dan roti. Tgk kotak London Swiss Roll tu. Mcm2 perisa. Tapi ak tak beli tu pun. Ak beli satu kotak Loller perisa Strawberry. Teringat pulak Erra Fazira kejap. Sebab dia kan duta London Swiss Roll nie. Masa nk pilih2 tu terdengar sayup2 suara auntie tu. Sabar je lah. Sekali lagi staff kat situ pandang ak semacam sebab ak tangkap gambar kotak biskut. Elooo!! Buat lah kerja awak tu. Bukan saya nk mencuri pun. Hish2.

Tinggalkan cerita auntie dan staff tu, sekarang kita ke section..




Breakfast cereal!! Hahaha. =P Tapi dah lama kut ak tak makan benda2 alah nie. So ak pun amik lah Snow Flakes satu kotak. Nampak tak tiba2 hilang satu kotak kat dalm gambar tu. Itu kerja ak lah tu. Hihihi

Move on to the next section. Ak terus ke...




Bahagian makanan di dalam tin!! Yang nie bahagian laici2. So ak skodeng2 lah mana yang best. Tapi ak nak laici yang dalam dia ada nenas. Baru best. Kalau laici saja tak mau lah. Ak boleh order kat kedai.

So lepas dah puas beli makanan kering. Ak pun menuju lah ke bahagian freezer!!.  Dengan perasaan tamak haloba. Ak pun godek2 lah semua jenis makanan sejuk nie dgn rakus nya. Sampai terlupa nak tengok tag harga. Korang tau lah makanan kat sini mahal2 belaka. Nuget bodoh macam tu pun dah RM10 ++.





Finally ak amik satu bungkus Hush Brown dengan satu bungkus Nuget Alphabet. Wakakaka. Yang Nugget Alphabet tu nuget dia bentuk huruf tu. Ada A, B, C, Z, W  banyak lagi lah. Tujuan ak beli nugget tu  adalah supaya masa nak makan boleh lah belajar huruf. =P

Jeng2 inilah hasil shopping ak kali ini..


Kalau korang nampak ada barang yang ak tak pernah sebut. Korang buat2 tak nampak je lah ye. Lalala. So sekarang menuju ke kaunter bayar semua harta pusaka ak nie.

"Semuanya 70 ringgit 80 sen je encik!!"

Amik kau. Mahal nak mampus. Padahal benda2 simple je. Hihihi. Tapi ak dah agak dah harga dia macam tu. So tak de lah terkejut beruk sangat.

Belum habis lagi!! Sebelum nak balik tu sempat singgah ke..


KFC!!! Hahaha. Tamak haloba sungguh kau nie. Cadang nak beli twister. Tapi dah habis!! Kena tunggu next season pulak. T T . Last2 beli lah satu set ayam black pepper. Sebab perasa Hot and Spicy tak de!! Hampa sekejap ak. Lepas dah bayar semua ak pun balik lah ke rumah tercinta. Ye lah!! Tak sabar nak makan semua nie. Hahaha

P/S :  Nie semua baru shopping makanan dekat supermarket kecik. Bayangkan kalau ak pergi hypermarket. Berapa troli agaknya?. Belum campur lagi baju2 semua. Wah!!! $$$$$$$

5 comments:

Si Kenit said...

oh
aku mengidam cheese wedges
tapi semalam baru dapat melantak!
yay! =D

WZulhilmi said...

@si kenit
Suka ko ya. Mengidam2 terus dapat..

star said...

sedapnyer...wah mmg puas duk umah,puas melantak!abesla ko lps cuti,xslim dah kekeke

ps: london chocoroll (nyanyi cm iklan die)

WZulhilmi said...

@Star
Kikiki. Tau x pe. Mau gemuk ak lepas nie. Tak pasal2 kena pergi slim world.. hahaha

cracked bunny said...

nak KFC!! sini tak halal.waaa