Tuesday, September 21, 2010

Introducing My Planner!! | September Edition

Pejam celik, pejam celik dah September dah weh! Rasa baru je semalam aku puasa. Siyes! Bila aku tengok kerepek kat atas meja petang tadi. Gila sedap!. Lepas tu boleh pulak terpikir "Tak boleh makan ni, Puasa!". Bila pikir balik baru teringat yang puasa dah lama berlalu. - -". Sebab dah terbiasa puasa kat dalam bilik ni. Tu yang automatik pikir macam tu. Lepas sedar apa lagi!! Bye2 kerepek. - -"

Btw bila dah muncul Bulan September ni, ini bermakna...... Jeng2. Planner celebrity aku pun kena lah tukar tema!! Bagi yang tiba2 blur/hilang ingatan boleh rujuk entry Introducing My Planner!! So setiap sebulan wajib kena tukar tema. Ini supaya memberikan aku semangat untuk menyiapkan semua kerja2 yang bertimbun2 kadang2 rasa macam nak berenti satu semester T___T.

So bulan lepas yakni (LOL!) Bulan Ogos aku dah pilih tema 'Candy Land'. Bulan ni apa pulak ek?? Sebenarnya dalam otak aku ni dok dilemma antara 2 tema nie je. Iaitu 'Summer Beach' dengan 'Japanese Style'. So korang rasa mana aku pilih?? Sebelum tu ramai gila lah bagi respond kat aku suruh buat tema 'Hari Raya Puasa'. Tolonglah korang!! Jangan klise sangat! Think out of the box! (LOL!). Nanti kalau Hari Raya Haji karang korang nak ke aku lukis lembu tak de kepala?? Hahaha. Padahal lukis binatang2 ni memang aku tak reti. - -"

Lepas dah bincang dengan semua staff Starstruck(?) aku decide nak buat Tema.....


JAPANESE STYLE!! 



Tanpa membuang masa lagi. Mari kita tengok Overview Planner Board aku!!

Tada!!

Amatur gila lukisan.. T___T.
Tiba2 aku rasa macam kat Jepun pulak bila tengok Softboard aku nih.(Gila palsu ayat!). Next kita tengok lebih terperinci lagi apa yang dah aku lukis. Kalau tengok macam ni confirm tak nampak apa! Lepas tu mesti ada yang siap kutuk 'Eeee macam gambar taik je tu!!' - -"


First Part : Task Section

Gila banyak keje kena buat!! 
As all of you can see kat dalam lukisan papan tanda dibahagian sebelah kiri tu ada tulisan Jepun. Cara sebut dia ku-ga-tsu. Sebut betul2. Ku-Ga-Tsu. BUKAN SHOKOBUTSU!!! Aku kepit mulut sorang2 kang. - -". Maksud perkatan dia adalah Bulan September. Meanwhile gambar kucing kat bawah tu pulak bukan sekadar hiasan nak bagi nampak comel bagai semua. Tapi ada no 11 dalam dia. Itu bukan mata dia ye. Maknanya pulak dah masuk minggu ke-11 dah aku berada dalam semester ni.  

Next!!

Second Part : Test Section

Te-su-to 2 = Test 2
Sebelah kiri gambar kat atas tu adalah pokok sakura. Bentuk dia tak nampak sangat sebab aku guna satu colour je. Lagi2 kualiti gambar yang agak menghampakan. So tak jelas bunga sakuranya. T__T. Lepas tu belah kanan dia pulak bukan taik yang korang pikirkan. Tapi makanan2 Jepun ye. Macam Sushi, Ramen, Ebi Sushi blah blah blah. 

Memandangkan bulan ni tinggal 2 minggu je lagi. Aku kena lah pikir tema apa pulak untuk bulan depan. Fuyoo!! Gila efektif. Miahahaha.

Btw masa aku pergi kedai tadi aku dah beli benda alah ni...

Tak sabar nak tunggu bulan depan pulak. =P

9 comments:

swingoflife said...

Jap, second pix tu. The katakana word. What did you wrote?
"rasuto'?
*blur*

Unknown said...

peh..
mantop!
siap kuar tulisan kanji tu..
(erk,btul ke tu tulisan kanji?)
nway,slmt mghdapi life as a student,
gambate..!



(ehe,aku dah tamat zmn stdy..)

Fay said...

buat tema korea. ihikkk...:P

cEro said...

suka giler gambar sushi tepi board tu...
rase macam nak makan je...
heheheh

WZulhilmi said...

@swingoflife
owh! itu ramen.. i x boleh nak tulis jelas2, sbb mata marker pen besar sgt.. - -"

@aYaz
oh kanji tu aku tak study lagi.. sbb dia susah gila!! kebanyakkan words kat atas tu from katakana and hiragana only.. :)

@ Fay Nana (Cik Fana)
LOL!! boleh lah aku lukis gambar 2ne1 nanti.. hahaha..

@cEro
Nampak sedap ke?? haha.. mula2 aku rasa tu lah gmbr paling buruk aku lukis.. - -"

swingoflife said...

Haha ramen ke? Ingt apa td
LOL.
It looks way different. Hehe

Unknown said...

oic..
aku konpius katakana,kanji,n ape2 lg tah..
ohoho...oke2..
pasni ko mmg kena aja aku tulisan jepon ni..


hik hik...
:p

WZulhilmi said...

@swingoflife
i told you i never good in drawing.. hahaha

@aYaz
aku pun stil amatur lagi.. tak terror mana pun.. Haha - -"

-Incek Fik- said...

Uihss... SMART gilak hang lukis!
Kak Long sama Pak Su semua pandai melukis...
Pak Ngah sorang jer yang takder kebolehan huhuhuuu~