Tuesday, April 30, 2013

Rambling #9 Hangat-Hangat Tahi Ayam

Dulu bila zaman tiada kamera hanya mengharapkan semata-mata handphone yang mempunyai kamera 3 MegaPixel yang tiada fungsi flash untuk mengambil gambar. Selepas tu mulalah sering mengeluh kata, kalau ada kamera yang lagi elok ada flash semua mesti boleh tangkap gambar-gambar yang high quality sikit dan lepas tu  boleh rajin update blog.

Lepas tu tiba-tiba datang peluang untuk membeli kamera digital sendiri. Walaupun agak costly untuk kos saraan hidup pelajar sepenuh masa pada masa tu tapi lepas fikir dua tiga kali memang nekad nak beli juga since kamera digital ni memang betul-betul berguna. Plus boleh tangkap gambar untuk blog nanti

Tapi bila dah setahun berlalu aku rasa aku tak guna pun camera tu semaksimum yang mungkin. Maksud aku semaksimum pengunannya yang setara dengan kos yang aku keluarkan untuk membeli kamera ni dulu. Nak kata update blog selalu pun tidak juga. Kalau ada entry pun mostly jarang-jarang ditempek gambar daripada hasil kamera ni sendiri.

I'm sooo disappointed with myself to be honest. Ni lah manusia hangat-hangat tahi ayam. Mula-mula tum tam tum tam kata perancangan itu ini lepas tu apa pun takda. Contoh yang lain kalau lepas ni kata  kalau lah ada tablet mesti senang nak update blog bila-bila masa dan dimana-man jua nanti. How convenient is that!? Sudahlah! Itu semua hanya angan-angan Mat Jenin saja. Senang cerita 'Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih'. Jadi mulai sekarang I've decided to use my camera as frequent as possible. 

 [GAMBAR SEKADAR HIASAN]

--Published by using laptop pinjam.

No comments: