Akhirnya ada juga sedikit masa terluang untuk menulis entry ini. Sibuk dia bukan main sampai cita-cita nak update blog setiap hari asyik tertangguh sahaja. Dah jadi macam 'Tanam tebu ditepi bibir' pula. -_-
Jadi Khamis lepas sempat ke Kuala Lumpur untuk menghadiri satu interview tapi bukan pasal interview tu nak gebang. Tapi pasal benda lain. Tak lain dan tak bukan adalah mengenai makanan. tajuk generic untuk blog ini. Unless kalau ada permintaan untuk 'Beauty Tips' .
Disebabkan trip tu hanya sehari. Pergi pagi balik malam jadi tiket yang nak dibeli untuk pulang tu ada masa menunggu lebih kurang sejam lebih. Jadi apa lagi! Ambil peluang meronda satu Puduraya (Pudu Sentral). Sejujurnya memang aku tak pernah round habis satu Pudu ni sejak dia diubahsuai kepada imej yang baru ni. Dulu kan lantai pun still simen lepas tu panas dia bukan main berbeza dengan sekarang. Jadi semasa berjalan-jalan (sambil tersesat/ kena paksa beli tiket dengan ejen tiket tapi ko tak nak beli lepas tu depa degil betul paksa beli eee memang nak kena siku /naik lif tapi tak jumpa tingkat yang dikehendaki mini heart attack sekejap/ terjumpa kedai buku 1 malaysia lepas macam tak nak keluar) terjumpa lah sebarisan gerai kecil yang menjual makanan. Alah yang jual-jual macam fast food tu.
Tapi aku tertarik nak cuba try makanan dekat gerai Hot & Roll since hari tu Datin Wanie ada suruh try rasa.
Hot & Roll ni jual makanan macam versi pancake/lempeng tapi dilipat-lipat lepas tu diisi pelbagai jenis bahan-bahan dalam dia. (ala Crispy Crepe)
Jadi try test dengan membeli Savoury Paratha Wrap Chicken and Cheese. Kemain nama! Ko pun naif gila sebut nama panjang depan cashier. Kah kah.
Disebabkan ini Savoury, dia punya lempeng agak tebal. Saiz dia pun mini sikit. Tapi much better than Pokkits lah (lol). Mula-mula order akak cashier tu tanya. Cukup ke satu? And I was like 'Pelis lah kak, baru nak try kut. Tak perlu lah gelabah lemak nak try banyak-banyak. Plus I'm on diet okay.' Tapi cakap dalam hati saja lah.
Yang terkejutnya bila dah makan satu gigit. 'Eh mende ni!! Apa nih!!!" *kunyah-kunyah* *gigit lagi* "Sedap pula" (tanpa mempedulikan orang disebelah). Dia macam makanan itu menari-menari diatas lidah dengan irama yang sungguh lunak. Inti dia ayam kisar disalut dengan mayonis, cheese dan bawang. ASecara kebetulan aku ni agak gemar denga ingredients macam ini! Dan kandungan cheese juga agak memuaskan. Mayonis pun agak banyak. Kalau anda seorang Vampire (bukan peminat bawang) sila beredar.
Lepas tu bergegas ke gerai itu semula untuk membeli 2 lagi. T______________T Tak tahu lah kenapa aku boleh beli sampai total 3 semuanya malam tu. Sama ada:
a) Dirasuk syaitan
b) Lapar yang amat (perut puaka)
c) Bad mood (fragile state)
d) etul-betul sedap
And after considering all points, I think I'll stick with (d).
Yang dua lagi tu aku beli satu Chicken and Cheese (lagi!) dan satu lagi Beef Pizza. Dua-dua ni among perisa yang popular lah. And Beef Pizza also quite good oso. Sebab dia ada macam pepperoni (5 keping bulatan kecil. Aku dah kira). Bahan dia lebih kurang Chicken and Cheese cuma beza tang peperoni tu lah.
Masa akak tu tengah masak benda tu aku sempatlah tanya lah. Kak, Crispy Warp tu apa pula? Bahan dia sama tapi kenapa mahal sikit (RM5.90 compare yang kecik tu RM3.90). Akak tu explain kata yang ni besar lagi puas makan. Ok, ok fine! kenapa tak bagi tau awal-awal. Tak perlu lah saya berkelakuan seperti barbarian yang kelaparan dengan mengorder lagi dua.
Actually ada juga perisa lain yang boleh dipilih. Boleh letak Banana Chocolate, Ice Cream, Peanut Butter (Sweet Paratha) ataupun Chapati Rendang atau Sosej ataupun Roti Pita. For more complete set of menu boleh lah klik dekat link dibawah ini
And I keep wondering is this song will be perfect theme song for Hot & Roll.
Till next entry.
3 comments:
food entry,wohoo!aku terbyg akak tu tersenyum sinis nmpk ko dtg lg dgn kata2 "kan aku dh kata" dlm hati lol.besar or kecik mana saiz dia?smpy 1 xcukup haha
vampire rupanya aku?
*beredar*
KANNNN! SEDAP KANNNNNN???! haaa dah kata dahhhh. hikhik. aku penah tetiba rasa stress, pastu aku beli dua terus. chicken cheese dgn beef tu. beli prata. memang nikmat!
ko buat aku macam nak p belilah -_-
Post a Comment