Thursday, April 25, 2013

PERFUME Special: Cover untuk Single 'Magic Of Love' Didedahkan

Disebabkan ni blog aku dan aku berkuasa membuat entry berkaitan apa sahaja. Jadi baca sajalah even intipati dia korang tak minat ke apa. Pelis, I don't care. Even kalau orang cakap pun 'Eh kalau nak blog tu popular kita kena tulis apa yang orang nak'. Pelis (again) aku dah buat macam-macam tajuk yang friendly gila tapi tak popular pun walaupun dah lepas 3 tahun ulangtahun blog ni. Plus, aku malas nak update dekat blog lagi satu. Ala yang genre muzik-muzik lagi satu tu. LOL!

PERFUME ataupun boleh juga dikenali sebagai 'Group Paling Sensasi dan Legend' yang berasal daripada Jepun ni (Google them if you living under the rock lepas tu asyik dengar Kpop 24/7 mana nak tau kan) akhirnya dah keluarkan cover album untuk single mereka yang bertajuk 'Magic of Love' hari ini! *menggelupur*

Apa?! Kenapa berita pasal nak keluarkan single cover pun perlu sampai menggelupur. LOL! Perlu, sebab berdasarkan single cover itu lah kita boleh lihat direction lagu tersebut.

Limited Edition
Regular Edition
My fav definitely will be the cover for Limited Edition. Sungguh unik dan inovatif. Mempu memberi idea tentang apa tema cat apa yang boleh dipilih untuk Raya Aidilfitri Ogos nanti. Dan akhirnya track kedua  selepas 'Magic of Love' yang dirahsiakan didalam peti besi selama sebulan akhirnya diumumkan! 'Handy Man'! Fikir 'Bob The Builder'. And I wonder kalau ada element bunyi perengkoh membetulkan paip  tersumbat ataupun bunyi penukul memukul paku untuk membina rak bukudi dalam lagu tersebut. So many possibilities! Can't wait!

Meanwhile another good news. Cover untuk DVD '1st World Tour (Live in Singapore)' juga telah disebarkan di alam maya. 


Nooot a big fan for that cover. Banyak lagi rasanya grafik lain yang boleh dipilih, tapi marilah kita berfikiran positif mungkin Nocchi, A-chan dan Kashiyuka tidak ada masa untuk shooting cover ni lantas menyerahkan bulat-bulat kepada intern syarikat Universal Music untuk membuatnya. Well at least font dia sedap mata memandang.

Semua ini akan dikeluarkan 22 Mei nanti. Ah! What a perfect birthday present for me *hint*. Jadi sementara menunggu full audio 'Magic of Love' dikeluarkan Isnin nanti, Imma gonna replay this CM (Commercial) instead.

No comments: