Sejak dari dulu lagi aku selalu berangan akan ada lah mana-mana syarikat penerbitan yang akan contact aku dan memberi perkhabaran gembira yang aku akan terima beberapa buah novel/manuskrip percuma daripada mereka untuk dibaca dan dibuat review secara jujur dekat blog ni. Selalu sangat berharap sampai bila nak buka email kadang-kadang terselit harapan adalah email berkaitan perkara tersebut. Walaupun kedengaran agak mustahil kan. Haha. Tapi memang tak boleh elak mesti berharap jugak.
Yelah tengok blog pun blog picisan, traffic pun tak tinggi mana, ada ke yang nak hantar? Buat rugi kedepa jugak kan? Tapi yang aku selalu aim PTS lah. LOL! Sebab aku tengok banyak sangat tajuk mereka yang interesting nak dibaca. Baaaaanyaaaaak! Aku kadang-kadang naik geram juga bila dok tengok-tengok buku dekat Popular banyak sangat bukan kemain. Mingguni aim 5 tajuk nak beli minggu depan muncul lagi 3. Aku dah jadi bingung. Padahal 5 sebelum tu tak beli lagi. Lagi-lagi yang hard cover pulak kan. Perghh! My favourite type of book weh. Tapi al-maklum lah budget pun terhad jadi mampu tenung saja lah.
Lepas tu berangan tu tak stop disitu saja. Siap berangan lagi kalau syarikat-syarikat penerbitan ni bermurah hati bagi beberapa copies novel dekat aku untuk diberi kepada readers blog ni. Tak kiralah sama ada dalam bentuk contest ataupun lucky draw aku memang nak bagi dekat korang. Hahaha. Orang kata sama-sama untung kan.
Lepas tu tak terhad kepada buku sahaja malah kalau ada voucher makanan pun ok. Kalau dapat lebih memang aku kasi. Konon-konon nak jadi Oprah kan. Tapi tu lah nak tu memang nak tapi disebabkan point aku bagi tahu terdahulu memang rasa macam berat benda-benda ni nak terjadi. *depressed*
Tapi tak mustahil bukan? Semoga suatu hari tercapai juga impian ini dan bersama-samalah kita menikmati voucher makanan dan buku-buku percuma tersebut. Kah kah.
P/s: Jangan lupa untuk mengundi ya poll dekat sidebar tu? Undi sampai lobam. Sebab aku tengok result dia makin sengit!!
P/s: Jangan lupa untuk mengundi ya poll dekat sidebar tu? Undi sampai lobam. Sebab aku tengok result dia makin sengit!!
No comments:
Post a Comment