Monday, June 14, 2010

Jalan-Jalan Cari Makan Di.... Tesco


Setelah hampir seminggu terperap dalam rumah. Asyik kerja berblogging + makan + tengok TV je. Akhirnya aku keluar jugak dari kepompong aku. Bukan jadi rama2 ye. Paham2 lah metaphor yang aku bagi tu. Aku pegi keluar jalan2. 

Jalan2 pun bukan kemana ke Tesco je. Wakaka. Sungguh membosankan hidup aku. Btw aku still kat KL lagi mana yang terlupa or yang tak tau. Aku nak inform awal2. Nanti ada yang salah faham kang. Aku pegi dengan family aku. So lawatan ke Tesco ni adalah dalam unsur keluarga yang harmoni. Maknanya shopping2 barang rumah. Kalau berunsurkan suka suki memang aku tak pegi Tesco!!.

Dah selesai hangkut segala barang rumah. Kitaorang singgah satu kedai makanan ala2 gerai dekat situ. Konon2 nak breakfast lah. Kitaorang pergi pagi sebab barang2 especially barang basah agak fresh dan banyak masa nak ronda2 satu Tesco.

So dari jauh boleh lah nampak gerai tu berunsurkan Thailand. Sebab atap dia sangat lah berunsurkan ke'thailand'an. Apa yang aku maksudkan nie?? Tengok gambar bawah nie baru paham.


Nampak tak ke'thailand'an yang aku maksudkan tu. Ada benda tajam2 tu. (Kalau tak de kerja pegi cucuk mata dekat tempat tajam tu). And lagi satu ciri dia ialah macam bentuk segi tiga sikit atap dia. Lepas tu aku tengok kedai tu agak ramai jugak yang datang beli. Sikit2 dah menaikkan harapan aku mengatakan kedai ni mesti menu2 dia best and sedap.

So sekarang aku nak memperkenalkan menu pertama. Tada!! 

Appertizer

Cucur Udang Thailand!!!! (aku lupa apa nama dalam english)


Sungguh lah tidak bersopan meletakkan hidangan ini di dalam keranda putih.  Nak jimat budget lah tu. Nasib baik aku sporting.

Kalau korang perasan cucur udang versi Malaysia banyak tepung kan?. Kalau yang perut kecik makan 3-4 ketul dah kenyang. Yang nie tak. Tepung dia agak nipis sikit. Korang boleh tengok kan betapa ranggupnya cucur itu. Kalau makan memang krup krap krup krap bunyi dia. Bagi aku ok lah rasa dia. Tak rasa tamak pun nak rebut dengan kakak aku nak menghabiskannya.

So lepas dah makan pembuka selera. Kita sekarang beralih ke menu utama!!!

Main Menu

Thailand Fried Rice (Ni aku ingat!!)


Nampak sedap kan!! Kemas pulak tu presentation dia. Udang pun nampak fresh. Mesti sedap. BOHONG!!! (Baca dalam 5 harakat). Tak sedap langsung!! Menyesal aku pilih menu ni. Korang tau tak rasa dia macam mana?? Nasi + Kicap. Tu je. Tak de rasa thailand langsung. Last2 semua tak habis makan. Nak terkeluar2 balik nasik tu dari mulut aku. Punya lah payah nak telan. Memang nak je aku terjah pak cik tu dari belakang. "Oi!! Nasik apa ni!!".

Last sekali setelah kecewa dengan main course dia. Sekarang beralih pulak ke pencuci mulut. Kalau tak sedap lagi. Memang aku hempuk meja kat situ jugak. Tapi guna sudu je lah. Haha

Dessert

Mango Rice (kut!)
 
Nampak sedap kan?? Memang aku dah aim awal2 dessert nie. Sebab mango dia kut. Bila dah rasa. Ok lah. Not bad. Rasa manis mango tu sesuai denagan rasa tawar santan pulut ni. Bak kata orang nice combination lah. But still rasa dia tak lah sampai nak order buat kali kedua. Btw memang mango dia sedap. Mango ye bukan pulut tu. Manis gila!! Manis macam tuan yang tengah makan dia. <<< Ayat perah santan!!

Lupa pulak. Dah melantak semua makanan ni tak kan tak de air kut. Nak tercekik!! Lagi2 lepas makan nasi goreng oh soo Thailand tu. Hampeh!! So aku pilih air yang sangat Malaysian giler iaitu air mata kucing. 


Air dia lah yang paling sedap aku rasa antara semua hidangan2 nie. Penyelamat keadaan!!. Kalau rasa air pun tak sedap memang aku masuk Tesco tu balik beli air soya dalam tin. Pueh hati!!.

So overall apa yang aku dapat simpulkan disini ialah. Goodbye pak cik!! Saya tak nak datang dah!! Trauma saya tengok nasi kicap pak cik tu. (- -")


7 comments:

Fay said...

makanan thailand x sedap! pengalaman ni. pengalamannn....tskkkk -_-

Anonymous said...

weii
mango rice tu nampak sedap kot
lapar aku tgk T____T

WZulhilmi said...

@Fay Nana (Cik Fana)
Tu tak pasti lah. Sebab tak cuba lagi masakan yang lain. Mungkin nasib saya yang tidak bernasib baik hari tu dpt nasi kicap

@Si kenit
Sedap kan?? hehehe.. Boleh buat sendiri apa.. :)

Sha Wbunny said...

setuju ngn kenit.sedap mango tu.balik nk bedal sampai lebam.hehe

cEro said...

yg nasi kicap tu,
presentation mcam dh sedap
rupenye tak sedap ek??
adus!!! mesti potong kan??

WZulhilmi said...

@cracked bunny
Byk ye ko nak bedal balik mlysia ni. Super ring lagi. KFC.. Ni pulut mango pulak. Hahah

@cEro
Tau tak pe.. Punya semangat nak makan. Last2 Hampeh!! :(

saye said...

hakhak~
skali tengok pon aku da tau nasik tu xsodap~ tpi air tu nmpak lazat...