Tuesday, May 14, 2013

Rambling #12 Ringkasan Untuk Minggu Lepas

Hai! 

Tiada apa-apa yang menarik yang terjadi dalam kehidupan aku dalam minggu lepas so memang tak ada stok nak buat update entry. Tapi kalau ada pun selalunya mesti terbantut since ini pun laptop pinjam. Laptop sendiri pulak dah hantar bengkel untuk diperbaiki. (Wow! laptop ada tayar ke hantar bengkel). Kalau dah nama pun pinjam mestilah beradap sopan bukan? Tak boleh nak conquer laptop tu 24 jam. Plus my nieces begitu obsess watching Ultraman using this laptop and I was like bukan dah tengok ke episode ni? Kenapa tengok ulang-ulang kali? Hurmm.. 

Jadi ini adalah ringkasan untuk minggu lepas:

Whoever following me on Instagram, aku ada postkan gambar untuk hasil Projek Botani yang terbengkalai. Tada~~

\

Cili padi pertama hasil tangan WZ akhirnya tumbuh. Oh! Selepas ini pastinya muncul ladang cili! LOL!
Amboi, baru tumbuh sebiji cili kecoh sekampung.

Next adalah percubaan pertama WZ memakan takoyaki di hometown nya. Yang paling terakhir gamaknya last year masa study dulu. Jadi bila dah teringin walaupun duit tak berapa banyak sangat tutup sebelah mata sajalah. Demi perut.


Yang ni beli dekat Minus 1. Which is another stall yang jual ice blended tapi ada juga jual benda lain macam takoyaki, frozen ice, ice cream, crepe, *nanges*

And it was ok. I was hoping the taste will be like super delicious sampaikan kalau ada 5 ringgit dalam poket sama ada ko nak bayar duit minyak atau beli Takoyaki ko akan pilih untuk beli takoyaki. Tapi walaupun rasa dia macam tu kalau bagi free boleh saja. Muahaha.

Dan akhir sekali aku berjaya membeli rak buku yang baru.. So cheap lah I tell you. RM10 boleh dapat 3 tingkat. Ini adalah mustahil. Dulu masa dia jual awal-awal around RM15-20. Sekarang ni agaknya clearance stock maybe. Ah! Kena beli lagi satu ni.

Mini library here I come!
See aku dah kabo dah tak interesting mana. Tak de ah nak tunjuk pegi photo shoot ke, majlis award ke, concert ke.

P/s: I don't know why on Earth gambar cili tu senget padahal aku dah betulkan siap-siap before uploadkan dia. Dasar blogger dengki ke apa?

No comments: