Friday, June 11, 2010

Jadi Pemburu Makam Best Apa

Aku sangat happy hari nie bila dapat tau salah satu game kegemaran aku nak keluar sequel baru! Yeay!!! Game apa yang  excited sangat nie? Cuba teka?? Pacman korang kata!! Aiyoo bukan lah. Tu game kanak2. Tak best. Counter Strike?? Bukan!! Tu lagi lah muak dah aku main. Game Resident Evil?? Hampir tepat!! Tu memang game kesukaan aku. Tapi dia tak keluar yang baru lagi. So Teeet!!! Salah. Jawapannya ialah Game Tomb Raider!!

Aku memang bukan fanatik gamers. Tapi bila dah dapat dua title game nie memang melekat vontot aku dekat kerusi. Ralik sangat. Punya lah excited. Hahaha.. Kenapa aku gelak sorang nie? What!! Korang tak tau Tomb Raider tu apa kejadahnya!! T T. Sila tampar diri anda sekarang. Laju2!!.

Game Tomb Raider ni dah diadaptasikan ke movie. 2 buah movie pulak tu!! Dan dilakon kan oleh sorang mama hot yang ada bibior yang seksi iaitu Angelina Tan Jolie.





















Tapi malangnya bila aku tengok movie tu alangkah hampanya. Tak best!!!. Tak adventure langsung. Ala2 ciput je lawan. Yang adegan buat tuuuuut yang tak sepatutnya tak ada. Tiba2 ada. Memang nak kena director dia. Habis calar imej Lara Croft!! Huh. (Aku tau korang tengok apa dekat gambar tu!! Jangan tenung lama2!!)

Cerita pasal Game pulak Tomb Raider (TR) nie dah keluar 8 siri tajuk secara rasminya. Dan aku dah berjaya habiskan 6 tajuk. Tembak menembak memang sebati dalam hidup aku. Wakaka.Yang lagi 2 tajuk jenuh aku mencari dekat gerai2 kat supermarket langsung tak jumpa. Ish!! Mana nak korek cari lagi ni?.  

Dah2 jom kita kembali ke zaman lampau dimana kita lihat bila game ni first2 direlease kan sampai lah sekarang. So jom2 masuk dalam laci!! Iye laci!! Aku tak main2 lah. Kita nak naik mesin masa doremon!!. Sapa vontot besar tak muat masuk dalam laci, tinggal!!!

Tak reti eh nak aku buat bunyi machine ni. Korang bayangkan sendiri.

1996
Amik kau!! Tahun 90an terus. Britney Spears pun tak wujud lagi. Dah lama gila kut game nie dikeluarkan.  Ni cover dia yang pertama!! Tajuk dia Tomb Raider. Tu je 


Masa first2 keluar nampaklah sangat agak berbentuk batu bentuk badan Lara nie. Muka pun macam jantan aku tengok. Tapi kan.. Tapi kan... (malu nak cakap). Kenapa Tut dia besar sangat!!!! HUGE!!! Pinggang pulak ramping nak mampus. Stabil ke nak lompat?? Kalau kat alam realiti kalau ada orang macam nie.  Memang asyik jatuh menonong ke depan je. Sebab berat sangat. Sungguh tak logik. Tapi game overall best!! Seminggu baru habis main. Fuh!!

1997
Tomb Raider II


Hah!! Tengok TR dah makin maju sikit. Dah tak batu sangat structure tubuh dia. Muka pun dah ayu sikit. Tak macam TR1. Tapi yang peliknya boops dia semakin HUGE!!!! Aiyaaa!! Aku rasa macam nak terpecah dah baju tu. Ish2.  Suntik apa!!. Ingat lagi, sebab excited sangat nak tembak harimau last2 mati kena tampar dengan harimau tu balik. Hahaha.

1998
Tomb Raider III


Cewah!! Lara siap pakai spek hitam pulak. Gaya sakan. Hahaha. Game nie pulak Lara ke Venice!! Wah2 melancong aku ke merata2 tempat. (Berangan!!). Tapi rambut dia agak lah palsu di situ ye. Macam botak depan. Kui kui. Yang game nie teringat aku time naik bot. Gedik sangat nak bawak laju. Last2 bot ke atas Lara ke bawah. Wakaka. ( Pstt! Time ni Britney dah muncul)


1999
Tomb Raider: The Last Revelation

Game nie kau tak main lagi. So Tak tau nak komen apa. Tapi kan.. tapi kan.. ah!! malas aku nak sentuh dah isu tu. Korang pun paham maksud aku.

2000
Tomb Raider Chronicles


Macam Harry Potter kan? Yang game nie pergi New York!! Tapi semakin lama semakin kurang bestnya. Kurang raksaksa besar nak tembak. Tapi kening dia makin pelik pulak aku tengok.

2003
Tomb Raider : The Angel Of Darkness


Jeng2!! TR dah berwajah baru!! Lagi nampak real. Tapi dalam game ni Lara sangat lah lembap. Tak tau aku kenapa. Lari pun ala2 sopan. Jerit pun gedik semacam. Sepatutnya bunyi "Argghhhh" tapi jadi "Ahhhh". WTH. And no comment about the picture. That part is getting.....(- -")


2007
Tomb Raider : Legend


Selepas 3 tahun menyepi. I'm back!! Amik kau!! Bertambah cantik dah. Dulu bukan main jantan muka. Sekarang kening pun dah tak pelik. Rambut dah tak botak depan. Nice!!

2008
Tomb Raider Anniversarry


Setelah 10 tahun bertahan dalam industri game nie. Akhirnya keluar game special edition. Game yang sama macam TR1 tapi dibuat balik dengan environment yang lagi cantik. No more batu2 punya stail. 

2009
Tomb Raider : Underworld


Memang cantik visual game nie. Macam korang betul2 pergi negara tu. Aku dah main 5 kali kut!! ulang2. Hahaha. Cover game pun dah cantik. Tak de nak fokus pasal.. You know what!!. 

And yang terbaru TR9 akan release early next year. Lambat lagi doh!! Sabar2.. Eh penat dah aku menaip. Panjang sangat lah entry kali nie. Aku agak ramai yang tak baca pun. Tengok gambar je. <<< Nie bukan aku tulis !!!

P/S : Anak sedara aku pernah tanya "Eh kenapa dia punya besar sangat!!". Aku jawab "Eh!! tengok raksasa dah kuar!!" =P 

3 comments:

Kancilbiru said...

wooops...akak mmg tak minat ceta ni..hehehe

joegrimjow said...

org cakap game yg 2009 tak best
tgok smalam harga pon dah trun
xbest la kot

Anonymous said...

wewittt
seksi seksa
hahahaa
aku tak tau menahu langsung pasal game ni lagi teruk kan?
bhahahaaa