Amboi tajuk.
Ok, ingat dulu lagi semasa masih lagi dalam uni life hari-hari pasti stress fikir macam mana nak menyiapkan FYP (Final Year Project) sampai kadang-kadang kadar menu bertambah secara tidak sedar. Tu belum lagi masuk kalau tiba-tiba mental breakdown result tak menjadi seperti apa yang dikehendaki terus keluar lab pergi cafe order makanan banyak-banyak. lol!
Selain daripada mengunyah, cara lain untuk menghilangkan stress adalah dengan menangkap gambar sehari sekali lepas tu post dekat Tumblr dengan caption yang pelbagai (biasanya berunsur emo dulu but who cares). Tapi sebelum tu guna platform Instagram. Tapi masa tu Instagram tak mainstream lagi. Jarang-jarang orang guna. Senang cerita aku orang terawal yang melopori apps Instagram tu ecewah. Kah kah. Tapi lepas tu account tu tak boleh guna dah. Stress.
Sebab Instagram ni hanya boleh upload gambar through smartphone/tablet semua bila ko dah takde benda-benda tu semua terus hilang kebolehan nak upload gambar secara hipokrit (asalnya hodoh lepas tu guna filter lawa tertiba). Jadi Tumblr adalah solusi untuk masalah tersebut. Tapi macam biasa lah 'HANGAT-HANGAT TAHI AYAM'. Buat beriya memula lepas tu bila happy semua tinggal terus! -_-
Maka sekarang ni nak try hidupkan balik Tumblr tu dengan mencuba aktiviti satu hari upload satu gambar macam more like appreciating the life lah. Tapi takde lah komited gila. Tak mau nanti dia jadi lebih kepada burden instead of buat dengan rela hati.
Jadi boleh lah melawat ke Tumblr saya dengan mengklik icon gambar dibawah.
No comments:
Post a Comment